Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN

PEMBENTUKAN KARAKTER KARAMAH INSANIAH PERINGKAT SEKOLAH


TAHUN 2023

Que Teks

Sirih berlipat sirih pinang,


sirih dari pulau mutiara;
pemanis kata selamat datang,
selamat Sejahtera pembuka bicara.

Selamat pagi

Yang Dihormati
SM Nur Sabrina binti Razali dan SJN Aini binti Mahmood
Pegawai Perhubungan Sekolah
SJKT GELANG PATAH

Yang Berusaha
Cik N.Ghohila Nagalingam
Ucapan Guru Besar SJKT Gelang Patah
aluan
Encik Micheal Raj A/L S.Arulanthu
NYDP PIBG SJKT Gelang Patah

Puan Sarasuati a/p Thangarajah


Penolong Kanan Pentadbiran,

En Kumaran a/l Muthusamy,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

En Somathevan Annamalai
Penolong Kanan Kokurikulum,

Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Nyanyian Sebelum majlis dimulakan, diminta semua hadirin bersedia untuk

1
menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri Johor dan Lagu Sekolah.
lagu
Semua hadirin diminta berdiri.
Berikutnya, majlis mempersilakan saudari / saudara
________________________________________________ untuk
mengetuai bacaan ikrar rukun negara. Dipersilakan.
Bacaan Ikrar
Rukun
********************Ikrar Rukun Negara**********************
Negara
Terima kasih diucapkan kepada _______________________________.
Semua hadirin dipersilakan duduk.

Hadirin yang dimuliakan,

Intan permata cantik tersemat,


Dihias indah corak melati,
Doa dibaca memohon Rahmat,
Moga Majlis sentiasa diberkati.

Bagi menambah, keberkatan majlis kita pada hari ini, saya memanggil
Bacaan doa adik_______________________________ untuk membaca doa.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

**********************Bacaan Doa**********************

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada _______________atas


bacaan doa itu tadi.

Ucapan Assalamualaikum dan salam perpaduan.


Aluan
Pada pagi ini, kita berkumpul di dataran kasih dengan satu tujuan yang
sama iaitu Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter
Karamah Insaniah Peringkat Sekolah Tahun 2023. Pelancaran ini akan
mengangkat murid sebagai duta yang merupakan pemegang taruh
terbesar selain guru, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD).

Penganjuran majlis ini bertujuan memantapkan kerjasama antara

2
Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Polis Diraja Malaysia.
Antara inisiatif yang dilaksanakan adalah melalui penglibatan pegawai
PDRM sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah
KPM dalam membantu menangani isu salah laku disiplin murid
sekolah.

Sehubungan dengan itu, pelantikan murid sebagai Duta Sahsiah pada


peringkat sekolah dapat menggagaskan optik lebih jelas mengenai hala
tuju sahsiah murid dalam menguar-uarkan Garis Panduan Salah Laku
Seksual di Institusi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia dan
Garis Panduan Salah Laku Buli di Institusi Pendidikan Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Hadirin sekalian,

Perahu kolek di hilir tanjung,


sarat bermuat kayu jati,
salam tersusun sirih junjung,
Amanat tuan kami amati

Ucapan Hadirin yang dimuliakan,


Pegawai
Perhubungan Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan oleh,
Sekolah Encik Kumaran Muthusamy Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ,
Pegawai Perhubungan Sekolah SJKT GELANG PATAH

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


**********************Ucapan GPK Hem*********************

Terima kasih diucapkan kepada Encik Kumaran Muthusamy Penolong


Kanan Hal Ehwal Murid atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan Para guru dan murid sekalian…


Perasmian
Pelancaran Bagi meneruskan majlis pelancaran pada pagi ini, majlis dengan
sukacitanya menjemput Yang Berusaha,___________________
untuk menyampaikan ucapan dan sekaligus melancarkan Duta Sahsiah
Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah Peringkat
Sekolah Tahun 2023. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
3
*********************Ucapan Perasmian**********************

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


___________________,di atas ucapan dan perasmian yang telah
disampaikan sebentar tadi.
Gimik
pelancaran Hadirin sekalian,

Tibalah kita pada acara kemuncak, iaitu Gimik Pelancaran Duta Sahsiah
Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah Peringkat
Sekolah Tahun 2023, dijemput sekali lagi Yang Berusaha
___________________________________________ bersama-sama
dengan Yang Dihormati_____________________, diiringi oleh semua
penolong kanan, untuk menyempurnakan upacara gimik pelancaran .

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********************Gimik Pelancaran**********************

Terima kasih diucapkan kepada semua yang menyempurnakan


pelancaran sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan pemberian sijil dan cenderahati kepada duta


murid dalam kalangan murid yang menunjukkan sahsiah yang terbaik
dan terpuji.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn Nur Sabrina binti


Razali untuk memberi sijil dengan diiringi oleh En Kumaran GPK Hem
SJKTGP.Dipersilakan

Dijemput adik
1IS: MADELIN MARIA A/P MICHEAL RAJ
1KT: JAYDERN LAWRENCE
Majlis mengucap terima kasih kepada Pn Nur Sabrina binti Razali
atas pemberian Sijil tadi

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan SJN Aini binti


Mahmood untuk memberi sijil dengan diiringi oleh GPK Hem
4
SJKTGP.
Dijemput adik
2IS:KESHAVARDHAN
2KT: KIRRTHIK A/L VIJAYAN
Majlis mengucap terima kasih kepada SJN Aini binti Mahmood atas
pemberian Sijil tadi

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan NYDP PIBG


En Micheal Raj, untuk memberi sijil dengan diiringi oleh Pn Sarasuati
GPK Pentadbiran SJKTGP.
Dijemput adik
3IS: SUKITHRA A/P K.VARATHARAJAN
4IS: JIVANESVARI A/P KDIEESVARAN
Majlis mengucap terima kasih kepada NYDP PIBG En Micheal Raj atas
pemberian Sijil tadi.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pengerusi PIBK Pn


MANJU untuk memberi sijil kepada murid seterusnya dengan diiringi
oleh En Somathevan GPK Kokurikulum SJKTGP.
Dijemput adik
5IS:KANNMANI A/P YUVARAJAN
5KT:PUSPAANJALI A/P RAMAIYAH
6IS:RESVITHA A/L KALAIARASU
Majlis mengucap terima kasih kepada Pengerusi PIBK Pn MANJU atas
pemberian Sijil tadi.

Sebelum mengakhiri majlis, satu acara sesi bergambar akan di adakan.


Oleh itu, saya mempersilakan semua hadirin bersedia untuk mengambil
gambar.
Bersurai
Sebelum bersurai, saya menyusun jari sepuluh memohon maaf
seandainya ada terkasar bahasa tersalah bicara semasa mengendalikan
majlis ini. Sekian.

Anda mungkin juga menyukai