Anda di halaman 1dari 15

Rumusan Seperti yang kita sedia maklum, negara kita terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum.

Kesannya, sekolah menjadi salah satu tempat tumpuan untuk murid-murid yang berbilang kaum bertemu dan bersosial sesama mereka. Oleh sebab itu, kita sebagai seorang guru perlu bijak memainkan peranan dan cakna akan senario pendidikan pada masa kini. Pengurusan bilik darjah yang berkesan akan mewujudkan suasana yang kondusif bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Suasana yang kondusif adalah apabila rutin bilik darjah berjalan dengan lancar seperti bilik darjah bersih dan ceria, susun atur perabot tersusun dan kemas, disiplin kelas terkawal, penggunaan bahan atau sumber pembelajaran berjalan dengan lancar dan terkawal. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Kejayaan seseorang guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak semata-mata dinilai daripada aspek kemahiran dan teknik pengajaran dan pembelajaran sematamata malah kualiti peribadi dan sahsiah diri juga menjadi tarikan kepada murid-murid. Bagi menjadi seorang guru yang berdedikasi dan disukai oleh murid, guru mestilah bijak memainkan peranan sebagai pengurus dalam bilik darjah dengan mewujudkan bilik darjah yang kondusif dengan memasukkan faktor-faktor fizikal, sosial, emosi, dan teknikal demi meningkatkan

keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran sehingga ke peringkat optimum. Kesimpulannya, amat penting untuk guru mengemas kini ilmu dan kemahiran dalam pelbagai bidang melalui pengajian akademik serta perkembangan profesional berkaitan dengan perkembangan penyelidikan yang terkini dan amalan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan.

Refleksi Kendiri: Jessicca Salapan Terlebih dahulu, saya memanjatkan syukur kepada Tuhan kerana memberikan kekuatan kepada saya dan rakan-rakan kumpulan saya untuk menyiapkan tugasan Kerja Kursus Pendek Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkahlaku (EDU 3104) pada semester ini. Sepanjang usaha saya menyiapkan tugasan ini, saya menghadapi pelbagai cabaran dan masalah. Bagi saya secara peribadi, saya melihat tugasan ini bukan satu tugasan yang mudah. Walau bagaimanapun oleh kerana bimbingan dan tunjuk ajar rakanrakan kumpulan serta pensyarah pembimbing, akhirnya tugasan ini dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan. Dalam tugasan ini, kumpulan kami diminta untuk menjelaskan ciri-ciri utama model disiplin Canter dan Kounin. Selain itu, kami perlu membuat banding beza kedua-dua model Canter dan Kounin, dari segi tujuan, cara pelaksanaan, kekuataan dan kelemahan kedua-dua model. Disamping itu kami juga perlu menjelaskan bagaimana seseorang guru boleh memanfaatkan kedua-dua model ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam proses menyiapkan tugasan ini, kami menghadapi banyak kekangan. Secara individu, saya juga menghadapi pelbagai masalah dan kekangan semasa proses menyiapkan tugasan. Antara masalah yang kami hadapi adalah kami sukar untuk mencari masa terluang bagi membincangkan soalan tugasan kami. Hal ini disebabkan oleh jadual kelas yang padat, kelas ganti, dan berbagai macam lagi aktiviti yang menghalang kami untuk membuat perbincangan. Tambahan lagi, dua orang ahli kumpulan kami duduk di luar asrama menyebabkan kami sukar membuat perbincangan. Jadi jika kami ingin membuat perbincangan lewat malam agak sukar juga. Namun masalah-masalah ini bukannya menjadi penghalang bagi kami untuk menyiapkan tugasan ini. Bak kata pepatah di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kami sepakat untuk berkorban masa dan tenaga masingmasing demi menyiapkan tugasan ini. Setiap waktu yang terluang di kelas,

kami gunakan sebaik-baiknya untuk membuat perbincangan. Selain itu, kemudahan-kemudahan seperti internet dan telefon bimbit menjadi alat penting semasa kami menyiapkan tugasan ini. Jika terdapat perkara yang berkaitan dengan tugasan dan kami tidak dapat berkumpul untuk berbincang, kami membuat perbincangan melalui kemudahan ini. Ternyata dalam menyiapkan tugasan ini, pelbagai nilai dan pengajaran yang saya perolehi. Nilai murni ini dapat saya gunakan dalam kehidupan seharian saya dan seterusnya sebagai bekalan buat saya bagi menjadi bakal pendidik yang cemerlang pada masa hadapan. Saya belajar tentang kerjasama, memahami, tolong-menolong, tolak-ansur, sabar dan sebagainya. Bukan sahaja kerjasama antara kumpulan, saya juga belajar tentang bagaimana berkolaborasi dengan pensyarah pembimbing. Sejujurnya, kami tidak dapat menyiapkan tugasan ini tanpa bantuan daripada pensyarah pembimbing, Encik Abdul Aziz bin Shamsuddin. Saya ingin mengambil

kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih atas tunjuk ajar yang beliau berikan. Terima kasih juga kepada ahli kumpulan saya yang sangat memahami ketika terdapat masalah-masalah lain dalam menyiapkan tugasan ini. Tak kenal, maka tak cinta. Peribahasa ini amat bertepatan sekali dengan tajuk soalan tugasan yang perlu kami siapkan. Ketika menerima soalan tugasan ini, saya berasa soalan tugasan ini sangat susah. Hal ini kerana saya tidak mempunyai pengetahuan tentang pengurusan bilik darjah. Kami tidak pernah belajar tentang subjek Pengurusan Bilik Darjah sebelum ini. Tetapi setelah mencari dan mengumpulkan bahan-bahan rujukan, selepas membaca dan meneliti topik ini, jelas topik ini sangat menarik buat saya. Topik pengurusan bilik darjah amat penting untuk dipelajari. Sebagai seorang bakal guru, saya menyedari keperluan untuk mendalami topik ini kerana bilik darjah merupakan satu tempat yang tidak asing lagi bagi seorang bakal guru. Guru tidak akan lari daripada tanggungjawab untuk menguruskan bilik darjah.

Pelbagai perkara baru yang saya pelajari melalui tugasan ini. Bagi pendapat saya, tugasan ini memberikan banyak ilmu pengetahuan baru yang selama ini saya tidak ketahui. Ilmu pengurusan bilik darjah yang amat penting untuk saya ketahui sebagai seorang bakal guru. Daripada tugasan ini, saya tahu bagaimana cara untuk menguruskan bilik darjah dan mengawal tingkahlaku murid agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Peranan guru amat penting dalam memastikan kawalan kelas yang baik. Saya sebagai seorang bakal guru perlu tahu bagaimana untuk menarik perhatian murid agar murid berminat mengikuti pembelajaran yang berlangsung. Bukan itu sahaja, malah saya juga perlu tahu tentang watakwatak murid saya. Bagi saya, ilmu baru yang saya perolehi ini merupakan ilmu yang sangat berharga apatah lagi kelak saya akan berhadapan dengan pelbagai ragam murid-murid pendidikan khas. Selain itu, dalam tugasan ini apa yang penting dan menarik bagi saya adalah saya mendapat ilmu baru bagaimana mengaplikasikan model disiplin asertif Canter dan model pengurusan kelompok Kounin dalam kawalan bilik darjah. Dalam model disiplin asertif Canter, contohnya bagi mengawal bilik darjah dan murid, guru perlu memberikan peneguhan kepada murid. Guru membuat satu set peraturan bagi murid yang selalu menimbulkan masalah dan jika murid tersebut dapat mengikuti set peraturan tersebut, guru perlu memberikan peneguhan agar murid dapat mengulangi sifat tersebut. Dalam model pengurusan kelompok Kounin pula, peranan guru di dalam bilik darjah amat penting. Kepekaan guru terhadap apa yang berlaku pada persekitaran bilik darjah amat penting. Guru perlu peka terhadap aktiviti murid ketika berada dalam bilik darjah. Jika murid melakukan kesilapan guru perlu bertindak cepat untuk menegur kesilapan murid tersebut. Dalam model ini juga, saya mempelajari pentingnya untuk menggunakan nada dan intonasi suara yang betul ketika melaksanakan pengajaran. Hal ini penting untuk

menarik perhatian dan minat murid agar murid tidak melakukan aktiviti lain atau menimbulkan masalah lain ketika guru mengajar. Hal ini juga bagi

memastikan murid tidak berasa bosan dengan pengajaran yang dilaksanakan oleh guru. Kesimpulannya, biarpun kedua-dua model ini berbeza dalam aspek pengurusan dan kawalan bilik darjah tetapi masing-masing mempunyai kelebihan. Ilmu-ilmu baru ini akan saya sematkan dalam diri sebagai bekalan pada masa akan datang. Selain itu, ilmu-ilmu ini juga dapat saya praktikkan semasa menjalani pengalaman berasaskan sekolah atau semasa praktikum nanti. Akhir sekali, saya berharap penghasilan tugasan ini adalah sesuai dengan kehendak soalan tugasan dan dapat memuaskan hati pensyarah pembimbing kami. Saya dan rakan ahli kumpulan saya telah cuba sedaya upaya kami untuk menghasilkan tugasan yang terbaik yang kami mampu. Semoga tugasan yang kami hasilkan ini sedikit sebanyak boleh menjadi panduan dan pedoman kepada semua. Setiap ilmu baru dan nilai-nilai murni yang saya perolehi melalui tugasan akan menjadi kekuatan kepada saya untuk tabah menghadapi setiap cabaran sepanjang saya menjalani latihan perguruan di Institusi Pendidikan Guru Kampus Ipoh dan seterusnya bekalan untuk menjadi bakal guru kelak. .

Refleksi Kendiri: Noraini Binti Abdul Khalif Syukur kehadrat Ilahi kerana akhirnya saya dapat menyiapkan Kerja Kursus Pendek Pengurusan Bilik Darjah dan TingkahLaku ini dalam masa yang ditetapkan. Saya mendapat tugasan ini daripada pensyarah pembimbing, En.Abdul Aziz b. Shamsuddin pada 13 Februari 2012 iaitu tiga minggu sebelum tarikh yang perlu dihantar. Perasaan gembira bercampur sedih ketika menerima soalan tugasan ini. Namun, dengan bimbingan daripada En.Abdul Aziz saya semakin bersemangat untuk melaksanakan kerja kursus ini. Bagi tugasan pada semester ini, saya telah ditugaskan membuat tugasan mengenai ciri-ciri utama model disiplin Canter dan Kounin serta membanding bezakan kedua-dua model tersebut serta menjelaskan

bagaimana seseorang guru boleh memanfaatkan kedua-dua model ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi saya, tugasan pada kali ini amat menarik. Dalam usaha menyiapkan tugasan ini banyak kekangan yang hadir. Antaranya adalah halangan dan kekangan daripada diri sendiri yang adakalanya terlalu melayan perasaan malas. Justeru, proses memulakan tugasan ini bermula lebih lewat daripada rakan-rakan yang lain. Namun, Alhamdulillah berkat nasihat dan teguran daripada orang sekeliling telah banyak mendorong saya untuk menyiapkan tugasan ini. Tambahan pula, saya beranggapan bahawa setiap tugasan perlulah disiapkan dengan segera supaya kekangan masa tidak dijadikan sebagai alasan bahawa tugasan ini tidak dapat disiapkan dengan sempurna. Tugasan kerja kursus pendek pada semester ini agak mencabar dan membuatkan saya hampir berputus asa semasa menyempurnakan tugasan ini. Bayangkan dengan jadual kelas yang amat padat saya dan rakan-rakan diminta untuk menyiapkan tugasan kerja kursus pendek dalam tempoh yang ditetapkan sedangkan dalam masa yang sama banyak lagi tugasan lain yang menuntut komitmen saya dan kekangan masa yang agak singkat memberikan tekanan yang tidak kurang hebatnya kepada saya.

Dengan siapnya tugasan ini, maka banyak input yang saya peroleh daripadanya. Pertamanya, saya dapat belajar cara untuk mengumpulkan maklumat daripada pelbagai sumber yang berbeza. Contohnya, sumber daripada buku-buku, jurnal,ensiklopedia serta bahan-bahan internet.

Mempunyai bahan daripada pelbagai sumber dilihat dapat memudahkan tugasan. Namun, kadangkala turut memeningkan kepala kerana saya perlu membaca semua bahan dan memilih sumber yang terbaik daripada sumbersumber tersebut. Malah kadangkala timbulnya perbezaan dan percanggahan mengenai idea yang diutarakan dalam bahan-bahan rujukan tersebut. Walau bagaimanapun, Alhamdulillah, semuanya dapat ditangani. Saya mengakui sepanjang menyiapkan tugasan ini banyak perkara yang saya sendiri berasa keliru dan musykil. Justeru, pandangan dan penerangan daripada mereka yang berada di sekeliling saya sedikit sebanyak dapat membantu. Selain itu, saya juga mendapati bahawa interaksi dengan pensyarah juga penting dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Selaku pelajar, tidak dapat dinafikan bahawa pensyarah merupakan individu penting dalam kehidupan kami.Sebarang masalah yang timbul berkaitan pelajaran perlu dirujuk dengan pensyarah pembimbing inikan pula jika melibatkan tugasan. Bimbingan dan tunjuk ajar daripada pensyarah dapat membantu dalam menyiapkan tugasan dengan lebih kemas dan sempurna. Tambahan pula, sebarang kemusykilan berkaitan dengan tugasan juga dapat ditangani dengan mudah. Pada masa yang sama, tugasan ini juga dapat menambah

pengetahuan sedia ada saya dengan info-info baru yang tidak pernah dipelajari sebelum ini terutamanya perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah dan tingkah laku. Saya menyedari bahawa hakikat sebagai seorang guru, saya bakal menghadapi pelbagai cabaran dan halangan dalam menangani bermacam-macam ragam anak-anak murid kelak. Pada pandangan saya, pendedahan tentang ilmu dan kemahiran tentang pengurusan bilik darjah dan tingkah laku ini sangat penting kepada guru-guru supaya ilmu dan kemahiran ini dapat diaplikasikan ketika sesi pengajaran dan

pembelajaran (P&P) berlangsung serta dimanfaatkan bagi mengatasi masalah di kalangan murid-murid bermasalah. Melalui tugasan ini juga dapat membuka minda saya tentang sejauh mana keberkesanan penggunaan pelbagai strategi dan pendekatan, faktor persekitaran fizikal, psiko-sosial dan kepentingan membina hubungan positif antara guru dengan murid. Tidak dinafikan, melalui tugasan ini juga dapat membantu murid-murid untuk mengurangkan tekanan yang mereka hadapi sama ada tekanan daripada luaran ataupun dalaman. Di samping itu, suasana bilik darjah baru yang lebih kondusif serta mampu menggalakkan murid untuk lebih bermotivasi dan berkeyakinan tinggi dalam menyelesaikan masalahmasalah berkaitan subjek yang mereka pelajari dapat diwujudkan. Banyak pengalaman baru dapat saya perolehi daripada hasil kajian ini. Saya dapat mendalami cara untuk menguruskan bilik darjah di samping mempelajari cara untuk menjadi seorang guru yang boleh mengaplikasikan model-model yang ada semasa P&P berlangsung. Pada masa yang sama, saya berjaya membentuk diri saya menjadi seorang yang lebih berdisiplin terhadap sesuatu kerja yang diamanahkan. Kesimpulannya, tugasan ini banyak memberikan impak dalam proses pembelajaran di Institut Pendidikan Guru (IPG) ini yang mana budaya pembelajarannya adalah berbeza dengan budaya pembelajaran di sekolah. Guru-guru dilatih supaya lebih berdikari dalam proses pengajaran dan pembelajaran di samping tunjuk ajar oleh pensyarah-penyarah pembimbing. Ia merupakan satu langkah bagi melatih pelajar dalam penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran sama ada kemahiran interpersonal mahupun kemahiran intrapersonal untuk diadaptasikan dalam profesion perguruan pada masa hadapan. Akhir kalam, segala yang baik itu datangnya daripada Allah s.w.t. dan yang buruk itu juga datangnya dari Allah s.w.t. tetapi disandarkan keatas kelemahan diri saya sendiri. Semoga kualiti dan mutu tugasanakan dapat ditingkatkan dari semasa kesemasa dengan bantuan pensyarah pembimbing dan rakan-rakan seperjuangan.

Refleksi Kendiri : Nor Nanisya Asyakina Binti Romzi Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa bersyukur saya kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah, izin serta kurnianya dapat melaksanakan tugasan kerja kursus pendek pada masa yang telah ditetapkan. Tugasan kerja kursus bagi subjek pengurusan bilik darjah pada semester ini adalah berkaitan dengan model disiplin iaitu Model Disiplin Asertif Canter dan Model Pengurusan Kelompok Kounin. Berdasarkan kedua-dua model inilah,

kumpulan saya telah diminta untuk membuat kajian yang merangkumi aspek konsep, cara pelaksanaan, tujuan, kelemahan dan kebaikan model ini. Hal ini penting kepada kami sebagai bakal guru kelak untuk mengaplikasikan keduadua model dalam bilik darjah untuk memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Tambahan lagi, sebagai bakal guru murid pendidikan khas, kami harus bijak mengatur strategi pengajaran kepada murid istimewa ini yang mempunyai watak yang amat berlainan berbanding murid aliran perdana yang biasa. Pada pandangan saya, tajuk kerja kursus ini amat bersesuaian dengan guru tidak kira samada guru yang mengajar aliran perdana atau guru pendidikan khas kerana sebagai guru, kita tidak mungkin dapat lari dari dari masalah disiplin murid-murid kita. Hal tersebutlah yang memerlukan guru untuk menganalisis serta menggunakan pendekatan seperti model-model disiplin yang diperkenalkan pelopor- pelopor dunia. Banyak maklumat yang bagus untuk diaplikasikan guru di dalam kelas sebagai langkah menangani masalah disiplin murid. Pada masa yang sama juga, saya juga dapat mengenal pasti dan memahami peranan sebagai seorang guru. Semasa dalam sesi pengajaran, guru bukan sahaja sebagai seorang pendidik, tetapi juga sebagai pengurus kelas. Hal yang demikian kerana guru perlu mengurus bilik darjah agar sentiasa berada dalam suasana yang kondusif dan lengkap dengan peralatan belajar agar murid mendapat keselesaan untuk belajar. Bilik

darjah yang mempunyai suasana yang kondusif dan sihat memberi keyakinan serta keseronokan kepada murid untuk belajar. Selain daripada itu juga, melalui tugasan berkumpulan ini, saya dapat memupuk semangat kerjasama saya dengan ahli kumpulan saya yang lain. Dengan ini, ia melatih saya untuk bekerjasama dengan guru sekolah apabila saya telah memulakan karier saya sebagai guru sebenar di sekolah kelak. tambahan lagi, tugasan berkumpulan ini juga dapat menjadikan hasil tugasan lebih bermakna dan memberangsangkan berbanding tugasan berseorangan. Hal ini kerana dalam proses penyiapkan tugasan, pelbagai idea dan maklumat daripada ahli kumpulan diserapkan dalam tugasan ini menjadikan tugasan ini lebih optimum kandungannya. Namun begitu, kumpulan saya juga turut mengalami beberapa kekangan untuk menyiapkan tugasan hinggalah ke tahap ini. Halangan paling utama adalah kekurangan bahan rujukan. Selain pusat sumber Institut, kumpulan saya juga mencari maklumat dari pusat sumber negeri Perak, namun tetap bahannya tetap kurang. Banyak buku-buku yang diterbitkan berkaitan tajuk adalah dalam bahasa Inggeris. Oleh itu ia mendatangkan sedikit masalah dari segi masa untuk kami menterjemah buku tersebut. Tetapi kami agak bernasib baik kerana rujukan dalam internet amat membantu kami untuk mendapatkan maklumat. Kami juga mengalami sedikit masalah untuk membuat perbincangan berkumpulan kerana berlainan tempat tinggal. Hanya menggunakan

kemudahan teknologi seperti telefon bimbit dan laman sosial sebagai medium perbincangan menyebabkan kesua maklumat yang ingin disampaikan tidak sampai secara keseluruhannya pada ahli kumpulan saya yang lain. Oleh sebab itu, apabila ada sahaja watu sengang, kumpulan saya akan membuat perbincangan mengenai tajuk ini. Walaupun adanya kekangan-kekangan ini, tugasan kerja kursus ini masih lagi dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan. Benarlah pepatah

hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih dimana jika mahu kerja tersebut disiapkan, tidak kira halangan apa yang melintang, semuanya boleh diatasi. Dan akhir sekali ingin saya ucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing yang banyak memberi pendedahan kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini dan juga kepada ahli kumpulan saya yang banyak memberikan dorongan dan kerjasama untuk menyiapkan tugasan ini. Dan saya berdoa agar kita mendapat kecemerlangan dalam subjek ini.

Refleksi Kendiri : Nurjannah Shahida Binti Mamat Syukur ke hadrat Ilahi akhirnya saya Nurjannah Shahida binti Mamat dapat menyiapkan Kerja Kursus Pendek Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku bersama-sama rakan sekumpulan saya dalam masa yang ditetapkan. Kami menerima tugasan ini daripada pensyarah pembimbing, Encik Abdul Aziz bin Shamsuddin kira-kira dua minggu sebelum tarikh yang perlu dihantar. Perasaan gembira bercampur sedih ketika menerima soalan tugasan ini. Namun, dengan bimbingan daripada pensyarah saya dan sokongan daripada rakan-rakan menjadikan saya semakin bersemangat untuk melaksanakan kerja kursus ini. Bantuan rakan sekumpulan banyak membantu saya. Pada awalnya, saya kurang yakin dapat melaksanakan tugasan dengan baik setelah memerhati soalan tugasan pada kali ini menghendaki kami mengkaji dua daripada empat model pengurusan disiplin dalam bilik darjah. Selepas difikirkan dan diteliti, akhirnya saya membuat keputusan untuk mencari maklumat-maklumat berkaitan kedua-dua model pengurusan disiplin tersebut terlebih dahulu. Dua model ialah model disiplin asertif Canter dan model pengurusan kelompok Kounin. Saya mula mencari maklumat-maklumat berkaitan model tersebut di pusat sumber. Agak sukar bagi saya untuk menemui buku-buku yang sesuai dengan tajuk kerja kursus pada kali ini. Hampir sejam mencari, akhirnya saya menjumpai buku Pengurusan Disiplin Bilik Darjah. Walaupun kuantiti buku yang ditemui sedikit, saya bersyukur kerana usaha saya mencari tidak sia-sia. Selepas beredar dari pusat sumber, saya bersama-sama ahli kumpulan menuju ke bilik pensyarah bagi mendapatkan maklumat-maklumat penting daripada pensyarah

pembimbing. Pada masa yang sama, kami berkesempatan mendapatkan tandatngan pensyarah bagi melengkapkan borang kolaborasi kami. Setelah

mendapat maklumat daripada beberapa orang pensyarah dan rakan-rakan, kesukaran melaksanakan kertas kerja pada kali ini beransur hilang. Untuk memenuhi kehendak soalan, saya telah melayari beberapa laman sesawang untuk dijadikan bahan kajian bagi menyelidik sedikit sebanyak mengenai ciri-ciri utama model disiplin Canter dan Kounin. Perbincangan demi perbincangan dilakukan bersama-sama ahli kumpulan mengeratkan lagi hubungan kami sesama rakan sekelas. Tanpa disedari kerja kursus ini memberi peluang kepada saya untuk memahami peranan guru dalam memenuhi keperluan dan hak asasi murid di dalam kelas dengan lebih terperinci. Di samping itu, rakan sekumpulan yang lebih arif dalam hal ini membantu saya membuat banding beza kedua-dua model tersebut. Kami berdiskusi bersama-sama mengenai tujuan, cara pelaksanaan, kekuatan dan kelemahan model-model tersebut. Selepas selesai satu peringkat pelaksanaan kerja kursus ini, kami sekumpulan sentiasa berusaha menemui pensyarah pembimbing untuk memeriksa dan membaiki setiap kesalahan yang terkandung dalam hasil kerja kami. Namun begitu, ketiadaan pensyarah sewaktu kami ke tempat beliau sedikit sebanyak menimbulkan rasa hampa ketika menyiapkan tugasan ini. Alhamdulillah nota-nota daripada kuliah bersama-sama pensyarah

pembimbing banyak membantu saya dalam meneliti setiap perbezaan yang terdapat pada kedua-dua model disiplin tersebut. Di samping itu, saya juga memanfaatkan beberapa buah buku rujukan berkaitan cara-cara kedua-dua model tersebut diaplikasikan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Perbincangan demi perbincangan dilakukan bersama-sama rakan sekelas akhirnya membantu saya memahami kehendak soalan yang sebenar. Dalam menyiapkan Kerja Kursus Pendek Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku ini, saya dan ahli kumpulan terpaksa mengorbankan masa tidur kami dan berjaga sehingga awal pagi. Hal ini adalah kerana kami terpaksa menjalani latihan kawad kaki pada waktu malam. Setelah selesai latihan,

barulah kami dapat menyambung semula kerja kursus ini untuk disiapkan. Melalui kajian cara-cara mengaplikasikan kedua-dua model tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran, saya mempelajari ilmu-ilmu baru mengenai cara-cara guru menangani masalah tingkah laku yang timbul dalam kalangan murid. Model disiplin asertif Canter banyak mengajar saya cara-cara guru melaksanakan pelan pengurusan disiplin di dalam sesebuah bilik darjah khususnya bilik darjah yang dihuni murid-murid bermasalah tingkah laku. Selain itu, saya juga dapat mendalami cara-cara guru menjalankan tindakan pembetulan terhadap murid. Di samping itu, melalui model Canter juga saya mempelajari pendekatan-pendekatan yang digunakan oleh guru untuk mendekati atau berinteraksi dengan murid yang sukar berkomunikasi dengan guru mahupun rakan sekelas. Mereka ini juga dikenali dengan kumpulan murid yang berada dalam kelompok kecil kerana sukar didekati. Melalui model pengurusan kelompok Kounin pula, saya dapat mendalami sejauh mana peranan guru dalam menghidupkan suasana bilik darjah. Model Kounin ini sedikit berbeza berbanding model Canter. Hasil diskusi bersama-sama rakan sekumpulan, saya mempelajari banyak perkara melalui model Kounin. Antaranya ialah nada suara dan intonasi yang

digunakan oleh guru haruslah sesuai supaya murid tidak berasa bosan dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Selain itu, saya juga dapat menfokuskan kepada tindakan guru yang perlu merancang dan melaksanakan aktiviti yang menarik supaya murid tidak sesekali berasa bosan. Hal ini adalah kerana aktiviti yang menarik mampu mengelakkan murid daripada melakukan perkara lain yang boleh menimbulkan masalah tingkah laku di dalam bilik darjah. Pada masa yang sama, saya juga mempelajari bahawa guru perlu peka terhadap sebarang tingkah laku murid. Hal ini adalah penting bagi guru menjangkakan tindakan seterusnya yang akan dilakukan murid tersebut. Secara tidak langsung, guru juga berupaya merancang

langkah-langkah bagi mengatasi masalah tingkah laku yang mungkin timbul. Kesukaran untuk mandapatkan maklumat yang betul dan tepat menjadi

cabaran yang sangat menduga kesabaran saya. Bagi melengkapkan tugasan pada bahagian ini, saya terpaksa mencari maklumat daripada pelbagai sumber kerana tajuk ini agak keliru bagi saya. Banyak pengalaman baru dapat saya perolehi daripada hasil kajian ini. Selain itu, saya belajar untuk menjadi seorang yang lebih teliti. Tanpa disedari, saya berjaya membentuk diri saya menjadi seorang yang lebih berdisiplin terhadap sesuatu kerja yang diamanahkan dan sentiasa belajar untuk memperoleh ilmu yang baru.

Anda mungkin juga menyukai