Anda di halaman 1dari 3

PENULISAN JURNAL

Bilangan Jurnal : Keenam MINGGU


Tarikh Peristiwa / Kejadian : 12 September 2018 6
Tajuk : Murid tidak dapat menyiapkan dan menghantar tugasan pada masa yang ditetapkan.

1. ISU YANG DIFOKUSKAN :


Saya menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran di kelas Tahun 3 Nilam. Setiap kali
selepas menjalankan pengajaran dan pembelajaran, saya akan memberikan kerja rumah
yang perlu diselesaikan. Namun, saya mendapati terdapat pelajar yang tidak mengambil
berat akan tugasan yang diberikan. Terdapat murid yang menyiapkan tugasan namun
memberikan jawapan yang salah walaupun telah berulang kali ditegur oleh guru. Tambahan
pula, terdapat segelintir pelajar yang tidak membawa buku. Secara tidak lansung, proses
pdp akan terganggu kerana masalah-masalah yang timbul kerana kegagalam murid untuk
menghantar tugasan.

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU) :


Punca murid tidak dapat menyiapkan tugasan adalah kerana, murid-murid kurang
menumpukan perhatian di dalam kelas dan bersembang dengan kawan daripada melakukan
tugasan. Selain itu, ada murid yang lemah tidak mahu bertanya dan lebih suka buat sendiri
menyebabkan tugasan itu tidak siap pada waktunya. Oleh itu, guru tidak dapat membuat
penilaian secara tepat.

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU


KAJIAN LEPAS) :
Menurut Norhaidi Sarponen (2009), pertama, guru perlu bertanya sendiri kepada murid
secara personal berhubung tugasan yang tidak dapat disiapkan. Kedua, guru sepatutnya
mengetahui aras kebolehan murid berkenaan.

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH :


Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal
pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya
ialah :-
i) Mengingatkan murid tentang tarikh unutk menghantar buku
ii) Menyuruh murid mencatat di dalam buku nota
iii) Memberikan amaran kepada murid yang tidak menghantar buku
iv) Menarik ganjaran kumpulan jika ada ahli yang tidak menghantar buku.
.

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN :


1 Minggu

6.TINDAKAN SUSULAN :
Saya akan mengambil tindakan iaitu saya akan memberi arahan yang jelas tarikh
penghantaran buku dan membuka ruang kepada murid untuk bertanya soalan pada akhir
pengajaran dan pembelajaran

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN : 15 Julai 2019

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN :


Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang
telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif, dapat dilihat melalui peningkatan
bilangan murid yang boleh menghantar buku pada masa yang ditetapkan walaupun
terdapat segelintir pelajar yang masih kurang mahir dalam memberikan jawapan yang tepat.

9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN (JIKA


ADA) :
Saya berpuas hati dengan peningkatan minat murid saya untuk membuat kerja rumah.
Ganjaran juga diberikan kepada murid yang berjaya menjawab kerja rumah dengan baik.
Bagi murid yang kurang faham akan isi pelajaran, mereka mula berani untuk bertanya
soalan kepada saya walaupun luar waktu kelas.

RUJUKAN
Gardner, H. 2006. Multiple Intelligences: New Horizons. London: Basic Books.
Jamal @ Nordin Yunus, Khuan Wai Bing, Marinah Awang, Suzyanty Mohd Shokory &
Zuraidah Zainol. 2011. Pemikiran Kritis dan Kreatif. Petaling Jaya, Selangor:
Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Kagan, S. & Kagan, M. (1998). Multiple Intelligences. San Clemente: Kagan Coperating
Learning.
Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. 2011. Pedagogi: Asas Pendidikan.
Kuala Lumpur: Kayazano Enterprise.
Abdullah Sani bin Yahaya. (2005). Mengurus disiplin pelajar. Selangor: PTS
Professional Sdn. Bhd

Disemak oleh Guru Pembimbing DisahkanolehPensyarahPenyelia

__________________________ __________________________
Tandatangan Tandatangan
Nama : _____________________ Nama : _____________________
Tarikh : _____________________ Tarikh : _____________________

Anda mungkin juga menyukai