Anda di halaman 1dari 5

Silibus pecahan tahun 1-4 Tahun 1 3.1 Mengenal pasti konsep satu perdua dan satu perempat.

(i) Mengenal pasti satu perdua dan satu perempat dengan mengunakan perkataan setengah, separuh dan suku dengan menggunakan bahan konkrit, gambar dan lipatan kertas.

Tahun 2 6.1 Menamakan pecahan wajar. (i) Mengenal pasti pecahan wajar yang pengangkanya 1 dan penyebutnya hingga 10 dengan menggunakan bahan konkrit, gambar, dan lipatan kertas. (ii) Menyebut pecahan wajar satu perdua, satu pertiga, satu perempat, satu perlima, satu perenam, satu pertujuh, satu perlapan, satu persembilan dan satu persepuluh. (iii) Menamakan pecahan wajar yang pengangkanya hingga 9 dan penyebutnya 10. (iv) Melorek gambarajah mengikut pecahan yang diberi.

6.2 Menulis pecahan wajar. (i) Menulis pecahan wajar yang pengangkanya 1 dan penyebutnya hingga 10 apabila disebut dan mengikut lorekan pada gambarajah.

6.3 Membandingkan nilai dua pecahan wajar. (i) Membandingkan nilai dua pecahan wajar yang pengangkanya 1 dan penyebutnya hingga 10, dengan berpandukan lipatan kertas, papan pecahan dan gambarajah.

Tahun 3 6.1 Menamakan pecahan wajar.

(i) Mengenal dan menentukan pecahan wajar, penyebutnya hingga 10. (ii) Mengenal dan menentukan pecahan sebagai sebahagian daripada satu kumpulan menggunakan: (a) objek, (b) gambar. (iii) Menyatakan pecahan setara bagi pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10. (iv) Menukar pecahan wajar kepada bentuk termudah, penyebutnya hingga 10.

Tahun 4 7.1 Mengetahui pecahan tak wajar dan nombor bercampur. (i) Mengenal, menamakan dan menulis pecahan tak wajar dan nombor bercampur yang penyebutnya hingga 10 dengan menggunakan: (a) objek, (b) gambar rajah.

7.2 Memahami pecahan tak wajar dan nombor bercampur. (i) Menukarkan pecahan tak wajar penyebutnya hingga 10 kepada nombor bercampur dan sebaliknya.

7.3 Mengaplikasi penambahan pecahan. (i) Menambah hingga tiga pecahan wajar: (a) penyebut sama, (b) penyebut tak sama, hingga 10 dengan menggunakan pelbagai strategi.

7.4 Mengaplikasi penolakan pecahan. (i) Menolak sehingga dua pecahan wajar daripada satu pecahan wajar:

(a) penyebut sama, (b) penyebut tak sama, hingga 10 dengan menggunakan pelbagai strategi.

7.5 Mengaplikasi penambahan dan penolakan pecahan. (i) Menambah dan menolak pecahan wajar: (a) penyebut sama, (b) penyebut tak sama, hingga 10 dengan menggunakan pelbagai strategi.

7.6 Mengaplikasi penyelesaian masalah melibatkan pecahan. (i) Menyelesaikan masalah harian melibatkan penambahan dan penolakan dua pecahan wajar dengan menggunakan pelbagai strategi.

Tahun 5 (KBSR) Memahami pechan tak wajar Menunjukkan pecahan tak wajar menggunakan bahan konkrit seperti potongan kertas, carta pecahan dan garis nombor. Murid lakukan aktiviti seperti melipat atau menggunting kertas dan nilai senggatan di atas garis nombor untuk mewakili pecahan tak wajar.

Memahami nombor bercampur. Guru menunjuk cara dengan menggunakan objek sebenar atau bahan manipulatif untuk nombor bercampur. Murid-murid menjalankan aktiviti seperti a) melipat kertas dan melorek b) menuang cecair ke dalam bekas c) menanda garis nombor untuk mewakili nombor bercampur. Tunjukcara penambahan nombor bercampur 1. melipat kertas 2. carta pecahan 3. rajah 4. garis nombor

Tunjuk cara penolakan nombor bercampur melalui a) aktiviti melipat kertas b) carta pecahan c) rajah d) garis nombor e) jadual sifir darab. Murid-murid membina cerita daripada ayat matematik yang melibatkan nombor bercampur.

Pendaraban pecahan kumpulan benda. Contoh 1/2 daripada 6 = 3 1/2 daripada 6 pensel adalah 3 pensel. Gunakan bahan konkrit, gambar dan garis nombor untuk menunjukkan pecahan sebagai perkongsian daripada keseluruhan rajah.

Tahun 6 penambahan Menerangkan kepada murid konsep operasi bergabung dan menghubungkannya dengan langkah-langkah operasi mengikut susunan operasi. Guru mengemukakan masalah secara lisan, contoh, dalam bentuk nombor atau ayat mudah. Guru membimbing murid menyelesaikan masalah dengan menggunakan empat langkah Model Polya. Guru membimbing murid untuk menyelesaikan masalah menggunakan konsep langkah pengiraan berikut: 1) Memahami masalah dan mengumpul maklumat 2) Menentukan cara penyelesaian 3) Melaksanakan 4) Menyemak jawapan. Penolakkan Tunjuk cara penolakan nombor bercampur melalui 1) aktiviti melipat kertas 2) carta pecahan 3) rajah 4) garis nombor

5) jadual sifir Menggunakan pelbagai bahan seperti petak seratus untuk mendarab nombor bercampur. Contoh: 2 X 100 ? Mendarab nombor bercampur dengan nombor bulat

Bahagi Guru menunjukkan bagaimana membahagi pecahan dengan pecahan lain sebagai perkongsian. Ilustrasi berikut menunjukkan contoh tersebut. bahagi = 1 Setengah cecair daripada satu bekas dituang ke dalam bekas separuh akan mendapat satu bekas separuh yang penuh. Setengah daripada cecair di dalam bekas dituang ke dalam dua bekas satu perempat akan mendapat dua bekas satu perempat penuh.

Anda mungkin juga menyukai