Anda di halaman 1dari 3

Refleksi

Alhamdulillah,

syukur

ke

hadrat

Illahi

kerana

akhirnya

saya

berjaya

melaksanakan aktiviti kemasyarakatan bersama-sama rakan kumpulan bagi memenuhi tugasan dalam Bina Insan Guru. Ketika pertama kali mendapat tugasan ini, saya kurang faham dengan kehendak tugasan. Penerangan yang telah diberikan oleh pensyarah semasa kelas tutorial, membuka minda saya untuk memahami tugasan tersebut. Kami dikehendaki mengendalikan satu sesi taklimat atau ceramah. Kumpulan kami telah memilih tajuk taklimat iaitu Awal Remaja. Sebelum taklimat itu dijalankan, kerja-kerja pelaksanaan taklimat tersebut telah dirancang dan dirangka untuk dijadaikan sebagai panduan. Dalam proses menyiapkan kertas kerja tersebut, perbincangan untuk menentukan penceramah, masa, tempat dan maklumat-maklumat yang berkaitan telah dikumpul untuk dimasukkan ke dalam kertas kerja. Ceramah yang melibatkan murid-murid tahun 6 SK Taman Seri Pagi, Senawang ini bertujuan untuk memberi pengetahuan asas kepada murid-murid sebelum melangkah ke alam remaja. Bertitik tolak dari itu, Ustaz Nur Azman B. Ahmat, Ketua Kaunseling dan Motivasi, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dijemput sebagai penceramah. Pada 17 Oktober 2013, bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Taklimat tersebut telah dijalankan bertempat di Dewan SK Taman Seri Pagi, Senawang. Taklimat yang mengambil masa selama lebih dari tiga jam itu memberi banyak input kepada murid-murid sebelum melangkah ke alam remaja. Taklimat tersebut mendedahkan kepada murid-murid tentang persediaan menghadapi awal remaja dari segi penjagaan kebersihan dan tanggungjawab. Taklimat ini sangat penting kepada murid-murid dalam menjalani kehidupan sebagai seorang remaja kelak. Semasa taklimat ini berjalan, kami akan memastikan setiap yang kami rancang berjalan dengan lancar. Setiap ahli kumpulan mempunyai tugasan masing-masing bagi memastikan kelicinan program. Kami membantu dalam mengawal disiplin murid serta

membantu penceramah dalam menyediakan alatan yang mencukupi semasa taklimat ini dijalankan. Kami sentiasa peka dan bersedia jika bantuan kami diperlukan. Selepas program taklimat ini berjaya dilaksanakan, ahli-ahli kumpulan kami membuat perbincangan iaitu post mortem tentang program tersebut. Dapatan yang kami peroleh, taklimat ini berjaya dilaksanakan seperti dirancang. Kejayaan taklimat ini atas kerjasama semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam program ini. Sepanjang merancang dan melaksanakan program sebegini, saya banyak belajar tentang proses memastikan program berjalan dengan lancar. Pengetahuan dan pengalaman yang saya peroleh menjadikan saya lebih berusaha untuk mencapai matlamat menjadi seorang tenaga pendidik yang berkebolehanm, berketerampilan serta bijak sana dalam membantu pihak sekolah dalam menguruskan sesuatu aktiviti. Secara kesimpulannya, program ceramah ini memang memberikan manfaat yang tidak terkira nilainya kepada setiap guru yang mengambil bahagian. Saya berharap di masa yang akan datang, saya dapat menyertai lagi program seperti ini untuk menimba pengalaman yang baharu. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh

Hairul Anuar B. Ismail 761121-10-6087 PPG Ambilan Jun 2011 Unit Sains 1 IPGRM Seremban

Anda mungkin juga menyukai