Anda di halaman 1dari 30

Tajuk 2 Model-Model Pengajaran

Sinopsis

Bab ini merangkumi subtopik-subtopik Model Pemprosesan Maklumat, Model


Behavioural, Model Sosial dan Model Personal. Dalam membincangkan ciri-ciri dan
prinsip-prinsip setiap model pengajaran, implikasi model-model pengajaran terhadap
pengajaran dan pembelajaran juga ditekankan. Pengetahuan ini akan memberi
panduan kepada guru dalam merancang tentang langkah-langkah mengajar yang
utama supaya membolehkan mereka melaksanakan proses pengajaran dengan
berkesan. Selain itu, pengetahuan ini sesuai dalam membentuk rangka pengajaran
yang lengkap untuk penyelia dan penyelidik tentang proses pengajaran serta
sebagai panduan asas bagi guru membuat pengubahsuaian untuk proses
pengajaran yang selanjutnya.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca bab ini, diharap anda dapat:

1. Menjelaskan jenis-jenis model pengajaran


2. Mengkaji kategori/jenis model-model pengajaran dan membuat perbandingan
am tentang ciri-cirinya
3. Mengkaji kategori/jenis model-model pengajaran dan implikasinya terhadap
pengajaran dan pembelajaran

Model-model
Pengajaran
Pengertian Model
Pengajaran
Kategori
Model
Pengajaran

Implikasi
Model-model
Model Model pengajaran
Model Behavioural Personal terhadap
Pemprosesan Model Sosial pengajaran dan
maklumat
pembelajaran

16
2.0 Model Pengajaran

Apakah maksud Model Pengajaran?

Model pengajaran merujuk kepada kerangka yang merangkumi keadaan kandungan,


strategi serta iklim sosial bilik darjah yang dapat mewujudkan persekitaran
pembelajaran untuk murid kita.

Ini bermaksud model pengajaran merupakan blueprint pengajaran. Model ini adalah
strategi preskriptif yang direka bentuk untuk mencapai matlamat pengajaran. Model
pengajaran yang terdiri daripada prosedur-prosedur mudah pengajaran dan
pembelajaran boleh dijadikan panduan kepada perancang dan guru kerana prosedur
mengajar amat penting untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.

Lanjutan daripada itu, selepas menggunakannya sebagai panduan pengajaran dan


pembelajaran, model pengajaran membantu guru memperoleh maklum balas
tentang keberkesanan pengajaran dan aktiviti susulan yang perlu diambil untuk
penambahbaikan.

2.1 Model Pemprosesan Maklumat

Model pemprosesan maklumat menyamakan ingatan manusia dengan komputer,


iaitu menggunakan model input-output. Maklumat merupakan input yang diperoleh
manusia daripada persekitaran pembelajaran. Maklumat diproses dan disimpan
dalam ingatan. Kemudian, maklumat ini boleh menjadi output melalui proses
retrievel. Maka, pemprosesan maklumat adalah sebagai satu operasi mental
bagaimana manusia belajar melibatkan proses menerima, mengenkod,
menyimpan dan mengingat kembali maklumat. Terdapat tiga fasa ingatan
semasa pemprosesan maklumat berlaku dalam otak manusia. Tiga fasa ingatan
tersebut adalah daftar sensori/deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka
panjang.

Daftar sensori/Deria
 Input utama daripada penglihatan dan bunyi.
 Pemprosesan berlaku dalam 3-5 saat
 Input disalur kepada ingatan jangka pendek untuk pemprosesan sebenar.

17
 Maklumat yang diterima biasanya dipantau pada tahap perhatian rendah dan
oleh itu respons juga secara terpilih. Contohnya, apabila memandu kereta
sambil bercakap, seseorang boleh terus memandu dan bercakap.

Ingatan Jangka Pendek


 Maklumat yang dipindah ke dalam ingatan jangka pendek akan berada dalam
keadaan aktif selama 15-20 saat tanpa latihan dan lebih lama jika ada praktis.
 Kapasiti ingatan jangka pendek terhad kepada 7 + 2 item.
 Tiga cara untuk menangani tugasan kognitif dalam ingatan jangka pendek :
i. Chunking, bermaksud bahagikan kepada bahagian-bahagian kecil.
ii. Proses satu persatu pada satu ketika (Pemprosesan serial)
iii. Kemahiran praktis sehingga mencapai tahap automatik. contohnya
mengingat nombor telefon, 88432575 kepada 88-43-25-
75, iaitu 4 chunk berbanding 8 unit.

 Maklumat dalam ingatan jangka pendek akan hilang/pudar jika tidak diulangi
dalam masa 20 saat atau bilangan item melebihi 5-9 unit.

Ingatan Jangka Panjang dan Simpanan

 Maklumat untuk rujukan masa depan disimpan dalam ingatan jangka panjang.
 Ingatan jangka panjang merupakan stor pengetahuan yang kekal, seperti
kebolehan mengingat nombor telefon.

 Mempunyai kapasiti dan tempoh masa yang tidak terhad.


 Konsep yang dibelajari disimpan dalam jaringan perkaitan yang bermakna
secara hierarki (skema).

 Tiga kategori dalam ingatan jangka panjang iaitu semantik, episodik dan
prosedural.

Tugasan Terarah

Berdasarkan pengalaman anda di sekolah, jelaskan dan buat


perbandingan ciri-ciri bagi ketiga-tiga kategori dalam ingatan
jangka panjang iaitu semantik, episodik dan prosedural dengan
memberikan contoh yang sesuai.

18
2.1.1 Model Concept Attainment (Model Pencapaian Konsep)

Menurut Bruner, Goodnow dan Austin (dalam Suherman 1992) menyatakan bahawa
model pencapaian konsep dirancang untuk membantu pelajar mempelajari konsep-
konsep yang dapat digunakan untuk mengorganisasikan maklumat, sehingga dapat
memberi kemudahan bagi mereka mempelajari konsep itu dengan cara yang lebih
efektif. Dengan kata lain, model pembelajaran ini adalah untuk menyusun data
sehingga konsep-konsep penting dapat dipelajari secara cepat dan efisien.
Sehubungan itu, model ini bermanfaat untuk memberikan pengalaman kaedah sains
iaitu secara khususnya adalah untuk menguji hipotesis.

Dalam perancangan dan pelaksanaan pengajaran konsep, guru harus memilih


konsep-konsep dan pendekatan yang sesuai seperti pengajaran secara langsung
ataupun mendefinisikan konsep. Dalam penyampaian secara pencapaian konsep
guru terus memberikan contoh sesuatu konsep tanpa melabel atau mendefinisikan
konsep sehingga penghujung pelajaran sepertimana dalam pengajaran berdasarkan
kaedah pengajaran induktif.

Sehubungan itu matlamat pengajaran pencapaian konsep adalah untuk membantu


pelajar memperoleh pemahaman mata pelajaran yang dipelajari dan bagi
menyediakan asas untuk pemikiran tahap tinggi. Pengajaran pencapaian konsep
bukan direka bentuk untuk mengajar maklumat yang banyak kepada pelajar. Ia
sekadar belajar konsep utama untuk diaplikasikan kepada pelajaran yang lain.
Satu pelajaran konsep merangkumi empat fasa atau langkah, iaitu
 Mengemukakan maklumat
 Memberikan contoh-contoh input berkait dan tidak berkait (examplers
and non-examplers)
 Melaksanakan ujian untuk pencapaian konsep
 Menganalisis proses-proses pemikiran pelajar

Pembelajaran konsep melibatkan pembinaan pengetahuan dan mengorganisasikan


maklumat ke dalam struktur kognitif yang kompleks. Persekitran pembelajaran untuk
pengajaran konsep adalah berstruktur dan berpusatkan guru. Guru seharusnya
membuat penilaian tentang konsep yang ingin diajar dan pelajaran konsep perlu
disusun dalam unit pembelajaran yang lebih besar.

19
Pengajaran pencapaian konsep bermula dengan guru memaklumkan tentang tujuan
pelajaran, memotivasi mereka dan sepanjang pelajaran, penyoalan serta
perbincangan dilaksanakan oleh guru untuk membantu pelajar menganalisis proses
pemikiran dan mengintegrasi pembelajaran baru dengan pembelajaran lama pada
akhir pelajaran.

Konsep boleh dikategorikan dan dilabelkan. Menurut Bruner (1973) konsep boleh
diklasifikasikan kepada tiga kategori, iaitu konsep konjuktif, konsep disjuntif dan
konsep hubungan.

Konsep konjuktif merujuk kepada konsep yang mempunyai dua atau beberapa ciri-
ciri yang tergabung dan tidak dapat dipisahkan ataupun dikurangkan (bermakna
konsep boleh dikelaskan mengikut struktur peraturan yang tetap). Sebagai contoh,
dalam konsep segi tiga sama ialah segi tiga yang mempunyai tiga sisi, sudut yag
sama kerana peraturannya memang kekal dan tetap.

Konsep disjuntif pula merujuk kepada konsep yang mempunyai ciri-ciri yang lebih
luas dan membolehkan pelbagai alternatif serta tiada peraturan struktur yang tetap.
Contohnya, konsep kata nama bukan hanya terdiri daripada manusia tetapi objek,
benda atau tempat.

Konsep hubungan merujuk kepada ciri-ciri dalam konsep itu mempunyai hubungan
khas di antara satu sama lain. Kebanyakan konsep hubungan ini biasanya terdiri
daripada ciri-ciri yang mengandungi masa atau ruang. Misalnya, konsep emak
saudara menghuraikan suatu perhubungan antara anak saudara dengan anak-anak
lain. Contoh yang lain ialah, Malaysia terletak di antara Thailand dan Singapura
mempunyai ciri ruang, iaitu konsep terletak di antara dua buah negara. Konsep ini
merangkumi perhubungan peta dengan negara-negara, dan juga merangkumi
perhubungan negara-negara itu dengan peta dunia.

Layari laman web..


Kumpul maklumat tentang implikasi, kelebihan dan
kekurangan model concept attainment oleh Bruner
terhadap pengajaran dan pembelajaran.

20
2.1.2 Model Inkuiri (Suchman)

Model inkuiri merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan
atau kesimpulan daripada soalan, atau daripada masalah yang dikemukakan .
Aktiviti soal selidik ini memerlukan murid mengenal pasti soalan bermasalah,
membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, menjalankan kajian siasatan dan
membuat rumusan atau mendapatkan jawapan.

Model inkuiri Suchman diperkenalkan oleh Richard Suchman berlandaskan


andaian bahawa strategi-strategi yang digunakan oleh ahli sains untuk menjalankan
kaji selidik, dan boleh juga digunakan sebagai model pengajaran dalam mata
pelajaran di sekolah, khasnya mata pelajaran sains.

Langkah-langkah Model Inkuiri Suchman.


 Guru menentukan dan mengemukakan masalah
 Guru menerangkan proses inkuiri untuk menyelesaikan masalah
 Pelajar dibimbing membuat hipotesis dengan mengumpulkan data
 Pelajar-pelajar menggunakan data untuk menguji hipotesis untuk
membentuk teori
 Pelajar-pelajar berbincang dan membuat rumusan tentang peraturan atau
syarat yang berkaitan teori
 Guru dan pelajar bersama berbincang dan menganalisis proses inkuiri
untuk membaiki kelemahan penyelesaian masalah

Implikasi Model Inkuiri Suchman dalam pengajaran dan pembelajaran

 Menentukan objektif pelajaran mengikut tahap kebolehan pelajaran dan


menyediakan bahan pelajaran yang sesuai.

 Merancang langkah-langkah membentuk sesuatu konsep, prinsip


ataupun teori dengan jelas.

 Membimbing dan membetulkan aktiviti-aktiviti pelajar yang terpesong


daripada objektif pelajaran.

 Menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam proses inkuiri


dengan guru memainkan peranan sebagai pemudahcara yang berkesan.

 Selepas peringkat akhir inkuiri, guru harus memberi ulasan atau


penilaian terhadap hasil inkuiri pelajar.

21
2.1.3 Model Pengajaran Ekspositori (Ausubel)

Perkataan ekspositori bermaksud penerangan yang jelas dan terperinci. Dalam


konteks pengajaran, ekspositori merupakan penyampaian maklumat atau isi
kandungan pelajaran secara langsung kepada murid-murid di dalam kelas. Oleh itu,
kaedah ekspositori ialah cara penyampaian pelajaran melalui penerangan, bercerita
atau demonstrasi dengan tujuan mengajar sesuatu.

Dalam model ekspositori ini, guru memberi penerangan terlebih dahulu dan pelajar
mendengar dengan teliti hingga mereka mamahami dan mengingatinya atau
merekodkan isi penting dalam buku rekod mereka.

Pengenalan Pelajar-pelajar Pelajar-pelajar


dan mendengar mengingat dan
penerangan penerangan merekod isi
isi pelajaran penting

Ini bermakna model ini amat sesuai untuk menerangkan, konsep, fakta, prinsip atau
hukum dan idea, dimana ianya dipersembahkan dan difahami, bukan ditemukan.
Pengajaran ekspositori menekankan pembelajaran verbal yang bermakna, bukannya
pembelajaran hafalan. Pembelajaran bermakna berlaku jika perkaitan-perkaitan
dibuat antara pengetahuan baharu dengan pengetahuan sedia ada.

Dalam bilik darjah, guru menyampaikan maklumat lengkap dalam susunan yang
teratur supaya murid dapat menerimanya dengan baik. Maklumat yang diberikan
akan diterima dan diasimilasikan dalam struktur kognitif pelajar dan pelajaran
sebegini boleh dilaksanakan melalui kuliah dan ceramah. Pendekatan yang
digunakan adalah secara deduktif dan secara umumnya, pelajaran sebegini adalah
serupa dengan teori pembelajaran Ausubel yang menggunakan penyusun awal
(advance organizers) untuk memperkenalkan suatu pelajaran baru. Penyusun Awal
(advance organizers) merujuk kepada maklumat yang dipersembahkan sebelum
pembelajaran dan ini digunakan untuk menyusun dan menginterpretasi maklumat
baharu. Penyusun awal bertujuan untuk mengaitkan idea baru dengan idea yang
lama serta menggerakkan struktur kognitif pelajar supaya proses asimilasi maklumat
baharu lebih mudah dan berkesan (Boon dan Ragbir, 1997).

Terdapat dua jenis penyusun awal, iaitu penyusun awal perbandingan dan penyusun
awal ekspositori. Penyusun awal perbandingan digunakan apabila maklumat baharu
hampir sama dan bertujuan untuk mentakrifkan pengetahuan sedia ada, di mana

22
pelajar mengingat kembali maklumat yang telah wujud dalam pemikiran. Penyusun
awal ekspositori pula digunakan apabila pengetahuan yang akan diajar adalah
baharu. Penyusun awal ekspositori menyediakan pengetahuan baharu yang perlu
diketahui pelajar sebelum pelajar mengikuti pembelajaran topik baru.

Tiga fasa utama dalam pengajaran ekspositori:


 Penyusun awal dikemukakan
menghubungkaitkan maklumat baharu dengan skema-skema sedia ada
dan dikemukakan kepada pelajar.

 Tugasan pembelajaran atau bahan dikemukakan


bahan baharu disampaikan melalui kuliah, perbincangan, filem atau
tugasan pelajar.

 Pengukuhan organisasi kognitif


mengaitkan maklumat baharu ke dalam struktur yang digambarkan
dalam penyusun awal (advance organizers)

Fikirkan
1. Apakah kelebihan- kelebihan pengajaran ekspositori ?
2. Nyatakan ciri-ciri penyusun awal serta kepentingannya dalam
pengajaran ekspositori?
3. Berikan contoh aktiviti penggunaan penyusun awal perbandingan
dan penyusun awal ekspositori

Implikasi model pengajaran ekspositori terhadap pengajaran dan pembelajaran

 Guru harus memastikan pelajar perlu menguasai fakta dan konsep asas
terlebih dahulu tentang sesuatu topik pelajaran yang hendak diajar dengan
menggunakan kaedah ekspositori.

 Bahan pembelajaran (input) harus disusun atur dengan baik. Perlu bermula
dengan penyusun awal.

 Idea dan konsep baharu harus bermakna kepada pelajar. Guru digalakkan
menyusun isi pelajaran secara berperingkat. Pelajar juga dilibatkan dalam
proses pembelajaran seperti mengumpul maklumat, analisis, sintesis dan
membuat kesimpulan.

 Guru perlu mengaitkan input baharu dengan pengetahuan sedia ada agar
pelajar dapat menyimpan dalam skema secara tersusun.

23
 Pembelajaran deduktif diamalkan dimana guru akan memberikan prinsip-
prinsip am sebelum memberikan contoh-contoh spesifik.

2.2 Model Behavioural

Model pengajaran ini menumpukan kepada tingkah laku yang dapat diperhati
dan tugasan yang jelas serta cara untuk memaklumkan kemajuan kepada murid,
maka model pengajaran ini mempunyai asas penyelidikan yang luas (Joyce, Calhoun
dan Hopkins, 2002). Antara model dalam kumpulan model pengajaran behavioural
adalah Pembelajaran Masteri (Bloom, 1968) dan Pengajaran Langsung (Good et al.,
1994)

Pengajaran langsung berasaskan teori bahaviorisme dan pembelajaran


sosial. Guru yang mengajar mengikut prinsip-prinsip, merangka objektif yang
mendeskripsikan dengan tepat tingkah laku yang perlu dilakukan pelajar;
menyediakan pengalaman pembelajaran seperti amalan di mana pembelajaran
pelajar boleh dipantau dan maklum balas disediakan; serta memberikan perhatian
kepada bagaimana tingkah laku di dalam bilik darjah diberikan ganjaran. Pengajaran
langsung merupakan satu pendekatan untuk pengajaran kemahiran –kemahiran
asas, dimana pelajaran terarah matlamat dan persekitaran pembelajaran adalah
berstruktur.

Pengajaran langsung terdiri daripada tiga aspek, iaitu jenis hasil pembelajaran
pelajar, aliran aktiviti pengajaran dan persekitaran pembelajaran. Pengajaran
langsung direka bentuk untuk merangsang pembelajaran pengetahuan pelajar yang
distrukturkan serta diajar secara langkah demi langkah, maka pengajaran jenis ini
berpusatkan guru dan mengandungi lima langkah, iaitu:

 penentuan set
 penerangan/demonstrasi
 praktis/latihan terbimbing
 maklum balas
 amalan/praktis lanjutan

Pengajaran ini direka bentuk untuk merangsang pembelajaran pengetahuan pelajar


yang distrukturkan dan diajar secara langkah demi langkah serta berpusatkan guru.
Pengajaran langsung berasaskan teori behaviorisme dan pembelajaran sosial.

24
Langkah-langkah dalam proses pengajaran langsung
(i) Pengenalan
menarik perhatian pelajar, dalam bentuk seperti mengenal maklumat
baru.

(ii) Perkembangan
-Merangkumi penerangan jelas tentang maklumat dengan memberikan
banyak contoh

(iii) Latihan terbimbing


Latihan secara aktif dapat meningkatkan ingatan, pembelajaran akan
lebih automatik dan membolehkan pelajar memindahkan pembelajaran
kepada situasi baharu.

(iv) Penutup
Pelajaran dirumuskan dan guru berpeluang untuk mengimbas kembali
apa yang diajar

(v) Latihan kendiri


Bertujuan menentukan tahap penguasaan yang dicapai yang dicapai
oleh pelajar

(vi) Penilaian
Alat penilaian digunakan untuk mentaksir kemajuan pelajar sama ada
secara formatif atau kumulatif.

Perbincangan

1. Pilih satu topik/kemahiran pelajaran


2. Fikirkan satu aktiviti pengajaran langsung di dalam bilik
darjah anda.
3. Bentangkan dalam kelas.

2.2.2 Pembelajaran masteri

Pembelajaran masteri merupakan satu kaedah pengajaran secara individu yang


menggunakan kurikulum berstruktur yang dibahagikan kepada unit kecil
pengetahuan dan kemahiran yang akan dipelajari. Model ini memastikan majoriti
pelajar sampai ke tahap masteri kerana masa pembelajaran adalah fleksibel dan
setiap pelajar menerima arahan sasaran pembelajaran, latihan yang diperlukan dan
maklum balas. Pembelajaran masteri melibatkan pengajaran berasaskan kumpulan
tradisional, pemulihan dan pengayaan secara individu. Pembelajaran masteri adalah
suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan semua murid
menguasai hasil pembelajaran yang dihasilkan dalam suatu unit pembelajaran

25
sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya (Pusat Perkembangan
Kurikulum, 2001).

Dalam strategi ini, guru mendiagnosis kebolehan murid dan kemudian


mencadangkan aktiviti pengajaran individu yang sesuai. Dua unsur utama
pembelajaran masteri adalah arahan yang tepat dan penggunaan masa.

Elemen penting dalam pembelajaran masteri ialah:


 Tentukan dengan jelas apa yang perlu dipelajari dan bagaimana
penilaian dilaksanakan.
 Membenarkan murid belajar mengikut kemampuannya sendiri
 Menilai kemajuan dan memberi maklum balas yang sepatutnya; dan
 menguji untuk menentukan bahawa kriteria pembelajaran telah dicapai.

Prinsip-prinsip pembelajaran masteri:


 Semua murid normal boleh menguasai apa-apa yang diajar oleh guru.
 Pembelajaran dipecah kepada unit-unit kecil dimana pengetahuan
disusun daripada mudah kepada sukar
 Masa yang diperuntukkan harus mencukupi dan fleksibel untuk semua
murid mencapai objektif/hasil pembelajaran.
 Guru berkeyakinan bahawa semua pelajar yang berbeza boleh
menguasai apa-apa yang diajar. Guru juga perlu mendorong pelajar
untuk menguasai sesuatu perkara yang diajar.
 Guru harus merancang dan mempelbagaikan kaedah mengajar dengan
mengambil kira gaya pembelajaran pelajar.
 Guru digalakkan untuk mempelbagaikan kaedah atau aktiviti pengajaran
dan pembelajaran supaya mereka dapat menguasai apa-apa yang
diajar dalam masa yang singkat.
 Guru perlu berkemahiran dalam :
i. Mendiagnosis murid untuk mengetahui tahap pencapaian murid.
ii. Mengetahui perbezaan antara murid
iii. Menggunakan pelbagai kaedah pengajaran serta merancang
pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
menyeronokkan
iv. Menguruskan pelbagai bahan bantu mengajar
v. Menyimpan rekod kemajuan murid
vi. Menjalankan penilaian sumatif untuk mengesan hasil
pembelajaran.
vii. Merancang serta melaksanakan aktiviti pemulihan dan pengayaan
yang sesuai.

Kumpulkan maklumat mengenai kebaikan dan kekurangan


Pengajaran Langsung dan Pembelajaran Masteri, seterusnya
persembahkan maklumat tersebut dalam bentuk peta konsep /peta
minda

26
2.3 Model Sosial

Model sosial direka cipta untuk mengambil peluang demi membina komuniti
pembelajaran Model ini bertujuan untuk membantu pelajar menajamkan pemikiran
melalui interaksi dan kerjasama dengan individu lain secara produktif dan cara-cara
berfungsi sebagai seseorang ahli dalam kumpulan (teamwork). Model ini membantu
untuk memperkembangkan perspektif individu dan kumpulan dalam memperjelas
dan mengembangkan idea-idea.

Menurut Joyce et al. (2001), Model sosial melatih pelajar menggunakan kemahiran
mendengar dan memahami konteks, berkebolehan menyusun maklumat serta merta
dan merangka soalan untuk memperoleh data serta dapat menggabung semua
maklumat untuk menyelesaikan masalah. Ini bermakna model sosial mementingkan
unsur interaksi sosial sambil pelajar-pelajar bekerjasama untuk menyempurnakan
suatu tugasan yang melibatkan aktiviti-aktiviti berikut:
 mengumpul maklumat
 mengkaji dan menganalisis maklumat
 menilai dan mentafsir
 membuat kesimpulan

2.3.1 Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran koperatif yang dipelopori Slavin (2005) merupakan pembelajaran aktif


yang berupaya untuk mengubah suatu situasi pembelajaran yang pasif kepada suatu
yang dinamik serta berpusatkan pelajar. Mereka dapat belajar dalam satu pasukan
yang heterogen, saling bergantung, tidak bersaing sesama mereka, tetapi sama-
sama menuju kepada pencapaian satu matlamat secara berpasukan (Hemich et al.,
2005).

Aktiviti pembelajaran koperatif dilaksanakan dalam persekitaran pembelajaran


yang demokratik, dimana pelajar memainkan peranan aktif dalam menentukan cara
pencapaian pembelajaran mereka, manakala guru memainkan peranan dalam
menstrukturkan kumpulan dan prosedur.

27
Enam konsep pembelajaran koperatif ialah pasukan, keinginan untuk bekerjasama,
pengurusan koperatif, kemahiran bekerjasama, prinsip asas pembelajaran
koperatif dan struktur pembelajaran koperatif ( Kagan, 1994)

 Pasukan
Mewujudkan satu pasukan biasanya mengandungi 3 atau 4 ahli yang heterogen,
iaitu terdiri daripada ahli-ahli yang cerdas, sederhana dan lemah. Pembentukan
kumpulan adalah secara rawak atau ditentukan oleh guru berdasarkan kebolehan,
jantina dan etnik dengan tujuan untuk mencapai heterogeniti dalam pasukan.

 Pengurusan pembelajaran koperatif


Penyediaan suatu situasi yang kondusif, antaranya peraturan kelas, kedudukan
pelajar yang sesuai, kemahiran memberikan arahan, memperoleh perhatian pelajar,
kemahiran menyoal serta peranan dalam memerhati dan membimbing kumpulan.

 Keinginan untuk bekerjasama


Tiga cara keinginan untuk bekerjasama diwujudkan dan dikekalkan, iaitu
pembentukan pasukan, kegunaan tugasan koperatif dan sistem ganjaran atau
penghargaan. Guru perlu mereka bentuk tugasan yang memerlukan sumbangan
daripada semua ahli dalam kumpulan dimana pelajar yang lemah akan dibimbing
oleh ahli-ahli lain untuk mencapai keseluruhan gred yang baik.

 Kemahiran untuk bekerjasama


Pelajar perlu bantuan dalam aspek kemahiran mendengar, menyelesaikan konflik,
menentu dan mengubah sesuatu serta mahir mendorong ahli lain untuk memperoleh
pembelajaran. Cara untuk memupuk pembentukan kemahiran sosial merangkumi
belajar melalui pemerhatian, pemodelan, main peranan, penerangan, peneguhan
dan latihan atau amalan kemahiran sosial. Mengikut Kagan, empat kaedah yang
paling penting ialah pemodelan dan peneguhan, tugasan main peranan,
penstrukturan dan refleksi.

 Prinsip-prinsip pembelajaran koperatif


Pembelajaran koperatif mempunyai prinsip-prinsip, iaitu PIES, yang terdiri daipada
bergantungan positif (P: Positive Independence); Akauntatabiliti individu (I: Individual

28
Accountability); Penglibatan seimbang (E: Equal Participation); Interaksi
bersemuka(S: Simultaneous Interaction).

Layari laman web untuk menjelaskan yang berikut:


1. Prinsip-prinsip PIES dalam pembelajaran koperatif.
2. Implikasi model sosial dalam pengajaran dan pembelajaran.

2.4 Model Personal

Model pembelajaran personal bermula dari perspektif kendiri seseorang individu.


Model ini menekankan kepada pembentukan kendiri seseorang individu dan
mendorong pelajar untuk berdikari secara produktif serta mempunyai kesedaran
diri dan bertanggungjawab terhadap matlamat sendiri.

Tujuan model personal adalah untuk membentuk personaliti yang kompeten,


bersepadu dan berkeyakinan. Matlamat utama ialah pembentukan individu serta
pencapaian harga diri individu. Maka, model personal terdiri daripada pendekatan
untuk membentuk dan menyepadukan aspek emosi serta intelek dalam melahirkan
personaliti yang seimbang.

2.4.1 Model Tidak Direktif (Pembelajaran melalui kaunseling)


Model tidak direktif (non-directive) oleh Carl Rogers menggambarkan falsafah dan
teknik pengajaran model personal. Model ini ingin membentuk satu komuniti pelajar
yang berdisiplin serta mempunyai kesedaran peribadi yang tinggi. Dalam model ini,
pengajaran dengan berfokuskan hubungan manusia berbanding pengajaran konsep
mata pelajaran. Rogers menggunakan terapi sebagai cara pengajaran.

Guru dianggap sebagai kaunselor, di mana penekanan merupakan satu pakatan


antara guru dengan pelajar. Guru memainkan peranan untuk membimbing pelajar
ke arah memahami bagaimana pelajar boleh memainkan peranan utama dalam
pembelajaran mereka demi pencapaian matlamat kendiri. Dalam proses
perkembangan diri, guru memberikan maklum balas tentang kemajuan diri dan
membantu pelajar menyelesaikan masalah ataupun tugasan.
Menurut Joyce et al., (2002), tujuan model tidak direktif (non-directive) adalah:

29
 Menghala tuju pelajar ke arah kesihatan mental dan emosi yang lebih
tinggi dengan membentuk keyakinan kendiri, penghargaan diri yang
realistik dan perasaan empati terhadap orang lain.
 Meningkatkan bahagian pendidikan yang menekankan keperluan dan
aspirasi, di mana setiap pelajar diambil sebagai pakatan untuk
menentukan apa dan bagaimana pelajar akan belajar.
 Membentuk jenis pemikirn kualitatif yang khusus seperti kreativiti dan
ekspresi peribadi.

Berikut adalah fasa-fasa dalam model pembelajaran non-directive

Fasa 1
Kenal pasti dan mendefinisi situasi
Guru menggalakkan luahan perasaan pelajar

Fasa 2
Meneroka masalah.
Pelajar digalak untuk menerangkan masalah.
Guru menerima dan memperjelas perasaan pelajar

Fasa 3
Membentuk pengertian baru.
Pelajar membincang masalah.
Guru memberikan sokongan kepada pelajar.

Fasa 4
Perancangan dan membuat keputusan.
Pelajar merancang untuk membuat keputusan
Guru memperjelas keputusan-keputusan yang mungkin diambil

Fasa 5
Integrasi/kesepaduan.
Pelajar memperoleh pengertian lanjutan dan membentuk tindakan yang lebih positif.
Guru memberikan sokongan kepada pelajar.

Tindakan luar daripada temu bual:


Pelajar sendiri mengambil tindakan positif

Diterjemahkan daripada Joyce et al. (2002). Models of Learning: Tools for


Teaching. (edisi kedua) Buckingham: Open University Press.
Implikasi model personal dalam pengajaran dan pembelajaran

30
 Persekitaran pembelajaran perlu diwujudkan supaya individu
membentuk kesedaran diri dan identiti sejak awal lagi.

 Model personal membantu setiap pelajar bertanggungjawab terhadap


perkembangan dan berjaya mencapai penghargaan diri serta
keharmonian kendiri.

 Guru perlu membentuk serta menggabungkan aspek intelek dengan


emosi demi melahirkan suatu personaliti seimbang.

 Kandungan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak


dipreskripsikan, tetapi ditentukan oleh pelajar apabila bertemu dan
berinteraksi dengan guru, maka model non-direktif ini bergantung pada
faktor semula jadi dan bukan ditentukan oleh kesan pengajaran. Oleh
itu guru perlu menyediakan iklim sosial yang mengizinkan pelajar
meluahkan perasaan dan bebas untuk mengekspresi perasaan mereka.

..........SELAMAT BERJAYA.........
Rujukan

Arends, R.I. (2001). Learning to teach. (5th ed.) New York: McGraw-Hill Co.

Bandura, A.(1977). Social learning theory.Englewood Cliffs,NJ: Prentice Hall.

Block, J.H. & Anderson,L.W.(1975). Mastery learning in classroom instruction. New


York: Macmillan.

Bloom, B.S.(1976). Human characteristics and school learning.New York: McGraw-


Hill Co.

Boon, P.Y. & Ragbir, K. (1997). Educational psychology 1. Fajar Bakti Sdn Bhd.

Brophy, J.E. & Good, T.L. (1977). Educational psychology. A realistic approach. New
York: Holt, Rinehart and Winston.

Bruner, J.S.(1966). Towards a theory of instruction.Cambridge,MA:Harvard


University Press.

Good, T.L. & Brophy, J.E. (1994). Looking into classrooms.(6th ed.).New
York:HarperCollins.

Joyce,B.,Calhoun,E. & Hopkins,D.(2002). Models of learning-tools for learning.(2nd


ed.). Buckingham: Open University Press

Slavin, R. E. (2005). Educational psychology. Theory and practice. Boston: Allyn and
Bacon.

31
trengthness / Kekuatan

1. Model sosial dapat mengembangkan kreativiti murid-murid kerana mereka


dapat melakukan sesuatu atau memain peranan dalam sesuatu berkaitan tajuk
yang disimulasikan kepada mereka.

2. Model ini dapat dijadikan bekal kepada murid-murid dalam situasi sebenar
pada masa akan datang dalam keluarga, masyarakat mahupun kehidupan
seharian dan kerjaya mereka.

3. Melalui model ini, murid-murid dapat menambah minat mereka terhadap


proses pembelajaran dan berusaha untuk memberikan tumpuan semasa
pembelajaran dan menerima input yang berguna dan ilmu yang dipelajari pada
hari tersebut.

4. Model ini juga memupuk keberanian dan keyakinan dalam diri pelajar apabila
melakukan sesuatu aktiviti sebagai contoh membaca petikan secara kuat dalam
kelas.
Melalui pembelajaran sosial juga, murid-murid dapat memperkaya pengetahuan
dan sikap mereka semasa berhadapan dalam sesuatu situasi sosial.

Weakness / Kelemahan

1. Pengalaman yang diperorleh oleh seseorang murid itu tidak semestinya tepat
dan sesuai dengan kenyataan di lapangan. Hal ini kerana semasa proses
pembelajaran murid-murid tidak mempunyai pengalaman sedia ada berkaitan
tajuk pembelajaran dan ini memungkinkan mereka tidak aktif semasa proses
pembelajaran berlaku dan tidak dapat mengembangkan idea mereka.

2. Model pembelajaran ini juga kelihatan lemah kerana sikap murid-murid yang
merasa malu dan takut membuatkan mereka tidak dapat menguasai dan tidak
sesuai untuk menjalanni pembelajaran sosial dengan mudah.

3. Perancangan yang salah juga menjadi punca kelemahan model ini. Hal ini
kerana guru mengajarkan lebih kepada teknik hiburan seperti nyanyian sehingga
tujuan utama pembelajaran pada hari tersebut gagal dicapai.

Opportunities / Peluang

1. Murid-murid akan lebih yakin apabila terdapat persaingan untuk melakukan


sesuatu perkara dan peluang untuk mereka mendapatkan sesuatu yang lebih
tinggi.

2. Peluang murid-murid untuk berdikari dapat dilakukan dan mereka sendiri


dapat meningkatkan daya kreativiti yang ada supaya dapat melakukan sesuatu
dengan lebih baik dan sempurna.

3. Memberi ruang kepada pelajar untuk menambah ilmu pengetahuan semasa


pembelajaran berlaku dan dapat berfikir dengan lebih baik serta mampu
bekerjasama dalam kumpulan dan bersosial dengan orang sekeliling mereka.

Threats / Ancaman

32
1. Dalam model ini, ancaman akan berlaku apabila murid-murid melakukan
peniruan setiap yang dilakukan tanpa melihat kesan yang akan berlaku terhadap
perlakuan yang dilakukan sama ada baik atau buruk.

2. Melalui model ini, murid-murid tidak mempunyai jati diri atau idea sendiri
kerana terbiasa dengan peniruan yang ditunjukkan tanpa menggunakan idea
baharu atau melakukan sesuatu tindakan yang baru berkaitan dengan peniruan
yang dilakukan.

3. Murid-murid akan mendapat masalah sekiranya mereka diajar melalui


peniruan orang yang tidak dipercayai kerana mereka akan terikut-ikut dengan
perlakuan yang dilakukan dan seterusnya melakukan peniruan kerana melihat
kepada model yang ditunjukkan kepada mereka untuk ditiru.

4. Melalui pergaulan, gejala sosial yang negatif akan berlaku melalui pergaulan
antara pelajar lelaki dan perempuan dalam aktiviti berkumpulan sekiranya guru
tidak memainkan peranan yang baik dalam aktiviti tersebut.
Posted by Kaerul Ashraf at 6:38 AM No comments: 
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Tuesday, August 17, 2010

Pengaplikasian Permodelan Sosial dalam


Pengajaran dan Pembelajaran
1. Penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik agar dapat menjadi role
model kpd pelajar. Semasa membentangkan proses P&P, guru boleh dikatakan
modelling dengan Demontrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar pelajar
dapat meniru dengan cepat. Hasilan guru daripada kraftangan, lukisan atau
Bahan Bantu Mengajar (BBM) hendaklah bermutu tinggi. Sebagai contoh, guru
membuat origami berbentuk sebuah kapal terbang daripada kertas sebagai BBM
dalam subjek Perdagangan Tingkatan 4 dibawah subtopik Pengangkutan udara.
Pelajar-pelajar akan timbul minat untuk melihat dan menjana pemikiran kreatif
terhadap penghasilan yang lebih baik berbanding yang telah guru pamerkan.
Pelajar-pelajar akan mempunyai kecenderungan meniru guru mereka dan
menganggap guru sebagai role model.

2. Selain itu, guru boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang sebagai
model. Cara ini boleh dilakukan dengan melakukan pembelajaran secara
pembelajaran koperatif yang merujuk kepada kaedah pengajaran yang
memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil
untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap
pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk
rakan-rakan yang lain. Melalui pembelajaran koperatif, para pelajar akan meniru
setiap gaya rakan-rakan mereka yang terbaik dan cemerlang sebagai role model.

3. Guru boleh mengajar nilai murni dan watak bersejarah dengan teknik main
peranan dan simulasi. Sebagai contoh, guru memulakan set induksi dengan
sebuah cerita. Semasa bercerita, guru turut melakonkan watak dengan gaya dan
mimik muka yang menarik perhatian para pelajar untuk mendengarnya.

4. Memberi peneguhan yang positif selepas reproduksi. Menyediakan situasi


pembelajaran tanpa gangguan. Menarik perhatian murid dengan motivasi yang
sesuai. Setiap pelajar yang dapat menyelesaikan masalah semasa aktiviti di dalam

33
kelas dijalankan atau latihan pengukuhan. Apabila pelajar yang dapat
menyelesaikan dengan cemerlang akan diberikan hadiah seperti pujian, tanda
simbol bintang di buku / kertas latihan (simbol baik) ,coklat atau pen dan lain-
lain yang diberikan secara berterusan. Oleh itu, pelajar-pelajar akan bersaing
dengan meniru pelakuan dan tingkah laku di persekitarannya yang mempunyai
ciri-ciri sebagai pelajar cemerlang. Pembelajaran akan berlaku secara positif dan
pelajar berlumba-lumba menjadi yang terbaik. Melalui peneguhan yang positif
akan menimbulkan semagat motivasi dalam setiap diri pelajar.
Posted by Kaerul Ashraf at 10:15 PM 1 comment: 
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Eksperiman Pembelajaran Sosial


EKSPERIMEN 1

KUMPULAN A = Disuruh memerhati sekumpulan orang dewasa memukul,


menumbuk, menendang dan menjerit ke arah patung besar Bobo.

Hasil = Meniru apa yang dilakukan orang dewasa malahan lebih agresif.

KUMPULAN B = Disuruh memerhati sekumpulan orang dewasa bermesra


dengan
patung besar Bobo.

Hasil = Tidak menunjukkan sebarang tingkah laku agresif seperti kumpulan A.

Rumusan: Tingkah laku kanak-kanak dipelajari melalui peniruan/ permodelan.

Gambar rajah di atas menunjukkan salah satu contoh kanak-kanak yang


bertindak agresif terhadap patung Bobo selepas menonton video yang diberikan.

EKSPERIMEN 2

Dalam eksperimen Bandura yang kedua, kanak-kanak tadika dibahagikan kepada


tiga kumpulan iaitu Kumpulan A, Kumpulan B dan Kumpulan C.

Kumpulan A : ditayangkan dengan video di mana orang dewasa menumbuk


patung Bobo
dan kemudian menerima hadiah.

Kumpulan B : ditayangkan dengan video di mana orang dewasa menumbuk


patung Bobo

34
dan kemudian mendapat denda.

Kumpulan C : ditayangkan dengan video di mana orang dewasa bermesra dengan


patung
Bobo. Hasilnya,kanak-kanak kumpulan A menunjukkan tingkah laku yang
lebih agresif daripada orang dewasa yand diperhatikan.

Kumpulan B
dan C : tidak menunjukkan tingkah laku yang agresif. Daripada eskperimen
ini, Bandura merumuskan bahawa tingkah laku peniruan atau
permodelan adalah hasil daripada peneguhan dalam teori
pembelajaran behavioris.
Posted by Kaerul Ashraf at 9:53 PM No comments: 
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Strategi Proses Model Pengajaran Sosial


Strategi Proses

1. Analisis Tingkah Laku Yang Akan Dijadikan Model Terdiri Daripada:

a. Apakah karakteristik dari tingkah laku yang akan dijadikan model itu
berupa konsep, kemahiran motor atau efektif?
b. Bagaimanakah urutan atau sekuen dari tingkah laku tersebut?
c. Dimanakah letaknya hal-hal yang penting (key point) dalam sekuen
tersebut?

2. Tetapkan fungsi Nilai dari Tingkah Laku dan Pilihlah Tingkah Laku Tersebut
Sebagai Model.

a. Apakah tingkah laku (kemampuan yang dipelajari) merupakan hal yang


penting dalam kehidupan dimasa datang? (Success prediction)
b. Bila tingkah laku yang dipelajari kurang memberi manfaat (tidak begitu
penting) model manakah yang lebih penting?
c. Apakah model harus hidup atau simbol? Pertimbangan soal pembiayaan,
pengulangan
demonstrasi dan kesempatan untuk menunjukkan fungsi nilai dan tingkah laku.
d. Apakah peneguhan yang akan didapat melalui model yang dipilih?

3. Pengembangan Sekuen

a. Untuk mengajar motor skill, bagaimana cara untuk mengerjakan sesuatu


pekerjaan/ kemampuan yang dipelajari: how to do this dan bukannya not this.

4. Implementasi pengajaran untuk menunut proses kognitif dan motor


reproduksi.

A. KEMAHIRAN MOTOR

1) Hadirkan model
2) Beri kesempatan kepada tiap-tiap pembelajar untuk latihan secara simbolik
3) Beri kesempatan kepada pembelajar untuk latihan dengan timbal balik

35
visual.

B. PROSES KOGNITIF

1) Tampilkan model, baik yang didukung oleh kod -kod verbal atau petunjuk
untuk mencari konsistensi pada berbagai contoh.
2) Jika yang dipelajari adalah pemecahan masalah atau strategi penerapan
beri kesempatan pembelajar untuk berpertisipasi secara aktif.
3) Beri kesempatan pembelajar untuk membuat generalisasi dalam berbagai
situasi.

Dari huraian tentang teori belajar sosial, dapat disimpulkan seperti berikut:

1. Belajar merupakan interaksi segitiga yang saling berpengaruh dan mengikat


antara
lingkungan, faktor-faktor personal dan tingkah laku yang meliputi proses - proses
kognitif belajar.
2. Komponen-komponen belajar terdiri dari tingkah laku, bahagian-bahagian
terhadap model dan proses -proses kognitif pembelajar.
3. Hasil belajar berupa kod-kod visual dan verbal yang mungkin dapat
dimunculkan
kembali atau tidak (retrievel).

4. Dalam perancangan pembelajaran yang kompleks, disamping pembelajaran -


pembelajaran komponen-komponen skill itu sendiri, perlu ditumbuhkan sense of
efficacy dan self regulatory pembelajaran.

5. Dalam proses pembelajaran, pembelajar sebaiknya diberi kesempatan yang


cukup
untuk latihan secara mental sebelum latihan fizik, dan reinforcement  dan
hindari punishment yang tidak perlu.

TEORI PENIRUAN (MODELING)

Pada tahun 1941, dua orang ahli psikologii, iaitu Neil Miller dan John Dollard -
dalam laporan hasil eksperimennya mengatakan bahawa peniruan (imitation)
merupakan hasil proses pembelajaran yang ditiru daripada orang lain. Proses
belajar tersebut oleh Miller dan Dollard dinamakan "sosial learning" -
"pembelajaran sosial". Perilaku peniruan (imitative behavior) manusia terjadi
kerana manusia merasa telah memperoleh imbalan ketika kita meniru perilaku
orang lain, dan memperoleh hukuman ketika kita tidak menirunya. Menurut
bandura, sebagian besar tingkah laku manusia dipelajari melalui peniruan
(imitation) maupun penyajian contoh tingkah laku (modelling). Dalam hal ini
orang tua dan guru memainkan peranan penting sebagai seorang model atau
tokoh bagi kkanak-kanak-kkanak-kanak untuk menirukan tingkah laku
membaca9.

Dua puluh tahun berikutnya, Albert Bandura dan Richard Walters (1959,
1963)10, telah melakskkanak-kanak-kkanak-kanakan eksperimen lain yang juga
berkenaan dengan peniruan. Hasil eksperimen mereka mendapati, peniruan
boleh berlaku hanya melalui pengamatan terhadap perilaku model (orang yang

36
ditiru) meskipun tanpa sebarang peneguhan. Proses belajar semacam ini
disebut "observational learning" atau pembelajaran melalui pengamatan.
Bandura (1971), kemudian menyarankan agar teori pembelajaran sosial
diperbaiki memandangkan teori pembelajaran sosial yang sebelumnya hanya
mementingkan perilaku tanpa memberi pertimbangan terhadap proses mental
seseorang.

Menurut Bandura, perlakuan seseorang adalah hasil interaksi faktor dalam diri
(kognitif) dan persekitaran. Bagi menjelaskan pandangan ini, beliau telah
mengemukakan teori pembelajaran peniruan, dalam teori ini beliau telah
menjalankan kajian bersama Walter (1963) ke atas kesan perlakuan kanak-kanak
apabila mereka menonton orang dewasa memukul, mengetuk dengan tukul besi
dan menumbuk sambil menjerit-jerit sockeroo dalam video. Setelah menonton
video kanak-kanak ini diarah bermain di bilik permainan dan terdapat patung
seperti yang ditayangkan dalam video. Setelah kanak-kanak tersebut melihat
patung tersebut, mereka meniru aksi-aksi yang dilakukan oleh orang yang
mereka tonton dalam video (Ramlah Jantan & Mahani Razali 2004).

Proses-proses yang terlibat dalam Teori Pembelajaran Peniruan

Proses-proses yang terlibat dalam teori pembelajaran peniruan adalah :

i) Proses tiruan mudah, iaitu meniru secara langsung.

Contohnya, guru mendemonstrasi cara membuat melakukan promosi ketika


mengajar mata pelajaran Perdagangan tingkatan 4, di mana memerlukan
pergerakan sebagai watak ‘promoter/ penjual yang sedang mempromosikan
produk dengan menggunakan iklan secara jualan langsung dan pelajar meniru
secara langsung.

ii) Proses tiruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan.

Contohnya, kanak-kanak meniru perlakuan bersorak di padang, jadi perlakuan


bersorak adalah taksekatlakuan di padang. Tetapi jika kanak-kanak tersebut
bersorak dalam kelas semasa guru sedang mengajar, tentulah guru akan
memarahinya dan diberi tahu perlakuan yang ditirunya tidak dibenarkan dalam
keadaan tersebut. Jadi perlakuan tersebut menjadi sekatlakuan dalam situasi
tersebut.

iii) Proses tiruan melalui elisitasi

Proses ini timbul apabila kita melihat perlakuan orang lain.


Contohnya, kita melihat rakan-rakan sebaya yang pergi ke pusat tuisyen, lalu
timbul keinginan dalam diri untuk membuat perlakuan yang sama. Maka
keinginannya untuk meniru timbul setelah melihat rakan-rakannya melakukan
perlakuan tersebut.

37
Perkembangan kognitif kanak -kanak mengikut pandangan pemikir islam yang
terkenal pada abad ke-14 iaitu Ibnu Khaldun perkembangan kanak -kanak
hendaklah diasuh dari perkara yang mudah kepada perkara yang lebih susah iaitu
mengikut peringkat-peringkat dan kanak-kanak hendaklah diberikan dengan
contoh -contoh yang konkrit yang boleh difahami melalui pancaindera. Menrut
Ibnu Khaldun, kanak - kanak hendaklah diajar atau dibentuk dengan lemah
lembut dan bukanya dengan kekerasan. Selain itu, beliau juga mengatakan
bahawa kanak -kanak tidak boleh dibebankan dengan perkara -perkara yang di
luar kemampuan mereka. Hal ini akan menyebabkan kanak-kanak tidak mahu
belajar dan mencerca pengajaran yang
disampaikan (Nadira Anis Syarina Hamidi,Nur Fatiha Azam & Nur Hazwani
Hamzah
2009).

4 UNSUR UTAMA DALAM PENIRUAN

Untuk pembelajaran pemerhatian wujud a dalah penting untuk individu


berkenaan
berbuat demikian:

1) Tumpuan ('Attention')

Subjek harus memberi tumpuan kepada tingkahlaku model untuk


membolehkannya mempelajarinya. Sama ada subjek memberi perhatian atau
tumpuan tertakluk kepada nilai, harga diri, sikap, dan lain-lain yang dimiliki.
Contohnya, seorang pemain muzik yang tidak yakin diri mungkin meniru
tingkahlaku pemain muzik terkenal sehingga tidak mewujudkan stailnya yang
tersendiri.Bandura & Walters (1963) dalam buku mereka "Sosial Learning &
Personality Development" menekankan bahawa hanya dengan memerhati
seorang lain pembelajaran boleh berlaku.

2) Penyimpanan ('Retention')

Subjek yang memerhati harus mengekod peristiwa itu dalam sistem ingatannya.
Ini
membolehkan subjek melakukan peristiwa itu kelak bila diperlukan atau diingini.

3) Penghasilan ('Reproduction')

Setelah mengetahui atau mempelajarai sesuatu tingkahlaku, subjek juga mesti


mempunyai kebolehan mewujudkan atau menghasilkan apa yang disimpan
dalam bentuk tingkahlaku. Contohnya, memandu kereta, bermain tenis. Bagi
sesetengah tingkahlaku kemahiran motor diperlukan untuk mewujudkan
komponen -komponen tingkahlaku yang telah diperhatikan.

4) Motivasi

Motivasi juga penting dalam pemodelan Albert Bandura kerana ia adalah


penggerak
individu untuk terus melakukan sesuatu.

38
Antara model-model yang terkandung dalam kumpulan model sosial ialah:

1. Pembelajaran koperatif
2. Main peranan
3. Simulasi

Model-model ini merupakan pendekatan pembelajaran yang dapat digunakan di


kelas dengan melibatkan murid-murid secara aktif seupaya mereka memperoleh
pengalaman dalam menuju kematangan.

1.Pembelajaran koperatif

Pembelajaran koperatif berfokuskan perkembangan konsep dan kemahiran


melalui kerja berkumpulan yang diutarakan oleh Slavin dan Johnson.
Pembelajaran sebegini juga memberi impak kepada pencapaian akademik dan
harga diri murid-murid yang berkenaan. Keadaan ini berlaku kerana, pertamanya
melalui kerja berkumpulan, murid-murid belajar bersama untuk menguasai
maklumat, idea dan kemahiran penting. Di samping itu, mereka berfikir
mengenai cara-cara penyelesaian bagi masalah yang timbul. Kedua, mereka akan
bersaing antara satu sama lain dalam suasana yang kondusif. Dalam pada itu,
setiap ahli mempunyai peluang yang sama untuk memperoleh pencapaian
cemerlang.

2.Main peranan
Main peranan sangat membantu murid-murid memahami tingkahlaku sosial,
peranan mereka dalam interaksi sosial dan cara-cara menyelesaikan masalah
dengan berkesan. Selain itu, ia juga membantu murid mengumpul dan mengurus
maklumat mengenai sosial, mengembangkan sifat empati terhadap orang lain
dan menambahkanbaikkan kemahiran sosial mereka. Main peranan
dilaksanakan dengan mengkehendaki murid berlakon watak-watak berdasarkan
satu situasi hipotetikal yang telah dikenalpasti. Misalnya, mereka perlu berlakon
konflik yang timbul dan memainkan watak watak yang berkenaan. Hasinya,
murid akan lebih peka terhadap masalah sosial yang timbul dalam kehidupan
seharian, seterusnya memperoleh celik akal bagi menangani masalah tersebut.

39
Ahli teori berpendapat bahawa main peranan amat berguna dalam pengajaran
dan pembelajaran sains sosial di mana murid-murid dapat memahami
keprihatinan, nilai dan perspektif orang lain.

3.Simulasi
Simulasi menggabungkan maklumat mengenai satu-satu kemahiran melalui
demonstrasi, praktis dan latihan khusus sehingga kemahiran tersebut berjaya
dikuasai oleh murid-murid. Di dalam pengajaran, simulasi digunakan untuk
mewujudkan satu mirip kepada situasi hidup dalam sesi pengajaran. Aktiviti yang
dijalankan mencerminkan keadaan realiti. Murid melakonkan sesuatu situasi
atau peristiwa dalam sesuatu keadaan yang teratur. Sosiodrama dan main
peranan adalah contoh simulasi. Sosiodrama ialah aktiviti lakonan yang
berdasarkan cerita yang lengkap, skrip lakonan disediakan terlebih dahulu
seperti Hang Tuah dan Hang Jebat. Main peranan ialah lakonan spontan yang
boleh dilakukan dalam bilik darjah. Aktiviti lakonan ini biasanya berdasarkan
kepada sesuatu situasi atau masalah yang timbul.

Posted by Kaerul Ashraf at 9:34 PM No comments: 


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Sunday, August 8, 2010

Model Pengajaran Sosial


Model Pengajaran sosial merupakan model yang diterbitkan melalui teori
Pembelajaran Sosial oleh Albert Bandura. Proses model ini dilakukan atau dapat

40
diperhatikan melalui pemerhatian dan peniruan. Prinsip model ini adalah :

CIRI-CIRI TEORI PEMODELAN BANDURA

1. Unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan.


2. Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, teladan, nilai dan lain
-lain.
3. Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kece kapan demontrasi guru
sebagai
model.
4. Pelajar memperoleh kemahiran jika memperoleh kepuasan dan peneguhan
yang
berpatutan.
5. Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan, peniruan dgn tingkah
laku
atau gerak balas yg sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif.

Prinsip-prinsip yang ternyata di atas sebenarnya merupakan asas kepada teori


pembelajaran sosialis. Albert Bandura memperkenalkan prinsipnya yang pertama
iaitu setiap individu dapat belajar melalui pemerhatian tingkah laku orang lain
atau secara ringkasnya islah konsep permodelan. Dalam prinsip ini, individu
yang memerhati merupakan individu yang sedang mengalami proses
pembelajaran manakala individu yang diperhatikan merupakan model. Dalam
konteks pengajaran dan pembelajaran dalam institusi pendidikan, individu yang
memerhati merupakan para pelajar manakala individu yang menjadi model
adalah guru yang mengajar. Para pelajar akan meniru aksi, kelakuan, tingkah
laku dan juga sikap yang akan dipamerkan oleh guru yang mengajar. Oleh itu,
adalah amat penting bagi seseorang guru untuk menyediakan informasi yang
betul dan pengendalian penyampaian maklumat yang efektif agar para pelajar
dapat meniru atau mempelajari bidang ilmu yang diajar.

Konsep permodelan ini sebenarnya merupakan salah satu peniruan seseorang


individu terhadap pemerhatian yang dilakukan. Dalam proses pembelajaran
melalui permodelan atau peniruan, individu yang meniru akan melengkapkan
empat langkah tertentu iaitu pemerhatian, penyimpanan, pengeluaran dan
motivasi. Langkah pemerhatian adalah proses di mana pemerhati atau peniru itu
melihat tingkah laku individu yang ingin ditiru. Selepas itu, tingkah laku yang
ditiru itu akan diingatkan iaitu dalam langkah penyimpanan. Apabila individu
yang meniru ini didedahkan kepada situasi yang sama, dia akan menghasilkan
tingkah laku yang serupa dengan tingkah laku yang diperhatikan. Ini merupakan
langkah pengeluaran. Sekiranya tingkah laku si peniru itu mendapat pujian atau
peneguhan positif, tingkah laku itu akan dipergiatkan lagi. Sekiranya perkara
yang sebaliknya yang berlaku maka tingkah laku tersebut tidak akan diulangi oleh
si peniru.

Sebenarnya terdapat lagi satu keadaan di mana model yang diperhatikan oleh si
peniru mendapat hukuman selepas melakukan tingkah laku yang tertentu.
Sebagai hasilnya, si peniru tidak akan melakukan tingkah laku yang diperhatikan
daripada model tersebut. Hal ini melihatkan pembelajaran sebagai proses yang
tidak menghasilkan tingkaha laku seperti yang dijelaskan dalam prinsip yang
kedua iaitu proses pembelajaran akan berlaku sama ada terdapat perubahan
tingkah laku atau tidak. Dalam keadaan pemodelan ini, si peniru sebenarnya

41
telah mempelajari bahawa tingkah laku yang diperhatikan adalah sesuatu yang
tidak betul. Oleh itu, si peniru tidak melakukan tingkah laku yang diperhatikan.
Lantas, tiada sebarang perubahan tingkah laku yang dapat diperhatikan dalam
diri si peniru tetapi si peniru telah mempelajari bahawa tingkah laku yang
diperhatikan adalah tidak wajar untuk dilakukan.

Teori pembelajaran sosial sebenarnya boleh diterapkan dalam proses pengajaran


dan pembelajaran di sekolah. Guru boleh mengaplikasikan jenis-jenis peniruan
yang diperkenalkan dalam teori pembelajaran sosial ini semasa proses
pengajaran. Para pelajar pula akan melengkapkan empat langkah pembelajaran
dalam teori ini iaitu pemerhatian, penyimpanan, pengeluaran dan motivasi.
Moativasi ialah aspek peneguhan yang biasanya disetus oleh guru yang menjadi
model kepada teori pembelajaran ini.

Berikut merupakan gambar rajah yang kami sediakan sebagai model


pembelajaran yang boleh diaplikasikan di sekolah.

Model pembelajaran di atas boleh dilakukan terutamanya apabila guru ingin


menunjukkan atau mengajar muridnya sesuatu teknik atau kemahiran. Sebagai
contohnya dalam amali subjek Biologi yang mengkaji proses osmosis dengan
menggunakan rod ubi kentang. Guru ingin mengajar anak muridnya cara atau
teknik yang betul untuk memotong ubi kentang dalam bentuki rod.
Pertama sekali, guru harus memastikan hasil pembelajaran yang diingini. Dalam
sesi pengajaran pelajar menghasilkan rod ubi kentang, guru akan memastikan
pelajarnya mempunyai perkembangan baru aspek psikomotor di mana pelajar
mampu menghasilkan rod ubi kentang untuk menjalankan amali pada hati
tersebut. Secara
langsung, perkara ini juga akan memberi pengalaman dan pengetahuan baru
kepada para
pelajar yang terlibat.

Seterusnya, proses pembelajaran dan pengajaran akan melibatkan aktiviti di


mana guru akan mendemonstrasikan cara menghasilkan rod ubi kentang dengan
menggunakan penebuk T. Para pelajar akan memerhatikan guru dalam
menghasilkan rod ubi kentang itu. Selepas itu, guru membiarkan para pelajar
melakukan aktivit tersebut. Keadaan ini akan membenarkan para pelajar untuk
mengalami diri sendiri cara dan teknik yang betul untuk menghasilkan rod ubi
kentang tersebut. Pada masa yang sama, guru harus memerhatikan para pelajar
agar mereka tidak tersilap konsep atau melakukan kesilapan.

42
Pada penghujung kelas, guru boleh memilih untuk menguji para pelajarnya
secara verbal atau bertulis berkenaan dengan cara untuk menghasilkan rod ubi
kentang. Sekiranya para pelajar memberikan jawapan yang tidak tepat, guru
harus membetulkan dengan segera dan memberitahu para pelajar kesilapan
mereka. Sekiranya para pelajar dapat menjawab soalan guru dangan tepat, maka
guru harus memuji para pelajarnya sebagi salah satu peneguhan positif untuk
menggandakan lagi tingkah laku yang baru ditiru. Walaupun terdapat pelajar
yang gagal untuk mempelajari teknik menghasilkan rod ubi kentang tersebut,
guru juga harus memberikan dorangan dan sokongan agar mencuba lagi sehingga
berjaya. Perkara ini adalah seperti prinsip teori pembelajaran sosialis di mana
tiada perubahan tingkah laku tidak bermaksud si peniru tidak mempelajari
sesuatu. Mungkin pelajar tersebut telah berjaya meniru teknik yang ditunjukkan
tetapi memerlukan masa yang lebih panjang untuk menghasilkan atau
melakukan teknik yang ditiru daripada gurunya. Dengan lengkapnya keempat-
empat langkah ini maka model pembelajaran ini dikatakan telah berjaya
dilaksanakan.

Menurut ahli teori sosial, tingkahlaku koperatif bukan sahaja merangsang murid-
murid kita secara rasional, bahkan secara intelek. Oleh yang demikian, mereka
mengesyorkan agar guru memberi tugas pengajaran dan pembelajaran yang
memerlukan interaksi sosial bagi mencapai maklumat tersebut.

Apabila murid-murid bekerjasama dalam menyiapkan sesuatu tugas, mereka


akan menjana tenaga berbentuk kolektif yang dipanggil sinergi. Bagi
memaksimumkan fenomena ini, kita akan dapat mengembangkan cara-cara
seelok-eloknya kita bentuk komuniti pembelajaran. Contohnya ialah melalui
budaya sekolah yang positif, murid-murid dapat dikembangkan lagi cara-cara
berinteraksi yang lebih berintegrasi dan produktif dan seterusnya menyokong
aktiviti pembelajaran yang lebih aktif.
Posted by Kaerul Ashraf at 8:38 AM No comments: 
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Prinsip dan Konsep Teori Pembelajaran


Sosial
Prinsip Asas Teori Pembelajaran Sosialis

Setiap teori pembelajaran mempunyai prinsip-prinsip asas yang akan diterapkan


dalam proses pembelajan. Dalam teori pembelajaran sosialis yang diperkenalkan
oleh Albert Bandura, kami telah berjaya meneliti 4 prinsip asasnya iaitu:

a. Pembelajaran setiap individu dapat dilakukan melalui pemerhatian tingkah


laku orang lain atau permodelan.

b. Perubahan tingkah laku mungkin akan berlaku ataupun tidak akan berlaku
dalam proses pembelajaran.

c. Proses pembelajaran menekankan peranan yang dimainkan oleh


perkembangan kognitif
individu yang terlibat.

d. Teori pembelajaran sosialis akan dijadikan sebagai perantaraan teori


pembelajaran

43
behavioris dan teori pembelajaran kognitif.

Prinsip-prinsip yang ternyata di atas sebenarnya merupakan asas kepada teori


pembelajaran sosialis. Albert Bandura memperkenalkan prinsipnya yang pertama
iaitu setiap individu dapat belajar melalui pemerhatian tingkah laku orang lain
atau secara ringkasnya islah konsep permodelan. Dalam prinsip ini, individu
yang memerhati merupakan individu yang sedang mengalami proses
pembelajaran manakala individu yang diperhatikan merupakan model. Dalam
konteks pengajaran dan pembelajaran dalam institusi pendidikan, individu yang
memerhati merupakan para pelajar manakala individu yang menjadi model
adalah guru yang mengajar. Para pelajar akan meniru aksi, kelakuan, tingkah
laku dan juga sikap yang akan dipamerkan oleh guru yang mengajar. Oleh itu,
adalah amat penting bagi seseorang guru untuk menyediakan informasi yang
betul dan pengendalian penyampaian maklumat yang efektif agar para pelajar
dapat meniru atau mempelajari bidang ilmu yang
diajar.

Konsep permodelan ini sebenarnya merupakan salah satu peniruan seseorang


individu terhadap pemerhatian yang dilakukan. Dalam proses pembelajaran
melalui permodelan atau peniruan, individu yang meniru akan melengkapkan
empat langkah tertentu iaitu pemerhatian, penyimpanan, pengeluaran dan
motivasi. Langkah pemerhatian adalah proses di mana pemerhati atau peniru itu
melihat tingkah laku individu yang ingin ditiru. Selepas itu, tingkah laku yang
ditiru itu akan diingatkan iaitu dalam langkah penyimpanan. Apabila individu
yang meniru ini didedahkan kepada situasi yang sama, dia akan menghasilkan
tingkah laku yang serupa dengan tingkah laku yang diperhatikan. Ini merupakan
langkah pengeluaran. Sekiranya tingkah laku si peniru itu mendapat pujian atau
peneguhan positif, tingkah laku itu akan dipergiatkan lagi. Sekiranya perkara
yang sebaliknya yang berlaku maka tingkah laku tersebut tidak akan diulangi oleh
si peniru.

Sebenarnya terdapat lagi satu keadaan di mana model yang diperhatikan oleh si
peniru mendapat hukuman selepas melakukan tingkah laku yang tertentu.
Sebagai hasilnya, si peniru tidak akan melakukan tingkah laku yang diperhatikan
daripada model tersebut. Hal ini melihatkan pembelajaran sebagai proses yang
tidak menghasilkan tingkaha laku seperti yang dijelaskan dalam prinsip yang
kedua iaitu proses pembelajaran akan berlaku sama ada terdapat perubahan
tingkah laku atau tidak. Dalam keadaan pemodelan ini, si peniru sebenarnya
telah mempelajari bahawa tingkah laku yang diperhatikan adalah sesuatu yang
tidak betul. Oleh itu, si peniru tidak melakukan tingkah laku yang diperhatikan.
Lantas, tiada sebarang perubahan tingkah laku yang dapat diperhatikan dalam
diri si peniru tetapi si peniru telah mempelajari bahawa tingkah laku yang
diperhatikan adalah tidak wajar untuk dilakukan.Kedua-dua prinsip ini dapat
dilihat dengan lebih jelas dalam eksperimen yang dilakukan oleh Bandura
terhadap kanak-kanak tadika (tiga hingga enam tahun) dalam kajiannya pada
tahun 1963.
Posted by Kaerul Ashraf at 8:13 AM 1 comment: 
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Pengenalan Teori Pembelajaran Sosial


Teori pembelajaran merupakan asas kepada proses pengajaran dan pembelajaran
yang dijalankan dalam institusi pendidikan. Teori-teori ini dikuasai dan
dilaksanakan oleh seorang guru yang bertanggungjawab untuk menyampaikan

44
ilmu pengetahuan kepada anak muridnya. Secara definisi secara kasar,
pembelajaran merupakan satu proses perubahan tingkah laku. Perubahan
tingkah laku ini akan berlaku selepas seseorangindividu itu mempelajari sesuatu
yang baru yang menjadikan dirinya lebih maju, lebih tinggi dan lebih baik
daripada tingkah laku yang sedia ada sebelum proses pembelajaran berlaku.

Setiap individu akan mempelajari sesuatu atau mengalami proses pembelajaran


melalui pelbagai cara mengikut kesesuaian dan juga kecenderungan masing-
masing. Ahli-ahli falsafah telah mengkaji dan meneliti cara-cara pembelajaran
yang diaplikasikan oleh individu-individu yang berbeza. Mereka juga telah
mengelaskan cara-cara pembelajaran ini kepada beberapa kategori yang dikenali
sebagai teori pembelajaran humanis, teori pembelajaran behavioris, teori
pembelajaran kognitif, teori pembelajaran sosial dan teori pembelajaran
konstruktivisme.

Dalam perbincangan ini, kita akan melihat kepada salah satu teori pembelajaran
yang diperkenalkan iaitu teori pembelajaran sosial. Teori pembelajaran ini
diperkenalkan oleh Albert Bandura (1925=kini). Teori pembelajaran sosial ini
berasal daripada konsep asas tingkah laku manusia yang dibentuk melalui proses
pembelajaran yang dipengaruhi oleh peneguhan positif dan peneguhan negatif
dalam penyelidikan awal yang dijalankan oleh Ivan Pavlov, John Watson dan B.F.
Skinner pada haiwan dalam makmal. Penemuan ini dianggap terlalu mudah dan
tidak menjelaskan teori pembelajaran manusia dengan terperinci. Lantas,
perkara ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan para
penyelidik.

Memandangkan perkara demikian, pada tahun 1977, Albert Bandura telah


memperkanalkan teori pembelajaran sosial dengan meneliti semula konsep dan
penerapan yang telah ditekankan oleh Julian Rotter dalam buku ³Social
Learning and Clinical Psychology´ (1954) serta penyelidikan awal Miller dan
Dollard dalam buku ³Social Learning and Imitation´ (1941)

45

Anda mungkin juga menyukai