Anda di halaman 1dari 5

Para guru dan murid yang dikasihi,

Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu dimint semua murid untuk
senyap dan tumpukan perhatian kepada majlis yang akan berlangsung.

Majlis dimulakan denga nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor


dan Lagu Sekolah.
Para guru dan murid dipersilakan berdiri.

*Nyanyian Lagu

Majlis mengucapkan terima kasih dan hadirin dipersilakan duduk.

Ke Pekan Kuala membeli nangka,


Burung merba di pohon cemara,
Majlis bermula tirai dibuka,
Assalammuaalaikum pembuka bicara.

Bismillahirrahmannirrahim...

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan Salam Malaysia Madani.

Yang Berusaha Puan Badriah binti Jaafar, Penolong Kanan Pentadbiran


SK Beranang,

Yang dihormati Encik Abu talib bin Ismail, Penolong Kanan Kokurikulum
SK Beranang,

Yang dihormati Puan Fuaadah binti Mujir, Penolong Kanan PPKi

Barisan guru-guru dan seterusnya rakan-rakan yang dikashi sekalian.


Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Rahmat Pencipta kerana di atas limpah
dan kurnia-Nya dapat kita bersama-sama berkumpul pada pagi ini bagi
menghadiri perhimpunan Sambutan Pelancaran Bulan Kemerdekaan
Peringkat Sekolah, SK Beranang 2023.

Hadirin sekalian,

Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan;
Moga diiring restu Ilahi.

Bagi memberkati majlis kita yang penuh bermakna pada hari ini, marilah
kita sama-sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh Al-Fadhil Ustaz Azman bin Ahmad. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

*Bacaan Doa

Amin amin Ya Rabbal ‘Alamin...


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
oleh Al-Fadhil Ustaz Azman bin Ahmad atas bacaan doa itu tadi.
Sudilah tuan jalan berlapan,
Jalan berlapan di malan kelam,
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Seterusnya,
Memulakan bingkisan ucapan, majlis mempersilakan Puan Nurul Hidayah
binti Abdullah untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

*Ucapan

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha, Puan Badriah binti


Jaafar, Penolong Kanan Pentadbiran SK Beranang bagi menyampaikan
ucapan perasmian. Dengan penuh tunduk kasihnya, dipersilakan.

*Ucapan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas ucapan perasmian itu tadi.

Hadirin sekalian,

Majlis sekali lagi menjemput Yang Berusaha, Puan Badriah binti Jaafar,
Penolong Kanan Pentadbiran SK Beranang diiringi oleh barisan Penolong
Kanan SK Beranang Encik Abu Talib bin Ismail, dan Puan Fuaadah binti
Mujir untuk menyempurnakan gimik dan simbolik pelancaran Bulan
Kemerdekaan 2023. Majlis mempersilakan.
*Gimik Pelancaran

Majlis merakam ucapan terima kasih atas penyempurnaan gimik


pelancaran sebentar itu tadi.

Hadirin yang dihormati,

Tibalah masa yang dinanti-nantikan. Untuk itu dipersilakan kumpulan murid


tahun 4 untuk mempersembahkan tarian sempena sambutan pelancaran
bulan kemerdekaan peringkat sekolah 2023. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu-lagu patriotik. Untuk itu, para
guru dan murid yang dikasihi dipersilakan untuk berdiri dan mengibar
bendera bagi sama-sama menyanyikan
Lagu
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
dipersilakan.

Hadirin sekalian,
Dengan berakhirnya nyanyian lagu patriotik itu tadi, maka berakhirlah
majlis kita pada pagi ini.
Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh tepi jambangan,
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra Kenangan sepanjang zaman.

Saya mewakili jawatankuasa program memohon ampun ke atas salah dan


silap sepanjang pengendalian majlis.

Sekian terima kasih dan salam hormat.


Majlis disudahi dengan bacaan surah Al-Asr

Anda mungkin juga menyukai