Anda di halaman 1dari 18

1.

0 Pengenalan kurikulum kemahiran hidup sekolah rendah


Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) adalah satu mata pelajaran dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang diajar pada Tahap II. Mata pelajaran ini digubal untuk menanam kesedaran celik teknologi melalui penguasaan kemahiran praktis dan pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan. Pembentukan sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi dan keusahawanan ini adalah selaras dengan hasrat negara dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi dan keusahawnan yang pesat pada masa ini. Oleh itu usaha yang dibuat melalui pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat peka terhadap perkembangan teknologi dan berupaya menangani cabaran. Sebagai langkah awal bagi melahirkan masyarakat yang cenderung ke arah ini, kemahiran praktis berasaskan reka bentuk dan teknologi serta keusahawanan didedahkan kepada murid melalui mata pelajaran ini. Dalam mata pelajaran ini tumpuan utama adalah kepada penguasaan kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi serta Perniagaan dan Keusahawanan. Kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi membolehkan murid mengeluarkan idea yang kreatif, inovatif dan inventif. Murid menjalankan aktiviti mengenal bentuk-bentuk asas, melakar, memahami fungsi produk serta menghasilkan projek dengan menggunakan pelbagai bahan seperti kayu, logam, bahan kitar semula, dan pengenalan komponen elektrik dan elektronik. Di samping itu, murid berupaya menyenggara serta membaiki kerosakan kecil pada alatan, mesin mudah dan perabot. Murid juga dilatih menjahit, membaiki pakaian, menanam dan menjaga tumbuhan hiasan, memelihara ikan hiasan serta menanam sayur-sayuran. Bidang Perniagaan dan Keusahawanan pula menitikberatkan unsurunsur keusahawanan semasa menjalankan aktiviti jual-beli. Aktiviti ini juga memberi peluang kepada murid mengamalkan sikap pengguna yang bijak. Dari segi perkembangan individu, KHSR dapat membantu murid memenuhi naluri ingin tahu dan ingin mencuba khususnya mengenai alatan, bahan dan mesin yang ada di sekeliling mereka. Ini memberi peluang kepada murid untuk mencuba, mereka cipta, mengubah suai, mengendali dan meneliti pelbagai hasil teknologi

yang sesuai dengan perkembangan intelek mereka. Murid juga berpeluang menjalankan aktiviti jual beli. Melalui mata pelajaran ini juga sikap yang positif di kalangan murid dapat dipupuk. Dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan murid berpeluang mengamalkan budaya kerja yang baik seperti mengutamakan keselamatan, bekerja secara bersistematik, bekerjasama, bertanggungjawab dan berdisiplin. Selain itu KHSR juga dapat memberikan murid ruang untuk mengembangkan imaginasi dan daya kreativiti di samping mendedahkan dan menggalakkan mereka ke arah keusahawanan. Mata pelajaran ini juga memberi murid kesedaran tentang perlunya menjaga alam sekitar dan penghargaan terhadap kerja dalam bidang kejuruteraan, reka bentuk dan perniagaan. Kesemua ini akan menyumbang kepada hasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.0 Perancangan Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah


Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah adalah untuk membolehkan murid memperolehi kemahiran asas dan pengetahuan berasaskan teknologi dan keusahawanan supaya mereka dapat menjalankan kerja-buat-sendiri, mereka cipta dan cenderung berusahaniaga serta mengamalkan sikap dan budaya kerja yang baik. Objektif mata pelajaran ini adalah untuk membolehkan murid:

1. Mengetahui dan mengamalkan langkah keselamatan semasa membuat kerja 2. Memilih alatan dan bahan serta menggunakannya dengan teknik yang betul 3. Melakar bentuk asas secara 2D dan 3D 4. Memahami fungsi dan bentuk luaran produk 5. Memasang model set binaan dan mengkaji komponen 6. Mereka bentuk dan menghasilkan produk yang mudah daripada pelbagai bahan kitar semula 7. Mengenal pasti komponen elektrik dan elektronik 8. Menyenggara dan membaiki kerosakan kecil pada alatan, mesin mudah, perabot dan bahagian bangunan 9. Membaiki pakaian dan menghasilkan artikel jahitan 10. Menghasil dan menjaga tumbuhan hiasan, memelihara ikan hiasan dan menanam sayuran 11. Merancang dan mengurus jualan secara teratur serta mengamalkan etika perniagaan 12. Mengurus kerja, wang dan perbelanjaan dengan berkesan 13. Mengamalkan sikap pengguna yang bijak dan bertanggungjawab 14. Meminati bidang perniagaan 15. Mengembangkan daya usaha, kreatif dan inovatif 16. Mengamalkan sikap dan budaya kerja yang baik.

3.0 Reka Bentuk Kandungan Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Kandungan mata pelajaran ini diolah berdasarkan dua bidang pembelajaran iaitu Reka Bentuk dan Teknologi, dan Perniagaan dan Keusahawanan. Bidang pembelajaran pula terdiri daripada beberapa unit pembelajaran yang mengandungi tajuk berasaskan kemahiran dan pengetahuan Deskripsi bidang pembelajaran dan senarai unit pembelajaran adalah seperti di berikut: 1. Reka Bentuk dan Teknologi Bidang pembelajaran ini bertujuan untuk membolehkan murid mereka bentuk dan menghasilkan produk berasaskan kepada idea-idea yang kreatif. Pembentukan minda yang kreatif dijalankan melalui aktiviti mengenal bentuk-bentuk asas, melakar, memahami fungsi serta mereka bentuk produk mengikut kesesuaiannya. Pengetahuan tentang teknologi, bahan binaan dan komponen elektrik dan elektronik juga diterapkan bagi memantap serta membentuk minda yang kreatif dan inovatif. Murid juga melakukan aktiviti menyenggara dan membaiki kerosakan kecil pada alatan dan mesin mudah di samping menjalankan kerja-buat-sendiri. Murid juga didedahkan kepada amalan penanaman tanaman hiasan dan sayuran serta pemeliharaan ikan hiasan. Murid diberi cara membaiki pakaian dan menghasilkan artikel jahitan. Amalan keselamatan di tempat kerja dan pengurusan bengkel juga diserapkan semasa melakukan aktiviti ini. Keselamatan dan Organisasi Bengkel seperti peraturan keselamatan dan organisasi bengkel. Kreativiti dan Reka Cipta seperti pengenalan kreativiti, kajian reka bentuk dan kefungsian produk, penyelesaian masalah, penghasilan projek reka cipta dan pendokumentasian. Reka Bentuk dan Penghasilan Projek pula mereka bentuk dan menghasilkan projek gabungan kayu dengan bahan kitar semula bukan logam serta mereka bentuk dan menghasilkan projek berasaskan logam dan bahan kitar semula. Elektrik dan Elektronik pula meraka akan menghasilkan projek elektrik dan penghasilan projek elektronik. Baik Pulih dan Penyenggaraan seperti penyenggaraan alatan tangan, penyenggaraan bahagian bangunan, penyenggaraan

dan membaiki kerosakan pada mesin mudah dan penyenggaraan dan membaiki kerosakan pada perabot Jahitan pula mereka akan belajar membaiki pakaian dan penghasilan artikel. Sementara dalam Tanaman Hiasan meraka akan belajar pengenalan, pemilihan biji benih, penanaman dan penjagaan. Dalam Ikan Hiasan pula mereka belajar pengenalan, penyediaan bekas dan pengurusan. Tanaman Sayuran mereka akan belajar penyediaan tapak, penanaman dan penjagaan serta pemungutan hasil. 2. Perniagaan dan Keusahawanan Bidang pembelajaran ini bertujuan untuk memupuk minat dan kesedaran murid dalam perniagaan dan keusahawanan melalui aktiviti jual beli. Kemahiran yang diperoleh menerusi unit pembelajaran ini termasuklah merancang, mengurus dan merekod jualan. Murid juga didedahkan beberapa risiko dalam mengusahaniaga barang. Unsur keusahawanan dan sikap pengguna yang bijak diberi tumpuan dalam aktiviti usahaniaga. Barang jualan seperti kumpulan sasaran, jenis barang yang sesuai dijual dan sumber bekalan. Merancang dan menyediakan jualan seperti membuat rancangan jualan dan menyediakan barang jualan. Mempromosi Jualan seperti promosi melalui pembungkusan, promosi melalui poster dan promosi melalui katalog. Mengurus jualan seperti melayan pelanggan, mendapatkan pesanan dan menyusun atur barang. Merekod jualan seperti merekod barang, merekod pendapatan dan perbelanjaan serta mengira untung atau rugi. Mengurus perbelanjaan diri seperti merekod pendapatan dan perbelanjaan serta merancang perbelanjaan. Risiko dalam perniagaan ialah risiko dan cara mengurangkannya. Sikap Pengguna yang bijak contohnya mendapatkan maklumat barang dan etika perniagaan dan hak pengguna

4.0 Perlaksanaan Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

1. Definisi bahan-bahan kurikulum Bahan-bahan kurikulum ialah sumber jika digunakan dengan betul boleh membantu guru utk membawa perubahan kelakuan dan sikap pada setiap pelajar.Bahan-bahan ini mestilah jgn dikelirukan dgn teknik mengajar atau kaedah.Contoh Bahan kurikulum adalah sumber yg jelas dan nyata digunakan oleh guru dan/atau pelajar manakala teknik mengajar selalunya adalah pendekatan kpd mengajar yang berkesan oleh tenaga profesional yang mahir iaitu guru itu sendiri. Dlm proses pembelajaran dan pengajaran, pelajar akan berjaya jika guru dapat mengajar dgn arahan yg betul dan berkemahiran dimana keberkesanan penggunaan buku kerja bergantung bukan sahaja cara kemahiran menggunakan bukukerja oleh guru tetapi juga terhadap kualiti buku kerja itu sendiri.

2. Jenis-jenis bahan-bahan kurikulum Pada umumnya blh di kelaskan kpd tiga kategori iaitu: a) Bahan bercetak b) Alat Audiovisual/pandang dengar c) Bahan manipulatif (bertindak cerdik)

a) Bahan bercetak Bahan-bahan kurikulum yg dikelaskan sebagai bahan bercetak ialah bahan bacaan utk pemahaman dan selalunya dicetak diatas kertas. Contohnya ialah buku panduan, buku kerja, risalah, panduan belajar, buku rujukan, buku teks piawai, majalah berkala, surat khabar dan modul.

b) Alat pandang dengar Berkaitan pandang dan dengar pada satu masa. Memerlukan pelbagai jenis peralatan seperti projektor slaid, gelung filem, grafik, pita video, poster, computer mikro, audiotape, piring hitam, filem, tranparensi dan filmstrips.

c) Bahan manipulatif Bahan pengajaran dikelaskan sebagai bahan manipulatif iaitu yg perlu dilakukan secara fisikal. Contohnya ialah puzzles, permainan/games, model, contoh/specimens, boneka/patung, kit pembelajaran, ujikaji/experiments, pelatih/trainers dan simulator.

3. Memilih bahan-bahan kurikulum Faktor-faktor yg perlu diambil kira sewaktu memilih bahan ialah diskripsi piawai bahan, aras grade kebolehbacaan, berat sebelah, ketepatan, bersesuaian, lisan dan dengar dgn fasih, kegunaan dan serba boleh, kemudahan isian dan penyimpanan serta kos.

4. Membangunkan bahan kurikulum Faktor-faktor yg perlu diambil kira dlm membangunkan bahan-bahan kurikulum seperti keperluan waktu, keperluan pakar, penerangan teknikal, bantuan, editor, media, penyalinan, keperluan kewangan, siapa yang akan membangunkan bahan?Bila sepatutnya bahan-bahan dibangunkan?Di mana sepatutnya bahanbahan dibangunkan?.Sasaran penduduk, penyebaran,keperluan bantuan, pilihan membangunkan kurikulum iaitu secara individu, secara berpasukan.

Peringkat-peringkat dalam membangunkan bahan-bahan kurikulum. 1. 2. 3. 4. Menyediakan pelan tindakan pembangunan. Menentukan kandungan kurikulum yg disiasat/dibuat. Menentukan objektif berlaku di akhir penggal. Mengenal pasti bahan-bahan kurikulum istimewa yg diperlukan. 5. Kajian semula kesusateraan utk menentukan bahan-bahan yg diperlukan. 6. Kenal pasti kekurangan bahan-bahan pada kawasan isi kandungan. 7. 8. 9. Tubuhkan keutamaan bagi bahan-bahan yg perlu. Mengakhiri pelan pembangunan. Menjalankan kajian semula kesusasteraan dgn intensif.

10. Dapatkan bahan-bahan rujukan dan sumber yg sesuai. 11. Sediakan draf pertama bahan-bahan. 12. Edit draf pertama. 13. Sediakan deraf kedua. 14. Pilot- test deraf kedua. 15. Sediakan deraf ketiga. 16. Field-test deraf ketiga. 17. Sediakan deraf terakhir. 18. Salinkan bahan-bahan.

Perkaitan Antara Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Dan Pendidikan Di Malaysia

5.0 Perkaitan Antara Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Dan Pendidikan Di Malaysia

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan satu mata pelajaran amali yangberunsurkan teknologi. Mata pelajaran ini dirancang sedemikian rupa untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktif. Mata pelajaran ini digubal ke arah membekalkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir dalam teknologi dan ekonomi serta sanggup bekerjasama dan sentiasa bersedia untuk belajar dalam suasana bekerja. Tenaga kerja yang sedemikian rupa dapat memenuhi inspirasi, aspirasi dan keperluan negara yang sedang membangun dalam zaman yang sedang menyaksikan kemajuan teknologi komunikasi maklumat. Perancangan dan pembangunan mata pelajaran ini adalah selaras dengan semangat di sebalik Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat melahirkan warganegara yang berpengetahuan serta berakhlak mulia demi menghadapi cabaran kehidupan masa kini dan masa akan datang. Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian. Kurikulum ini masih mempunyai hala tuju ke arah memperkembangkan kebolehan murid dalam kemahiran teknologi, kecenderungan mereka cipta dan

semangat keusahawanan. Kemahiran asas yang sedemikian dapat digunakan sepenuhnya untuk membolehkan murid berdikari dan yakin diri serta mampu menjalani kehidupan secara produktif dalam dunia teknologi dan ekonomi yang kompleks dan sentiasa berubah. Murid juga digalakkan mengambil inisiatif dan merebut peluang yang ada secara bijak, kreatif dan inventif. Nilai murni, sikap yang positif dan budaya kerja yang baik diterapkan semasa murid menjalankan aktiviti amali demi meneruskan konsep kesepaduan dalam mata pelajaran. Perubahan dari segi kandungan memperlihatkan beberapa tajuk Kemahiran Hidup Bersepadu telah disusun semula, digugurkan atau ditambah, dengan hasrat untuk mengukuhkan kesinambungan dan mengelakkan pertindihan serta mengemaskinikan kandungannya. Kemahiran Hidup adalah satu mata pelajaran dalam kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dirancang untuk membolehkan murid-murid menggunakan pelbagai alat dan bahan serta melalui berbagai-bagai teknik untuk menghasilkan sesuatu pengalaman yang membolehkan murid-murid celik teknologi dan memberikan mereka pengalaman mengendalikan pelbagai alat tangan dan bahan. Mata pelajaran ini bercorak amali dan diajar dalam tahap dua di sekolahsekolah rendah di seluruh Malaysia. Mata pelajaran Kemahiran Hidup bertujuan untuk membentuk sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi selaras dengan hasrat negara dan perkembangan industri eletronik yang pesat berkembang di negara ini. Secara tidak langsung akan menimbulkan kesedaran kepada muridmurid agar peka terhadap perkembangan dan perubahan teknologi dengan harapan untuk melahirkan masyarakat yang cenderung dengan perkembangan baru berasaskan kepada sains dan teknologi.

Melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup yang bercorak kerja praktis dan amali, membolehkan murid-murid menggunakan alat tangan untuk membuat perkakas yang mudah, mengendali, menyelenggara dan membaik pulih alat atau mesin mudah ( serta boleh mereka cipta ). Penguasaan kemahiran ini dapat membantu murid-murid mengatasi masalah dalam kehidupan harian yang banyak bergantung kepada kemajuan teknologi.

Terdapat banyak perkaitan antara kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah dan pendidikan di Malaysia. Antara rasional untuk memperkenalkan Kemahiran Hidup di sekolah rendah ialah teknologi dan Industri merupakan dua perkara utama yang banyak mendorong sesebuah negara atau masyarakat mencapai kemajuan dan kejayaan fizikal. Meningkatnya pencapaian sesebuah negara dalam bidang teknologi dan industri, bermakna masyarakat itu dapat mempergunakan segala sumber alam dengan lebih cekap serta membolehkan mereka bertindak sebagai pengeluar yang maju. Pembetukan masyarakat yang produktif seperti itu merupakan tumpuan negara kita ke arah mencapai matlamat wawasan 2020.

Dari sudut individu, penguasaan kemahiran bekerja menggunakan alatan tanganseperti membuat perkakas ringan untuk keperluan harian, menggunakan sertamenyelenggara mesin dan mereka cipta, merupakan kemahiran-kemahiran praktisyang sangat berguna, khususnya dalam mengatasi masalah atau keadaan terdesakdalam kehidupan seharian, yang telah menjadi semakin bergantung kepada ciptaanciptaanberdasarkan teknologi. Kesedaran tentang betapa pentingnya membuatinovasi, penyelenggaraan dan baik pulih mudah di kalangan masyarakat dapatmengurangkan pembaziran.

Sifat ingin tahu dan ingin berinteraksi dengan alam wujud sememangnya sedia ada pada seseorang murid di peringkat sekolah rendah. Pengalaman ini akan memberikan murid-murid peluang untuk mengembangkan daya kreatif mereka melalui proses mereka cipta.

Antara perkaitan selain dari rasional ialah Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah KBSR yang mempunyai kaitan dengan pendidikan di Malaysia. Matlamat KBSR adalah untuk memastikan perkembangan keseluruhan potensi individu secara seimbang dan bersepadu yang termasuk aspek intelek, rohani, emosi dan fizikal untuk menghasilkan individu yang seimbang dan berharmoni dengan piawai moral yang tinggi.(Pusat Perkembangan Kurikulum, 1997) Prinsip-prinsip KBSR ialah murid di peringkat sekolah rendah lazimnya lebih mudah memperoleh ilmu dan kemahiran melalui aktiviti pembelajaran di bilik darjah berbanding dengan pengalaman hidup mereka. Justeru itu, semua aktiviti pembelajaran harus

dihubungkaitkan dengan pengalaman hidup mereka mengikut peringkat-peringkat perkembangan aspek intelek, rohani dan fizikal. Suasana kondusif di sekolah adalah untuk menyediakan peluang dan menggalakkan iteraksi sosial, bertukar pendapat dan kerjasama dalam kalangan murid. Aktiviti bilik darjah harus membolehkan murid mengembangkan pemikiran kritis dan kreatif serta melibatkan diri mereka secara aktif dalam proses menguasai kemahiran asas yang diperlukan. Aktiviti organisasi dan pengurusan bilik darjah perlu fleksibel. Penekanan pada nilai (nilai merentas kurikulum). Penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira) dan penilaian perlu diintergrasikan dalam semua aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah.

Murid mesti mencapai kemahiran dlm 3 bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dlm alam sekelilingnya dan bidang perkembangan individu sesuai dgn keperluan, minat, bakat & kemampuan mental serta kesediaan murid-murid. Oleh itu, dlm kurikulum yg baru ini, pengalaman murid dikaitkan dgn unsur-unsur Tuhan, persekitaran & ugama utk membentuk individu- individu yg mempunyai perkembangan yg seimbang. Kemahiran berfikir Sains & teknologi Nilai merentasi merentasi kurikulum kurikulum Prinsip mudah Dlm pelaksanaan KBSR, Bahasa merentasi ubah penekanan diberikan kurikulum kpd aspek-aspek Pemulihan Patriotisme merentasi & pengayaan kurikulum Strategi P&P Penilaian yg berpusatkan berterusan murid.

Pengubahsuaian Sukatan Pelajaran KBSR, perubahan baru dlm KBSR telah dilaksanakan secara terhad pada tahun 1982 di 305 buah sekolah rendah di Malaysia. Selepas 1988, program KBSR dikaji semula & ditukar kpd kurikulum bersepadu sekolah rendah (KBSR) dgn satu objektif yg baru iaitu pengaplikasian kemahiran-kemahiran asas dgn jujur & betul dlm kehidupan seharian. Amalan Perdagangan diterapkan melalui tajuk wang, ukuran & sukatan sementara Alam & Manusia dibahagikan kpd sains & Kajian Tempatan.

Peranan guru yg paling penting dlm KBSR ialah sebagai seorang fasilitator dlm proses P&P. Guru KBSR mesti memastikan yg dia dapat membuat bimbingan pendidikan yg berkesan utk murid-muridnya serta membentuk satu persekitaran fizikal & mental yg kondusif utk pembelajaran. Guru KBSR juga perlu mensimulasikan aktiviti-aktiviti yg akan menyebabkan murid-murid memperolehi

kemahiran berfikir. Guru juga mesti mengajar murid-muridnya utk mencari maklumat sendiri. Guru juga mesti mengajar murid-muridnya cara- cara utk menyelesaikan masalah-masalah yg akan membantu mereka utk menghadapi dunia sebenarnya. Guru juga mesti membenarkan murid-murid utk memahami persekitaran mereka.

Oleh yg demikian, peranan guru KBSR sangat mencabar, di mana beliau terpaksa mengajar kanak-kanak yg ramai pada nisbah 1 guru kpd 45 hingga 50 murid, mempunyai kerja-kerja pentadbiran & ko- kurikulum selain drpd tugasan mengajar, sentiasa berada d bawah tekanan ibu bapa utk menyediakan bukti tentang cara-cara pengajaran & penilaian yg betul.

Kesimpulannya, kurikulum ialah rancangan untuk pembelajaran. Semua rancangan mengandungi visi yang mentakrifkan nilai sosial dan struktur yang diterjemah ke dalam pengalaman. Perkembangan kurikulum ialah proses yang nilainya diterjemah dan disusun ke dalam pengalaman pembelajaran. Guru-guru memainkan peranan penting dalam pelaksanaan kurikulum. Peranan mereka termasuk menginterpretasi, merancang, memodifikasi dan melaksanakan kurikulum. Hal ini adalah kerana kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah mempunyai banyak kaitannya dengan pendidikan di Malaysia.

Isi Kandungan

Perkara

Muka Surat i

Biodata pelajar

1-2 1.0 Pengenalan kepada kurikulum KHSR

3-4 2.0 Perancangan Kurikulum KHSR 4-5 3.0 Reka bentuk kandungan kurikulum KHSR 5-8 4.0 Pelaksanaan kurikulum KHSR 8-14 5.0 Perkaitan Antara Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Dan Pendidikan Di Malaysia 14-15 6.0 Refleksi 15-16 7.0 Bibliografi

16-17 8.0 Lampiran

6.0 Refleksi

Pada 23 Ogos 2010 yang lalu, pelajar PISMP RBT 2 telah diberi satu tugasan kerja kursus pendek pendidikan PISMP Semester 2 pensyarah bagi mata pelajaran Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Kami diberi masa selama beberapa minggu untuk menyiapkan tugasan ini. Dalam masa yang agak singkat itu, kami telah dikehendaki mendapatkan maklumat dan membuat analisis tentang pengenalan kepada KHSR, perancangan kurikulum KHSR, reka bentuk kandungan kurikulum KHSR dan perlaksanaan kurikulum KHSR. Perkara pertama yang kami berlima lakukan ialah membahagikan tugasan mengikut masa supaya tidak berlaku pelanggaran waktu untuk menyiapkan kerjakerja yang lain. Kami terpaksa berbuat begitu untuk menghadapi masalah kekangan masa. Terdapat sedikit maklumat mengenai aktiviti prabacaan dalam nota pembelajaran kami, jadi ini dapat memudahkan tugasan-tugasan ini disiapkan pada waktunya. Kami menghadapi masalah dalam mencari maklumat tambahahan untuk menyiapkan tugasan ini. Agak sukar untuk mencari maklumat tambahan daripada perpustakaan lantaran jumlah buku yang terhad. Manakala, daripada internet, kami telah berjaya mendapat agak banyak maklumat tambahan, namun, kebanyakan daripadanya adalah dalam bahasa Indonesia dan ini menyukarkan kami untuk mentafsirkannya ke dalam bahasa Melayu. Sepanjang menyelesaikan tugasan ini, jika ada masalah yang timbul, kaedah musyawarah dan rujukan pada pensyarah yang berpengalaman didapati menjadi penyelesaian yang amat berguna. Kerjasama dan perpaduan merupakan tunggak kejayaan sesuatu program itu. Bak kata pepatah, Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Kami perlu bersatu-padu dan sentiasa berganding bahu walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Namun, walaupun menghadapi pelbagai masalah, kami telah berjaya untuk menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan. Ini adalah berkat kerjasama dan muafakat antara semua pihak. Kemahiran membuat keputusan telah dapat dilatih secara tidak langsung. Malah pelbagai pengalaman baru telah dapat diraih

dan dapat digunakan dalam menempuh arena perguruan yang semakin mencabar pada masa yang akan datang. Untuk penutup kata daripada saya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah banyak membantu kami dalam menyiapkan tugasan Literasi Bahasa ini terutamanya En Hussein B Yaakob iaitu Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah kami. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan seperjuangan saya iaitu Mohamad Faiz, Nurdiyana, Nuranis lyana dan Nurhidayahne kerana membantu dalam menyiapkan tugasan berkumpulan ini.

7.0 Bibliografi

Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman (2003). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Tanjung Malim: Quantum Books. Azman Wan Chik (1979). Mengajar Bahasa Malaysia. Jilid 1: Perkaedahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Chua Tee Tee & Koh Boh Boon (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan: Bacaan Asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Isahak Harun (2004). Laporan Kajian Awal Membaca Bahasa Melayu. Tanjung Malim: UPSI. Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 1. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti. Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 2. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti. J.S. Farrant (1971). Principles and Practice of Education. London: Longman Group Limited Wiley Blevins (1998). Phonics From A to Z: A Practical Guide. New York: Professional Books.

Anda mungkin juga menyukai