Anda di halaman 1dari 2

LATIHAN INTENSIF HOKI

Pada 19-21 Februari 2010 pasukan hoki STAR telah mengadakan program latihan intensif
selama tiga hari. program ini dijalankan sewaktu cuti Tahun Baru Cina di mana para pemain hoki
diminta pulang awal ke sekolah bagi menjalani latihan intensif. Selama tiga hari, para pemain
menjalani latihan di padang sekolah dan juga di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh. Untuk
sesi di Stadium Astroturf, dengfan bantuan dari PK HEM, Encik Zakaria, kami telah berjaya
mendapatkan khidmat cikgu Nizam, iaitu jurulatih pasukan SMK Clifford, Kuala Kangsar yang
sememangnya terkenal sebagai jurulatih hoki di peringkat negeri.

Al-hamdulillah para pemain mendapat manfaat yang banyak daripada program tersebut sebagai
persiapan untuk menghadapi Kejohanan Hoki MSSD Kinta Utara yang dijangkakan pada 1-4
Mac 2010. Walaupun dalam serba kekurangan dan dilihat sebagai pasukan underdog, team
ANACONDA berharap untuk terus berjuang dan seterusnya membaiki kedudukan tempat ke-3
pada tahun 2009.

Anda mungkin juga menyukai