Anda di halaman 1dari 3

Kata alu-aluan Bismillahirrahmanirrahim ,

pengacara majlis Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Yang Berusaha, Encik Abang Othman Bin Abang Masagus, Pengetua


Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah.
Yang dihormati, Barisan Penolong Kanan, Barisan warden serta staff-staf
sokongan dan
Yang diraikan para pelajar-pelajar asrama tingkatan 5 tahun 2020 sekalian.

Selamat datang ke Majlis Makan Malam Karisma 2020


Bacaan Doa Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada malam berbahagia ini,


marilah bersama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan
oleh Mohamad Nor Zahin Bin Omar Sharif
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Terima kasih diucapkan kepada Mohamad Nor Zahin Bin Omar Sharif
atas bacaan doa itu tadi.
Ucapan Tuan Hadirin dan hadirat yang di Rahmati Allah sekalian
Pengetua dan
MPPA Tibalah kita ke majlis ucapan. Dijemput Wan Amila Fadhlin
selaku Pengerusi dan wakil pelajar Asrama untuk menyampaikan ucapan,
dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Wan Amila Fadhlin atas ucapan itu tadi.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Tuan Pengetua


Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, Encik Abang Othman Bin
Abang Masagus untuk menyampaikan ucapan, Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang Tuan Pengetua Encik Abang Othman
Bin Abang Masagus atas ucapan itu tadi.

Penyampaian Majlis diteruskan dengan acara pengumuman anugerah-anugerah


penghargaan khas Majlis Perwakilan Permata Asrama bagi tahun 2020, bertujuan untuk
untuk MPPA memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang memberi sumbangan
Medal Karisma dan nilai sahsiah yang tinggi sepanjang menimba ilmu di Kolej ini.
Terdapat 3 anugerah yang disediakan pada kali ini dan anugerah-anugerah
tersebut ialah:
1. Tokoh Karisma Akademik
2. Tokoh Karisma Kepimpinan dan
3. Tokoh Karisma Sahsiah

Tanpa dilengahkan masa lagi, acara diteruskan dengan acara pengumuman


bagi kategori anugerah – anugerah yang dinyatakan sebentar tadi.

Dipersilakan Tuan Pengetua Encik Abang Othman Bin Abang


Masagus diiringi Puan Hasmah Binti Abang Omar untuk menyampaikan
hadiah bagi anugerah-anugerah tersebut.
Dipersilakan.....

Anugerah Tokoh Karisma Akademik disandang oleh


Jessica Jackqlyn Anak Jaiem

Anugerah Tokoh Karisma Kepimpinan disandang oleh


Saleha Sundai Anak Abing

Anugerah Tokoh Karisma Sahsiah disandang oleh


Wan Amila Fadhlin Bin Wan Ahmad

Terima kasih kepada Tuan Pengetua Encik Abang Othman Bin Abang
Masagus dan Puan Hasmah Binti Abang Omar diatas kesudian
menyampaikan anugerah sebentar tadi.

Bersurai Dengan berakhirnya acara penyampaian anugerah itu tadi, maka


berakhirlah tugas saya sebagai pengacara majlis pada kali ini.

Kiri jalan kanan pun jalan


Tengah-tengah pohon mengkudu
Selamat jalan belum kami nak ucapkan.
Silalah menjamu selera hidangan sedang menunggu.

Dijemput para hadirin menjamu selera dengan hidangan yang telah


disediakan. Di samping itu, majlis diteruskan dengan tayangan video dan
aktiviti persembahan daripada pelajar jika ada.
Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai