Anda di halaman 1dari 23

Syarat

Pembelajaran

1. Pembelajaran Isyarat
Pembelajaran Isyarat berlaku secara semulajadi dan
tidak sengaja.
Hasil tindak balas ransangan luar.
Kemahiran yang perlu dimiliki oleh seseorang individu
ialah dapat merasai pelbagai ransangan dan bergerak
balas kepada ransangan.
Pembelajaran adalah melalui pelaziman tingkah laku,
contohnya; apabila pelajar mendengar loceng sekolah
berbunyi pada pukul 10.00 pagi, mereka mengetahui
bahawa masa rehat telah tiba, keadaan ini berlaku
kerana pelajar telah dibiasakan dengan bunyi loceng dan
masa rehat.
Oleh itu, ransangan positif akan menyeronokkan

2. Pembelajaran ransangan tindak


balas
Peneguhan penting dan perlu dititiberatkan.
Juga berlaku disebabkan tindak balas terhadap ransangan luar.
Pelajar itu telah memperolehi tindak balas yang khusus
terhadap ransangan yang dikenalpastikan. Tindak balas dalam
pembelajaran berupa diskriminasikan terhadap ransangan
betul atau salah.
Contohnya, guru memberi peneguhan kerana kerja tulisan Lulu
semakin kemas dan baik, untuk mengekalkan tingkah laku ini,
oleh itu Lulu akan cuba menulis dengan lebih baik lagi untuk
mendapat pujian gurunya.

3. Pembelajaran melalui
rangkaian
Rangkaian bermaksud penggabungan beberapa ransangan yang
menghasilkan tindak balas dalam suatu turutan .
Boleh digunakan dalam pembelajaran kemahiran seperti penulisan,
permainan, muzik dan sebagainya.
Rangkaian merupakan satu siri tingkah laku yang berkaitan untuk
melengkapi tugasan yang dijalankan.
Contohnya, untuk melihat suatu objek yang jauh dengan
menggunakan binokular, rangkaian motor berlaku apabila
memegang binokular di hadapan mata, menggerakkan binocular itu
kearah objek itu dan menyesuaikannya untuk memfokus dengan
jelas. Pengajaran kemahiran dari satu peringkat boleh dibawa ke
peringkat yang seterusnya.

4. Pertalian bahasa
Pembelajaran ini melibatkan bahasa yang mengaitkan
lebih daripada satu ransangan untuk menghasilkan
tindak balas.
Untuk menyatakan sesuatu prinsip, pelajar memerlukan
kemahiran bahasa untuk mengaitkan satu rangkaian
berbahasa. Ini berlaku apabila pelajar dapat
menghubungkaitkan apa yang dilihat dengan
sebutannya.
Proses ulangan penting untuk menjamin peneguhan
pertalian bahasa.

5. Pembelajaran
diskriminasi
Dalam satu set pertalian atau rangkaian, jenis pembelajaran
semakin dapat dibezakan kerana setiap ransangan dan
tindak balas dapat diasingkan dari satu sama lain.
Ini bermaksud seorang individu itu sanggup menghasilkan
tindak balas yang khusus terhadap ransangan yang berbeza
walaupun kecil. Pembelajaran diskriminasi adalah berkaitan
dengan ciri-ciri yang jelas pada objek.
Contoh pembelajaran diskriminasi ialah pelajar membezakan
sejenis haiwan dengan haiwan yang lain seperti reptilia
dengan mamalia. Pelajar perlu mengenali ciri-ciri yang
membezakan kedua-dua jenis haiwan ini.

6. Pembelajaran konsep

Pembelajaran merupakan tindak balas umum


terhadap satu kumpulan ransangan yang berbezabeza dalam bentuk fizikalnya.
Guru perlu membimbing pelajar untuk mengenal pasti
ciri-ciri tertentu dalam sesuatu konsep yang dipelajari.
Pelajar belajar konsep melalui contoh-contoh yang
jelas. Misalnya untuk mempelajari 'mamalia' pelajar
perlu mengetahui tentang beberapa cirri seperti bulu,
kelenjar susu, gigi dan perbezaannya berbanding
dengan sisik dan bulu pelepah.

7. Pembelajaran Hukum

Pembelajaran ini melibatkan penggabungan dua


atau lebih konsep yang berkaitan dalam sesuatu
urutan atau rangkaian.
Pembelajaran hukum beraras tinggi kerana ia
melibatkan pembelajaran konsep, rangkaian dan
pertalian bahasa.
Sebagai contoh, pelajar membuat soalan matematik
yang melibatkan operasi tambah dan operasi darab.
Soalan seperti ini melibatkan dua hukum yang
berlainan. Penguasaan hukum adalah penting untuk
peringkat pembelajaran penyelesaian masalah.

7. Pembelajaran Hukum

Gagne telah memberikan lima prinsip


pengajaran hukum :

(i) Memberi maklumat yang betul.


(ii) Menghuraikan ciri-ciri yang penting dalam
sesuatu konsep.
(iii) Mengajar dan memberi panduan lisan dalam
pembentukan rangkaian konsep yang berkaitan.
(iv) Menyoal pelajar tentang hukum-hukum yang
telah dipelajari.
(v) Menggalakkan pelajar supaya menghuraikan
hukum-hukum yang telah dipelajari.

8. Pembelajaran penyelesaian masalah

Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus


generalisasi, konsep dan hukum untuk menyelesaikan
masalah dalam situasi baru.
Pelajar perlu menggunakan kaedah penemuan dan
membuat penyelesaian sendiri.
Semua jenis kemahiran yang telah dipelajari sebelum
peringkat ini digunakan dalam proses penyelesaian
masalah.

8. Pembelajaran penyelesaian masalah

Terdapat langkah-langkah yang spesifik dalam


proses penyelesaian masalah iaitu :

(i) Mengenal masalah.


(ii) Mencari maklumat.
(iii) Membuat hipotesis.
(iv) Memilih cara menyelesaikan masalah.
(v) Menguji hipotesis.
(vi) Membuat rumusan.

Aplikasi Prinsip
Prinsip Gagne
dalam Bilik Darjah

Pembelajaran Isyarat
Di peringkat awal P & P
Contoh aktiviti:
Kad imbasan perkataan digunakan
untuk menunjukkan sesuatu objek
Pelajar dikehendaki mengenali objek
tersebut

Ransangan Gerak Balas


Guru mementingkan peneguhan
Contoh:
Dapatkan gerak balas positif daripada
pelajar
Pelajar buat kerja masing-masing dengan
senyap, guru memberi pujian
Pelajar dapat menyiapkan kerja rumah yang
diberikan, guru memberi pujian

Rangkaian Motor
Mengajar sesuatu kemahiran secara
berulang
Penting dalam mata pelajaran yang
menggunakan kemahiran seperti
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Muzik
Contoh:
Permainan hoki
Diajar mengikut kemahiran kemahiran
kecil dalam urutan spesifik

Prinsip Pertalian Bahasa


Ketika guru mengemukakan hujah,
guru perlu menggalakkan kemahiran
menulis pelajar supaya
perkembangan bahasa berlaku.
Contoh:
Menyuruh pelajar menyebut dan
mengeja konsep- konsep dan menulis
nota mengenai ciri-ciri konsep yang
penting.

Diskriminasi
Aspek yang penting dalam penguasaan
konsep.
Pelajar harus dapat membezakan ciri ciri
penting dalam satu kategori dengan
kategori yang lain.
Tahu membezakan ciri-ciri penting dan kurang
penting dalam sesuatu kategori.

Contoh:
Boleh membezakan ciri ciri binatang yang
tinggal di kawasan kutub dan gurun.

Pembentukan Konsep
Pelajar harus mengenal pasti ciri-ciri penting dan
tidak penting dalam sesuatu kelas atau kategori.
Pastikan pelajar dapat membentuk konsep
dengan mudah dan jelas. Guru boleh
mengemukakan soalan untuk membantu pelajar.
Contoh:
Konsep tentang elemen elemen cuaca:
Suhu
Hujan
Kelembapan

4 Langkah Dalam Pengajaran Konsep


Mengikut Tennyson dan Cocciarella (1986)
Menghuraikan

sesuatu konsep dan memberikan ciri-ciri utama dan penting.

Menghuraikan istilah yang penting dalam definisi konsep.


Memberi contoh-contoh positif dan negatif untuk menghuraikan ciri-ciri utama
dalam sesuatu konsep.
Memberi contoh-contoh positif dan negatif tambahan mengikut pengelasan
yang dibuat oleh pelajar dan mereka menerangkan pengelasan yang telah
dibuat oleh mereka.

Pembentukan Hukum
Guru menggunakan kaedah perbandingan
dengan mengaplikasikan hukum dalam situasi
pembelajaran yang berlainan.
Berikan arahan yang jelas, mudah difahami dan
berfokus kepada aspek aspek yang penting
dalam hukum.
Pelajar diajar meliaht perkaitan antara hukum
hukum yang berkaitan.
Uji kefahaman pelajar melalui soalan dan ujian.
Galakkan pelajar membuat huraian sendiri
mengenai sesuatu hukum.

Penyelesaian Masalah
Guru memberikan situasi masalah
yang perlu diatasi oleh pelajar
Guru membimbing pelajar mengenai
hukum dan konsep yang perlu
diaplikasi.
Aspek yang paling penting
Pelajar mencari jawapannya sendiri.

4 Langkah Dalam Proses Penyelesaian


Masalah Mengikut Olya (1957)

Implikasi Teori Gagne Dalam


P&P

Anda mungkin juga menyukai