Anda di halaman 1dari 22

Penghargaan

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Di sini kami mengambil kesempatan untuk
mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah (PKP) Pengenalan Kepada Pendidikan
Pemulihan iaitu Puan Liew Fee Lan yang mengajar dan membimbing kami dengan
memberi tunjuk ajar bagaimana cara membuat tugasan ini.
Seterusnya, kami ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga kami
yang memberi sokongan moral kepada kami. Mereka juga membantu kami dari segi
kewangan untuk menyiapkan kerja kursus pendek ini. Kami dapat membuat kerja kursus ini
tanpa menghadapi sebarang masalah dari segi mental dan fizikal.
Sebelum menutup bicara, kami ingin menyampaikan sekalung ribuan terima kasih
kepada rakan rakan sekelas kami yang berkongsi pendapat dan memberi idea- idea yang
bernas sepanjang menyiapkan kerja khusus ini dengan jayanya. Kami menghargai segala
dorangan dan kerjasama yang diberikan oleh rakan seperjuangan kami.

1.0 PENDAHULUAN

Dalam tahun 1983, Sistem Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum baru ini merupakan satu usaha untuk kembali semula
kepada asas pendidikan, iaitu yang memberi fokus kepada penguasan kemahiran asas 3M
dan penekanan kepada pendidikan pemulihan. Hal yang sedemikian ini menjadi masalah
dalam pembelajaran pada peringkat sekolah rendah menjadi fokus polisi dan program
utama negara.
Program pemulihan telah disediakan bagi membantu murid mengatasi masalah
kelemahan khusus dalam pembelajaran terutamanya dalam penguasan kemahiran asas
3M. Kumpulan murid yang telah dikesan dan dikenal pasti sebagi belum menguasai
kemahiran asas 3M pada tahap yang tertentu akan mengikuti Program Pemulihan Khas.
Program ini mengunakan pendekatan klinikal untuk merawat kesukaran belajar atau
masalah dalam pembelajaran yang dihadapi oleh murid yang berkenaan.
Kekangan dalam pelaksanaan program ini ialah masalah yang dihadapi oleh guru
pemulihan khas (JPK) kurang memahami tuntutan tugas dan tanggungjawab mereka, dan
bahan rujukan yang tidak mencukupi.
Menyedari hakikat inilah maka pada Bulan Novembar 1998 Jabatan Pendidikan Khas
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menghasilkan sebuah buku panduan yang lengkap
bagi membantu guru-guru dan juga guru besar melaksanakan program pemulihan khas
secara sempurna dan berkesan. Jabatan telah berusaha memastikan buku yang dihasilkan
ini mudah, menarik serta jelas maksudnya.

B.Penulisan Akademik

Bagi PBS yang pertama ini,kami telah melaksanakannya di Negeri Sembilan bersama
rakan sekelas. Sekolah yang telah menjadi pilihan kami ialah SJK(T) Ladang Chembong,
Seremban. Selama seminggu kami menjalani PBS iaitu pada 19- Ogos 23 Ogos di SJK(T)
Ladang Chembong. Sepanjang tempoh menjalani PBS ini banyak pengalaman dan ilmu
baru yang berguna telah kami perolehi. Kami merancang satu taklimat yang berkaian
dengan konsep pemulihan, jenis jenis dan faktor- faktor masalah murid murid pemulihan
dan program program yang dibekalkan kepada murid murid pemulihan. Setelah
mendapat keizinan daripada guru besar sekolah SJKT Ladang Chembong, kami membuat
persediaan. Pada hari Rabu, bertarikh 21 -08 2013, taklimat tersebut telah dijalankan oleh
kami kepada pihak sekolah dan ibu bapa. Kami telah mendapat sambutan yang baik
daripada ibu bapa.
Pertamanya kami menerangkan definisi pemulihan kepada mereka. Pendidikan
peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang
serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani, selaras dengan mengira 3M perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan
murid-murid berkomunikasi dan membina ilmu pengetahuan. Justeru, Program Pemulihan
Khas mengutamakan prinsip menyelesaikan masalah seawal mungkin supaya tidak
menjadi kronik dan berterusan hingga ke tahap persekolahan rendah atau ke peringkat
persekolahan menegah rendah. Justeru, melalui pemulihan khas keperluan-keperluan murid
berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuh.
Berbagai-bagai pendapat telah diberikan oleh ahli-ahli pendidik barat dan tempatan
mengenai takrifan pendidikan pemulihan. Secara lebih khusus, takrif pendidikanpemulihan
itu telah diberi dengan pelbagai definisi, antaranya ialah :
Menurut laporan yang bertajuk Asia and Pacific Programme of Educational Innovation
for Development (1987) yang disediakan oleh Kementenian Pendidikan Malaysia,
pengajaran pemulihan ialah: a process in which children with learning problems are given
practical alternatives and effective approaches (programme) in education.
Bahagian Sekolah-sekolah, Kementenian Pendidikan dalam pekeliling KP (BS)
8502I5IPKIJ1d. V (26) bertanikh 8 Januani 1986 telah mendefinisikan pengajaran pemulihan
sebagai satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran munid-munid
lemah disekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas
membaca, menulis dan mengira, di bawah kelolahan guru-gunu pemulihan yang telah
menerima latihan khas dalam bidang ini.Ini bermakna pengajaran pemulihan adalah satu
proses pengajaran denganpendekatan yang lebih berkesan, praktikal bagi munid-munid
yang menghadapi masalah pemelajaran.

Pusat Perkembangan Kunikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (1984), dalam


konteks KBSR Program Pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan
untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran
asas membaca, menulis dan mengira.Mereka ini hendaklah dipulihkan sebaik sahaja
masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan.
Sharifah

Alwiah

Alsagoff

(1983),

mentakrifkan

pendidikan

pemulihan

adalah

satutindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang
mengalami kesukaran dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat
khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan
daripada sekolah biasa, dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.
Chua (1977), mendefinisikan pengajaran pemulihan sebagai satu pengajaran yang
bertujuan untuk membantu murid yang lemah, melalui pendekatan perseorangan dalam
kelas yang kecil bilangan muridnya. Pengajaran ini menggunakan kurikulum yang
diubahsuaikan dengan menitikberatkan perkara yang praktis dan latih tubi,tunjuk cara yang
melibatkan kegiatan dan gerak kerja yang dimudahkan serta disampaikan dengan teratur
serta dikendalikan oleh kakitangan ikhtisas (profesional) yang terdiri daripada Guru
Pemulihan dengan kerjasama doktor, pekerja sosial, pakarjiwa dan pihak-pihak lain yang
berkaitan. Kesimpulan pengajaran pemulihan adalah sejenis pengajaran yang dijalankan
untuk membantu murid-murid lambat dalam pemelajaran disekolah agar mereka tidak terus
ketinggalan dalam proses pendidikan disekolah dan dapat seiring dan setaraf dengan rakan
mereka yang lain.
Albertwhite (1977), pula menyatakan bahawa pengajaran pemulihan ialah suatu bentuk
pengajaran yang diperlukan oleh kanak-kanak yang bersifat ketidakupayaan yang disertai
oleh gangguan-gangguan emosi. Beliau menegaskan bahawa; byremedial teaching is
meant teaching which is based in a different diagnosis whichforms the basis for scientific
remedial procedures.
Persatuan

Pendidikan

Pemulihan

Kebangsaan

bagi

United

Kingdom

(1975),

mendefinisikan pengajaran pemulihan sebagai satu program pengajaran khas yang


dirangka bagi memenuhi keperluan pendidikan bagi kanak-kanak yang menghadapi
masalah pembelajaran dalam kalangan murid-murid di sekolah-sekolah biasa. Persatuan ini
juga mengatakan pengajaran pemulihan sebagai tindakan khusus yang diambil untuk
mengatasi kesusahan dan segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa atau di
pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan dalam kumpulan yang diasingkan
untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.

Menurut Pringle (1966), satu pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yangdi
perlukan oleh semua murid yang mundur dalam satu-satu mata pelajaran serta
berkemahuan dan berkebolehan belajar melalui latihan yang sistematik dan dapat
memenuhi keperluan-keperluan mereka.Bagi Evans (1955) pula, pengajaran pemulihan
dianggap sebagai the ambulance of educational system.Oleh itu pengajaran ini tidak boleh
diambil kira sebagai satu pekerjaan atau pengajaran yang dilakukan secara mengejut,
mendadak atau digunakan pada waktu kecemasan sahaja.Pengajarannya perlu dirancang
dan disusun dengan rapi berdasarkan aspek-aspek kelemahan munid.
Tambahan pula kami juga menerangkan tentang konsep pemulihan kepada ibu bapa
dan pihak sekolah tersebut secara terperinci; antaranya ialah pendidikan pemulihan ialah
suatu aktivit pengajaran dan pembelajaran untuk membantu murid-murid yang menghadapi
maslaah pembelajaran. Keduanya adalah pendidikan pemulihan merupakan satu rancangan
khas untuk membantu menguasai kemahiran-kemahiran asas. Malah Guru juga hendaklah
menggunakan kaedah pendidikan pemulihan, bahan pelajaran, strategi dan aktiviti
pengajaran yang bersesuaian dengan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid.
Selain itu, akitiviti pemulihan dijalankan dalam kelas biasa selepas kelemahan penguasaan
sesuatu kemahiran dapat dikesan melalui aktiviti penilaian.
Seterusnya kami menerangkan objektif pendidikan pemulihan di negara kita supaya
murid-murid dapat menguasai kemahirnan tertentu, mendapat layanan yang bersesuaian
dengan kebolehan dan perkembangan kognitif mereka.Pendidikan pemulihan juga
mengurangkan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh mereka dan mengembangkan
potensi minat mereka terhadap pelajaran ke peringkat yang memuaskan. Ia juga memberi
peluang yang sama dengan melibatkan murid-murid itu dalam aktiiviti-aktiviti sosial baik
dalam bilik darjah mahu pun diluar kelas. Selain itu memperolehi serta mengamalkan sikap
posititif seperti keyakinan diri dan berdikari apabila mereka berada dalam kumpulan atau
masyarakat.
Bukan itu sahaja, kami juga menerangkan tentang rasional pemulihan kepada pihak
sekolah dan ibu bapa murid-murid sekolah itu. Murid-murid pemulihan secara umumnya
mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang kebolehan untuk
menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka yang menghadapi masalah dalam
aktiviti pembelajaran memerlukan satu program pendidikan yang teratur dan terancang
untuk membolehkan mereka belajar seperti murid biasa. Aktiviti yang dijalankan akan dapat
membantu mereka menghadapi proses pembelajaran yang seterusnya seperti murid yang
lain. Pendidikan pemulihan berupaya untuk mengembangkan potensi individu seperti yang
dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perbezaan murid dari segi minat,

gaya belajar dan kebolehan dapat ditangani melalui pendidikan pemulihan yang diberikan
guru secara berterusan. Masalah rendah diri dan keciciran murid dapat diatasi dan
penguasaan kemahiran bahasa dapat ditingkatkan. Terdapat pelbagai teori tentang
pemerolehan bahasa murid dan pelbagai strategi, kaedah, teknik dan aktiviti dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang dapat diaplikasikan oleh guru untuk
mengatasi masalah pembelajaran murid.
Pada masa tersebut, ibu bapa telah bertanya mengenai jenis-jenis pemuluhan kami.
Kami mengambil kesempatan ini untuk menerangkan mengenai jenis-jenis pemulihan.
Terdapat dua jenis pendidikan pemulihan, iaitu Pemulihan Bahasa Melayu di dalam Bilik
Darjah (Masalah Pembelajaran Ringan) dan Pemulihan Khas (Masalah Pembelajaran
Kompleks). Pemulihan Bahasa Melayu di dalam bilik darjah dijalankan di dalam bilik darjah
biasa oleh guru Bahasa Melayu biasa. Murid-murid yang menghadapi pembelajaran di kenal
pasti semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Aktiviti pemulihan
hendaklah dijalankan secara serta-merta berdasarkan masalah tertentu. Pemulihan Khas
dijalankan di dalam bilik darjah khas oleh guru pemulihan khas yang terlatih dalam bidang
ini. Murid-muridnya terdiri daripada murid yang gagal menguasai kemahiran mendengar dan
bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis yang telah dikenal pasti melalui ujian
saringan. Selain itu, murid akan kembali ke kelas biasa setelah kelemahan pembelajaran
diatasi.

Murid pemulihan muncul disesbabkan oleh beberapa faktor iaitu secara umumnya,
murid-muird yang sentiasa menghadapai masalah pembelajaran adalah terdiri daripada
murid-murid yang mempunyai I.Q yang rendah. Keadaan ini berhubung rapat dengan
beberapa faktor seperti dari aspek pembelajaran iaitu Kurikulum kurang sesuai dengan
perkembangan kognitif kanak-kanak, strategi dan kaedah mengajar yang digunakan kurang
sesuai dengan murid dan bahan pelajaran yang diseduiakan kurang menarik minat muridmurid.
Dari aspek peribadi pula, kemiskinan dan masalah sosial- setengah murid yang miskin
terpaksa membuat kerja-kerja sambilan sehingga tidak mempunyai masa untuk belajar.
Mereka juag tidak mendapat galakan dari ibu bapa. Selain itu, pergaulan dengan rakanrakan sebaya yang menghadapi masalah yang serupa.

Dari aspek kurang kecerdasan, ia berkait rapat dengan mental. Murid murid ini terdiri
daripada murid-murid yang lambar berfikir, cepat lupa, sukar memahami sesuatu, lemah

pengamatan dan sebagainya. Masalah mental wujud adalah disebabkan, warisan keturunan
ibu bapa, kelahiran secara tidak normal speerti kelahiran tidak cukup bulan, kecederaan
otak kerana penyakit atau kemalangan dan kekurangan makanan yang berzat. Selain itu,
kami juga menerangkan tentang faktor mental dalam masalah pembelajaran dapat
diperlihatkan melalui tanda-tanda berikut seperti tidak boleh membunyikan perkatan dengan
tepat, tidak boleh menyusun perkataan-perkataan untuk membina ayat dengan tepat, cepat
lupa apa yang di ajarkan oleh guru, kadar bacaan lambat atau langsung tidak boleh
membaca, jangka masa penumpuan perhatian kepada pembelajaran terlalu singkat, tidak
boleh menginat turutan, misalnya tidak boleh menghafal sifir darab, tidak boleh mengikuti
pengajaran guru dalam kelas biasa, kebolehan memahami konsep dan menguasai
kemahiran adalah lemah dan terhad, malas, kurang minat serta mempunyai semangat untuk
membaca dan Pendidikan pemulihan hanya boleh diberikan bagi yang mengalami masalah
mental yang ringan. Bagi kes yang berat bantuan guru khas adalah diperlukan.
Dari aspek fizikal pula, murid- murid mengalami kekurangan makanan yang berzat.
dan

cepat

letih

menyebabkan

tidak

berupaya

memberikan

tumpuan

terhadap

pembelajarannya. Murid-murid yang kurang sihat mudah diserang berbagai oenyakit sering
cuti menyebabkan pelajaran terganggu. Murid pemuliha

khas juga mengalami masalah

seperti masalah kecacatan- pekak, bisu, buta dan sebagainya. Kalau kita lihat dari aspek
psikologi pula, ia berkait rapat dengan masalah emosi seperti perasaan takut, benci, diam,
malu, tidak berkeyakinan, rendah diri dan sebagainya.
Kami juga menerangkan mengenai Program-program yang dibekalkan kepada murid
pemulihan. Program Pendidikan Pemulihan Khas mula diberi perhatian oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia setelah Laporan Murad 1972 melaporkan terdapat 25%
murid-murid sekolah rendah tercicir dan tidak menguasai kemahiran membaca, menulis dan
mengira. Kursus dalam perkhidmatan diperkenalkan di mana guru-guru yangberminat dalam
bidang pendidikan pemulihan ini dihantar mengikuti kursus 14 minggu dan Kursus Sijil
Perguruan Khas selama satu tahun bermula pada tahun1990-an.
Laporan akhbar Berita Harian keluaran 27 November 2007 menyatakan kirakira100,000 murid Tahun Satu tidak dapat menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan
mengira sudah tentu mengejutkan. Jumlah ini mewakili 23 peratus keseluruhan murid Tahun
Satu. Laporan ini menggusarkan kita tentang kadar keciciran bakal berlaku pada peringkat
peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah(PMR)
dan Sijil Persekolahan Malaysia (SPM) kelak. Berdasarkan keadaan ini, Kementerian
Pelajaran Malaysia telah mengambil inisiatif menganjurkan Kursus Perguruan Lepas Ijazah

(KPLI) secara sepenuh masa, Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) secara
kursus dalam cuti dan diikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan bermula pada bulan
Januari tahun 2009. Program Pendidikan Pemulihan Khas dilaksanakan di dalam sebuah
kelas khassecara sistem withdrawal.
Program ini dikelolakan oleh guru yang menerima latihankhas dan mempunyai sijil,
diploma atau ijazah dalam pendidikan pemulihan khas.Murid-murid yang ditempatkan dalam
kelas khas ini adalah murid dari kelas biasayang telah mengikuti program pemulihan dalam
kelas biasa. Murid yang akan ditempatkan di kelas khas ini perlu mengikuti prosedur tertentu
setelah dicalonkan sebelum berjaya diterima mengikuti pendidikan pemulihan khas.
Sistem withdrawal yang diamalkan menuntut guru-guru pendidikan pemulihan khas
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan rajin, tekun, bertenaga dengan bahan
bantu mengajar yang menarik dan sesuai, berasaskan model pengajaran tertentu sehingga
murid-murid yang ditempatkan di kelas pemulihan khas ini mampu menguasai kemahirankemahiran yang gagal dikuasai di kelas biasa dan ditempatkan semula di kelas biasa. Muridmurid yang terpilih ini akan hadir di kelas pemulihan khas pada waktu tertentu untuk
mengikuti pengajaran dan pembelajaran berkaitan pemulihan Bahasa Melayu (membaca
dan menulis) dan Matematik(mengira). Pada waktu mata pelajaran lain murid-murid ini akan
mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas biasa.
Program seterusnya adalah pendidikan pemulihan dalam kelas KBSR iaitu di bawah
tanggungjawab guru mata pelajaran KBSR. Guru mata pelajaran sepatut menilai
pencapaian muridpada setiap sesi pengjaran dan pembelajaran. Pada akhir sesi pengajaran
dan pembelajaran tersebut guru membuat analisis terhadap pencapaian murid dan
seterusnya menentukan adakah terdapat murid yang gagal menguasai kemahiran yang
diajar. Sekiranya terdapat murid yang gagal menguasai kemahiran yang telah diajar, maka
guru mata pelajaran tersebut perlu melaksanakan pendidikan pemulihan dalam darjah
dengan segera agar murid tersebut tidak ketinggalan dan dibiarkan, kemungkinan murid
akan mengumpul kemahiran-kemahiran yanggagal dkuasainya.
Program pendidikan pemulihan yang dilaksanakan oleh guru mata pelajaran ini lebih
berfokus kepada kegagalan murid menguasai kemahiran yang diajar pada waktu
tersebut.Program pemulihan dalam kelas KBSR ini menggunakan sukatan matapelajaran
KBSR. Kegagalan berterusan murid yang telah mengikuti program pemulihan dalam kelas
KBSR ini membantu guru mata pelajaran jika dibiarkan, kemungkinan murid akan
mengumpul kemahiran-kemahiran yang gagal dkuasainya. Program pendidikan pemulihan
yang dilaksanakan oleh guru mata pelajaran ini lebih berfokus kepada kegagalan murid
menguasai kemahiran yang diajar pada waktutersebut.Program pemulihan dalam kelas

KBSR ini menggunakan sukatan matapelajaran KBSR. Kegagalan berterusan murid yang
telah mengikuti program pemulihan dalam kelas KBSR ini membantu guru mata pelajaran
untukmencalonkan murid tersebut agar dapat dibantu dengan lebih khusus dalam program
pendidikan pemulihan khas.
Program Literasi dan Numerasi (LINUS) akan mula dilaksanakan mulai 2010 hingga
2012 di seluruh negara. Program LINUS yang bertujuan memastikan semua murid Tahun 1
pada 2010 dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis (literasi) dan mengira
(numerasi) selepas tahun 2012, iaitu berada di Tahun 4. Pelaksanaan program LINUS ini
merupakan sebahagian daripada NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia yang disasarkan
menjelang tahun 2012.Sehubungan itu, semua guru Tahun 1 yang mengajar Bahasa Melayu
dan Matematik diwajibkan mengikuti kursus pengajaran dan pembelajaran modul LINUS
mulai tahun 2010. Kursus tersebut yangdikendalikan oleh Bahagian Pendidikan Guru, KPM
akan dilaksanakan di seluruh negara mengikut zon negeri masing-masing.
Program seterusnya adalah Program Pendidikan Pemulihan Khas Murid Orang Asli
(PKMOA). Pendidikan peringkat rendah bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang,
serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.Pada peringkat ini Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata
pelajaran wajib selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan
bahasa rasmi Negara.Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi
membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, seperti kata
pepatah Melayu melentur buluh biarlah dari rebungnya. Selaras dengan tujuan di atas,
Program Khas Murid Orang Asli telah dirancang oleh Kementerian Pendidikan untuk
memenuhi keperluan pendidikan murid Orang Asli yang tidak dapat menguasai kemahiran
asas lisan, membaca dan menulis. Mereka akan menjalani program Tahun Pemulihan
selepas Tahun 2.
Pusat Perkembangan Kurikulum telah menyediakan bahan kurikulum Bahasa
Melayu Tahun Pemulihan seperti Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun
Pemulihan , Modul Buku Aktiviti dan Bahan Bantu Mengajar (kad imbasan, papan magnetik
dan magnet). Huraian Sukatan Pelajaran Tahun Pemulihan Bahasa Melayu memuatkan
senarai kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar dan bertutur (lisan), membaca, dan
menulis yang perlu dikuasai oleh murid dalam Tahun Pemulihan.Huraian Sukatan Pelajaran
ini berasaskan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR yang sedia ada.
Selain itu, Program PROTIM Bahasa Melayu sebenarnya dikhususkan kepada murid
yang mengalami kesulitan dalam menguasai kemahiran asas membaca dan menulis di

samping mengira, tiga kemahiran asas yang menjadi fokus dalam KBSR. Objektif
pengajaran pemulihan pula adalah seperti, membantu murid mengatasi masalah
pembelajaran dalam kemahiran- kemahiran tertentu, mengubah sikap murid yang negatif
dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran, memupuk serta mengembangkan sikap
keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.
Program pemulihan pula dilaksanakan setelah murid dicalonkan, melalui ujian saringan
dan diagnostik.Biasanya murid yang terlibat adalah tahun 2 dan 3.Namun demikian, untuk
murid tahun 4 dan 5, bergantung kepada budi bicara guru pemulihan dan rundingan dengan
semua pihak dalam organisasi. PROTIM pula adalah sebahagian daripada sejarah hidup
program pemulihan. PROTIM mempunyai maksud dan tujuan yang sama dengan
pemulihan.
PROTIM dilaksanakan di sekolah bagi murid yang juga menghadapi masalah
3Mdalam kategori aras rendah. Sasaran program PROTIM ini adalah untuk murid tahun4, 5
dan 6 pada mulanya akan terlibat dalam program PROTIM ini. PROTIM bagi Tahun 6 pula
dijalankan selepas murid-murid selesai menduduki peperiksaan UPSR.
Sebelum PROTIM diperkenalkan, Guru Pemulihan bertanggungjawab sepenuhnya
mengajar murid yang bermasalah 3M ini.Setelah kajian dijalankan, satu pekeliling
dikeluarkan supaya diwujudkan PROTIM bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh
Guru Pemulihan.
Pelaksanaan PROTIM bermula pada awal tahun dan dilaksanakan oleh guru
matapelajaran

Bahasa

Melayu

dan

Matematik.

Murid

yang

mengikuti

PROTIM

akandibekalkan dengan satu modul yang diedarkan oleh Kementerian Pelajaran


kepadasetiap

sekolah.

Untuk

mengetahui

sejauh

mana

pencapaian

murid,

satu

ujianhendaklah dijalankan.Soalan disediakn bersama modul yang disertakan bersama surat


pelakasanaan PROTIM.Murid yang gagal mendapat keputusan 90% dan keatas hendaklah
mengikuti PROTIM.
Kami juga menerangkan Program IPP3M yang diperkenalkan bertujuan untuk
mengenalpasti tahap penguasaan murid dalam kemahiran asas 3M. Hasil analis maklum
balas dari murid yang menggunakan istrumen IPP3M ini dapat menentukan kumpulan murid
yang perlu meneruskan program pemulihan. Instrumen ini juga dapat memberi maklumat
tentang tindakan yang patut diambil untuk membantu murid yang berkenaan.
Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) merupakan
satuprogram yang dirancang khusus untuk membantu murid tahun satu menguasai

kemahiran asas iaitu membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Pada masayang sama
program ini adalah bertujuan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran
membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahunsatu.Kumpulan murid ini adalah
terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan
menulis.Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari
kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas. Fokus KIA2M adalah untuk
membolehkan murid menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu secara intensif. KIA2M ini
akan dijalankan spenuh masa oleh guru Bahasa Melayu tahun satu.
Oleh itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum mestilah dijalankan
sepenuhnya dengan menggunakan strategi penggabungjalinan. Subjek-subjek Pendidikan
Jasmani Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni digabung jalinkan dengan
kemahiran-kemahiran dalam Bahasa Melayu. Secara keseluruhannya program ini dijalankan
selama 3 atau 6 bulan.Masa yang dijalankan merupakan pilihan yang dibuat oleh sekolah.
Selain itu juga semua muridtahun satu akan mengikuti ujian penapisan. Ujian ini merupakan
ujian yangterpenting bagi mengetahui murid-murid yang tidak menguasai kemahiran asas
iaitu kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Murid yang lulus
akanmeneruskan kelas biasa manakala murid yang gagal, mereka akan ditempatkandalam
program ini. Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah
sesuai dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas ini dengan
seberapa segera yang boleh.
Dalam menangani masalah murid pemulihan, guru harus berganding bahu dengan
untuk menyelesaikan masalah. Peranan guru adalah amat penting, seperti mengatur
langakah-langkah yang sesuai dalam pengelolaan sesi pemulihan, mengurus aktiviti
pengajaran pemulihan, menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran,menyediakan
bahan dalam sesi pemulihan. Selain iu guru juga harus menjalankan aktiviti penilaian untuk
sesi pemulihan,mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
Di samping itu guru juga harus mengesan masalah masalah pembelajaran murid
dengan pemerhatian murid belajar,temuramah / interaksi dengan murid, menganalisa hasil
kerja murid dan menggunakan ujian saringan untuk mengasingkan kumpulan lambat,
kumpulan sederhana dan kumpulan cerdas. Guru juga harus menganalis masalah
pembelajaran murid melalui mengadakan ujian diaognostic secara bertulis dalam objektif
atau subjektif dan masalah kecacatan fizikal dan mental.

Tambahan pula guru boleh

membuat rancangan program pemulihan, berdasarkan prinsip-prinsip seperti ,aktiviti


pengajaran dan pembelajaran ditumpukan kepada kelemahan murid, langkah penyampain
hendaklah daripada yang kongkrit kepada abstrak, menggunakan alat bantu mengajar untuk

membantu murid memahami konsep, simbol atau istilah hendaklah dikaitkan dengan
pengalaman murid supaya murid dapat mengenal pasti kesilapan yang dilakukannya, latihan
bertulis harus diadakan selepas sesi pengajaran, mengadakan penilaian selepas latihan
bertulis untuk menentukan sama ada objektif pengajaran pemulihan tercapai atau tidak.
Kami menerangkan tentang program pemulihan dijalankan dalam kelas biasa.Muridmurid lain membuat latihan atau menjalankan aktiviti pengayaan.Masa pengajaran 10-15
minit. Langkah-langkah pengajaran seperti berikut; pengajaran guru, pembelajaran murid,
latihan dan penilaian. Sekiranya murid-murid bermasalah telah berjaya dalam program
pemulihan itu, mereka dibolehkan mengikuti pelajaran baru bersama murid-murid yang lain,
jika sebaliknya guru menggunakan senarai semak untuk mengkaji punca kegagalan
program pemulihan yang dijalankan.
Program pemulihan merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu
murid-murid yang tidak menguasai kemahiran menulis, membaca dan mengira. Dalam
melaksanakan program tersebut ia memerlukan satu proses yang saling berkaitan di antara
satu sama lain. Proses yang terlibat ialah pencalonan murid, ujian saringan, ujian diagnosik
dan analisis ujian dan tindakan susulan. Semua sekolah rendah kecuali sekolah kecil (under
enrolmen) diperuntukkan satu perjawatan Guru Khas Pemulihan. Peruntukan Guru Khas
Pemulihan tidak termasuk dalam perkiraan peruntukan guru asas (n x 1.5). Guru Khas
Pemulihan tidak terlibat sebagai guru penganti kepada guru asas atau sebagai guru kelas
sesuatu darjah.Guru Khas Pemulihan berkhidmat sepenuh masa melaksanakan program
pendidikan pemulihan. Program pendidikan pemulihan perlu mendapat kelulusan bertulis
daripada Pengarah Pendidikan Negeri.

3.3 Proses Pelaksanaan Pemulihan

Kelasa Biasa/
Tindakan
Sususlan

Pencalonan dan Pengumpulan


Maklumat

Ujian Saringan

Ujian Dignostik Dan


Ujian Pengamatan

Analisis Ujian Dignostik


Dan
Ujian Pengamatan

Peyediaan
Rancangan
Pembelajaran

Pengajaran &Pembelajaran

Penilaian

Belum
menguasai
kemahiran 3M.
Meneruskan
pengajaran
pemulihan.

Carta 1 : Alir Proses Program Pemulihan


Kami juga menerangkan mengenai prosedur pelaksanaan program pendidikan
pemulihan di sekolah rendah kepada pihak sekolah dan ibu bapa murid. Prosedur yang
pertamanya adalah pencalonan murid.Pencalonan murid pemulihan adalah proses utama

kepada pemilihan calon untuk ditempatkan di dalam program pemulihan. Pencalonan murid
pemulihan boleh dilakukan oleh guru kelas. Guru kelas boleh mencalonkan murid-murid
untuk mengikuti kelas berdasarkan pencapaian murid dalam kemahiran asas (menulis,
membaca dan mengira), hasil kerja murid dalam kelas atau keputusan ujian bulanan,
semester atau ujian setiap kemahiran.
Guru mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik juga boleh mencalonkan murid
yang diajar oleh mereka untuk mengikuti kelas pemulihan berdasarkan kepada pencapaian
mereka. Apabila murid-murid ini lemah dan tidak menguasai kemahiran yang disasarkan
maka mereka layak untuk dicalonkan ke kelas pemulihan. Guru Besar boleh mencadangkan
murid-murid berdasarkan penelitian kad-kad laporan murid dan pemerhatian secara am
sama ada di sekolah atau di luar sekolah. Ibu bapa atau penjaga boleh mencalonkan anakanak mereka untuk mengikuti program pendidikan pemulihan khas berdasarkan masalah
pembelajaran anak mereka.
Prosedur yang kedua adalah pengumpulan maklumat. Dalam prosedur ini, butir-butir
individu dan prestasi murid akan menolong guru pemulihan memahami murid yang
dicalonkan. Ini akan membolehkan seorang guru pemulihan membuat keputusan sama ada
murid itu akan mengikuti program pemulihan atau tidak. Daripada rekod individu guru
pemulihan dapat tahu tentang beberapa aspek penting seperti kesihatan, taraf ekonomi
keluarga dan kebudayaan di rumah yang mungkin ada hubungan dengan kegagalan murid.
Kemajuan akademik dapat menunjukkan prestasi murid dalam mata pelajaran-mata
pelajaran asas. Tambahan pula Guru Besar boleh campurtangan berdasarkan peninjauan
rekod murid, pemerhatian dan

perhubungan. Guru kelas boleh menambahkan maklumat

dengan mengambil tahu berkenaan dengan kehadiran, ketepatan masa ke sekolah, kadar
dan taraf kerja, kebiasaan-kebiasaan serta perhubungan dengan murid-murid lain. Ibu bapa
boleh juga memberitahu tentang tingkah laku umum, kegemaran dan perkara-perkara yang
ia tidak gemar serta sikapnya terhadap pelajaran
Prosedur yang ketiga adalah ujian saringan. Ujian saringan ialah satu instrumen
pengukuran yang menyeluruh terhadap kekuatan dan kelemahan dalam penguasaan
kemahiran-kemahiran asas oleh murid secara individu untuk dicalonkan bagi mengikuti
Program Pemulihan Khas.Ujian ini dapat mengesan murid-murid yang lemah dan
memerlukan bantuan pemulihan khas. Dengan lain perkataan Ujian Saringan bertujuan
untuk menentukan calon yang layak untuk dimasukkan ke program pemulihan khas. Bahan
atau topik dalam Ujian Saringan merangkumi hanya kerja-kerja yang telah diajar oleh guru
kelas sehingga masa saringan diberikan.Oleh itu senarai kemahiran yang diuji hendaklah
ditentukan dan direkodkan dalam Jadual Penentu Ujian. Ujian boleh dijalankan apabila

pencalonan diterima. Selain daripada itu ujian akan dilaksanakan secara individu atau
kumpulan kecil. Hasil daripada ujian akan direkodkan dalam Borang Rekod Ujian untuk
difailkan. Bilangan murid yang diterima masuk ke kelas Pemulihan Khas berdasarkan
beberapa faktor antaranya ialah Skor yang lemah, jenis masalah yang dihadapi oleh murid
dan ruang yang ada untuk Kelas Pemulihan Khas.
Prosedur yang keempat adalah Ujian diagnostik. Ujian diagnostik adalah Ujian yang
terpenting dalam Program Pendidikan Pemulihan Khas.Ujian ini digunakan untuk membantu
guru pemulihan khas mengesan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan yang dihadapi
oleh setiap murid.
Ujian Diagnostik wajib dijalankan dengan tujuan untuk membantu GPK mengesan
kawasan-kawasan kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh seseorang murid secara
khusus dan seterusnya membentuk objektif pengajaran (baseline).Ujian ini dibentuk bukan
untuk menilai peringkat pencapaian tetapi untuk mengesan masalah-masalah yang dialami
ketika belajar dan mengnal pasti punca kegagalan murid dalam menguasai sesuatu
kemahiran. Sebagai panduan untuk membina dan mentadbir Ujian Diagnostik, Guru
Pemulihan Khas boleh merujuk Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas
(Masalah Penguasaan 3M) terbitan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran
Malaysia (2000).
Penganalisaan keputusan hendaklah dikumpul dan direkodkan dan diberi intepretasi
dengan cermat untuk mempastikan masalah-masalah murid. Keputusan analisa ujian
diagnostik akan menunjukkan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan seseorang murid
dalam menguasai sesuatu kemahiran. Cara ini dapat membantuguru mengenal pasti
kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan daerah-daerah kesukaran yang dihadapi.
Analisa kesalahan ujian tersebut juga dapat membantu guru merancang satu
program pengajaran yang khusus kepada seseorang individu atau kepada satu kumpulan
dengan lebih tepat dan sistematik. Berdasarkan kepada analisa kesalahan ujian diagnostik
tersebut , guru pemulihan akan dapat mengenal pasti daerah-daerah kelemahan murid yang
telah dipilih. Daerah-daerah kelemahan itu akan membantu guru untuk memilih kemahiran
yang tepat untuk memulakan proses pengajaran dan pembelajaran.

Prosedur seterusnya tindakan susulan. Murid yang telah dapat menguasai


kemahiran yang telah dipulihkan akan menjalankan kerja susulan yang dijalankan oleh guru
kelas biasa dengan bantuan dan kerjasama dari Guru Pemulihan Khas apabila perlu. Guru

kelas, guru mata pelajaran dan guru pemulihan perlu saling bekerjasama di antara satu
sama lain bagi mengukuhkan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid pemulihan.
Murid pemulihan yang berjaya menguasai kemahiran akan ditempatkan semula ke
kelas biasa untuk mengikuti proses pembelajaran seterusnya. Mereka akan sentiasa
dipantau oleh guru pemulihan ketika berada di kelas biasa. Tujuannya ialah untuk melihat
perkembangan pelajar tersebut disamping membantu guru di kelas biasa dalam proses
pngajaran mereka. Jika terdapat masalah terhadap murid tersebut, maka guru pemulihan
akan bertindak segera untuk menyelesaikannya.
Kesimpulannya, kesemua maklumat yang kami sampaikan kepada pihak sekolah
dan ibu bapa telah memberi pendedahan baru kepada mereka. Sebagai bakal guru pelatih,
kami juga mendapat banyak maklumat dan pengetahuan tentang pendidikan pemulihan. Ia
adalah permulaan bagi kami untuk megetahui lebih dalam dan lanjut lagi tentang pendidikan
pemulihan pada masa akan datang.

Soalan B:2

Menjalankan pemerhataian terhadap sekumpulan kanakkanak pemulihan dan


membuat

laporan

merangkumi

mengenai

hasil

pemerhatian

anda.

Laporan

anada

perlu

hasil pemerhatian terhadap ciri ciri masalah murid pemulihan serta

cadangan intervensi terhadap murid murid pemulihan tersebut.

4.0 LAPORAN KAJIAN MURID PEMULIHAN


Bagi matapelajaran Pengenalan Kepada Pendidikan Pemulihan (PKP 3101), kami telah
diberi tugasan projek yang memerlukan kami menjalankan satu kajian kes terhadap
sekumpulan murid - murid pemulihan.
Pernyataan masalah :
Dalam menjalankan tugasan ini, kami

dikehendaki menghasilkan satu laporan bertulis

mengenai seorang murid pemulihan berdasarkan komponen-komponen berikut :


1) Ciri-ciri dan masalah murid pemulihan
2) Cadangkan intervensi terhadap murid murid pemulihan.
Objektif:
1) Menghuraikan maklumat peribadi, ciri-ciri dan masalah, murid pemulihan.
2) Cadangan intervensi terhadap murid murid pemulihan.
Lokasi
Kajian ini dibuat di SJK(T) Ladang Chembong Sekolah ini terletak dikawasan luar bandar di
daerah Rembau, Negeri Sembilan.
Sampel kajian
Kami memilih dua orang murid, seorang lelaki, dan seorang lagi perempuan yang berusia
lapan tahun sebagai sampel kajian kami.
Dapatan kajian.
Hasil daripada kajian ini merangkumi maklumat peribadi, ciri-ciri dan masalah murid ini serta
cadangan program intervensi terhadap murid murid pemulihan tersebut

i.

Latar Belakang

Bil

Nama

Puspharajan A/ Selvadurai

Kousalya Rani A/P


Birasena

1
Tahun

Tiga

Tiga

2
Umur

Sembilan tahun

Sembilan Tahun

3
Tempat Tinggal

ii.

Taman Koperasi, Pedas

Ladang Chembong,Pedas

Ciri-ciri masalah kanak-kanak pemulihan

Murid-murid pendidikan pemulihan juga mempunyai pelbagai ciriciri yang


membezakannya dengan murid-murid yang tahap pembelajarannya adalah normal didalam
kelas. Ciri-ciri kanak-kanak pemulihan juga boleh dikelaskan kepada 5 kategori,iaitu emosi
dan tingkahlaku, sosial, kesihatan, kesediaan belajar dan pengamatan.
Berdasarkan pemerhatian kami terhadap pelajar Puspahrajan dan Kausalya, kami
dapat mengelaskan ciri-ciri dan kriteria-kriteria masalah yang ada pada pelajara tersebut
berpandukan sikap dan tingkahlakunya semasa berada di kelas dan di luar kelas.Yang
pertama dari aspek pengamatan. Pengamatan ialah kefahaman terhadap sesuatu perkara
atau situasi melalui pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental. Sepanjang
pemerhatian kami terhadap pelajar yang bernama Pushparajan dan Kausalya, kami dapati
mereka mengalami masalah pengamatan jenis penglihatan yang mana mereka tidak boleh
mengingati sesuatu mengikut susunan benda atau objek, nombor, perkataan atau ayat.
Buktinya, di dalam satu latihan yang diberikan, pelajar Pusparajan dan Kausalay tidak dapat
memadankan konsonan di awalperkataan dengan gambar yang sesuai. Selain itu mereka
juga tidak dapat mengingati kembali, menyalin atau melengkapkan sesuatu bentuk,
corak,huruf dan nombor.
Yang kedua, dari aspek emosi dan tingkah laku. Dari kaca mata kami, personaliti
pelajar Puspahrajan dan Kausalya boleh dikategorikan sebagai seorang yang introvert.
Introvert ialah orang mempunyai sikap yang serius, sifat pendiam dan pemalu. Di dalam
interaksi sosial, mereka

tidak banyak bercakap dan banyak masanya ditumpukan

mendengar pertuturan orang lain sahaja. Semasa di dalam kelas, pelajar yang bernama
Pushpahrajan dan Kausalya merupakan seorang yang pasif dan tidak suka berinterkasi
bergaul dengan orang lain terutama denga orangyang tidak dikenalinya. Kesediaan untuk

belajar bagi adik Pushparan dan Kausalya agak lewat, jika dibandingkan dengan murid lain
mereka berasa takut pada awalnya untuk berinteraksi dengan saya. Hasil daripada kajian
kami juga, dapat tahu bahawa mereka berdua cepat bosan dan jemu terdahap pelajaran.
Dalam masa 15 minit perhatian mereka dalam P&P tidak berfokus dan mereka melihat di
luar kelas.
Seterusnya jika lihat ciri- ciri dan masalah mereka berdua dari aspek sosial. Dalam
aspek sosial pula, murid-murid pemulihan selalunya mempunyai perangai pelik dan ganjil.
Ianya memang sepadan dengan murid yang kami kaji. Contohnya pelajar Pushparajan dan
Kausalya gemar berseorangan ke mana-mana dan sering menghisap atau mengigit kuku
mereka. Selain itu, kadang-kadang pelajar Pushparajan juga akan bersikap hyper aktif
dimana dia tidak boleh memberi perhatian atau fokus yang sepenuhnya kepada guru yang
sedang mengajar. Bagi dia ianya susah untuk memberi perhatian kepada guru yang sedang
mengajar apabila ada sesuatu yang menarik perhatian dia daripada melihat gurunya.
Contohnya melihat orang yang berjalan di luar kelas dan sebagainya. Disamping itu, mereka
juga sering berbohong dan kadang-kadang melakukan kesalahan displin iaitu mencuri. Ini
disebabkan oleh sikap mereka yang terlalu nakal dan degil sehinggakan mereka sanggup
melakukan kesalahan displin.
Dari segi kesihatannya pula, selalunya murid-murid pemulihan akan kelihatan
lesudan murang akibat tidak bertenaga dan kurang zat makanan. Apabila kurangnya zat
makanan, selalunya otak manusia agak sukar untuk memberi perhatian yang lebih kepada
apa yang kita pelajari kerana neuron-neuron dalam otak tidak berhubung antara satu
samalain. Adik Kausalya selalu kelihatan seperti tidak bertenaga manakala Pushparajan
pula kelihatan cergas namun dia tidak dapat mencapai objekti pelajarannya dengan
sepenuh.Tambahan pula, mereka juga mempunyai masalah dalam memberi perhatian
kerana selalunya murid pemulihan akan mengalami masalah penglihatan seperti rabun jauh
dansebagainya.Tetapi dalam kajian kami mereka berdua tidak memakai cermin mata dan
tidak mengalami sebarang masalah berkaitan mata. Selain itu,

pelajar yang bernama

Kausalya tidak hadir ke sekolah selama 2 hari. Ini kerana selalu mengalami sakit-sakit
badan dan tempoh sakit juga amat lama dan panjang. Selalunya murid pemulihan khas
mengalami maslah dalam badan kerana sistem imun dalam badan mereka terlalu lemah
akibat kekurangan zat dan vitamin. Murid-murid pemulihan juga tidak pandai mengurus dan
menjaga kebersihan diri seperti memotong kuku yang panjang, membasuh tangan sebelum
makan.
Dari segi kesediaan belajar pelajar Pusparajan dan Kausalya tidak sedia dalam
pengajaran diberinya. Kesediaan pelajar Pushparajan dan Kausalya

dikesan menerusi

kurangnya perbendaharaan kata yang dimiliki serta kefahamannya terhadap sesuatu


perkara adalah amat lemah. Mereka mengamibil masa yang agak lamah untuk mengenal
dan membaca suku kata. Meraka berdua juga lemah dan sukar memahami arahan yang
berbentuk kompleks. Pusparajan dan Kausalya kurang percaya terhadap diri sendiri, dan
tidak aktif semasa P& P berjalan.
i.

Cadangan intervensi terhadap murid murid pemulihan tersebut

Program Pemulihan mengutamakan Prinsip Menyelesaikan masalah seawal mungkin


supaya tidak menjadi kronik berterusan hingga ke tahap 2 atau peringkat persekolahan
menengah rendah. Justeru, penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira
(3M) perlu dikuasai di peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan
menimba ilmu pengetahuan. Perbezaan minat, pengalaman,bakat dan gaya belajar individu
murid mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau terkebelakang menguasai
sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya.
Berpandukan kepada murid pemulihan yang kami kaji, kami mencadangkan salah
satu intervensi yang boleh diaplikasikan dalam bilik darjah pengajaran secara kumpulan
kecil. Teknik ini sesuai bagi murid pemulihan yang mempunyai sikap seperti pelajar
Pusprajan dan Kausalya yang mana mempunyai personaliti introvert, itu pasif dan kurang
berinteraksi dengan orang di sekeliling mereka. Melalui teknik pengajaran secara kumpulan
kecil, guru perlu membentukkumpulan kecil yang ahlinya terdiri daripada murid-murid yang
menghadapi masalah yang sama walaupun memiliki personaliti yang berbeza. Kami yakin
murid seperti adik Hafiq akan melibatkan diri secara langsung kerana apabila dia berada
dalam kumpulankecil, dia harus memulakan interaksi untuk bertukar-tukar idea mahupun
pengalaman.
Kaedah yang seterusnya, ialah pengajaran rakan sebaya. Untuk melaksanakan
kaedah ini, guru boleh menetapkan seorang murid cepat atau sudah mampu menguasai
sesuatu kemahiran untuk membimbing seorang atau lebih rakannya yang bermasalah
dengan menggunakan bahan yang disediakan dan melakukan aktiviti yang guru tetapkan.
Kekuatan kaedah ini ialah, ia dapat membina keyakinan diri murid untuk bercakap. Dari segi
khidmat

sokongan

pula,

guru

boleh

menggunakan

kaedah

peneguhan

nuntuk

memotivasikan murid-murid. Mengikut mazhab behavioris, peneguhan penting dalam


perkembangan bahasa komunikasi kanak-kanak. Kata-kata pujian akan menambahkan lagi
semangat murid untuk melakukan yang terbaik.
Penggunaan kaedah Bahan Bantu Mengajar (BBM) turut boleh membantu
mempertingkatkan tahap pendidikan dan pemahaman murid. Bersangkutan itu, penyediaan

carta-carta yang digunakan dengan kad huruf yang berwarna-warni, akan turut menarik
minat murid-murid seperti pelajar Pusparajan untuk terus fokus kepada pembelajaran dan
pengajaran di dalam bilik darjah. Tambahan lagi, dengan menggunakan bahan rujukan dan
ilmiah seperti buku-buku yang mempunyai gambar-gambar yang menarik.
Kanak-kanak pemulihan khas akan diintervensikan melalui rancangan pengajaran
yang lebih berpusatkan kepada individu bukan secara berkumpulan kerana setiap muridmurid khas mempunyai tahap pencapaian yang berbeza. Penyediaan perancangan dan
jadual yang strategik oleh guru sebelum mengajar turut mempengaruhi isi kandungan
pembelajaran murid semasa proses P & P berlangsung. Pemilihan kaedah dan khidmat
sokongan yang sesuai membantu kanak-kanak pemulihan khas

untuk mengikuti

pengajaran guru dengan lancar dan berkesan.


Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti penggunaan Power
Point dalam komputer dan electronic dictionary dapat menunjukkan demonstrasi dalam
konsep yang kompleks. Ini dapat menarik perhatian kanak-kanak pemulihan khas untuk
mempelajari subjek yang diajar dan mengelakkan mereka daripada berasa bosan terhadap
pembelajaran konvensional yang stereotype. Sebagai contoh, Edyburn (1991) telah
membuktikan bahawa pelajar-pelajar yang lembeb lebih berjaya memperoleh maklumat
dengan menggunakan ensiklopedia secara elektronik berbanding dengan penggunaan
ensiklopedia bercetak. Selain itu, kajian menunjukkan penggunaan komputer dapat
meningkatkan kemahiran membaca di kalangan murid-murid pemulihan yang menghadapi
masalah pembelajaran (Jones, Torgeswn dan Sexton, 1987: Torgesen, 1986)
Ibubapa merupakan pihak yang sangat penting bagi melaksanakan dan melancarkan
rancangan intervensi yang berfokuskan kepada perkembangan mental kanak -kanak. Ibu
bapa

harus

bekerjasama

dengan

pihak

sekolah

termasuklah

dalam

membantu

melaksanakan pendidikan pemulihan khas secara sistematik.


Kesimpulannya, strategi pelaksanaan program pemulihan merupakan satu langkah
yang penting kearah kejayaan sesuatu program pemulihan di sekolah-sekolah. Strategi
pelaksanaan program tersebut dapat membantu guru pemulihan untuk melaksanakan
program pemulihan dengan lebih berkesan. Selain daripada itu, strategi pelaksanaan perlu
mantap bagi melahirkan ciri-ciri pemulihan yang berkesan terhadap murid-murid yang gagal
menguasai kemahiran menulis, membaca dan mengira.

Bibliografi

Buku
Pelaksanaan Program pemulihan khas.(2003).Jabatan Pendidikan khas.Kementerian
Pendidikan Malaysia

Modul

Jabatan Pendidikan Khas. Kursus Asas Program Pemulihan Khas.

Laman web

https://www.google.com/webhp?
source=search_app#q=ciriciri+dan+masalah+murid+pemulihan Diakses pada 27 Ogos
2013

http://rujuknota.blogspot.com/2011/08/jenis-jenis-pemulihan.html- Diakses pada 28 Ogos


2013

http://www.scribd.com/doc/118181582/nota-sukatan-PKP-3101 -Diakses pada 5 September


2013

Anda mungkin juga menyukai