Anda di halaman 1dari 2

Karangan Jenis Dialog/ Temu Ramah/ Perbualan/ Wawancara

Terbahagi kepada dua jenis


i. Dialog dan perbualan (lebih berkisar kepada persoalan biasa seperti bertanya
khabar dan perbualan menerusi telefon)
ii. Wawancara dan temu ramah (lebih kepada perbualan rasmi, pertanyaan kepada
orang yang lebih dihormati atau ingin tahu sesuatu perkara)
Setiap karangan mempunyai sekurang-kurangnya dua watak atau lebih
Sebelum memulakan karangan boleh disertakan keterangan tetapi janganlah terlalu
panjang. Contoh:

Abu diminta oleh guru kelas menemu rama Guru Besar sebelum beliau bersara. Hasil
temu ramah itu akan dimuatkan di dalam majalah sekolah. Berikut merupakan hasil
temu ramah tersebut.
Format karangan ini:
i. Nama watak ditulis selari disebelah kiri
ii. Selepas nama watak dibubuh tanda titik bertindih ( : ) juga dalam keadaan
selari. Contoh:
Amirul : Assalamualaikum
Mukminin : Waalaikumussalam

Mulakan perbualan dengan ucapan salam
Gunakan kata ganti nama diri yang sesuai. Jika orang yang dibawa berbual itu
berumur gunakan panggilan Encik, Tuan, Makcik dan sebagainya.
Soalan yang dikemukan adalah ringkas, tidak rumit dan berbelit-belit. Elakkan
penggunaan soalan yang cuma memerlukan jawapan ya atau tidak. Kedua-dua
pihak harus bertanya, memberi pendapat atau pandangan.
Jawapan yang diberi kepada soalan adalah panjang lebar.
Soalan-soalan disusun dengan baik supaya terus berkesinambungan.
Tanda bacaan yang digunakan harus sesuai dengan nada percakapan. Hati-hati dengan
ayat tanya kerana ia berakhir dengan tanda tanya (?).
Akhiri perbualan dengan mengucapkan terima kasih kepada yang ditemuramah.




Contoh karangan
Kamu telah selesai menduduki peperiksaan PMR dan cuti akhir tahun hampir menjelang.
Kamu berbincang dengan rakan kamu apa perancangan semasa cuti.
Syafik : Assalamualaikum, Izuan. Apa khabar?
Izuan : Waalaikumussalam, khabar baik, syafik.
Syafik : Awak ada apa-apa rancangan selepas PMR nanti?
Izuan : Saya masih belum ada rancangan lagi. Bagaimanakah
pula dengan awak?
Syafik : Saya ada beberapa rancangan yang hendak dilakukan pada
waktu cuti nanti dan kalau awak mahu bolehlah ikut
rancangan saya ini.
Izuan : Apakah rancangan awak?
Syafik : Saya bercadang untuk menjual kuih-muih dan air batu
campur di depan rumah saya. Emak saya sanggup untuk
membuat kuih-muih itu. Jadi, kalau awak mahu bolehlah
tolong saya jual kuih dan air batu campur itu. Di samping
kita mendapat keuntungan hasil jualan itu, kita juga dapat
mengisi masa dengan berfaedah sementara menunggu
keputusan PMR keluar.
Izuan : Bagus juga rancangan awak itu, saya setuju sangat. Saya
sanggup membantu awak.
Syafik : Di samping itu, kita dapat mempraktikkan mata pelajaran
Kemahiran Hidup dan Matematik yang kita pelajari di
sekolah. Kita akan dapat pengalaman menjalankan
perniagaan itu sendiri dan membuat perancangan dari segi
kos dan keuntungannya.
Izuan : Betul kata awak itu, Syafik. Saya setuju kerana kita boleh
menajamkan kemahiran Matematik kita dengan belajar
mengira wang semasa proses jual beli berlaku.
Syafik : Pada waktu malamnya pula saya hendak membaca buku-
buku cerita atau novel yang saya minati. Pada hari biasa,
saya tidak berpeluang untuk membacanya. Saya juga
hendak membeli novel-novel terbaru kegemaran saya
hasil keuntungan jualan kuih-muih dan air batu campur itu
nanti.
Izuan : Saya setuju sangat dengan semua rancangan awak itu,
Syafik, tetapi sebelum itu saya perlu mendapat kebenaran
daripada ibu bapa saya terlebih dahulu.
Syafik : Kalau begitu baguslah. Saya harap rancangan kita ini
direstui oleh ibu bapa awak.

Izuan : Baiklah saya pulang dahulu untuk bincangkan perkara ini
dengan ibu bapa saya. Esok kita jumpa lagi.

1. Pendahuluan
2. Isi perbualan
3. Penutup

Anda mungkin juga menyukai