Anda di halaman 1dari 4

PRA ALUAN

Hadirin sekalian.

Kita akan menyanyikan lagu Wilayah Persekutuan dan lagu Negaraku.

Hadirin diminta berdiri dan bersedia.

SALUTASI

Bismillahirahmanirahim….

Yang Berusaha En Zulkaimi bin Mohammed, Guru Besar Sekolah Kebangsaan AU Keramat

Penyelia Petang En Ibrahim Bin Mustapha

Guru-guru penolong kanan

Guru Bimbingan dan Kaunseling

Seterusnya,

Para guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

UCAPAN ALU-ALUAN SELAMAT DATANG

Pada Petang yang indah dan harmoni, majlis mengalu-alukan guru-guru dan murid-murid dalam Majlis
Watikah Pelantikan Pemimpin Sekolah Kebangsaan AU Keramat bagi sesi petang Tahun 2023.

Untuk pengetahuan hadirin, murid-murid yang terpilih sebagai pengawas sekolah, pembimbing rakan
sebaya dan pengawas pusat sumber sekolah dipilih berdasarkan kriteria akademik, sahsiah dan
ketrampilan. Pelantikan murid-murid ini diharap mampu untuk membantu sekolah dalam
memartabatkan ilmu dan disiplin sebagai penggerak utama.

BACAAN DOA SELAMAT

Hadirin sekalian, sebelum majlis beranjak jauh, majlis akan dimulakan dengan bacaan doa.

Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan,al fadhil ust Lukman bin yajid , untuk
menerajui doa selamat sebagai permintaan hajat dan restu, agar majlis kita diberkati hendakNya.

Dipersilakan dengan segala hormatnya.

(Bacaan Doa)

Amin,Amin Ya Rabbal A’lamin. Semoga lafaz doa kita tadi, diberkati Allah s.w.t hendaknya. Terima kasih
diucapkan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

UCAPAN GURU BESAR,

Hadirin yang dimuliakan ,

Majlis akan diteruskan dengan ucapan daripada Tuan Guru Besar.


Dengan ini, majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha, En Zulkaimi
bin Mohammed , Guru Besar Sekolah Kebangsaan AU Keramat untuk menyampaikan ucapan

Dipersilakan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

WATIKAH PELANTIKAN

Hadirin sekalian, majlis seterusnya beralih kepada acara kemuncak yang dinantikan.

Untuk itu, majlis mempersilakan En Zulkaimi bin Mohammed , Guru Besar SekolahKebangsaan AU
Keramat diiringi oleh En Ibrahim bin Mustapha untuk menyempurnakan upacara watikah pelantikan
pemimpin sekolah sesi 2023.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Dipersilakan,

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Zulkaimi bin Mohammed , Guru Besar Sekolah Kebangsaan
AU Keramat kerana menyempurnakan watikah pelantikan sebentar tadi.
BACAAN IKRAR

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar dari barisan pemimpin Sekolah Kebangsaan Au Keramat tahun
2023.

Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan untuk mengetuai bacaan ikrar.
Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih. Semoga lafaz ikrar sebentar tadi menjadi pegangan yang tersemat
dalam diri pemimpin-pemimpin sekolah.

Maka dengan berakhirnya lafaz ikrar tadi,tamatlah sudah majlis kita pada hari ini..semoga majlis ini
mendapat rahmat dan keberkatan DariNya

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai