Anda di halaman 1dari 11

SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR GUDANG 2

JLN10/1,PERJIRANAN 10
81700 , PASIR GUDANG Tel : 07-2515410
JOHOR DARUL TAKZIM Faks: 07- 2515410

_________________________________________________________________________________________

Ruj.Kami : JBA1038/100-19/4/2
Tarikh : 19 Januari 2016

Kepada;
Ketua Polis Daerah,
IPD Seri Alam,
Bandar Seri Alam,
81750 Masai, JOHOR.

Tuan,

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS, CERAMAH


DAN PAMERAN 2016

Berhubung perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami amat berbesar hati
menjemput tuan sebagai perasmi untuk majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas
SK Pasir Gudang 2 tahun 2016.

2. Butiran majlis tersebut adalah seperti berikut :


Tarikh/ Hari : 28 Januari 2016 / Khamis
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dataran Kejat SK Pasir Gudang 2
Agenda : ( seperti lampiran )

3. Sehubungan dengan itu juga, pihak kami ingin menjemput tuan untuk menjadi
penceramah berkaitan kes disiplin sekolah seperti kes buli, merokok/ vape dan membuat
pameran yang bersesuaian dengan murid sekolah rendah.

4 Sebarang pertanyaan berkenaan hal ini sila hubungi En.Ahmad Kanagarajah di talian
0197732605. Kehadiran tuan didahulukan dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih. Semoga kehadiran tuan akan dapat menambah seri majlis ini dan majlis ini
dapat dijalankan dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

” BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,

............................................................
( HAJAH NORLIDA BINTI HAJI MOHD NOOR )
Guru Besar,
SK Pasir Gudang 2,
Johor.

TENTATIF MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN


PENGAWAS 2016.

MASA PERKARA

7.00 pagi Murid- murid beratur dan pengawas mengambil tempat.

Ketibaan perasmi

Bacaan Doa

Nyanyian Lagu Bangsa Johor dan Lagu Sekolah

Ucapan Pn. Guru Besar, Pn.Hjh Norlida binti Hj Mohd Noor

Ceramah Kes Disiplin & perasmian majlis penyerahan


watikah pengawas 2016
Penyerahan watikah perlantikan pengawas

Ikrar Pengawas

Penyampaian cenderamata kepada perasmi

Nyanyian Lagu Negaraku

8.15 pagi Jamuan ringan

9.00 pagi Pameran di kantin


SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR GUDANG 2
JLN10/1,PERJIRANAN 10
81700 , PASIR GUDANG Tel : 07-2515410
JOHOR DARUL TAKZIM Faks: 07- 2515410
_________________________________________________________________________________________
Ruj.Kami : JBA1038/100-19/4/
Tarikh : 05 Februari 2023
Kepada;
Ibu Bapa / Penjaga,
.........................................................

Tuan,

TAWARAN PERLANTIKAN JAWATAN PENGAWAS SEKOLAH SESI 2023/2024


TEMPOH PERCUBAAN DARI 07 FEBRUARI HINGGA 15 FEBRUARI 2023

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami telah bersetuju untuk melantik anak tuan
bernama ........................................................................................ Tahun ..................................
sebagai pengawas sekolah bagi sesi 2023/2024.

3. Sehubungan dengan itu jawatankuasa Lembaga Pengawas Sekolah mengadakan


tempoh percubaan bagi membimbing anak tuan sebagai pengawas sekolah. Semoga
sepanjang tempoh percubaan ini juga dapat memberi satu semangat baharu kepada beliau
untuk memberi contoh tauladan kepada pelajar lain. Selain itu juga, kami berharap dapat
memberi pendedahan dan bimbingan kepimpinan serta peluang kepada anak tuan
menunjukkan komitmen terhadap amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh
dedikasi.

4 Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan kami dahulukan dengan
ucapan ribuan terima kasih. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Puan Zahariya binti
Mohamad di talian 012-7729728.

Sekian, terima kasih.

” BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

..............................................
( JAMILAH BINTI AYOB )
Guru Penolong Kanan HEM,
SK Pasir Gudang 2,
Johor.
SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR GUDANG 2
JLN10/1,PERJIRANAN 10
81700 , PASIR GUDANG Tel : 07-2515410
JOHOR DARUL TAKZIM Faks: 07- 2515410
_______________________________________________________________________________________
Ruj.Kami : JBA1038/100-19/4/2
Tarikh : 19 Januari 2020

Kepada;
Ketua Polis Daerah,
IPD Seri Alam,
Bandar Seri Alam,
81750 Masai, JOHOR.

Tuan,

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS, KETUA


KELAS, PEN.KETUA KELAS, IMAM MUDA DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER
2020

Berhubung perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami amat berbesar hati
menjemput tuan sebagai perasmi untuk majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas
SK Pasir Gudang 2 tahun 2020.

2. Butiran majlis tersebut adalah seperti berikut :


Tarikh/ Hari : 06 Februari 2020 / Khamis
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dewan Penyuluh Hidup, SK Pasir Gudang 2
Agenda : ( seperti lampiran )

3 Sebarang pertanyaan berkenaan hal ini sila hubungi Pn. Jamilah binti Ayob (GPK
HEM) di talian 01113207941. Kehadiran tuan didahulukan dengan ucapan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih. Semoga kehadiran tuan akan dapat menambah seri majlis ini
dan majlis ini dapat dijalankan dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

” BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

......................................................
( MUHINI BINTI ABDULLAH )
Guru Besar,
SK Pasir Gudang 2,
Johor.
TENTATIF MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN
PENGAWAS 2020.

MASA PERKARA

7.00 pagi Murid- murid beratur dan pengawas mengambil tempat.

Ketibaan perasmi

Bacaan Doa

Nyanyian Lagu Bangsa Johor dan Lagu Sekolah

Ucapan Pn. Guru Besar, Pn.Muhini binti Abdullah

Ucapan Perasmian Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan


2020
Penyerahan watikah perlantikan Pengawas, Ketua Kelas,
Penolong Ketua Kelas, Imam Muda dan Pengawas Pusat
Sumber.

Ikrar Pemimpin- Pemimpin Muda

Penyampaian cenderamata kepada perasmi

Nyanyian Lagu Negaraku

9.00 pagi Jamuan ringan


SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR GUDANG 2
JLN10/1,PERJIRANAN 10
81700 , PASIR GUDANG Tel : 07-2515410
JOHOR DARUL TAKZIM Faks: 07-2515410
_________________________________________________________________________________________

Ruj.Kami : JBA1038/100-19/4/
Tarikh : 19 Januari 2020

Kepada;
Tuan Hj. Saiful Lizan @ Hasnul Hisyam bin Suparman,
Pensyarah Akademik,
IPG Kampus Temenggung Ibrahim,
Jalan Datin Halimah,
80350 Johor Bahru, Johor.

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH KURSUS KEPIMPINAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Pihak sekolah dengan sukacitanya ingin menjemput tuan untuk memberikan kursus
kepimpinan kepada pengawas sekolah, ketua kelas, penolong ketua kelas, Imam Muda dan
pengawas pusat sumber 2020. Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh/ Hari : 29 Februari 2020/ Sabtu


Masa : 8.30 pagi hingga 10.30 tengahari
Tempat : Dewan Penyuluh Hidup SKPG 2

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah berharap agar tuan dapat meluangkan masa
untuk menjayakan program ini. Kehadiran tuan didahulukan dengan ucapan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

......................................................
( MUHINI BINTI ABDULLAH )
Guru Besar,
SK Pasir Gudang 2,
Johor.
SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR GUDANG 2
JLN10/1,PERJIRANAN 10
81700 , PASIR GUDANG Tel : 07-2515410
JOHOR DARUL TAKZIM Faks: 07- 2515410

_______________________________________________________________________________________
Ruj.Kami : JBA1038/100-19/4/2
Tarikh : 21 Januari 2017

Kepada;
Ketua Polis Daerah,
IPD Seri Alam,
Bandar Seri Alam,
81750 Masai, JOHOR.

Tuan,

PROGRAM JOM KE SEKOLAH


Berhubung perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami amat berbesar hati
menjemput tuan sebagai perasmi untuk majlis Program Jom ke Sekolah SK Pasir Gudang 2.

2. Butiran majlis tersebut adalah seperti berikut :


Tarikh/ Hari : 5 Februari 2017 / Ahad
Masa : 7.10 pagi
Tempat : Dataran Kejat SK Pasir Gudang 2
Agenda : ( seperti lampiran )

3 Sebarang pertanyaan berkenaan hal ini sila hubungi Pn. Natrah binti Hanafi di talian
013-7520265. Kehadiran tuan didahulukan dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih. Semoga kehadiran tuan akan dapat menambah seri majlis ini dan majlis ini
dapat dijalankan dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

” BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

......................................................
( MUHINI BINTI ABDULLAH )
Guru Besar,
SK Pasir Gudang 2,
Johor.

TENTATIF MAJLIS PROGRAM JOM KE SEKOLAH

MASA PERKARA

7.00 pagi Murid- murid beratur di tapak perhimpunan

Ketibaan perasmi

Nyanyian Lagu Negaraku, Bangsa Johor dan Lagu Sekolah

Bacaan Doa

Bacaan Perutusan KPN, PDRM

Bacaan Perutusan KPPM, PDRM

Perasmian pelancaran Program Jom ke Sekolah dan


perasmian Peti Aduan Murid.

8.05 pagi Bersurai


SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR GUDANG 2
JLN10/1,PERJIRANAN 10
81700 , PASIR GUDANG Tel : 07-2515410
JOHOR DARUL TAKZIM Faks: 07- 2515410
_________________________________________________________________________________________

Ruj.Kami : JBA1038/100-19/4/(1)
Tarikh : 06 Februari 2023

Kepada;
Ibu Bapa/ Penjaga,
......................................................................

Tuan,

PELANTIKAN SEBAGAI PENGAWAS SEKOLAH 2023/2024

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, anak jagaan tuan yang


bernama ................................................................................ Tahun ........................................
telah dilantik sebagai Pengawas Sekolah bagi sesi 2023/2024

3. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah di atas pelantikan


ini. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh pihak tuan/puan
berkenaan perlantikan ini

3.1) Pakaian Lelaki : Kemeja berwarna kuning muda berlengan


panjang dan seluar panjang berwarna hijau tua.
3.2) Pakaian Perempuan : Baju kurung berwarna kuning muda dan kain
sarung berwarna hijau tua.
3.3) Tali leher (Lelaki) : Dikenakan bayaran sebanyak RM10 sehelai
3.4) Kasut : Kasut hitam sekolah
3.5) Tudung : Kuning muda (sama dengan warna baju)
3.6) Vest (Lelaki) : Warna hijau tua (sama dengan warna seluar)

4. Jawatankuasa Lembaga Pengawas Sekolah juga ingin memaklumkan bahawa:

4.1 Segala perbelanjaan seperti penyediaan pakaian adalah ditanggung


sepenuhnya oleh ibu bapa sendiri.
4.2 Setiap pengawas adalah tertakluk kepada arahan dan bidang tugas yang
ditentukan oleh pihak sekolah dan mesti dipatuhi.
4.3 Justeru itu sekiranya anak jagaan tuan/puan didapati mengingkari
arahan dan bidang tugas yang telah diamanahkan, maka pihak sekolah
akan mengambil tindakan yang sewajarnya termasuklah melucutkan
jawatan pengawas tersebut.
4.4 Pengawas hanya dibenarkan meletak jawatan setelah permohonan
secara rasmi dikemukakan itu mendapat persetujuan daripada
Lembaga Pengawas Sekolah dan Guru Besar.

5. Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan/ puan kami dahulukan dengan
ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

......................................................
( EN SHAHARUDIN BIN BITAH )
Guru Besar,
SK Pasir Gudang 2,
Johor.
Tarikh : ...................................................................

Daripada : ....................................................................

......................................................................

......................................................................

(Nama dan Alamat)

Tuan,

PENERIMAAN PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR


GUDANG 2 SISI 2023/2024

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dengan ini saya ___________________________________ Bersetuju/


Tidak Bersetuju bahawa anak di bawah jagaan saya yang bernama
_______________________________________________ Tahun ____________________
untuk dilantik sebagai Pengawas Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 2 bagi sesi 2023/2024.

3. Sekiranya anak saya didapati tidak mematuhi segala arahan dan peraturan serta
melanggar etika sebagai seorang pengawas sekolah, maka saya bersetuju dengan apa sahaja
tindakan sekolah termasuklah perlucutan jawatan.

Sekian, harap maklum.

Yang benar,

...........................................................................

( )

Nama Penuh

Anda mungkin juga menyukai