Anda di halaman 1dari 5

TEKS MAJLIS PERPISAHAN

BIL SKRIP CATATAN


1. SALUTASI

Yang dirai
Pn Ku Zainab binti Ku Saad
Pn Sofliza binti
Encik Azizan bin bakar
Pn Sharfiza binti Shamsir Alam.

Yang berusaha
Pn Rosiah binti Safuan , Guru Besar Sekolah Keb Dato Syed Nahar.

Yang dihormati
Encik Hazri Hizan b Haron Yang Dipertua PIBG sekolah Keb Dato
Syed Nahar.

Yang berusaha
Pn Nor Azihan bt Md Nawawi, Penolong Kanan Pentadbiran

Pn Nur Shafizah bt Bakar, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Yang dikasihi
Rakan-rakan guru, sekalian.

2.
Pengenalan Majlis.
Sawah menghijau di tengah bendang,
Tumbuh di pinggir pohon bidara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
ASSALAMUALAIKUM WBT

Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan izin dan rahmatNya,


dengan iradat dan inayahNya, kita semua dipertemukan lagi pada
hari yang berbahagia ini, dalam satu majlis yang sungguh indah
dan meriah bagi meraikan perpisahan rakan guru dan juga
mengalu-alukan kehadiran guru baharu ke sk dato syed Nahar.
3 BACAAN DOA

Hadirin sekalian,
Bagi memberkati majlis kita ini, marilah kita mengaminkan bacaan
doa yang akan dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Munawwar
Fazli bin Mohamad untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
………………………………………
Aminn….amin…yarobbal alamin.
Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz Mohd Munawwar
Fazli atas bacaan doa sebentar tadi.

4 Hadirin sekalian

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Cikgu Zulkifli bin


Ahmad Pengerusi Badan Kebajikan Guru dan Staf untuk
menyampaikan ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
…………………………………………………
Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Zulkifli Bin Ahmad atas
ucapan sebentar tadi.

6. Hadirin Sekalian,
Seterusnya majlis mempersilakan Yang Dipertua PIBG,Encik Hazri
Hizan bin Haron untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.
…………………………………………….
Terima kasih diucapkan kepada Encik Hazri hizan bin Haron atas
ucapan sebentar tadi.

8. Hadiran Sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Dato Syed Nahar, Puan Rosiah bt Safuan untuk
menyampaikan ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
…………………………………………….
Terima kasih diucapkan kepada Puan Guru Besar atas ucapan
sebentar tadi.

9. Ucapan Yang dirai

Berdayung sampan ke tanah Semenanjung,


Hendak membeli tikarlah rotan,
Budi dikenang bakti disanjung,
Kekal subur dalam ingatan,

Hadirin sekalian,

Majlis ini diteruskan lagi, dengan penuh rasa hormat dan kasih,
menjemput ______________________________________ untuk
menyampaikan ucapan.
Majlis dengan segala takzimnya mempersilakan.

……………………………
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang dirai
………………………………………………….. atas ucapan sebentar
tadi. Semoga amanat yang disampaikan sentiasa tersemat di jiwa,
berlegar di minda.

10 Cenderamata
Hadirin sekalian.
Majlis diteruskan lagi dengan sesi penyampaian cenderamata
sebagai tanda kenang-kenangan. Bagi menyempurnakan sesi ini
majlis mempersilakan
………………………………………………..diiringi oleh Pn Rosiah
binti Safuan dan Pn Nor Azihan Muhd Nawawir untuk naik ke
pentas / ke hadapan pentas.

Bagi memulakan sesi penyampaian ini, majlis menjemput


1.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada yang dirai


…………………………………………………………… atas kesudian
menerima cenderamata itu tadi.

Penutup

Hadirin sekalian
Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu untuk kita semua
menjamu selera.
Semua tetamu dan guru-guru dipersilakan untuk menikmati
hidangan yang telah terhidang. Dipersilakan

Saya selaku pengacara majlis ingin memohon ribuan kemaafan


andai ada salah silap sepanjang kami berdua mengacarakan majlis
ini.

Sekian , terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai