Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

PROGRAM RIADAH SILATURAHIM T4X4C VOL. 01

ANJURAN :

KELAB PERMOTORAN PACUAN EMPAT RODA TAWAKAL

(TAWAKAL 4X4 CLUB)

Disediakan Oleh :

Saharudin Bin Japarudin

Setiausaha Tawakal 4x4 Club


PENDAHULUAN

Riadah silaturahim T4x4C adalah satu aktiviti rekreasi santai yang dianjurkan oleh
Tawakal 4x4 Club untuk memenuhi aktiviti masa lapang di hujung minggu. Aktiviti
riadah yang berkonsepkan perkhemahan ini dirancang bagi tujuan untuk
mendapatkan ketenangan minda, merehatkan badan dan memperolehi keseronokan
bersama ahli kelab dan rakan-rakan yang lain.

Adapun tujuan perkhemahan tersebut adalah bagi mengeratkan hubungan


silaturahim antara AJK Kelab dan ahli biasa serta rakan-rakan yang lain. Disamping
itu adalah untuk menggalakkan semua ahli kelab agar sentiasa aktif dalam setiap
kegiatan samada aktiviti dalaman ataupun aktiviti bersama masyarakat luar.

Perkhemahan ini diharap dapat mencipta satu hubungan yang baik diantara semua
ahli dan memberikan pengalaman serta semangat yang baharu.

Tarikh : 1 & 2 Oktober 2021 | Masa : 2.00 Petang Hingga 2.00 Petang

Tempat : Tauke Acin Farm, Gudang 4 Merotai | Penyertaan : 15 Orang

OBJEKTIF

Antara objektif perkhemahan

1. Mengukuhkan silaturahim antara ahli-ahli kelab

2. Menanamkan sikap sukakan aktiviti luar dan mencintai alam sekitar

3. Melatih sifat sentiasa berdikari dan beriktihar dalam hidup

4. Memupuk semangat bekerjasama dalam aktiviti berkumpulan

5. Membina keyakinan diri dalam apa sahaja bidang diceburi

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Darmansa Bin Samsuddin (Presiden)


Timbalan Pengerusi : Roslan Bin Jumadi (Tim. Presiden)
Setiausaha : Saharudin Bin Japarudin
Penolong SU : Siti Katijah Binti Jufri
Bendahari : Alif Utama Haqiqi Bin Qamarurijal
Ketua Perkhemahan : Mohd Hairol Bin Zainal
AHLI JAWATANKUASA

1. Peralatan – Erwin, Saruk dan Danial

2. Aktiviti – Apek

3. Keselamatan – Abidin

4. Makanan – Syafik

5. Minuman – Didi

6. Kebersihan – Achok

7. Agama dan Kerohanian - Ansar

KOS PERBELANJAAN

Setiap peserta dikehendaki membayar RM10.00

TENTATIF PROGRAM

1 Oktober 2021 (Jumaat – Hari Pertama )

Jam 1400 – 1500 : Berkumpul di Padang B Kompleks Sukan Tawau

Jam 1500 : Bertolak ke Tapak Perkhemahan

Jam 1530 : Dijangka tiba. Taklimat oleh ketua perkhemahan

Jam 1630 : Beriadah dan mandi sungai

Jam 1800 – 2000 : Solat dan Makan Malam

Jam 2000 : Aktiviti Santai

Jam 2400 : Berehat / Tidur

2 Oktober 2021 (Sabtu – Hari Kedua )

Jam 0500 – 0600 : Bangun tidur, Solat dan Kemas Diri

Jam 0600 – 0700 : Senaman Pagi

Jam 0700 – 0800 : Sarapan Pagi

Jam 0800 – 1100 : Merambat Ikan

Jam 1100 – 1400 – Memasak, Makan tengah hari, mengemas dan bersurai

Anda mungkin juga menyukai