Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA MAJLIS ASYURA’ DAN

PROGRAM KEROHANIAN INSANI GURU


SMK PERMATANG PASIR, PERMATANG PAUH

1. PENDAHULUAN

Tonggak kesejahteraan umat, terletak kepada kekuatan aqidah dan


kesempurnaan sahsiah. Guru dan murid merupakan satu kelompok masyarakat
yang sentiasa memerlukan kekuatan kerohanian dan aqidah yang mantap supaya
dapat mendidik dalam mendepani cabaran dan mampu menapis perkara yang
meracuni pemikiran mereka. Oleh itu Panitia Pendidikan Islam telah merancang
dan akan melaksanakan satu program ke arah memenuhi keperluan semasa dan
menghayati bulan Muharram yang penuh keberkatan ini.

2. MATLAMAT
2.1 Menyemai sikap rajin berusaha untuk mencari ilmu pengetahuan.
2.2 Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan guru dan para pelajar
berhubung tanggungjawab yang perlu dipikul sebagai seorang hamba
Allah SWT.
2.3 Memupuk semangat bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

3. OBJEKTIF
3.1 Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kelebihan bulan Muharram
3.2 Melatih murid-murid supaya dapat memikul tanggungjawab dengan
sempurna apabila diberi amanah.
3.3 Memupuk minat murid supaya dapat menghayati kebesaran bulan-bulan
Islam.
3.4 Menggalakkan murid melakukan perbuatan yang baik sepanjang bulan
Muharram ini.
3.5 Menggalakkan murid menonjolkan diri dalam program yang dijalankan.
4. KUMPULAN SASARAN
4.1 Warga SMK Permatang Pasir
4.2 AJK Masjid Jamek Haji Abdul Latiff

5. TARIKH
2 Ogos 2023 ( Selasa ) bersamaan 15 Muharam 1445H

6. TEMPAT
Masjid Jamek Haji Abdul Latif, Permatang Pauh

7. AHLI JAWATANKUASA
6.1 Penasihat : Pn. Hajah Roslina Binti Hashim
6.2 Pengerusi I : En. Za’abar Bin Mohd Said – PK Kurikulum
6.3 Pengerusi II : En. Mohamad Mazalan Bin Alias– PK Kurikulum.
6.4 Penyelaras : Ustaz Mohd Nur Hafiz Bin Fazil – GK Kemanusiaan
6.5 Setiausaha : Ustazah Hafizah Binti Hashim
6.6 Bendahari : Ustazah Siti Maisarah Binti Mat Sharif

8. AHLI JAWATANKUASA INDUK AKTIVITI

Buku Program Pengacara Majlis


Pn. Noor Hidayah Binti Jamaludin Ustaz Hafiz Bin Suid@Shuaib

Agihan Bubur
Guru Tingkatan dan AJK Masjid
En Khairill Helme Bin Ramli & Pn Maszlin Mahat

9. Belanjawan Majlis Asyura’ Dan Slot Kerohanian Insani Guru


9.1 Sumbangan warga SMKPP
10. TENTATIF PROGRAM

7:45 pg : Penyediaan peralatan memasak bubur

8:30 pg : Aktiviti memasak bubur Asyura’

12.30 pg : Agihan Bubur Asyura

2.00 ptg : Program kerohanian insan

3.30 ptg : Bersurai


GAMBAR SEPANJANG PROGRAM

Warga komuniti sibuk melakukan


persiapan penyediaan bubur asyura
Para pelajar dan guru berganding bahu menyediakan
bahan bahan keperluan.
ULASAN PROGRAM

Secara keseluruhan Program Asyura dan Program Kerohanian Insani Guru 2023, SMK Permatang
Pasir berjalan dengan lancar dan teratur. Segala aturcara yang dirancang telah dapat dianjurkan mengikut
masa yang telah ditetapkan.
Pihak sekolah ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat di atas sumbangan
yang diberikan bagi pertandingan ini.
Semua AJK pelaksana telah dapat menjalankan tugas dengan baik dan teratur mengikut ketetapan dalam
mhesyuarat yang telah dijalankan. Semoga sumbangan bakti semua pihak diberi ganjaran sewajarnya
daripada Allah S.W.T.

KESIMPULAN

Diharapkan program ini dapat mencapai objektif yang telah digariskan dan seterusnya mendapat
kerjasama daripada semua pihak. Semoga majlis ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam
kalangan warga SMKPP dan penduduk setempat dalam menikmati juadah tradisi Melayu turun-temurun.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

(Nur Zatil Aqmar bt Redzual) (Roslina bt Hasim)


AJK Dokumentasi Pengetua SMK Permatang Pasir

Anda mungkin juga menyukai