Anda di halaman 1dari 13

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim.

            Alhamdullilah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,
nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan
kerja kursus ini dengan jayanya.

            Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah


tercinta saya, Puan Nor Risah Jamilah binti Mat Lazim kerana dengan tunjuk ajar serta
bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini tepat pada
masa yang dikendaki.

            Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa
saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka
telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga
semasa proses melakukan tugasan ini.

            Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi sokongan dan kerjasama dalam mencari bahan untuk menyiapkan kerja kursus ini
serta mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau secara
tidak langsung dalam proses melakukan kerja kursus ini.

Sekian, Terima kasih.


1.0 PENGENALAN

Perkataan ‘komunikasi berasal daripada perkataan Latin ‘cummunicare’ yang bermaksud


‘menjadikan umum’ (Dr. Nazariyah Sani, 2016) dan komunikasi juga boleh didefinisikan
sebagai perhubungan secara langsung mahupun tidak langsung sama ada melalui
perantaraan surat, radio, telefon dan lain-lain (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, 2015).
Komunikasi juga dilihat berlaku apabila melibatkan suatu proses pertukaran idea, maklumat
atau mesej dengan seseorang di tempat tertentu, (Nazariyah Sani, 2015) dan pertukaran
maklumat yang bermakna melalui mesej antara seseorang atau sesebuah kumpulan dengan
pihak lain (Boone, 1997).

Contoh komunikasi bertulis adalah laporan. Laporan ialah maklumat tentang sesuatu
kedudukan (masalah yang dihadapi) yang dilaporkan, (Kamus Dewan, 1994). Laporan juga
boleh digambarkan sebagai kertas yang mengandungi khabar atau maklumat. Penulisan
laporan bergantung kepada tujuan atau perkara yang hendak disampaikan, (Siti Hajar Abd
Azizi, 2008). Setiap laporan yang ditulis bergantung kepada tujuan penulisan dan terdapat
pelbagai jenis bentuk laporan. Antara ciri-ciri laporan yang baik adalah mesti berdasarkan
sumber-sumber yang benar, ringkas dan padat.
2.0 PENULISAN LAPORAN

LAPORAN AKTIVITI PERKHEMAHAN PERDANA BADAN BERUNIFORM MAKTAB


MAHMUD PADANG TERAP 2018

Penekanan dalam aktiviti kokurikulum dan kurikulum haruslah seimbang dalam mendukung
hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia bagi melahirkan insan holistik dan seimbang dari segi
intelek, rohani, jasmani dan rohani. Sehubungan itu, pihak pentadbiran Maktab Mahmud
Padang Terap dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Program
Perkhemahan Integrasi Unit Beruniform yang bertujuan untuk melatih di sampingan membina
semangat dan sahsiah para AJK Persatuan Kelab/ Akademik/ Bukan Akademik/ Unit
beruniform/ Permainan. Program ini diadakan di Pendang Lake Resort, Pendang, Kedah
selama tiga hari dua malam iaitu bermula dari 16 hingga 18 Okober 2018. Seramai 180 orang
pelajar yang terdiri daripada pelbagai unit beruniform, persatuan dan kelab dari Maktab
Mahmud Padang Terap

Antara objektif yang ingin dicapai dalam pelaksanaan program ini adalah mewujudkan
sikap kepimpinan dan menambahkan pengetahuan sedia ada dalam kalangan peserta. Selain
itu, meningkatkan kerjasama yang padu di antara ahli organisai persatuan dan kelab serta
merapatkan hubungan para AJK persatuan dan kelab dengan pihak pentadbiran Maktab
Mahmud Padang Terap. Di samping itu bagi memperluaskan penglibatan AJK dalam aktiviti
yang melibatkan aktiviti luar. Seterusnya, bagi meningkatkan motivasi para AJK persatuan dan
kelab dalam memastikan kelancaran kepimpinan dalam persatuan dan kelab masing-masing.

Perkhemahan Integrasi Unit Beruniform bagi tahun 2018 ini dilaksanakan pada 26-28
March 2018 di Pendang Lake Resort, Pendang, Kedah. Sebanyak 180 orang pelajar yang
terdiri daripada pelbagai unit beruniform, persatuan dan kelab Maktab Mahmud Padang Terap
terlibat dalam program ini. Sebelum bertolak, para peserta berkumpul di dataran Maktab
Mahmud Padang Terap dan menaiki bas sebanyak lima buah bas pada jam 3.00 petang. Para
peserta tiba di dataran Pendang Lake Resort pada jam 4.15 petang dan sesi pendaftaran
pelajar dilakukan. Setelah selesai sesi pendaftaran, peserta terus di bawa ke surau berdekatan
untuk menunaikan solat asar. Selepas solat asar, para pelajar diberikan taklimat tentang
program oleh En. Zulqurnain selaku kem komenden program serta berlaku pelantikan penghulu
dan penghuluwati bagi melancarkan program.
Pada jam 6.30 petang, pelajar disediakan minum petang dan diberikan masa untuk
menguruskan diri dan persiapan untuk solat maghrib. Setelah selesai solat maghrib, pelajar
diberikan makan malam dan memulakan aktiviti pertama setelah seslesai makan. Aktiviti
pertama yang dilakukan ialah pengucapan awam bagi mengisi masa sebelum memasuki waktu
solat isya’. Setelah para peserta selesai solat isya’, peserta dipecahkan kepada beberapa
kumpulan untuk aktiviti berbentuk “treasure hunt” yang dilakukan sekitar kawasan Pendang
Lake Resort yang luas. Setelah selesai aktiviti kedua pada jam 11.50, peserta diberikan
hidangan makanan ringan dan peserta tidur di khemah yang disediakan.

Pada keesokan harinya, pada peserta solat subuh berjemaah di surau. Setelah selesai
solat subuh, aktiviti ketiga dilakukan iaitu sesi tazkirah yang disampaikan oleh peserta yang
dipilih secara rawak. Pada jam 7.00 pagi, peserta diberikan sarapan pagi dan bersiap untuk
aktivit beriadah pagi iaitu mendaki bukit berhampiran dengan tapak perkhemahan. Pada jam
8.00 pagi, semua peserta mula mendaki bukit yang diketuai oleh En. Zulqurnain dan tiba
dipuncak bukit pada jam 10.30 pagi. Setelah berehat serta selesai sesi bergambar diatas
puncak, para peserta mula menuruni bukit dan tiba di tapak perkhemahan pada jam 2.00
petang. Para peserta solat zuhur berjemaah di surau dan diberikan masa untuk menguruskan
bagi aktiviti seterusnya.

Tepat jam 3.30 petang, peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi
merancang persembahan yang akan dilakukan pada sesi malam kebudayan dan diberikan
masa sehingga memasuki waktu solat asar. Para peserta solat asar di surau setelah memasuki
waktu dan diberikan minum petang sebelum meneruskan aktiviti petang iaitu “ikhtiar hidup”
pada jam 5.15 petang. Setiap kumpulan diberikan bahan mentah untuk memasak dan setiap
kumpulan perlu membahagikan tugas masing-masing dalam menyiapkan makan. Setelah
selesai makan malam dan solat maghrib secara jemaah di surau, para peserta diberikan sedikit
lagi peluang untuk memperkukuhkan persembahan yang ingin dipersembahkan hingga
memasuki solat Isya’ dan pada jam 10.00 malam, aktiviti malam kebudayaan dijalankan dan
persembahan terbaik diberikan hadiah berbentuk hamper. Setelah selesai aktiviti malam
kebudayaan pada jam 12.30, semua peserta masuk tidur.

Pada jam 5.30 pagi, peserta solat subuh secara berjemaah di surau dan pada jam 7.00
pagi peserta menjalani aktiviti riadah pagi yang santai. Setelah selesai aktiviti riadah, peserta
diberikan sarapan pagi pada jam 7.45 dan diberikan masa untuk mempersiapkan diri. Pada jam
8.30 pagi, semua peserta dikehendaki berkumpul di dalam dewan bagi acara kemuncak iaitu
aktiviti “rumusan program dan majlis penutup. Peserta diberikan borang penilaian program dan
maklum balas yang diberikan oleh peserta menunjukkan kepuasan hati dan seronok terhadap
program ini. Sebelum program berakhir, para peserta bergambar bersama-sama sebagai tanda
kenang-kenangan. Tepat jam 11.00 pagi, semua peserta menaiki bas menuju pulang dan jam
1.00 petang semua peserta selamat tiba di Maktab Mahmud Padang Terap.

Akhir kata, adalah diharapkan mudah-mudahan program ini dapat mencapai objektif
program dan melahirkan insan yang bersemangat serta mempunyai jati diri yang kukuh.
Program seperti ini juga dilihat perlu dijalankan secara konsisten dan dikerapkan bagi
meningkatkan jati diri dan daya kepimpinan dalam diri pelajar. Diharapkan dengan berakhirnya
program ini, segala bahan dan segala bentuk proses yang dilalui dapat menjadi sumber rujukan
untuk individu atau kumpulan lain bagi merancang program seumpama ini dengan lebih baik.

Disediakan oleh, 29 Mac


2018

nazrul

(MUHAMAD NAZRUL AKMAL BIN AZHAR)

Ahli Jawatankuasa Unit Bimbingan dan Kaunseling

Maktab Mahmud Padang Terap.


3.0 KEKUATAN

3.1 Program kerohanian seperti tazkirah dapat membentuk disiplin dan akhlak peserta melalui
penekanan aspek pengurusan masa dan sahsiah peserta. Hal ini sedikit sebanyak dapat
melahirkan ciri kepimpinan disamping menambahkan lagi ilmu pengetahuan dalam kalangan
peserta.

3.2 Melalui program ini juga peserta dapat menghapuskan rasa malu mereka dalam berinteraksi
dan menambahkan lagi keyakinan ketika berucap dihadapan orang awam melalui program
pengucapan awam yang dijalankan dalam program. Hal ini kerana, proses komunikasi ini
berlaku pada bila-bila masa dan tidak dapat dielakkan oleh mana-mana individu (Hashim, 2001)
dan perlu kepada persedian dalam kemahiran berkomunikasi.

3.3 Membentuk nilai kepimpinan dalam sesebuah organisasi serta menunjukkan kerjasama
kumpulan yang memainkan peranan seperti memberi cadangan dalam mencapai objektif
bersama. Hal ini dilihat melalui aktiviti memasak dalam kumpulan yang diadakan dalam
program dan bertepatan dengan ciri kumpulan yang baik yang digariskan oleh Ainon (2003),
komunikasi antara rakan melalui pertukaran idea dan maklumat membentuk komunikasi yang
baik secara tidak langsung dalam aktiviti yang disertai.

3.4 Harapan dan objektif pihak pentadbiran Maktab Mahmud Padang Terap dilihat tercapai
dengan kerjasama dan sokongan padu yang ditonjolkan oleh para peserta. Melaui kerjasama
dan komitmen yang diberikan juga dapat membentuk persatuan dan badan beruniform yang
lebih sistematik di sekolah.
4.0 KELEMAHAN

4.1 Ketepatan masa untuk menghabiskan satu sesi itu sehingga terpaksa menggunakan masa
lain untuk sesi seterusnya. Hal ini sedikit sebanyak merencatkan program dan mengurangkan
masa rehat para peserta. Kekurangan latihan dan stamina para peserta yang kurang bermaya
ketika dalam aktiviti mendaki bukit.

4.2 Ketidakaturan ketika taklimat dilakukan seperti bising dan peserta tidak menumpukan
perhatian. The Communication Zine (2013) mengatakan bahawa komunikasi juga membantu
dalam proses mengawal tingkah laku ahli organisasi dalam pelbagai cara. Hal ini menyebabkan
sesebuah aktiviti itu tidak teratur dan tidak mencapai objektif di dalam satu aktiviti.

5.0 PENAMBAHBAIKAN DAN CADANGAN

5.1 Program seperti ini perlu dijalankan secara konsisten bagi meningkatkan jati diri dan daya
kepimpinan dalam diri pelajar. Para peserta juga perlulah bersedia dari segi fizikal dan mental
melaui persedian sebelum hari perkhemahan bermula bagi memastikan kelancaran program.
Para penyelia program bagi aktiviti yang dijalankan perlulah mematuhi jadual atau tentatif
program yang telah disusun serta memberikan arahan dengan jelas seleras dengan pendapat
Mohd Baharudin Othman & Mohd Khairie Ahmad (2009) juga mengatakan bahawa komunikasi
dapat membentuk rasa dipercayai dan diterima oleh organisasi. Apabila komunikasi terbentuk,
pekerja organisasi tersebut dapat mengetahui apa yang perlu dilakukan dan apa yang tidak
boleh dilakukan.

RUMUSAN

Kesimpulannya, setiap individu khususnya individu yang bakal menceburi bidang profesion
keguruan perlu mempunyai ilmu dalam menyampaikan sesuatu maklumat melalui penulisan
dan bukan sekadar secara lisan. Laporan merupakan contoh bahan bertulis yang sangat mudah
dan perlu dipratikkan dalam kehidupan terutamanya bagi siswa pendidik yang bakal bergelar
guru kerana secara tidak langsung akan terlibat dengan kerja-kerja pengurusan acara yang
memerlukan penyediaan laporan selepas selesai sesuatu aktviti. Setiap laporan juga haruslah
mengikuti ciri-ciri dan format yang ditetapkan bagi menghasilkan laporan yang berkual

RUJUKAN

Ainon Mohammad. (2003). Komunikasi Berkesan. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.

Boone et al. (1997). Contemporary Business Communication. 2nd edn. Prentice Hall.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (1994). Kamus dewan (edisi ketiga). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus dewan (edisi keempat). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Hashim Fauzy Yaacob. (2001). Komunikasi Antara Manusia. Penerbit Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai.

Khairuddin Mohamad, Mariah Alias, Siti Normaniseh Zakaria, Azmi Ayub, Faiziah Shamsudin,
Abd. Rahim Ismail & Maria Mansor. (2012). Bahasa Melayu Kontekstual. Selangor:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Mohd Baharudin Othman & Mohd Khairie Ahmad. (2009). Pengantar Komunikasi. Sintok,
Kedah: Penerbit Universiti Utara Malaysia

Nazariyah Sani & Husin Fateh Din. (2015). Kesantunan Masyarakat Malaysia. Selangor:
Sasbadi Sdn. Bhd.

Nazariyah Sani. (2016). Bahasa Melayu Kontekstual. Cheras Hulu Langat: Sasbadi Sdn. Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Bahasa Melayu Siri Pendidikan Guru Edisi 1. Shah Alam: Oxford
Fajar.

The Communication Zine. (2013, Februari 12). The Importance Of Effective Business
Communication. Retrieved from: http://thecommunicationzine.wordpress.com
LAMPIRAN 1

STRUKTUR ORGANISASI / AHLI JAWATANKUASA PROGRAM PERKHEMAHAN


PERDANA BADAN BERUNIFORM

Pensyarah Penasihat : Ustazah Nawal bin Nawawi

Pengerusi : Tuan Amran bin Ahmad

Setiausaha : Muhamad Nazrul Akmal bin Azhar

Bendahari : Izzudin Izham Bin Muazallah

AJK Pendaftaran : Muammar Asyraf bin Shari

: Muhamad Fitri Bin Kamis

: Nur Izyan Amatullah Binti Muhammad Sabri

: Siti Nur Salwa Binti Mohd Latfi

AJK Cenderamata Dan Hadiah : Muhammad Nafis bin Shaharuddin

: Siti Nur Najihah binti Radzhi

AJK Tempat Dan Peralatan : Muhammad Adib bin Norhan

: Nur Farhana binti Abdul Mutalib

AJK Makanan : Muhammad Izzat bin Nashrol

: Atteyah Balqis binti Abdul Hasyim

AJK Tugas-Tugas Khas : Muhammad Aziz bin Nazmi

: Nur Najwa binti Yussof


LAMPIRAN 2

Rajah 1: Tapak perkhemahan para peserta Rajah 2: Tapak perkhemahan muslimat

Rajah 3:
Persedian
sebelum
mendaki
Rajah 4:
Ketika di
puncak
bukit
Rajah 5: Aktiviti memasak bagi
makan malam

Rajah 6: Sesi bergambar sebelum bertolak pulang

Anda mungkin juga menyukai