Anda di halaman 1dari 2

MUHAMAD LUQMANUL HAKIM BIN AHMAD NOH 920825-06-5979 3 PISMP TESL 4 REFLEKSI

Alhamdulillah, dengan limpah dan kurnia-Nya saya dapat menyiapkan kerja kursus bagi unit beruniform pengakap kali ini. Tugasan yang saya terima kali ini amat mencabar bagi saya kerana ini merupakan kali pertama saya melakukanya dan tidak pernah melibatkan diri dalam unit beruniform pada semester-semester sebelum ini. Ini begitu mencabar bagi saya kerana saya perlu memahami dengan mendalam berkaitan dengan unit beruniform terutamanya pengakap ini. Alhamdulillah juga kerana saya berjaya untuk menyiapkan tugasan ini kerana saya percaya dan yakin ini akan membantu saya di masa hadapan kelak. Melalui ini, saya juga dapat memperkasakan lagi pengetahuan saya terhadap persatuan pengakap di Malaysia. Di dalam tugasan ini, kami perlu melakukanya secara berkumpulan dan saya bersamasama Haziq dan kami bersungguh-sungguh untuk menyiapkan tugasan ini. Secara umumnya, tugasan kali ini adalah berkaitan dengan mencari maklumat unit beruniform pengakap di sekolah yang akan kami jalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah. Memandangkan kami melakukan PBS di sekolah yang sama, ianya amat memudahkan saya dalam proses pencarian maklumat dan juga penggabungan maklumat nanti. Walaubagaimanapun, semasa melakukan tugasan ini, terdapat beberapa halangan dan rintangan yang terpaksa saya hadapi antaranya ialah ketika saya melakukan PBS di sekolah tersebut, sekolah tersebut sedang menjalani peperiksaan. Ini menyebabkan tiadanya sebarang aktiviti unit beruniform dan ini amat menyulitkan kami kerana tidak dapat mengambil gambargambar unit beruniform di sana. Ini juga menyebabkan saya mendapat kesukaran untuk mencari maklumat mengenai penngakap di sekolah tersebut. Walaubagaimanapun, masalah ini akhirnya dapat diatasi setelah saya berjumpa dengan guru-guru yang terlibat dengan pengakap dan juga GPK KOKO untuk maklumat yang kami perlukan. Manfaat ini saya sesama rakan tidak sia-siakan dan saya amat bersyukur ke hadrat Ilahi. Meskipun terdapat kesukaran dalam melakukan tugasan ini, saya mendapat begitu banyak manafaat daripadanya. Antaranya, Kerja kursus ini telah menambah pengetahuan saya terhadap persatuan pengakap. Saya dapat melihat dengan lebih jelas dan dekat bagaimana persatuan pengakap di jalankan di sekolah dan ini amat penting bagi saya untuk menyediakan saya untuk menjadi pengakap pemimpin pada masa hadapan kelak. Selain itu, saya juga menjadi lebih berdisiplin dengan adanya tugasan ini kerana saya belajar bagaimana untuk membahagikan masa dan membuat tugasan mengikut masa yang ditetapkan selain daripada menghantar tugasan ini tepat pada masanya.Secara tuntas, terdapat pelbagai impak positif

MUHAMAD LUQMANUL HAKIM BIN AHMAD NOH 920825-06-5979 3 PISMP TESL 4 yang saya dapat sepanjang menyiapkan tugasan ini. Segala masalah yang hadir adalah ujian dan dugaan kepada saya untuk menyediakan saya di masa hadapan kelak terutamanya di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai