Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN JERANTUT JAYA

27000 JERANTUT, PAHANG Tel : 09 – 2601010


E_mail:skjj_cba2052@yahoo.com.my Fax : 09 – 2601011
________________________________________________________________________
Ruj Tuan :
Ruj Kami : CBA 2052/100-16/1/5/(1)
Tarikh : 23 NOVEMBER 2021
YAB. DATO’ SRI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL,
SSAP.SUMW.,DSAP.,DSAP.,DIMP.,SMP.,AMP.
PEJABAT MENTERI BESAR
TINGKAT 2, BLOK A, WISMA SRI PAHANG,
25503 KUANTAN,
PAHANG DARUL MAKMUR.

Yang Amat Berhormat,

Per: MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN MELAKSANA PROGRAM KEMBARA ILMU,


BUDAYA DAN WARISAN PENDIDIKAN KE KELANTAN

Dengan segala hormatnya saya mendoakan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri dan keluarga sihat sejahtera
dan dilindungi Allah SWT serta terus cemerlang dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab serta usaha
murni sebagai pemimpin yang kami kasihi.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SK. Jerantut Jaya akan mengadakan Program Kembara Ilmu, budaya
dan warisan pendidikan di Negeri Kelantan Darul Naim. Program ini akan berlangsung selama 1 hari 1
malam iaitu pada 30 Julai dan 31 Julai 2022 (Sabtu dan Ahad).

3. Sehubungan itu, pihak pengurusan program sekolah Sk Jerantut Jaya ingin memohon sumbangan
kewangan berjumlah Ringgit Malaysia Tiga Ribu, RM 3000.00 sahaja bagi membantu melancarkan
dan menjayakan program kembara kali ini. Adalah diharapkan segala hubungan kerjasama baik antara Sk
Jerantut Jaya dengan warga pendidikan dan tempat warisan kebudayaan bersejarah di Negeri kelantan
akan dapat diterjemahkan dengan lebih cemerlang dengan terlaksananya kembara ilmu ini.

4. Pihak sekolah terlebih dahulu mengucapkan terima kasih atas kesudian Yang Amat Berhormat
Dato’Sri menerima surat ini dan SK Jerantut Jaya sangatlah berharap semoga hajat yang disampaikan ini
dapatlah diluluskan. Untuk sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Guru Besar SK Jerantut Jaya,
Puan Hajah Rodziah binti Mohd Razali, AMP di talian 013-9843924 atau sumbangan bolehlah
disalurkan kepada PIBG kami:
Nama : TETUAN PIBG SK JERANTUT JAYA
No Akaun : 06055010012217
Segala perhatian, sokongan serta kerjasama Yang Amat Berhormat Dato’ Sri amat kami hargai dan
didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian terima kasih,

”WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

------------------------------------------------------------------
PN HAJAH RODZIAH BINTI MOHD RAZALI, AMP
Guru Besar
Sk Jerantut Jaya

Anda mungkin juga menyukai