Anda di halaman 1dari 3

CONTOH TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERPISAHAN

TEKS PENGACARA MAJLIS PERPISAHAN PN SORAYA BINTI MUSTAFA

Bismillahirrahmanirrahim ,assalamualaikum wArahmatullahi wabarakatuh dan


salam sejahtera

Yang Berusaha, PN CHEK NORLIA BINTI HJ HASSAN,


Yang dihormati BARISAN GURU Penolong Kanan
Yang diraikan, Encik Muhammad Hissam bin Sani, Barisan guru dan rakan staff
sokongan yang dirahmati ALLAH sekalian,

Selamat Datang ke : Majlis ”Perpisahan sempena Pertukaran PN SORAYA BINTI


MUSTAFA.

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada petang berbahagia ini, marilah sama-
sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh UST Abd ADIL BIN
ABD AZIZ

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Terima kasih diucapkan kepada UST Abd ADIL atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan

Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Pn. Chek Norlia binti Hj
Hassan untuk menyampaikan ucapan, Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang Pn. Chek Norlia atas ucapan itu tadi.
Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang
Diraikan PN SORAYA BINTI MUSTAFA. Majlis dengan segala hormatnya ingin
menjemput dan mempersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang


Diraikan PN SORAYA BINTI MUSTAFA atas ucapan itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda


kenang-kenangan buat insan yang kita raikan iaitu PN SORAYA BINTI MUSTAFA.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan


mempersilakan Pn. Hajah Chek Norlia Binti Haji Hassan untuk mengiringi Yang
Diraikan PN SORAYA BINTI MUSTAFA untuk menerima cenderamata kenang-
kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dipersilakan ................................................... untuk menyampaikan cenderamata


dari ..............................................……………Terima Kasih.

Dipersilakan ........................................ untuk menyampaikan cenderamata dari


pihak.......…………….Terima Kasih

Dipersilakan Encik Ramli untuk menyampaikan cenderamata dari pihak PIBG


…………….Terima Kasih.

Dipersilakan ................................................... untuk menyampaikan cenderamata


dari ..............................................……………Terima Kasih.

Dipersilakan ................................................... untuk menyampaikan cenderamata


dari ..............................................……………Terima Kasih.

Dipersilakan ................................................... untuk menyampaikan cenderamata


dari ..............................................……………Terima Kasih.

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk


Yang Diraikan PN SORAYA BINTI MUSTAFA Majlis turut merakamkan ribuan
terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar tadi.

Sekarang tibalah masa yang ditunggu-tunggu semua iaitu upacara menjamu


selera. Selamat menjamu selera dari penaja..

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Terima kasih diucapkan
kepada Yang diraikan PN SORAYA BINTI MUSTAFA sudi bersama kita pada pagi
ini dan kami semua mendoakan agar PN SORAYA BINTI MUSTAFA Encik ceria di
tempat baru.

Terima Kasih juga diucapkan kepada semua guru-guru dan staff yang sudi
meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum


Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai