Anda di halaman 1dari 5

Para guru dan murid-murid diminta mengambil tempat di dalam dewan kerana majlis kita akan

bermula sebentar sahaja lagi.


Mengumumkan ketibaan Yang Amat Berhormat, En Abu Bakar bin Mohd Salleh, Timbalan Pegawai
Pendidikan Daerah Muar Sektor Pengurusan Sekolah dan Yang Berbahagia, En. Mohd Azri bin
Arbain, Pakar Pengkaji Sejarah Perang Dunia Kedua dari Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan
Negeri Johor dengan diiringi Pn Hajah Normala binti Abdul Rahman Pengetua SMK (p) Sultan Abu
Bakar. Dipersilakan tetamu jemputan mengambil tempat.

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t. & selamat sejahtera saya ucapkan kepada

Yang Amat Berhomat, En. Abu bakar bin Mohd Salleh, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Muar
Sektor Pengurusan Sekolah
Yang Berbahagia, En. Mohd Azri bin Arbain, Pakar Pengkaji Sejarah Perang Dunia Kedua dari
Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Johor

Yang berusaha, Puan Hajah Normala binti Abdul Rahman, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan
(P) Sultan Abu Bakar, Muar.

Yang dihormati, Puan Punitha AP Chinnayah, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

Yang dihormati, Puan Robiah binti Abdul Majid, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Yang dihormati, Puan Fariza binti Ahmad, Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

Yang dihormati, Encik Hashim bin Harun, Guru Penolong Kanan Tingkatan 6,

Yang dihormati, Puan Jayamanei A/P Karuppiah, Guru Penolong Kanan Kokurikulum Tingkatan 6,

Yang dihormati, Guru Kanan Mata Pelajaran Bidang Bahasa, En. Samsudin bin Yaacob
Yang dihormati, Guru Kanan Mata Pelajaran Bidang Kemanusiaan, Pn. Siti Sabariyah binti
Ruslan@Ramlan
Yang dihormati, Guru Kanan Mata Pelajaran Bidang Sains & Matematik, En. Neo Teck Leong
Yang dihormati, Guru Kanan Mata Pelajaran dan Bidang Teknik & Vokasional, Pn. Hjh Asmah Binti
Othman

Barisan guru yang disayangi dan pelajar-pelajar sekalian.

Diminta para guru dan pelajar untuk berdiri dengan senyap bagi menyanyikan lagu bangsa Johor dan
lagu Negaraku.

Marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah


s.wt dengan limpah kurnia-Nya dapat kita berhimpun pada pagi ini
sempena Majlis Penutupan Jerayawara Sambutan Bulan Bahasa dan
Bulan Kemanusiaan serta Sambutan Bulan Kebangsaan
Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan Abu Bakar Muar
kali ke-65 tahun 2022.
Bagi memuliakan majlis kita pada pagi ini, marilah kita bersama-sama
menadah tangan memohon berkat agar segala urusan pada pagi ini
berjalan dengan lancar. Untuk itu, majlis dengan sukacitanya
mempersilakan Ustaz Haji Mohammad Noh bin Ahmad
untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

(bacaan doa)

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
atas bacaan doa sebentar tadi.

Para hadirin yang dihormati sekalían,


Majlis pada pagi ini diteruskan dengan persembahan multimedia aktiviti sepanjang Jerayawara
Sambutan Bulan Bahasa dan Bulan Kemanusiaan serta Sambutan Bulan Kebangsaan kali ke-65 tahun
2022.
(tayangan multimedia )
Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pn Wan Zaitun bt Yusoff dan Cik
Rafidah bt Mustaming kerana telah menyediakan persembahan multimedia sebentar tadi.

Seterusnya, majlis menjemput saudari ____________ untuk mempersembahkan ceritanya yang


bertajuk ______________ . Dipersilakan.
(persembahan penglipur lara)
Terima kasih diucapkan kepada saudari ______ atas persembahan yang cukup bermanfaat sebentar
tadi.

Majlis pada hari ini diteruskan dengan persembahan drama oleh pelajar tingkatan 6 SMK (P) Sultan
Abu Bakar, Muar.
(drama)
Demikianlah tadi, persembahan drama yang cukup menarik daripada pelajar tingkatan 6. Majlis
mengucapkan ribuan terima kasih.

Hadirin yang dihomati sekalian,


Tanpa membuang masa, majlis dengan sukacitanya mempersilakan En. Abu Bakar bin Mohd Salleh,
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Muar Sektor Pengurusan Sekolah untuk menyampaikan ucapan
alu-aluan, seterusnya merasmikan Penutupan Majlis Jerayawara Sambutan Bulan Bahasa dan Bulan
Kemanusiaan serta Sambutan Bulan Kebangsaan kali ke 65 tahun 2022 Peringkat Sekolah Menengah
Kebangsaan (P) Sultan Abu Bakar. Dipersilakan.

(ucapan perasmian)

Majlis seterusnya menjemput Puan pengetua, Puan hajah Normala bt Abdul Rahman mengiringi En.
Abu Bakar bin Mohd Salleh bagi melancarkan Gimik Perasmian Penutupan Majlis Jerayawara
Sambutan Bulan Bahasa dan Bulan Kemanusiaan serta Sambutan Bulan Kebangsaan kali ke 65 tahun
2022 Peringkat Sekolah.

Jutaan terima kasih diucapkan.


Sudah tiba saat yang dinanti-nantikan oleh para pelajar. Majlis menjemput ____ bagi menyampaikan
sijil dan hadiah kepada para pemenang aktiviti pertandingan yang dijalankan sepanjang bulan ini.
Dipersilakan.

Kini, majlis menjemput cikgu Zaini bin Abd Aziz bersama 2 pelajar tingkatan 6, bagi
mendeklamasikan sajak patriotik yang bertajuk “Selamat Hari Guru”. Sama sama kita saksikan.
(persembahan sajak)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan sajak yang penuh dengan pengajaran itu.

Hadirin sekalian, majlis kita pada hari ini akan diteruskan dengan persembahan zapin oleh kumpulan
Seni Tari Puteri SMK (P) Sultan Abu Bakar, Muar. Tarian yang akan dipersembahkan ialah tarian
Inang dibawah bimbingan cikgu Abd Hadi bin Shapiai. Dijemput para penari mengambil tempat di
atas pentas.
(zapin)
Terima kasih diucapkan atas persembahan zapin yang penuh semangat sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan, dipersilakan yang dihormati, Puan Hajah Normala
bt Abdul Rahman, Pengetua SMK (P) Sultan Abu Bakar, Muar untuk menyampaikan cenderamata
kepada tetamu kehormat kita, En. Abu Bakar bin Mohd Salleh. Dipersilakan.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Hajah Normala bt Abdul Rahman kerana sudi
menyempurnakan majlis sebentar tadi.
Semua hadirin diminta berdiri untuk Bersama-sama menyanyikan lagu patriotic dan lagu Tema Bulan
Kebangsaan iaitu "Keluarga Malaysia Teguh Bersama". Dijemput semua barisan pengurusan berada
di atas pentas bagi Bersama-sama menyanyikan lagu patriotic dan lagu tema bulan kebangsaan.
Dipersilakan.
(nyanyian lagu)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian lagu patriotic yang penuh semangat daripada
para guru dan murid.

Seterusnya, dijemput cikgu En. Hashim bin Harun bagi mengetuai laungan merdeka sebanyak 3 kali.
Dipersilakan.

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan,
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.
Kini, selesai sudah majlis penutupan jerayawara sambutan Bulan Bahasa dan Bulan kemanusiaan
serta Sambutan Bulan Kebangsaan kali ke 65 tahun 2022 Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan
(P) Sutan Abu Bakar, Muar.
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yarg Berbahagia En. Abu Bakar bin Mohd Salleh
dan En. Mohd Azri bin Arbain atas kesudian menghadiri majlis pada hari ini. Saya mewakili pihak
majis merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam merealisasikan malis kita pada pagi ini.
Majlis dengan ini menjemput yang berbahagia, En. Abu Bakar bin Mohd Salleh dan En. Mohd azri
bin Arbain, diiringi puan pengetua, Pn Hajah Normala bt Abd Rahman untuk menikmati jamuan yang
disediakan. Dipersilakan.

Pelajar-pelajar diminta bertenang dan tetap berada di dalam dewan.

Anda mungkin juga menyukai