Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS

KARNIVAL DAKWAH SEKOLAH-SEKOLAH WP PUTRAJAYA TAHUN 2017

TAHUN 2017

P.I.C CUE ANNOUNCEMENT


Sebelum majlis Diminta semua hadirin untuk duduk dengan tenang sebelum kita meneruskan
majlis kita pada pagi ini

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah . . .
EZZAT UCAPAN ALU- Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh, salam mahabbah dalam salam
ALUAN Karnival Dakwah dan salam 1 Malaysia.

Lafaz bismillah pembuka bicara


Ucapan salam eratkan ukhwah
Bersua pandang bersapa mesra
Festival Nasyid disambut meriah

Yang berbahagia,
Ustaz HashrulAidil bin Maslan
Penolong Pengarah Unit Pendidikan Islam JPWPP

Yang Berusaha,
Ustaz Marzuki Bin Jusoh
Pen Pengarah Unit Pendidikan Islam JPWPP
Yang Berusaha,Pengetua dan Guru Besar

1
Pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya

Hakim-hakim pertandingan

Guru-guru

Seterusnya para peserta yang dikasihi lagi dirahmati.

Selamat datang diucapkan kepada tetamu kehormat /dan hadirin sekalian ke


Karnival Dakwah Sekolah-sekolah peringkat WP Putrajaya Tahun 2017

Pergi ke laut menangkap ikan


AKRAM Membawa pulang si ikan tenggiri
Kehadiran semua amat dialukan
Moga Majlis bertambah seri.

Alhamdulillah / Marilah kita merafak syukur ke hadrat Ilahi /kerana dengan limpah
izin-Nya / pada pagi yang berbahagia ini / Warga Pendidikan Putrajaya dapat
bersama-sama memeriahkan program / Karnival Dakwah Sekolah-Sekolah WP
Putrajaya / Tahun 2017. Untuk pengetahuan semua / Karnival Dakwah Sekolah-
Sekolah pada tahun ini bertemakan Al-Quran Asas Pembinaan Ilmu dan
Penyempunaan Akhlak

AKRAM BACAAN AL- Bunga mawar cantik tersemat


FATIHAH Dipetik gadis di tepi titi
Ummul Furqan dibaca memohon Rahmat

2
Moga Majlis sentiasa diberkati

Sebelum meneruskan pertandingan nasyid kategori sekolah menengah, kita buka


majlis kita pada pagi ini dengan bacaan Ummul Furqan, Al-Fatihah

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


SELESAI
BACAAN DOA Insya Allah
Semoga diterima doa munajat
Semoga tulus hasrat dan niat
Semoga selamat mencapai hajat
Semoga majlis mendapat berkat. Amin

EZZAT NAMA HAKIM Untuk pengetahuan semua, persembahan nasyid akan dinilai melalui 4 elemen.
Persembahan, suara, lirik dan lagu. Berikut merupakan barisan hakim yang
mengadili para peserta pada kali ini.

1. Al Fadhil Ustaz Mohd Zainaphi B Zainal – Maahad Hamidiah, Kajang


2. Fahilatul Ustazah Natapah Bt Haji Haron – SK LB Johnson, Seremban
3. Al Fadhil Ustaz Reza Shahrezan B Baharuddin – SK Bandar Tun Hussein
Onn, Cheras
4. Al Fadhil Ustaz Nik Ahmad Afham Bin Nik Abdullah – SM Integrasi Sains
Tahfiz MAIWP

Sebelum meneruskan pertandingan, saya menjemput Al Fadhil Ustaz Mohd


Zainaphi B Zainal , selaku ketua hakim pertandingan untuk menyampaikan
taklimat kepada peserta.

3
******Taklimat
PERSEMBAHA
Terima kasih di atas taklimat yang disampaikan oleh Tuan Mohd Zainaphi sebentar
N NASYID
tadi
PERTAMA
Hadirin sekalian,

Beralas cindai cincin permata,


Bertatah delima kilau-kilauan:
Karnival Dakwah akan bermula;
Halwa telinga kami sajikan.

Untuk itu ,majlis dengan penuh takzim mempersilakan kumpulan nasyid


____________ iaitu, Kumpulan __________ untuk membuat persembahan

Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan yang cukup memukau
dan bertenaga sebentar tadi.
Seterusnya, kita bakal disajikan lagi dengan persembahan daripada kumpulan
PERSEMBAHA nasyid ___________. Oleh itu, majlis dengan segala hrmatnya menjemput
N NASYID KE kumpulan _________
DUA DAN
SETERUSNYA Dipersilakan.

Kalungan apresiasi diucapkan kepada semua peserta yang telah menyampaikan


REHAT persembahan sebentar tadi. Insya allah, majlis akan diteruskan lagi jam 2.00
petang. Dijemput semua peserta untuk menikmati juadah tengah hari yang telah
disediakan.

4
SELEPAS Alhamdulillah , kita sudah menunaikan solat fardhu Zohor secara berjemaah
REHAT sebentar tadi. Diaharapkan semua peserta bersedia untuk meneruskan majlis.

Jadi, tanpa mlengahkan masa, majlis menjemput . . . .

PERSEMBAHA
N NASYID
TERAKHIR

PENUTUP Gugur merata buah kuini,


Menghijau pohon subur dibaja,
Majlis kita berakhir di sini,
Silap dan salah maaf dipinta,

Segala kelemahan harap dimaafi,


Segala kerjasama amat dihargai,
Terima kasih sekalung budi,
Kenangan indah simpanlah di hati...

Buat akhirnya, majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan


terima kasih kepada, para juri, para jemputan jemputan dan hadirin hadirat serta

5
semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam menjayakan majlis
sebentar tadi.

Hadirin dijemput untuk menikmati jamuan ringan yang disediakan.

Sekian.. Wabillahittaufiq wal hidayah wassalamualaikum


warahmallahibarakatuh

Anda mungkin juga menyukai