Anda di halaman 1dari 9

BIL MC TEKS PENGACARA MAJLIS

1. YANIE PRE-ANNOUNCEMENT
PERHATIAN. MOHON KERJASAMA SEMUA MURID UNTUK
BERTENANG DAN SENYAP KERANA MAJLIS SAMBUTAN AMBANG
KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2019 AKAN DIMULAKAN
SEBENTAR LAGI. TERIMA KASIH

2. YANIE KETIBAAN TETAMU KEHORMAT


Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Yang Berusaha
Encik Mohd Amin Bin Abd Rahman
Pengetua SMK Sungai Pusu

Puan Rahmat Bebe Bt Abdul Razak


Penolong Kanan
SMK Sungai Pusu

Cik Norazlinawati Bt Nordin


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SMK Sungai Pusu.

Puan Hamidah Bt Buang


Penolong Kanan Kokurikulum,
SMK Sungai Pusu.

Guru-guru kanan matapelajaran, rakan-rakan guru dan para murid yang


dikasihi sekalian.

Selamat Datang ke Majlis Sambutan Ambang Kemerdekaan


Peringkat Sekolah 2019

Tebang pokok saka,


Sama pokok ara,
Negara sudah merdeka,
Rakyat hidup sejahtera.

Alhamdullilah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat sama-sama


berkumpul di dewan yang indah ini untuk satu program yang berteraskan
patriotisme. Untuk makluman semua warga SMK Sungai Pusu,
sepanjang bulan Kemerdekaan ini variasi pertandingan telah
direncanakan. Diantaranya adalah Pertandingan Keceriaan Kelas
bertemakan Kemerdekaan, ___________________________________
__________________________________________________________
dan banyak lagi. Setiap pertandingan ini, dikelolakan dan dipantau oleh
Panitia Sejarah, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Panitia
Syariah Islamiah. Alhamdullilah, semua program yang direncanakan
berjalan dengan lancar dan jayanya. Tahniah diucapkan kepada semua
guru dan murid yang telah merealisasikan program ini jadi nyata.

3 YANIE BACAAN DOA

Tetak buluh panjang sepuluh,


Mari jolok sarang penyengat,
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa diminta biar selamat.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan hormatnya
mempersilakan ________________________________________ untuk
tampil memimpin bacaan doa.

Amin... Amin... ya Rabbal Alamin...

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


________________________ atas bacaan doa sebentar tadi.

5 YANIE NYANYIAN
*Hadirin dipohon berdiri bagi menyanyikan

Lagu Negaraku
Lagu Negeri Selangor
Lagu Jalur Gemilang

Hadirin dipersilakan duduk.

6 YANIE MONTAJ KEMERDEKAAN


Hadirin sekalian,

Mohon mengalihkan pandangan anda ke layar putih, bagi sama-sama


menyaksikan montaj sambutan ambang kemerdekaan yang telah
disediakan khas. Sama-sama kita saksikan.

6 YANIE PERSEMBAHAN MERDEKA


Hadirin sekalian,

Seterusnya, marilah sama-sama kita saksikan satu tayangan multimedia


yang bertajuk “Bunga Bangsaku” yang berkisarkan tentang erti sebuah
kemerdekaan.

Demikianlah tadi, sebuah tayangan multimedia yang penuh dengan erti


sebuah kebebasan, perpaduan yang seharusnya tersemai erat di
sanubari kita sebagai rakyat Malaysia.

Hadirin sekalian,

Tanpa melengah-lengahkan masa, kita beralih ke persembahan yang


seterusnya iaitu persembahan daripada seorang Daie Sebestari. Beliau
yang saya maksudkan adalah Adik Lugman Khadafi Bin Mushlik dari
kelas 3 Bestari dengan tajuk persembahan ialah Kebebasan.

Terima kasih diucapkan kepada adik Lugman Khadafi atas


persembahan sebentar tadi.
7 YANIE PERSEMBAHAN NASYID
Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
Seterusnya, kita akan disajikan dengan persembahan yang tidak
asing lagi di kalangan kita semua. Pastinya persembahan nasyid
daripada Kumpulan An-Nusra. Untuk makluman hadirin sekalian, lagu
yang akan didendangkan sebentar nanti bakal akan dipertandingkan
di Pertandingan Nasyid ASAT di Sekolah Maahad Hamidiah, di
Kajang pada hari Khamis nanti. Dengan takzimnya dipersilakan
Kumpulan An-Nusra dengan lagunya Rukun Iman. Sama-sama kita
saksikan.

Begitulah tadi persembahan nasyid . Mendayu-dayu aluanan


iramanya yang mampu meruntum hati dan sanubari sang
pendengarnya. Terima kasih diucapkan kepada Kumpulan An-Nusra
di atas persembahan sebentar tadi.

4. YANIE UCAPAN PERASMIAN PENUTUP


Hadirin sekalian,
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak berkat ilmu tanpa amalannya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara.

Sebagai pembuka acara, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan Yang Berusaha, Encik Mohd Amin Bin Abd Rahman,
Pengetua, SMK Sungai Pusu untuk menyampaikan ucapan dan
sekaligus merasmikan Sambutan Ambang Kemerdekaan Peringkat
Sekolah 2019. Dengan ini majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan Yang Berusaha


Encik Mohd Amin Bin Abd Rahman sebentar tadi.

8. YANIE PENYAMPAIAAN HADIAH 1 – KUIZ PJK


Hadirin yang dihormati,

Majlis diteruskan dengan acara seterusnya, iaitu majlis penyampaian


hadiah kepada para pemenang bagi
_____________________________________ yang dianjurkan oleh
Panitia _______________________________.

Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan Puan Akmal Fadzillah Bt Mohamad, PK HEM untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Mendahului senarai,

Dijemput Saudara Mohd Hanif Bin Abdul Jalil untuk menerima


cendaramata sebagai tanda terima kasih dan penghargaan daripada
pihak sekolah di atas kesudian beliau hadir pada hari ini untuk
mendeklamsikan sajak sebentar tadi.

Terima kasih diucapkan kepada Saudara Mohd Hanif.

Seterusnya,

Acara …………………………….

Tempat ke-3 = ……………………………… kelas …………………….


Tempat N. Johan = ……………………………… kelas …………………….
Tempat Johan = ……………………………… kelas …………………….

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Akmal Fadzillah


atas kesudian menyempurnakan upacara sebentar tadi dan sekalung
tahniah diucapkan kepada para pemenang.

10. YANIE PERSEMBAHAN 1 – Nasyid


Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Seterusnya, kita akan disajikan dengan persembahan yang tidak


asing lagi di kalangan kita semua. Pastinya persembahan nasyid
daripada Kumpulan An-Nusra. Untuk makluman hadirin sekalian, lagu
yang akan didendangkan sebentar nanti bakal akan dipertandingkan
di Pertandingan Nasyid ASAT di Sekolah Maahad Hamidiah, di
Kajang pada hari Khamis nanti. Dengan takzimnya dipersilakan
Kumpulan An-Nusra dengan lagunya Rukun Iman. Sama-sama kita
saksikan.

Begitulah tadi persembahan nasyid . Mendayu-dayu aluanan


iramanya yang mampu meruntum hati dan sanubari sang
pendengarnya. Terima kasih diucapkan kepada Kumpulan An-Nusra
di atas persembahan sebentar tadi.

11. YANIE PENYAMPAIAAN HADIAH 2 – SEJ & PSV


Hadirin yang dihormati,

Kita selangkan majlis kita pada pagi ini, dengan upacara penyampaian
hadiah yang seterusnya.

Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan Puan Zaharah Bt Saad, Penolong Kanan untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi pertandingan yang
dikelola oleh Panitia Sejarah dan Panitia Pendidikan Seni.

Mendahului senarai,

Acara ……………………………..

Tempat ke-3 = ……………………………… kelas …………………….


Tempat N. Johan = ……………………………… kelas …………………….
Tempat Johan = ……………………………… kelas …………………….

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Zaharah atas


kesudian menyempurnakan upacara sebentar tadi dan sekalung tahniah
diucapkan kepada para pemenang.

12. YANIE PERSEMBAHAN 3 – Nyanyian


Hadirin yang dihormati,

Seterusnya, kita akan disajikan dengan satu persembahan yang bakal


mengetarkan jiwa, mengusik hati pabila mendengarnya. Dari Dewan
Mutiara Bestari kami bawakan Saudara Mohd Alias Shah Bin Amiruddin
yang akan menyampaikan sebuah lagu yang bertajuk Warisan.
Dipersilakan.

Begitulah tadi persembahan yang mantap dan mengasyikkan. Terima


kasih diucapkan dan buat pengetahuan hadirin, Saudara Mohd Alias
Shah Bin Amiruddin telah dinobatkan sebagai peserta Terbaik Lelaki
ColorGuard, Team Merdeka Dancer sempena Hari Sambutan
Kemerdekaan yang ke 58 yang lepas di Dataran Merdeka. Tahniah
diucapkan.

13. YANIE PENYAMPAIAAN HADIAH 3 – PSI & PSK


Hadirin yang dihormati,

Kita redakan seketika kehangatkan persembahan kita pada pagi ini,


dengan memberi laluan untuk upacara penyampaian hadiah kepada
para pemenang bagi pertandingan yang telah diadakan sepanjang Bulan
Kemerdekaan.

Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan Puan Arfah Bt Abd Rahman untuk menyampaikan
hadiah kepada para pemenang bagi pertandingan yang dikelola di
bawah Panitia Syariah Islamiah dan Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan.

Mendahului senarai,
Acara ……………………………..

Tempat ke-3 = ……………………………… kelas …………………….


Tempat N. Johan = ……………………………… kelas …………………….
Tempat Johan = ……………………………… kelas …………………….

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Arfah atas


kesudian menyempurnakan upacara sebentar tadi dan sekalung tahniah
diucapkan kepada para pemenang.

Dimohon Puan Arfah untuk terus kekal berada di atas pentas dan
dijemput semua barisan pentadbir dan guru kanan mata pelajaran untuk
turut sama berada di pentas untuk meneruskan acara kemuncak pada
pagi ini. Dipersilakan.

15. YANIE NYANYIAN BERAMAI-RAMAI


Hadirin yang dihormati,

Mengakhiri majlis kita, pada pagi yang gemilang ini. Marilah kita sama-
sama menyanyikan lagu-lagu patriotik iaitu Lagu Tema tahun ini iaitu
Malaysia Bersih dan Tanggal 31 Ogos.

Semua hadirin diminta berdiri dan bersedia untuk menyanyi dengan


penuh semangat patriotik dan diketuai oleh murid-murid yang telah
membuat persembahan sebentar tadi.

16. YANIE PENUTUP

Dengan nyanyian lagu-lagu patriotik itu tadi, maka berakhirlah Sambuta


Ambang Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2019 kita pada pagi ini.

Hadirin sekalian,

Samudera taufan direnang sufi


Ombak segara terbentang tenang
Segala kekhilafan mohon dimaafi
Jangan berbekas dibawa pulang.

Bagi pihak Jawatankuasa Majlis, kami merakamkan sekalung budi


junjungan kasih kepada;

 Yang Berusaha Encik Mohd Amin Bin Abd Rahman


 Dan setiap individu serta semua pihak yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis kita pada
hari ini.
Sekian, Wabilahitaufiq walhidayah, wassalamualaikum wbt dan jumpa
lagi.

Anda mungkin juga menyukai