Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN SULTAN ABDULLAH

JALAN WONG AH JANG


25100 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR
KodSekolah: CBA4026 Tel: 095131146 Fax:095150632
Email: cbb4026@moe.edu.my Web:http://www.sksultanabdullah.com

Tarikh :28 JANUARI 2020 Ruj Kami:CBB4026.100-2/4/ 2( )

Yang Di-Pertua PIBG


Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Abdullah
25100 KUANTAN

Tuan,
JEMPUTAN MERASMIKAN AKTIVITI MERENTAS DESA DAN FUN WALK KALI
KE-2 SESI 2020
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SRK Sultan Abdullah akan mengadakan aktiviti


Merentas Desa dan Fun Walk (Tahun 1) bagi Tahun 2020.

3. Sehubungan itu, kami AJK pengelola dengan segala hormatnya menjemput


tuan untuk turut serta dalam program ini, seterusnya merasmikan acara merentas
desa tersebut.
4. Maklumat Majlis Perasmian tersebut adalah seperti berikut:
Tarikh Kejohanan :30 JANUARI 2020
Masa :7.30 PAGI – 12.30 TGH HARI
Tempat :SRK SULTAN ABDULLAH,KUANTAN

4. Semoga kesudian tuan menghadiri aktiviti ini akan memeriahkan lagi majlis
merentas desa kali ini. Kerjasama dan keperihatinan tuan kami dahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan amanah,

___________________
ZAHARIAH BT MOHAMAD
Guru Besar
SRK Sultan Abdullah
25100 Kuantan

Anda mungkin juga menyukai