Anda di halaman 1dari 1

JURNAL PRAKTIKUM MINGGU KESEMBILAN

1. MASALAH
Pada minggu kesembilan, saya telah menghadapi masalah murid tidak memberi kerjasama
apabila pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam kelas. Hal ini telah menyebabkan
pengajaran dan pembelajran di dalam kelas tidak dalam disampaikan secara berkesan. Pada
masa yang sama, disiplin murid dalam kelas tidak dapat dikawal atas sebab mereka
langsung tidak mendengar arahan guru.

2. ANALISIS
Menurut Omardin (1996), minat merupakan suatu perkara penting sebagai pendorong
kepada pelajar untuk bergiat cergas dalam aktiviti pembelajaran. Ismail (1992) pula
menyokong pernyataan tersebut dengan menyatakan minat terhadap sesuatu perkara atau
aktiviti akan mendorong seseorang pelajar meneroka dengan lebih jauh. Justeru, menurut
Abu Zahari (1988), keupayaan guru menimbulkan minat dalam diri pelajar akan menjamin
keberkesanan pembelajaran dan meningkatkan pencapaian. Masalah ini tertimbul kerana
murid tidak minat dan tidak bermotivasi untuk mengikut pengajaran dan pembelajaran guru
dalam kelas. Didapati murid dalam kelas tidak berminat terhadap cerita yang mempunyai
perkataan atau rangkap yang panjang. Apabila murid tidak berminat terhadap bahan bantu
mengajar yang digunakan guru dalam pengajaran dan pembelajaran kelas, objektif
pembelajaran tidak dapat disampaikan dengan berkesan. Pada masa yang sama, disiplin
murid dalam kelas agak sukar untuk mengawal sekiranya murid tidak memberi kerjasama
atas arahan yang diberi oleh guru.

3. CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI


- Saya akan mempelbagaikan serta menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai
supaya dapat menarik perhatian murid untuk mengikut pengajaran dan pembelajaran
dalam kelas.
- Saya akan merancangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menarik
bagi meningkatkan minat murid untuk belajar dalam kelas.
- Saya akan memberikan motivasi kepada murid untuk merangsang dan mewujudkan
minat murid supaya murid aktif menyertai aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam
kelas.

4. TEMPOH MASA
Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin kerana adalah penting untuk
mewujudkan minat murid untuk mengikut pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

5. PENILAIAN KEJAYAAN
Saya akan meminta kerjasama guru pembimbing untuk memberi penilaian tentang kejayaan
saya.

6. TINDAKAN SUSULAN
Semasa merancangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, saya akan merancangkan
aktiviti yang sesuai dengan tahap murid serta dapat menarik minat murid. Saya juga akan
mempelbagaikan bahan bantu mengajar supaya dapat mewujudkan minat dan
merangsangkan motivasi murid untuk mengikut pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Anda mungkin juga menyukai