Anda di halaman 1dari 4

Tuan2 puan2 yang dihormati sekalian,

Majlis pd pagi ini akan dimulakan alunan Asma Al Husna, nyanyian lagu Negaraku, Negeri
Pahang dan Lagu Sekolah. Untuk itu, semua hadirin diminta berdiri dan menyanyi dengan
penuh bersemangat.

NYANYIAN

Terima kasih di atas nyanyian sebentar tadi. Semua hadirin diminta duduk.

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera..

Pergi ke kuala membeli bingka


Sayang pesanan terlupa sudah
Majlis bermula tirai dibuka
Dengan alunan madah yang indah

Yang Dihormati,
En. Mohd Alwazi b. Mohd Zain, Pegawai Polis Perhubungan Sekolah

Yang Berbahagia,
Tn Hj. Juhaimi b. Jalil, YDP PIGB SK Tanjong Agas

Yang Berusaha,
Pn. Salmiah bt. Abdul Manan, GB SK Tanjong Agas

Yang Dihormati,
Pn. Hasanah bt. Mat Amin, PK Pentadbiran

Pn. Junaidah bt. Abu Samah, PK HEM

En. Mohd Raslan b. Hj Din, PK Kokurikulum

Pn. Wardati bt. Omran, Penyelaras Jawatankuasa Pengelola Watikah Pelantikan Pemimpin
Kecil

Ahli2 Jawatankuasa, rakan2 guru, kakitangan sekolah dan murid2 yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah swt kerana dengan izin dan limpah rahmatnya
dapat kita berkumpul pada pagi ini dalam melaksanakan Majlis Watikah Pelantikan
Pemimpin Kecil SK Tanjong Agas 2019 yang dianjurkan oleh Badan disiplin dan Pengawas
SK Tanjong Agas. Selamat datang diucapkan kpd En. Mohd Alwazi b. Mohd Zain ke SK Tg
Agas.
Untuk memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita memanjatkan doa kehadrat ilahi .
Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Mustafar b. Abd. Karim
untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

DOA

Para hadirin sekalian,

Sudilah tuan jalan berlapan


Jalan berlapan dimalam kelam
Sudilah tuan beri ucapan
Kata aluan pemanis kalam

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha, Puan Salmiah bt. Abdul Manan,
GB SK Tanjong Agas untuk menyampaikan ucapan alu- aluan. Dipersilakan.

UCAPAN GB

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn Salmiah di atas ucapan beliau itu tadi.

Tuan2 Puan2 hadirin sekalin,


Seterusnya, majlis menjemput Yg Dihormati, En. Mohd Alwazi b. MOhd Zain, Pegawai
Polis Perhubungan Sekolah untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya mereasmikan Majlis
Watikah Pelantikan Pemimpin Kecil SK Tg Agas 2019. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

UCAPAN PERASMI

Terima kasih di atas ucapan perasmian dari En. Mohd Alwazi sebentar tadi.

Hadirin hadirat, murid2 sekalian,


Tibalah masanya untuk penyampaian Sijil Pemimpin Kecil SK Tanjong Agas 2019. Untuk
itu, dengan segala hormatnya dijemput Pn Salmiah bt. Abdul Manan, GB untuk mengiringi
En. Mohd Alwazi b. Mohd Zain, selaku Pegawai Polis Perhubungan Sekolah bagi
menyampaikan sijil2 tersebut. Dipersilakan.

Penyampaian sijil dimulakan dengan Pengawas Sekolah 2019.


Pengawas Pusat Sumber 2019
Pengawas SPBT 2019
Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas 2019

BACA NAMA
Seterusnya, saya akan umumkan pelantikan Ketua Murid Lelaki dan Ketua Murid
Perempuan. .

BACA BIODATA ADAM

Umum Ketua Murid Lelaki

BACA BIODATA ASLINDAR

Umum Ketua Murid Perempuan

Terima kasih diucapkan kepada En. MOhd Alwazi dan Pn. Salmiah di atas penyampain
watikah sebentar tadi.

Tuan2 puan2 murid2 sekalian,


Majlis diteruskan dengan lafaz ikrar Pemimpin Kecil. Dengan itu, dipersilakan Muhd Adam
Harith b. untuk mengetuai lafaz ikrar. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Muhd Adam Harith, Ketua Murid Lelaki di atas pimpinan
lafaz ikrar sebentar tadi.

Tuan2 puan2, murid2 yang dikasihi sekalian,


Seterusnya marilah kita sama2 mendengar ceramah disiplin yang akan disampaikan oleh
_________________________________. Diharap semua murid dapat memberikan tumpuan
dan mendapat manfaat dari ceramah ini nanti.

Dipesilakan.

Terima kasih diucapkan atas ceramah disiplin sebentar tadi.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput __________________________ untuk


mengiringi Pn Salmiah bt. Abdul Manan, GB bagi menyampaikan cenderahati kepada En.
Mohd Alwazi b. Mohd Zain sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan.

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Kecil SK Tanjong Agas
2019.

Kalau ada sumur di lading


Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Lain kali berjumpa lagi

Sekian. Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai