Anda di halaman 1dari 3

SAMBUTAN PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN SMART 23/8/2023

Para murid yang dikasihi,


Majlis akan bermula sebentar sahaja lagi, untuk itu dimi
nta semua pelajar untuk senyap dan tumpukan perhatian kepada majlis yang akan berlangsung sebentar
lagi.
Semua guru dan murid berkumpul di Dewan Smart .

Ketibaan Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha , Puan Fauziah Binti Abdul


pentadbir Ghani,Pengetua sekolah kebangsaan abdul rahman talib diiringi oleh penolong-
SMART penolong kanan petadbiran sekolah.
Nyanyian Para guru dan murid dipersilakan berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku,Negeri
lagu Perak dan lagu Sekolah.

Guru-guru dan murid dipersilakan duduk


Ucapan Ke Pekan Kuala membeli bingka,
salutasi Burung merba di pohon cemara,
Majlis bermula tirai dibuka,
Assalammualaikum pembuka bicara.

Bismillahhirrohmanirrohim. Assalammualaikum w.b.t dan salam Sejahtera dan


salam Malaysia Madani.

Yang berusaha,
Puan Fauziah Binti Abdul Ghani, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul
Rahman Talib,

Yang dihormati,
Puan Norzakiah binti Kamri, Penolong kanan pentadbiran,

Yang dihormati,
Encik Muhammad Khairulsaleh bin Mat Judi, Penolong kanan hal ehwal murid,

Yang dihormati,
Encik Azhar bin………, Penolong kanan kokurikulum.

Barisan guru kanan bidang, guru-guru, murid-murid dan warga SMART sekalian,
Kata aluan Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Rahmat Pencipta kerana di atas limpah dan
kurnia-Nya dapat kita bersama-sama berkumpul pada pagi ini bagi menyambut
sambulan pelancaran bulan kemerdekaan peringkat sekolah, SMK Abdul Rahman
Talib 2023.
Bacaan doa Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkahti majlis kita yang penuh bermakna pada hari ini, marilah kita
sama-sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan
oleh………………….. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Cue:setelah selesai bacaan doa


Amin ya rabbal’alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
………………………………… bacaan doa itu tadi.
Ucapan Para guru dan murid sekalian,
laporan guru
bertugas Bagi meneruskan sambutan bulan pelancaran bulan kemerdekaan pada pagi ini,
dengan sukacitanya dijemput guru bertugas untuk menyampaikan laporan.

Cue: setelah selesai laporan guru bertugas

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada guru bertugas di atas laporan yang
telah disampaikan sebentar tadi.
Ucapan GK Terbang di awan burung jentayu,
Kemanusiaan Di atas papan batang selasih,
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.

Seterusnya, bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan ini, dijemput


………………….. guru kanan kemanusiaan untuk menyampaikan ucapan
mengenai sambutan bulan kemerdekaan.

Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan..


Video bulan Ceria wajah terserlah manis,
kemerdekaan Hati berkobar semangat dibawa,
Sambutan Merdeka penyeri majlis,
Semangat gagah di dalam jiwa.

Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan tayangan video pendek berkaitan bulan kemerdekaan.
Deklamasi Seterusnya, guru-guru dan murid-murid sekalian,
sajak Majlis dihangatkan lagi dengan persembahan deklamasi sajak kemerdekaan yang
kemerdekaan akan disampaikan oleh SAUDARI Nur Zuriatul Hidayah Binti……………………..

Berbalas Hadirin sekalian,


pantun Sehabis merah daun yang sihat,
kemerdekaan Dahan melebar bercerita sakan,
Majlis anugerah mohon berehat,
Persembahan pelajar kita saksikan.

Tibalah masa yang dinanti-nantikan. Bagi memeriahkan lagi sambutan majlis,


dipersilakan ………………………… untuk mempersembahkan persembahan
berbalas-balas pantun kemerdekaan. Majlis mempersilakan.

Ucapan Terima kasih di atas persembahan yang sungguh menarik sebentar tadi.
pengetua
Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa,
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.
Seterusnya, bagi meneruskan majlis pada pagi ini, dengan sukacitanya dijemput
yang berusaha, Puan Fauziah binti Abdul Ghani, Pengetua SMK Abdul Rahman
Talib untuk menyampaikan ucapan sekaligus melancarkan sambutan pelancaran
bulan kemerdekaan SMK Abdul Rahman Talib.

(tindakan: gimik yang terlibat siap sedia)


Perarakan Bagi menyemarakkan Sambutan Kemerdekaan Tahun ini,majlis diteruskan lagi
masuk jalur dengan perarakan masuk jalur gemilang.
gemilang

Nyanyian Seterusnya ,diminta semua murid dan guru berdiri tegak untuk menyanyikan lagu -
Lagu lagu patriotik dengan penuh semangat sambil mengibarkan jalur gemilang.
Patriotik
Terima Kasih diucapkan

Laungan Akhir kata, tamatlah sudah majlis kita pada pagi ini.Sekali lagi Syabas dan tahniah
3kali kepada warga SMART kerana dapat bersama -sama dalam SAMBUTAN BULAN
MERDEKA KEMERDEKAAN KALI KE-66 INI. Sebelum majlis berakhir,majlis menjemput
Encik Khairulsalleh Bin Mat Judi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bagi
mengetuai laungan ayat keramat MERDEKA sebanyak 3kali.

Majlis mempersilakan.

Penutup Majlis mengucapkan ribun terima kasih kepada Encik Khairulsalleh Bin Mat Judi
Majlis atas kesudiaan beliau mengetuai laungan kemerdekaan sebentar tadi.

Dengan berakhirnya laugan Merdeka sebentar tadi,maka lengkaplah majlis


sambutan bulan kmerdekaan kali ke-66 SMK ABDUL RAHMAN TALIB.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua guru dan murid atas


kehadiran dan krjasama anda.

SEKIAN TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai