Anda di halaman 1dari 2

1

Refleksi Sesi Microteaching Pengajaran dan Pembelajaran Matematik


Pada 10 September 2014, saya telah membuat satu sesi pengajaran dan pembelajaran
microteaching Matematik bagi tajuk Skala Pada Paksi Koordinat Tingkatan 2. Sesi pengajaran
dan pembelajaran ini dilakukan akan untuk memenuhi tugasan bagi subjek MTSP2203, dimana
tugasan ini memerlukan saya untuk menyediakan sebuah rancangan pengajaran harian dan
menjalankan sesi microteaching pengajaran dan pembelajaran Matematik.
Sepanjang pelaksanaan sesi microteaching yang dilaksanakan, secara peribadinya saya
berpendapat terdapat beberapa kekuatan, kelemahan dan penambahbaikkan yang boleh
dilakukan untuk masa hadapan. Pada pendapat saya antara kelebihan bagi sesi microteaching
yang telah dilakukan adalah penyampaian arahan kepada murid jelas dan boleh difahami murid.
Kelebihan penyampaian arahan adalah dari segi kelantangan suara dan ulangan arahan.
Masalah utama murid adalah sukar untuk memahami arahan dan fokus. Arahan yang telah
diberikan adalah jelas, lantang dan berulang kali. Dengan pendekatan yang sedemikian,
arahan yang telah diberikan boleh difahami oleh murid. Secara peribadinya sememangnya
agak meletihkan bagi saya untuk memberikan arahan secara berulang kali, akan tetapi tanpa
pemberian arahan yang berulang kali murid tidak dapat memahami arahan dan tidak akan
fokus. Oleh itu secara peribadinya, saya berpendapat bahawa pendekatan yang telah
digunakan merupakan kekuatan bagi sesi microteaching ini.
Seterusnya, kekuatan yang ada pada sesi pengajaran dan pembelajaran ini adalah dari
segi perancangan yang tersusun. Secara amnya, sesi telah dirancang dengan rapi dimana
langkah-langkah pengajaran adalah mengikut 5 fasa Needham. Masa untuk sesi pengajaran
dan pembelajaran juga dapat dilaksanakan mengikut seperti mana yang telah dirancang.
Dengan penggunaan strategi seperti ini telah membuatkan sesi pengajaran dan pembelajaran
kemas dan tidak mempunyai masalah dari segi masa dan pengawalan bilik darjah. Dengan itu,
saya secara peribadinya berpendapat bahawa persiapan awal adalah kekuatan bagi sesi
pengajaran dan pembelajaran ini berjalan lancar.
Kekuatan terakhir bagi sesi pengajaran dan pembelajaran ini adalah pendekatan secara
terus kepada murid sekiranya murid tidak dapat menjawab soalan dengan tepat. Pendekatan
secara terus dengan membantu murid dalam menyelesaikan masalah telah membantu murid
untuk menguasai topik yang diajar. Terdapat dua orang murid yang dikenal pasti tidak dapat
menguasai topik ini. Setelah dibantu untuk menjawab soalan, murid-murid tersebut akhirnya
telah memahami teknik menyelesaikan soalan yang diberi dengan betul. Pendekatan
2

membantu murid secara terus dapat memberikan keyakinan kepada murid untuk mencuba
menyelesaikan masalah Matematik yang diberi. Oleh itu saya berpendapat bahawa
pendekatan terus untuk membetulkan kesalahan dan ketidakupayaan murid untuk menjawab
soalan adalah kekuatan bagi sesi microteaching ini.
Selain daripada kekuatan, terdapat kelemahan yang dapat dinyatakan bagi sesi
microteaching ini. Kelemahan pertama yang boleh dinyatakan adalah pemilihan bahan bantu
mengajar yang kurang sesuai bagi sesi penutup. Pada langkah terakhir, ataupun penutup, saya
telah menayangkan sebuah video yang menunjukkan skala di alam semesta. Video ini adalah
kurang sesuai kerana ia tidak berkaitan dengan topik yang diajar iaitu skala pada paksi
koordinat. Oleh itu, perkara ini boleh menyebabkan pelajar keliru tentang aplikasi tajuk yang
diajar pada sesi tersebut. Namun begitu, video yang ditayangkan adalah sesuai digunakan
sebagai set induksi bagi membuka minda pelajar mengenai skala. Dengan itu saya akan lebih
berhati-hati dalam memilih bahan bantu mengajar yang sesuai bagi sesi P&P akan datang.
Penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran ini
adalah saya sepatutnya mencuba terlebih dahulu aktiviti yang dirancang sebelum
mengaplikasikannya kepada murid. Sekiranya saya melakukan aktiviti yang dirancang terlebih
dahulu, saya akan dapat mengesan kelemahan aktiviti yang dirancang. Dalam situasi masalah
pemilihan bahan bantu mengajar yang sesuai bagi sesi penutup, video yang berkaitan skala
sepatutnya digantikan dengan video yang berkaitan skala pada paksi koordinat.
Secara keseluruhannya, sesi microteaching dapat dilaksanakan dengan lancar dan
tidak mempunyai masalah yang besar. Murid juga secara kasarnya dapat melakukan soalan
yang diberi walaupun tidak semua murid dapat menjawab dengan betul. Secara peribadinya
saya amat berpuas hati dengan pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran Matematik ini
walaupun mencabar disebabkan sesetengah murid-murid mempunyai tahap kognitif yang
lemah sekaligus tugasan ini memberikan saya cabaran dan pengalaman yang berguna apabila
saya menjadi seorang guru kelak.

Anda mungkin juga menyukai