Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN

KEMERDEKAAN DAN HARI KEBANGSAAN

TARIKH: 14 OGOS 2023 (ISNIN)

NYANYIAN LAGU Diminta kepada semua guru-guru dan murid-


NEGARAKU DAN NEGERI murid bersedia untuk menyanyikan lagu Negaraku
PERAK dan Lagu Negeri Peral

Bismillahirahmanirahim
SALUTASI Assalammualaikum w.b.t. dan Salam sejahtera.

Ceria wajah terserlah manis,

Hati berkobar semangat dibawa,

Sambutan merdeka penyeri majlis,

Sematkan gagah di dalam jiwa

1. Yang Berusaha, Puan Umi Zalina bt Mohd


Ibrahim, Guru Besar SK Methodist

2. Yang dihormati, Encik Azizul Bin Shukri


Penolong Kanan Pentadbiran.

3. Puan Haslinawati bt Mohd Hashim, Penolong


Kanan HEM

4. Puan Nor Amalina bt Mohd Arshad, Penolong


Kanan Kokurikulum.
5. Para guru-guru yang disayangi
6. Seterusnya rakan-rakan sekelian.
Majlis mengucapkan selamat datang ke Majlis
Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia
peringkat Sekolah Kebangsaan Methodist.
Marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran
ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia
dan izin-Nya dapat kita bersatu di sini. Semoga
penyatuan tekad dan semangat ini senantiasa
diiringi kedamaian dan keamanan yang
berpanjangan.
KATA-KATA ALUAN
PENGACARA
Para guru dan murid yang dihormati,

Sambutan kemerdekaan pada kali ini diadakan


sebagai tanda semua guru dan murid-murid di
sekolah ini bersama melangkah seiring
memegang iltizam menjadi warganegara yang
patriotik. Dengan tema, Malaysia MADANI:
Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

BACAAN DOA Hadirin yang dihormati,

Kalau pergi Tanjung Keramat,

Anak manis jangan diangkat,

Bersama kita memohon rahmat,

Moga majlis mendapat berkat.

Untuk itu, pihak majlis menjemput dan


mempersilakan, Al- Fadhil Ustaz

Mohd Rizal bin Daud untuk memimpin bacaan


doa.

Majlis mempersilakan.

– Amin, amin ya Rabbal A’lamin. Majlis


merakamkan ucapan terima kasih.

Hadirin yang dikasihi,

Duduk sekawan si burung unta,

Tepi keramat di waktu malam,

Padamu tuan kami meminta,

Kata azimat pembuka kalam.

UCAPAN GURU BESAR


Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan,
Yang berusaha, Puan Umi Zalina bt Mohd Ibrahim
untuk menyampaikan ucapan seterusnya
merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan
Kebangsaan dan Hari Malaysia bagi tahun 2023

Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan


terima kasih atas kesudian Yang berusaha Puan
Umi Zalilna atas ucapan sebentar tadi.

GIMK PELANCARAN Majlis menjemput Puan Umi Zalina untuk


menyempurnakan gimik pelancaran pada hari ini.
-Melepaskan burung merpati

-Menandatangan papan perasmian yang disediakan

Seterusnya, marilah sama-sama kita saksikan


Tayangan Montaj sempenan Majlis Pelancaran
Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia bagi tahun
2023.
TAYANGAN MONTAJ

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas


tayangan montaj sebentar tadi.

Para guru dan murid yang dikasihi,

DEKLAMASI SAJAK Majlis kita takkan berseri tanpa persembahan


yang dinanti. Untuk menyampaikan
persembahan deklamasi sajak yang bertajuk,
“Negaruku Merdeka, majlis menjemput dan
mempersilakan Nurul Alia Safiya bt Abdul
Qayyum dari kelas 6 Biru untuk
menyampaikannya. Dipersilakan.

–Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas


persembahan deklamasi sajak itu tadi.
Hadirin yang dihormati,

Bagi menaikkan semangat patriotic di dalam diri,


marilah sama-sama kita menyanyikan lagu
patriotic dengan iringan muzik dengan penuh
bersemangat.
NYANYIAN LAGU
PATRIOTIK

Diminta murid-murid dan guru berdiri dan


bersedia dengan bendera untuk dikibarkan
semasa menyanyikan lagu patriotic.

Hadirin yang dihormati,

Majlis kita telah tiba di penghujungnya. Saya


mewakili pihak majlis merakamkan ucapan
terima kasih kepada semua yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam
PENUTUP
merealisasikan majlis pelancaran sambutan
bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia Sekolah
Kebangsaan Methodist edisi tahun 2023 ini.

Sekian. Wabillahitaufik walhidayah


wassalammualaikum w.b.t..

Anda mungkin juga menyukai