Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

dan Salam sejahtera, kalimah


pembuka tirai.. Alhamdulillah.....

Yang Berbahagia, En Abdul Hafiz bin Mad Radzi , Timbalan pendakwa selaku
tetamu jemputan dan penceramah memputan pd hari ini.

Yang Berbahagia tuan Hj Juhaimi b. Jalal, YDP PIBG,

Ahli2 JK PIBG,

Yang Dihormati, Para ibu bapa penjaga,

Yang Berusaha, Puan Salmiah bt. Abd Manan, Guru Besar SK Tg Agas

Yang Berusaha, Pn Hasanah bt. Mat Amin, PK Pentadbiran,

Pn. Junaidah bt. Abu Samah, PK Hal Ehwal Murid,

En. Mohd Raslan b. Hj. Din, PK Ko Kurikulum,

Pn. Fadly Yanti Azlina bt. Jamaludin, Penyelaras Tahun 6,,

Ahli2 JK Kecemerlangan Tahun 6

Semua guru dan kakitangan SK Tg Agas,

seterusnya murid2 tahun 6 yang dikasihi sekalian.

Selamat datang ke Program _______________________SK Tg Agas 2018


diucapkan khususnya kepada penceramah motivasi jemputan pada hari ini, En.
Abdul Hafiz b. Mad Radzi dan para hadirin hadirat sekalian amnya. Ribuan terima
kasih diucapkan kerana telah sudi meluangkan masa bagi bersama-sama
menjayakan majlis yang kita rencanakan pada hari ini. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi
kerana pada pagi yang penuh barakah ini, sekali lagi dapat kita berkumpul di dalam
dewan Al Ghazali ini.

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis seumpama ini sememangnya menjadi agenda wajib dalam takwim sekolah.
Sesungguhnya ianya bukan sahaja dapat memberikan motivasi kpd anak2 kita untuk
terus berusaha gigih dlm bidang pelajaran, malah dapat memupuk semangat
kerjasama antara pihak sekolah dengan waris penjaga murid Tahun 6. Ianya juga
dapat mengetengahkan segala pandangan dan idea bernas daripada warga sekolah
1
mahupun para ibu bapa sekalian. Justeru, adalah menjadi harapan kami warga
pendidik agar ianya menjadi tonggak bagi memulakan perjalanan dalam
meningkatkan lagi mutu pencapaian anak-anak kita.

Program pada pagi ini akan dimulakan dengan bacaan doa. Dijemput Ustaz
Mustafa b. Abd. Karim utk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Terima kasih ustaz mustafar atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput Pn Salmiah bt. Abdu. Manan


untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan.

Terima kasih Pn. Salmiah.

Tuan2 puan2, murid2 yang dikasihi sekalian:

Ceramah motivasi pada tahun ini akan disampaikan oleh tetamu jemputan pada hari
ini. Sblm itu izinkan saya membacakan sedikit biodata beliau..

Penceramah jemputan kita pada hari ini masih muda. Malah beliau ialah
penceramah termuda di SUK Pahang. Berusia 28 tahun, Encik Abdul Hafiz bin
Hamidi yg memiliki Diploma Pengkhususan Syariah dan Undang2 Kuipsas
memegang jawatan Timbalan Pendakwa syarie- di Jabatan Pendakwaan Syariah
pahang. Telah berumahtangga dan pernah menjadi peserta pencetus ummah
musim ke tiga yang dikenali dengan nama PU Angah.

Tuan2 puan2, murid2 yang dikasihi sekalian… Marilah kita sama2 memberikan
tumpuan sepenuhnya atas ceramah yang akan disampaikan oleh beliau. Dengan
itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

CERAMAH

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Encik Abdul Hafiz atas ceramah motivasi
yang telah disampaikan itu tadi. Semoga segala ilmu yang dikongsi bersama dapat
memberikan manfaat dan penguat semangat kepada para ibu bapa penjaga dan
murid2 tahun 6 untuk menyiapkan diri bagi menghadapi peperiksaan UPSR 2019
nanti.

2
Warga SK Tg Agas, Para ibu bapa penjaga dan murid2 sekalian,

Indah budi kerana jasa,

Indah manusia kerana bahasa,

Budimu tuan tidak dilupa,


Semoga bahagia melimpah berkatNya

Sebagai tanda penghargaan, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang


Berusaha, Pn. Salmiah bt. Abd Manan, GB diiringai oleh Pn Hasanah bt. Mat Amin ,
PK PEntadbiran untuk menyampaikan cenderahati kepada Ybbahagia Encik Abdul
Hafiz. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan.

Dengan itu, dijemput En. Abdul Hafiz diiringi oleh YDP Pibg dan pihak pentadbir
untuk menikmati sedikit hidangan yang telah disediakan. Dipersilakan.

Para ibu bapa penjaga yang dihormati sekalian,

Seterusnya adalah Taklimat mengenai UPSR 2019 dan Program Kecemerlangan


UPSR 2019.

TAKLIMAT

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian, seterusnya adalah acara penyerahan
mente kepada mentor. Program Mentor Mentee ini adalah salah satu program wajib
bagi tahun 6. Diminta semua murid dan guru bersedia.

BACA NAMA

Dengan berakhirnya penyerahan mentor mentee tersebut, maka berakhirlah sudah


program kita pada hari ini. Sy selaku wakil pihak majlis sekali lagi mengucapkan
ribuan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai