Anda di halaman 1dari 5

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha, Puan Che Tom binti Shaari, Guru Besar Sekolah

Kebangsaan Singkir diiringi oleh pihak pentadbir masuk ke dewan.

Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan;
Moga diiring restu Ilahi

Majlis berbesar hati mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Penutupan
Sambutan Bulan Kemerdekaan 2022 peringkat sekolah.

Disana-sini tembakan berbunyi,


Capai merdeka penuh berliku,
Marilah bersama kita menyanyi,
Lagu pertiwi lagu negaraku.

Pohon kerjasama kepada semua hadirin, berdiri dan sama-sama menyanyikan lagu Negaraku
dengan penuh semangat.
Nyanyian lagu Negaraku

Majlis mengucapkan terima kasih, hadirin dipersilakan duduk.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera

Yang Berusaha,
Puan Che Tom binti Shaari
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Singkir

Yang Dihormati,
Penolong Kanan Pentadbiran
Puan Norkhafizah binti Ajlan
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Encik Khairul Nizam bin Abdul Aziz
Penolong Kanan Kokurikulum
Puan Azrina binti Mohamed Ridza

Guru-guru serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Hati-hati membuka peti,


Peti pusaka zaman berzaman;
62 tahun janji ditepati,
Malaysia merdeka penuh keamanan.

Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
rahmat-Nya pada pagi yang penuh barakah ini, kita diberi kesempatan untuk sama-sama
berkumpul bagi Majlis Sambutan Penutup Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia dengan penuh
kedamaian dan keamanan. Kedamaian dan keamanan ini sebagai tanda bahawa negara ini berada
dalam kestabilan politik dan kita mampu berkongsi muafakat untuk hidup bersama .
Sesungguhnya sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda bahawa para guru dan murid
sekolah ini dapat seiring dan sederap melangkah, dengan semangat kesungguhan yang berkobar-
kobar dan beriiltizam tinggi untuk menjadi warganegara yang patriotik.

Anugerah dikecap si anak watan,


Mengangkat senjata bidalan suara;
Menadah tangan memohon keberkatan,
Mendapat restu hidup sejahtera.

Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan saudara _________________________


untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa sebentar
tadi. Semoga majlis nan berlangsung diberkati.

Pahlawan Melayu Gagah Perkasa,


Musuh datang habis dibasmi;
Tuan sudah diberi kuasa,
Sudilah kira, pohon merasmi.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Puan Che Tom Binti Shaari,
Guru Besar SK Singkir untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Penutupan
Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia peringkat sekolah. Majlis mempersilakan.
Kalungan apresiasi buat Yang Berusaha Guru Besar atas ucapan yang dititipkan dan sudi
merasmikan Penutup Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia sebentar tadi.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Terbang tinggi si burung helang,


Berkicau kenari sambil berterbangan;
Insan cemerlang negara terbilang,
Bakat diserlah tanda kecemerlangan.

Majlis pada pagi ini akan diserikan lagi dengan persembahan pakaian beragam oleh murid-murid
comel pra sekolah. Untuk itu, Majlis mempersembahkan.
Peragaan pakaian beragam
Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan itu tadi. Begitu menarik persembahan
murid-murid pra sekolah itu tadi. Untuk pengetahuan semua, persembahan ini di bawah
bimbingan Cikgu Noraini dan Puan Harison.

Hadirin yang dihormati,


Majlis akan diteruskan lagi dengan persembahan Nyanyian Lagu Patriotik Solo dan
Berkumpulan. Untuk pengetahuan semua, peserta yang akan menyanyikan lagu patriotic secara
solo dan kumpulan ini merupakan pemenang bagi pertandingan nyanyian secara solo dan
kumpulan yang telah dianjurkan oleh Panitia Sejarah sempena Bulan Kemerdekaan. Tanpa
melengahkan masa lagi, majlis mempersilakan.

Nyanyian Solo
Nyanyian Kumpulan

Majlis mengucapkan terima kasih di atas persembahan nyanyian yang sangat berbakat itu tadi.
Tahniah dan syabas diucapkan.
Hadirin sekalian,
Majlis akan diteruskan lagi dengan persembahan deklamasi sajak yang bertajuk Bangsa
Merdeka. Sajak ini akan dideklamasikan oleh Athirah Nur Damia binti Muhammad Ridhauddin
yang merupakan peserta bagi pertandingan sajak sempena bulan kemerdekaan. Majlis
mempersilakan.
-sajak-
Majlis mengucapkan terima kasih.

Penyampaian hadiah murid Tahap 1


Bersyukur menjadi rakyat Malaysia,
Bumi bertuah indah permai;
Enam puluh dua tahun kita merdeka,
Rakyat hidup aman damai.

Hadirin sekalian,
Panitia Sejarah telah mengadakan pelbagai aktiviti sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan dan
Hari Malaysia bagi murid-murid dengan jayanya.. Kini tibalah masanya untuk majlis
penyampaian hadiah.

-Oleh itu majlis mempersilakan Pn Tanma a/p Rajasegaran selaku Penyelia Petang untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
- Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Pn Tanma a/p Rajasegaran
penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Persembahan Murid
-Majlis diteruskan dengan persembahan pentomin dan koir patriotik
- Persembahan pentomin dari kelas 5 Dinamik yang bertajuk “Leftenan Adnan Wira Bangsa”.
- Pentomin ini di bawah bimbingan Pn Nafisah.
- Seterusnya persembahan koir patriotik dari kelas 4 Dinamik yang bertajuk “Joget Malaysia”.
- Begitulah persembahan koir patriotik Tahun 4 Dinamik . Kumpulan koir ini di bawah
bimbingan Cik Norhafizah Azman
Penyampaian hadiah Tahap 2
Tiga Puluh Satu Ogos tarikh keramat,
Bersama kita menyambut merdeka;
Bersatu berazam penuh semangat,
Mari pertahankan kemerdekaan kita.
-Untuk pengetahuan hadirin sekalian, murid-murid Tahap 2 telah menyertai pelbagai aktiviti
sepanjang Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Kini masa yang dinanti-nantikan majlis
penyampaian hadiah.
- Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn Che Norizam Binti Abdullah Guru
Besar SK Bangsar untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
- Majlis mengucapkan terima kasih Pn Che Norizam Binti Abdullah di atas penyampaian hadiah
kepada para pemenang.
Penutup acara:
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara. Pihak majlis mohon mengambil
kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan Majlis Penutup Sambutan Bulan
Kemerdekaan dan 1 Malaysia peringkat sekolah ini dapat dilangsung dengan meriahnya. Terima
kasih juga diucapkan kepada semua murid atas kerjasama yang diberikan bagi mengharmonikan
majlis ini.
Tenang-tenang air di kali,
Tempat mandian putra puteri;
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap dimaafi.
-Semua murid dan guru diminta berdiri dan sama-sama menyanyikan tiga buah lagu iaitu
1.1 Malaysia
2.Tanggal 31
3. Negaraku
Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,
Wabillahi Taufik Walhidayah.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai