Anda di halaman 1dari 2

Teks Majlis Bulan Kemerdekaan 2022

Kata alu-aluan Yang Berusaha, Datin Halida binti Zakaria, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
pengerusi
Yang Dihormati,

Puan Hazlina binti Musapha, Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum,

Puan Azita Bt Abidin, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Pn Sarimah bt Omar Guru Penolong Kanan Petang

barisan pendidik serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera.

Selamat datang ke Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan peringkat Sk marian


convent.

Bacaan Doa Bagi memohon keberkatan majlis kita pada pagi ini, majlis menjemput al fadhil
Ustaz Mohd Rizam bin Zamri untuk membacakan doa. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan

-------------------- bacaan doa -------------Amin amin ya rabbal alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


Ustaz Mohd Rizam bin Zamri atas bacaan doa itu tadi.

Nyanyian Lagu Para guru dan murid diminta untuk berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku
Negaraku
Para guru dan murid dipersilakan duduk.
Ucapan Perasmian Sudilah Tuan jalan berlapan
Jalan berlapan di malam kelam
Sudilah tuan beri ucapan
Kata aluan pemanis kalam

Seterusnya, memulakan bingkisan ucapan.

Majlis menjemput Hazlina binti Musapha bagi menyampaikan ucapan seterusnya


merasmikan program Bulan Kemerdekaan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas perasmian sebentar tadi.


Persembahan Seterusnya marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan multimedia.
Multimedia
Persembahan Murid Hadirin sekalian, tibalah masa yang kita nanti-nantikankan iaitu menyaksikan
persembahan daripada murid-murid Sk Marian convent.

Begitulah tadi persembahan murid-murid. Tahniah diucapkan kepada murid


yang terlibat juga kepada guru yang melatih.
Nyanyian Lagu Hadirin Sekalian,
Patriotik
Marilah kita sama-sama menyanyikan Lagu Patriotik. Semua hadirin dijemput
berdiri dan menyanyikan dengan penuh semangat.
Penutup Hadirin Sekalian,

Dengan berakhirnya nyanyian lagu patriotik sebentar tadi, maka berakhirlah


majlis perasmian bulan kemerdekaan peringkat SK Marian Convent.

Akar keladi melilit selasih


Selasih tumbuh tepi jambangan
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman

Saya mewakili jawatankuasa program memohon ke atas salah dan silap


sepanjang pengendalian majlis.

Sekian terima kasih dan salam hormat.

Anda mungkin juga menyukai