Anda di halaman 1dari 1

___________________________________________________________________________

Ruj Tuan :
Ruj Kami : SKJSB1.800-2/5/1(13)
Tarikh : 16 OKTOBER 2022
Kepada,
En. Azam B Daud
Pegawai Pejabat Pendidikan
Wilayah Bangsar / Pudu
Jalan Hang Jebat,
50604 Kuala Lumpur.

Tuan/Puan,

JEMPUTAN SEBAGAI PERASMI SEMPENA KEJOHANAN SUKAN DAN


OLAHRAGA SK JALAN SUNGAI BESI 1 KALI KE 41 2022

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah ini akan mengadakan Kejohanan Sukan Dan
Olahraga Kali Ke 41 2022. Butirannya adalah seperti berikut ;

2.1 TARIKH : 29 OKTOBER 2022


2.2 HARI : SABTU
2.3 MASA : 8.00 PAGI HINGGA 1.00 TENGAHARI
2.4 TEMPAT : PADANG SK. JLN. SG. BESI (1) KUALA LUMPUR.

. . . 3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menjemput pihak tuan untuk merasmikan
acara kejohanan sukan dan olahraga Sk Jln Sg Besi 1 kali ke 41 2022.

4. Semoga dengan kehadiran tuan dapat memeriahkan lagi acara kejohanan tersebut
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Setiausaha Sukan, EN.AZLAN AZILANI
melalui nombor 0148304695.

5. Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan amat kami hargai dan
didahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian.

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………
(MOHD KHAIRANI B HASSAN)
Guru Besar,
SK Jalan Sungai Besi (1)

Anda mungkin juga menyukai