Anda di halaman 1dari 15

KATA ALU-ALUAN

Melati kuntum tumbuh melata


Sayang merbah di pohon cemara
Bismillahirrahmanirrahim mulanya kata
Saya sembah pembuka bicara

Assalamualaikum salam sejahtera


Pembuka kata lidah bicara
Izinkan saya mulakan acara
Semoga majlis disambut ceria

Yang Dihormati
Encik Kauthar bin Shuaib
Penyelia Unit SAR dan KAFA
Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Pahang

Yang Berbahagia
Tn Hj Juhaimi bin Jalil
YDP PIBG SK Tg Agas

Yang Berusaha
Pn Salmiah bt. Abd Jalil
Guru Besar SK Tg Agas

Pn Hasanah bt. Mat Amin


Penolong Kanan Pentadbiran

Pn Junaidah bt. Abu Samah


Penolong Kanan HEM

En Mohd Raslan bin Hj Din


Penolong Kanan Kokurikulum
Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG,
Jawatankuasa Hari Anugerah Kecemerlangan SK Tg Agas 2019

1
Tuan tuan, puan puan
Guru2, kakitangan sekolah dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera..

Para hadirin yang dihormati,’


Alhamdulillah pada pagi yang indah ini kita dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang
baik untuk kita sama2 berkumpul di Dewan Al Ghazali SK Tg Agas dalam menjayakan Hari
Anugerah Kecemerlangan SK Tanjong Agas 2019. Majlis merakamkan setinggi-tinggi
ucapan terima kasih dan selamat datang kepada tetamu jemputan Encik Kauthar bin Shuaib,
Penyelia Unit SAR dan KAFA, Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Pahang.
Selamat datang juga diucapkan kepada semua tetamu, ibu/bapa/penjaga sekalian. Semoga
dengan kehadiran tuan2 dan puan2, majlis kita akan lebih berseri dan bermakna.

Lebat kemiri pohonnya rendah


Dahan terikat tali perkasa
Sepuluh jari kami menadah
Mohon berkat yang Maha Esa

Untuk itu, majlis mempersilakan Encik Mustafar bin Abdul Karim bagi memimpin bacaan
doa. Dipersilakan.

BACAAN DOA

Amin ya rabbal ala min..

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Mustafar bin Abdul Karim di atas
pimpinan bacaan doa itu tadi. Mudah mudahan majlis kita pada pagi ini mndapat rahmat
hingga ke penghujungnya.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Untuk pengetahuan semua, Hari Anugerah Kecemerlangan hari ini adalah merangkumi
Graduasi Pra Sekolah dan Anugerah Kecemerlangan KAFA. Ianya diadakan untuk memberi
pengiktirafan kepada semua murid yang telah berjaya mencapai prestasi akademik yang

2
cemerlang dalam Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah, Peperiksaan Akhir Tahun 2019, juga
memberi pengiktirafan kepada pengawas-pengawas dan tokoh-tokoh murid yang telah
berjaya samada dlm bidang akademik dan kokurikulum sepanjang berada di SK Tanjong
Agas ini.

Tuan2 dan puan2…

Tak molek jika ada alu, tiada lesungnya

Tak guna jika ada dayung tiada perahunya

Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Tirai ucapan pada pagi ini dimulakan dengan ucapan dari Yang Berusaha Puan Salmiah binti
Abdul Manan, , Guru Besar SK Tanjong Agas. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

UCAPAN 1(GB)

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Salmiah atas kesudian menyampaikan ucapan itu tadi.

Seterusnya, kita dengarkan pula ucapan daripada Yang Dihormati, Tn Hj Juhaimi bin Jalil,
YDP PIBG SK Tanjong Agas.

Dipersilakan.

UCAPAN 2 (YDP)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tn Hj Juhaimi atas ucapan sebentar tadi.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian, marilah sama-sama kita mendengar ucapan daripada
tetamu jemputan. Bertonggak adat. Yang datang disambut, yang pergi diiringi, maka majlis
dengan penuh takzim mempersilakan Yang Dihormati Encik Kauthar bin Shuaib, Penyelia
Unit SAR dan KAFA, untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Hari
Anugerah Kecemerlangan SK Tanjong Agas 2019. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

UCAPAN 3 (PERASMIAN)

3
Bunga selasih di dalam puan

Harum melati penyeri intan

Terima kasih ucapan tuan

Terima kasih ucapan tuan

Majlis dengan penuh takzim merakamkan setinggi-tiggi ucapan terima kasih atas kesudian
Yang Dihormati Encik Kauthar bin Shuaib menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan majlis pada hari ini.

Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan Puan Hasanah bt. Mat Amin untuk
mengiringi Puan Salmiah binti Abdul Manan bagi menyampaikan cenderahati kepada Encik
Kauthar bin Shuaib selaku perasmi pada hari ini.

Terima kasih diucapkan.

Pakaian dipakai cantik berseri


Majlis keraian kita semua
Majlis kita takkan berseri
Tanpa persembahan murid semua

Hadirin sekalian,

Bagi meneruskan acara, marilah sama2 kita menyaksikan persembahan tarian yang diberi
nama _________________________. Persembahan ini adalah di bawah bimbingan Cikgu
Fadly Yanti dan Ustazah Maisarah.

Nikmatilah persembahan ini..

PERSEMBAHAN 1

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas persembahan yang begitu menghiburkan itu
tadi.

Para hadirin yang dihormati sekalian,


4
Seterusnya, acara yang ditunggu-tunggu oleh para ibu bapa penjaga dan murid, iaitu
penyampaian hadiah. Sesungguhnya pihak sekolah amat berbangga dengan pencapaian
anak2 didik yang telah mencapai kecemerlangan dalam penilaian, peperiksaan dan aktiviti
yang telah mereka sertai.

Penyampaian hadiah ini akan dimulakan dengan Graduasi Pra Sekolah. Untuk ini, majlis
mempersilakan Tn Hj Juhaimi bin Jalil, YDP PIBG untuk mengiringi Encik Kauthar bin
Shuaib, Penyelia Unit SAR dan KAFA, untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

BACA NAMA MURID PRA SEKOLAH

Terima kasih diucapkan kepada Encik Kauthar dan Tn Hj Juhaimi di atas penyampaian
hadiah itu tadi.

Seterusnya, majlis mempersilakan tetamu jemputan, Encik Kauthar bin Shuaib diiringi oleh
guru besar dan YDP PIBG untuk bersama2 menikmati hidangan yang telah disediakan.
Terima kasih.

JAMUAN VIP

Tuan-tuan dan puan-puan,

Seterusnya penyampaian hadiah diteruskan lagi untuk murid2 cemerlang dari tahun 1 hingga
Kelas Pemulihan. Bagi menyempurnakannya, majlis dengan segala hormatnya menjemput
Pn. Junaidah bt Abu Samah, PK HEM untuk mengiringi Pn. Hasanah bt. Mat Amin, PK
Pentadbiran bagi menyampaikan hadiah.

BACA NAMA MURID TAHUN 1 hingga Pemulihan.

Tuan2 dan Puan2, marilah kita sama2 merehatkan minda sebentar dengan menyaksikan
persembahan ___________________yang akan disampaikan oleh murid-murid KAFA.
Persembahan ini adalah di bawah bimbingan
________________________________________________.

PESEMBAHAN 2

Terima kasih diucapkan kepada murid2 atas persembahan itu tadi. Semoga hadirin sekalian
terhibur.

5
Tuan2 dan puan2 yang dihormati sekalian,

Majlis akan diteruskan dengan penyampaian sijil pengawas dan hadiah kepada murid
cemerlang KAFA. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yg Berusaha
________________________________________ untuk menyampaikan hadiah dengan
diiringi oleh ____________________________________________.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


BACA NAMA PENGAWAS2
BACA NAMA MURID KAFA

Terima kasih diucapkan kepada _______________________________ dan


________________________________________di atas penyampaian hadiah sebentar tadi.

Tuan2 puan2 yang dirahmati Allah sekalian. Kita berehat seketika dengan menyaksikan
sebuah lagi persembahan. Persembahan yang di bawah pimpinan Cikgu Fadly Yanti dan
Ustazah Maisarah ini diberi nama ___________________________. Dipersilakan.

PERSEMBAHAN 3

Terima kasih diucapkan atas persembahan tarian yang menarik itu tadi.

Tuan2, puan2, hadirin sekalian,

Tibalah kita ke acara kemuncak iaitu penyampaian Anugerah2 Khas 2019. Anugerah Khas
pertama dimulakan dengan ______________________________________.

1. BACA MAKLUMAT MENGENAI PERTANDINGAN AEV DAN NAMA 3


MURID YANG MENYERTAI SERTA GURU.

Seterusnya…
6
2. BACA MAKLUMAT MENGENAI PERTANDINGAN
________________________________________________ DAN NAMA 3 ORANG
MURID YANG MENYERTAI SERTA GURU.

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Anugerah Khas diteruskan lagi dengan
pemyampaian Tokoh Sahsiah Terpuji.

3. BACA BIODATA TOKOH SAHSIAH TERPUJI - LELAKI.

Murid ini merupakan anak ________ dari _______ orang adik beradik. Ayahnya seorang
_________________ dan ibunya seorang ________________. Beliau merupakan seorang
murid yang mempunyai budi pekerti yang baik dan disenangi oleh guru dan rakan2nya.
Dengan ini Tokoh Sahsiah Terpuji - Lelaki 2019 dianugerahkan kepada SYAKIR
NASHRULLAH BIN MOHD SHAH.

4. BACA BIODATA TOKOH SAHSIAH TERPUJI - PEREMPUAN.

Merupakan anak __________ dari ________orang adik beradik. Ibu seorang kerani di PPD
Pekan manakala bapanya seorang guru. Murid ini mempunyai budi pekerti yang bersopan
santun dan menghormati guru2 nya. Dengan ini Tokoh Sahsiah Terpuji – Perempuan
2019 dianugerahkan kepada AISYAH HUMAIRA BINTI AB HALIM.

5. BACA BIODATA TOKOH KO-KURIKULUM – LELAKI

Murid ini sangat aktif dalam _________________________ dan telah menyertai


pertandingan ___________________ di peringkat _____________________ Beliau juga
adalah pemain _____________________________.
Dengan ini, Tokoh Kokurikulum – Lelaki 2019 telah dianugerahkan kepada
MUHAMMAD IEMAN HAFFIZ BIN ABD MANAN.
6. BACA BIODATA TOKOH KO-KURIKULUM - PEREMPUAN

7
Murid ini sangat aktif dalam _________________________ dan telah menyertai
pertandingan ___________________ di peringkat _____________________ Beliau juga
adalah pemain ___________________________________. Beliau juga pernah dinobatkan
sebagai Olahragawai Sekolah pada tahun ___________________.
Dengan ini, Tokoh Kokurikulum – Perempuan 2019 telah dianugerahkan kepada NUR
AIN MARDHIAH BINTI ABD. KARIM.

Tuan2 puan2… anugerah seterusnya adalah Tokoh Kurikulum.

Kedua-dua murid ini merupakan murid yang sentiasa menunjukkan prestasi cemerlang dalam
bidang akademik. Bukan sahaja di setiap peperiksaan dan ujian, malah di dalam kelas,
mereka juga murid yang aktif melibatkan diri dalam pembelajaran.

Dengan ini, MUHAMMAD ADAM DANIAL BIN ARIF AZURA telah dinobatkan
sebagai Tokoh Kurikulum – Lelaki 2019.

Dan, Tokoh Kurikulum - Perempuan 2019 pula telah di anugerahkan kepada NUR
RABIATUL SYAZWANI BINTI MOHAMAD AZIZI.

Hadiri hadirat yang dihormati sekalian… akhir sekali.. Anugerah Khas bagi TOKOH
MURID SK Tg Agas bagi tahun 2019.

1. BACA BIODATA TOKOH MURID.

Dengan persetujuan sebulat suara dari semua guru, dengan ini, Tokoh Murid 2019 telah
dianugerahkan kepada NUR SAKINAH BINTI BENYAMIN.

8
Terima kasih di ucapkan kepada ________________________________ dan
___________________________________ di atas penyampai sijil dan anugerah sebentar
tadi.

Tuan2 dan puan2…

Jutaan tahniah diucapkan kepada para graduasi, penerima2 hadiah dan sijil serta anugerah-
anugerah khas pada Hari Anugerah Kecemerlangan SK Tg Agas 2019.

Mudah mudahan kejayaan anda akan menjadi sumber inspirasi kepada rakan2 agar berusaha
untuk meraih kecemerlangan.

Setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama dan keprihatinan para ibu bapa penjaga yang
sanggup meluangkan masa hingga majlis ini selesai dan berjalan lancar. Juga jutaan terima
kasih kepada semua warga kerja Hari Anugerah Kecemerlangan SK Tg Agas 2019 atas
segala usaha, tenaga dan kerjasama bagi memastikan kejayaan program pada hari ini.

Kain yang carik Cuma di hujung

Dibuat alas mengelap kendi

Budi yang baik tetap dijunjung

Tahun hadapan berjumpa lagi

Bagi pihak majlis, dijemput para ibu bapa penjaga untuk menikmati jamuan yang telah
disediakan.

Sekian, terima kasih.

9
MURID PEMULIHAN/LINUS:

1. Adam bin Muhammad – 3 IS


2. Muhammad Adam Hazriq bin Abd. Rahman – 2IS
3. Muhammad Danish Adam bin Mohd Safahri – 2IS
4. Nur Faziana binti Mohd Nor – 2IS
5. Ramadhan haikal bin Abdullah – 1IS

MURID MAYBANK:

1. Muhammad Ieman Hafiz bin Abd Manan


2. Nor Farnia Farhanna binti Zohari
3. Norsafikah binti Abdul Jamil
4. Nur Hasanah binti Mohd Sukri

10
BIODATA 1:

Dilahirkan pada 5 Ogos 2003 di Hospital Besar Kota Bahru, Kelantan.

Beliau merupakan anak sulung dari 6 orang adik beradik.

Dibesarkan oleh bapa yang bertugas sebagai guru KAFA, dan ibunya seorang surirumah.

Seorang yang gemar membaca buku pada waktu2 terluang.

Mendapat 2A dalam peperiksaan UPSR baru2 ini.

Beliau seorang yang aktif dalam bidang permainan. Pernah mewakili sekolah dalam
permainan Bola Baling dan Majlis Tilawah AlQuran di SK Sinar Mutiara. Wakil Kelompok
dalam permainan bola jarring di SK Kinchir. Menyertai Olahraga di Sek. Sains Sultan Hj
Ahmad Shah peringkat kelompok. Juga aktif mewakili sekolah dalam permainan catur.

Seorang yang ringan tulang, bersopan santun dan mempunya tutur kata yang baik dan terpuji
ketika berkomunikasi dengan rakan2 dan guru2.

UMUM NAMA PEMENANG.

BIODATA 2:

Dilahirkan di Hospital Pekan pada 17 Julai 2003.

11
Mempunyai 7 orang adik beradik dan beliau adalah anak yang ke 3.

Ayahnya bekerja sendiri dan ibunya adalah seorang suri rumah.

Seorang yang gemar menghabiskan masa lapang dengan bermain bola sepak.

Walaupun murid ini boleh dikategorikan sebagai seorang yang banyak mulut, beliau sentiasa
boleh diharapkan untuk membantu guru2 apabila diperlukan. Seorang yang peramah dan suka
berkawan.

Murid ini aktif dalam permainan terutamanya bola sepak dan bola baling, dan pernah
mewakili sekolah ke SK Sinar Mutiara dan SK Permatang Keledang. Juga mewakili
kelompok ke SK Seri Terentang dalam permainan catur.

Murid ini berjaya mendapat 4A 1B dalam peperiksaan UPSR 2015.

UMUM NAMA PEMENANG.

BIODATA 3:

Seorang murid yang sangat aktif dalam sukan dan permainan. Telah mewakili Daerah bagi
Peringkat Negeri untuk pertandingan bola baling di SMK Chung Ching Raub, Pahang.
Mewakili Kelompok bg Peringkat Daerah dlm permainan catur di SK Seri Terentang, Bola
jarring di SK Kinchir dan Pertandingan bercerita di SMK Peramu Jaya. Selain aktif dalam
sukan dan permainan, murid iini telah berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR 2015.

Dilahirkan di Hospital Pekan pada 15 Mac 2003.

Merupakan anak ke 4 dari 7 orang adik beradik.

Ayahnya seorang nelayang dan ibunya seorang suri rumah.

Sangat gemar membaca novel di waktu lapang.

UMUM NAMA PEMENANG.

BIODATA 4:

Murid ini merupakan anak ke 5.

Dilahirkan di Hospital Kuantan pada 20 Julai 2003.

Ayahnya bekerja sendiri manakala ibunya seorang suri rumah.

12
Beliau amat minat dalam permainan catur dan selalu mengisi masa lapang dengan bermain
permainan tersebut.

Oleh kerana mahir dan mempunya minat yang mendalam dlm permainan catur, beliau telah
berjaya dipilih untuk mewakili negeri bagi Peringkat Kebangsaan dalam permainan tersebut
di Pulau Pinang dan mendapat tempat ke 8 secara keseluruhannya.

Selain itu, beliau pernah menyertai catur peringkat Negeri dan Daerah di SMK Sultanah Hjh
Khalsom, Ktn dan SK Seri Terentang, dan memdapat tempat ke 4 dan 3.

Pernah menyertai Catur Antarabangsa Politeknik Muadzam Shah di Politeknik Muadzam,


Catur Kebangsaan di SMK Dato Mahmud Mat dgn mendapat tempat ke 4.

Mendapat tempat ke 9 keseluruhannya dalam pertandingan catur Kebangsaan Pekan Open di


UMP Pekan.

UMUM NAMA PEMENANG

BIODATA 5:

Lahir pada 2 Jan 2003 di Hospital Besar Ktn.

Anak ke 2 dari 6 orang adik beradik.

Ayahnya bekerja sebagai seorang pembantu perubatan dan ibunya seorang suri rumah.

Seorang yang gemar menghabiskan masa lapang dengan membaca novel.

Murid ini telah dipersetujui untuk menerima anugerah ini atas peningkatan yang sangat baik
dalam bidang akademik. Berjaya mendapat 3A 2B dalam UPSR 2015.

Selain itu, beliau juga aktif dalam olahraga dan permainan catur dengan mewakili kelompok.
Juga Menyertai kem pentas jawi peringkat daerah.

Telah mewakili sekolah dalam permainan bola baling dan bola jarring.

UMUM NAMA PEMENANG

BIODATA 6:

…mempunyai tutur kata yang bersopan santun, langkah kaki yang lemah gemalai…

13
Senyuman sentiasa terukir di bibirnya.. mempunyai raut wajah yang tenang dan
mendamaikan sesiapa sahaja yang memandangnya… itulah anugerah Allah..

Dilahirkan pada 27 Julai 2003 di Hospital Selayang, Selangor.

Mempunyai 7 orang adik beradik dan beliau adalah anak ke 4.

Ayahnya bekerja sendiri manakala ibunya seorang guru.

Selalu menghabiskan masa lapang dirumah dengan membaca buku.

Seorang rakan yang baik, ank yang taat, ringan tulang dan disenangi ramai..

Telah menyertai permainan catur peringkat negeri di SK Sultanah Hjh Kalsom Ktn.

Melihat pada susuk badan dan gayanya, mungkin ramai yang tidak percaya murid ini mahir
dalam permainan pingpong dan pernah mewakili Daerah.

Berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR 2015.

Dengan mengambil kira pelbagai faktor dlm pencapaian akademik dan kokurikulum serta
sahsiah dan budi pekerti yang ada dalam diri murid ini, PIhak sekolah dan JK Hari Anugerah
telah sebulat suara bersetuju untuk menganugerahkan Tokoh Murid SK Tanjong AGas 2015
kepada…

UMUM NAMA PEMENANG.

14
15

Anda mungkin juga menyukai