Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN JURU ACARA

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN SKTG


TARIKH: 20 OGOS 2021 (JUMAAT)

CUE ANN CATATAN


Jejaran mengkudu berbias kesuma,
Senarai Protokol Di celah angsana di tanah jawa,
Ucapan aluan pembuka bicara,
Di medium ini kita bersua.

Bismillahurrahmanirrahim
Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh dan salam
sejahtera.

Yang Berusaha,
Puan Rosni Binti Noran
Guru Besar Sk Taman Gembira

Yang Dihormati,
Tn Hj Zulkafli Bin Mad Arus,
Yang Dipertua PIBG Sk Taman Gembira

Yang Dihormati,
Encik Mohd Rozaidi Bin Azizan,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

En Mohd Maa’ruf Bin Mohd Mindar.


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

En Azman Bin Ali


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Serta barisan guru, murid serta ibu bapa yang dihormati


sekalian.
Kata-kata aluan Pengerusi
Majlis Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana
dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama
dalam Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kebangsaan SK
Taman Gembira bagi tahun 2021.

Nyanyian lagu Sebagai pembuka tirai majlis pada pagi ini , marilah sama-
sama kita menyanyikan lagu Negaraku. Semua guru dan
murid diminta berdiri dan bersedia bagi sama-sama
menyanyikan lagu.
Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari ini, marilah
Bacaan doa sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa
yang akan dipimpin oleh ustaz Muhammad Hisamudin Bin
Parman. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


kasih atas bacaan doa itu tadi
Kata alu-aluan Hadirin sekalian,

Sambutan kemerdekaan pada tahun ini berbeza daripada


tahun-tahun sebelumnya berikutan wabak covid-19 yang
melanda di seluruh dunia. Namun begitu, ini tidak seharusnya
memudarkan semangat kemerdekaan kita, sebaliknya kita
semua perlu menghayati erti kemerdekaan dalam lensa
kebiasaan baharu.

Ucapan Penyelaras Program Dengan ini, majlis pada pagi ini dimulakan dengan ucapan
khas sempena hari yang akan disampaikan oleh adik
Muhammad Asyf Suhayl bin Mohd Hafizullah selaku ketua
pengawas.

Mari sama sama dengar ucapannya.


Ucapan YDP PIBG Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan ucapan Perasmian


Hari Guru yang akan dimulakan oleh Yang Dihormati, Tn Hj
Zulkafli Bin Mad Arus, Yang Dipertua PIBG Sk Taman
Gembira untuk menyampaikan ucapan beliau.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

*Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih


kepada Tn Hj Zulkafli Bin Mad Arus atas ucapan sebentar
tadi
Ucapan Guru Besar Kini, majlis diteruskan lagi dengan menjemput Puan Rosni
Binti Noran, Guru Besar SK Taman Gembira untuk
menyampaikan ucapan alu aluan dan sekaligus merasmikan
Sambutan Bulan Kebangsaan Sk Taman Gembira.

Dipersilakan puan

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih Pn Rosni Binti


Noran atas kesudian menyampaikan ucapan alu-aluan dan
menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Bulan
Kebangsaan, sebentar tadi. Semoga dengan itu, akan
bersemaraklah semangat cintakan negara di sanubari setiap
warga SK Taman Gembira.
Ucapan Perutusan Hadirin dan hadirat
Tanpa membuang masa, Kini tibalah kita ke acara kemuncak
iaitu acara Gimik Perasmian. Marilah kita menonton tayangan
montaj yang telah disediakan oleh pihak pengurusan majlis.

Terima kasih diucapkan atas tayangan montaj itu tadi.

Nyanyian Lagu Hari Guru Sekarang tibalah pula masa untuk kita sama sama
menyanyikan lagu Tanggal 31 Ogos dengan penuh
bersemangat. Semua diminta bersedia untuk nyanyian lagu
dengan penuh semangat sambil mengibarkan jalur gemilang.

Dengan berakhirnya nyanyian sebentar tadi, maka lengkaplah


majlis perasmian sambutan bulan kebangsaan Sk Taman
Gembira.
Bunga seroja di atas para
Penutup Jatuh ditimpa buah berangan
Andai kata tersilap bicara
Maaf jua kami pohonkan

Dengan kata-kata ini maka.....

Selesailah sudah Majlis Perasmian Sambutan Bulan


Kebangsaan bagi tahun 2021

Pihak majlis juga mengucapkan ribuan terima kasih ke atas


barisan guru yang terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung dalam menjayakan majlis pada hari ini.

Harapnya pada tahun hadapan kita sama sama dapat


berkumpul bagi meraikan sambutan bulan kebangsaan secara
fizikal bersama seluruh warga sekolah.

Akhir kata, saya bagi pihak majlis memohon maaf jika


terdapat sebarang kesilapan sepanjang mengendalikan majlis
ini. Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu
datangnya dari diri saya sendiri.
Saya sudahi majlis dengan w.b.t wassalamualaikum
warahmatullah hi wabaratuh. Dengan ini majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai