Anda di halaman 1dari 2

Bismillahirrahmanirrahim ,assalamualaikum wArahmatullahi wabarakatuh

Yang Berusaha, En. Mohsin bin Salleh, guru besar sk parit bilal,
Yang dihormati, Barisan Penolong Kanan, Barisan Ketua Panatia,
Wakil PIBG, ............................................................,
Yang diraikan, Puan Azlina bt Saidi,dan Barisan guru-guru sokongan yang dirahmati ALLAH
sekalian,
                                                                                      
Selamat Datang ke : Majlis ”.....................................” Puan Azlina bt Saidi

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada petang berbahagia ini, marilah sama-sama kita
mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh ustaz daeng faris bin daeng fatah.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Terima kasih diucapkan kepada ustaz daeng faris bin daeng fatah.
atas bacaan doa itu tadi.

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan

sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Tuan guru besar sk parit bilal, En.
Mohsin bin Salleh untuk menyampaikan ucapan, Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang Tuan Pengetua En. Mohsin bin Salleh atas ucapan itu tadi.

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Puan
Azlina bt Saidi. Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan Puan
Azlina bt Saidi atas ucapan itu tadi.
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah sebagai tanda kenang-kenangan buat
insan yang kita raikan iaitu Puan Azlina bt Saidi.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan Tuan guru
besar untuk mengiringi Yang Diraikan  Puan Azlina bt Saidi untuk menerima cenderamata
kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dipersilakan ……………………………………………………………… terima kasih

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan
En. Muhammad Hissam Sani.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar
tadi.

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi puan jadi kenangan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.

Saya mohon supaya murid2 sama2 berdiri utk bersalam dengan Puan Azlina.

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa


Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai