Anda di halaman 1dari 11

KERTAS KERJA CADANGAN

MENAIKTARAF PERABOT/PERALATAN DAN KECERIAAN

BILIK KULIAH LAVENDER

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ADELA

TAHUN 2018

1
KERTAS KERJA MENAIKTARAF BILIK KULIAH LAVENDER SMK ADELA,

81900 KOTA TINGGI, JOHOR.

1.0 PENDAHULUAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Baru (1989): persekitaran merujuk kepada keadaan di
sekeliling (sesuatu) atau keadaan yang menjadi seperti latar belakang (seseorang atau sesuatu). Robert
M. Gagne (1970) di dalam buku Mok Soon Sang (2008): pembelajaran bermaksud perubahan tingkah
laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan
oleh proses pertumbuhan. Menurut Noriati A. Rashid et. al ( 2009): kondusif membawa maksud
sesuai.

Kesimpulannya, persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat


melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Persekitaran
ini mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar.. Suasana
fizikal bilik darjah yang kondusif adalah penting untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin
merupakan ‘kawan’ atau ‘musuh’ dalam proses P&P. Suasana atau keadaan fizikal di dalam ruang
Pengjaran dan pembelajaran merangkumi aspek-aspek seperti susunan dan reka bentuk fizikal di
dalam bilik darjah, sumber bahan bantu pembelajaran, ruang atau sudut pembelajaran, ruang pada
dinding, pencahayaan, pengudaraan dan perabot serta kebersihan. Persekitaran fizikal kawasan
sekolah turut mempengaruhi keberkesanan PdPc secara tidak langsung.

Oleh itu, menaiktaraf adalah salah satu cara untuk memastikan persekitaran fizikal dapat
dipertingkatkan dan dijaga, seterusnya dapat menjamin penggunaan sebuah ruang pembelajaran yang
lebih berkesan dan berterusan terutamanya dalam persekitaran pengajaran dan pembelajaran abad ke-
21 pada masa kini.

2
2.0 RASIONAL MENAIKTARAF BILIK KULIAH LAVENDER SMK ADELA

Bilik Kuliah Lavender SMK Adela telah dibina pada sekitar tahun 1996-1997 iaitu menjangkau
usianya melebihi 20 tahun. Bilik tersebut dapat menempatkan 40-50 orang dalam satu-satu masa. Ruang
yang bertingkat-tingkat merupakan sesuatu yang unik tentang bilik tersebut. Pelbagai kegiatan ilmiah
telah dijalankan di bilik tersebut seperti aktiviti PdPc, aktiviti bersama PIBK, mesyuarat dan taklimat
samada peringkat sekolah atau daerah. Penggunaannya yang sangat aktif memerlukan penjagaan yang
berterusan agar dapat mewujudkan persekitan psikososial yang menggalakkan pembelajaran dan
perkongsian pendapat. Psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan
persekitaran sosialnya.

Persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri seperti suasana
selesa dan mesra, bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal, suasana yang merangsang pembelajaran
menggalakkan pembelajaran koperatif dan memberi peluang yang sama untuk semua murid.

Bagi mewujudkan persekitaran sebegitu, menaiktaraf perabot, peralatan elektrik dan faktor
keceriaan perlu diambil perhatian. Pada masa kini, meja yang terdapat di bilik tersebut merupakan meja
kayu murid yang dicantum -cantum. Dengan peredaran masa, fizikal meja tersebut juga mengalami
perubahan. Ia tidak lagi sekukuh dulu dan boleh membahayakan pengguna, terutama pelajar dan guru.
Meja ini perlu ditukar dengan meja banquet yang lebih kukuh dan mudahlaras dan sebagai tambahan
kepada 4 meja banquet yang sedia ada. Selain itu, 3 unit penghawa dingin yang terdapat dibilik tersebut
telah rosak dan perlu diganti dengan yang baru. Buat masa ini, hanya terdapat 1 penghawa dingin dengan
1hp, dan ini tidak dapat menampung bilik tersebut yang tertutup.

Bagi faktor keceriaan, langsir dan alas meja juga perlu ditukar memandangkan yang sedia ada
telah koyak dan usang. Bilik kuliah lavender pada masa akan datang pasti akan lebih ceria, selesa dan
selamat sekiranya pihak sekolah dan pihak luar dapat menyumbang dari segi kewangan untuk
menampung kos menyelenggara bilik Kuliah Lavender SMK Adela.

3
3.0 MATLAMAT .
Menaiktaraf Bilik Kuliah Lavender dari sudut perabot, alat elektrik dan faktor keceriaan bagi
memastikan penggunaan bilik ini secara berterusan untuk aktiviti ilmuan.
4.0 OBJEKTIF
4.1 Menukar perabot sedia ada iaitu meja kayu murid yang digabung sebanyak 17 unit keapda 24 unit
meja banquet yang lebih kukuh dan mudahlaras supaya pengguna berasa selesa dan tidak terancam.
4.2 Menukar 3 unit penghawa dingin yang telah rosak kepada 2 unit penghawa dingin 1.5 hp supaya
pengudaraan dan suasana nyaman dapat mengekalkan fokus pengguna sepanjang aktiviti berlangsung
dalam bilik Kuliah Lavender.
4.3 Menukar langsir dan alas meja yang telah usang dengan yang baru dan lebih ceria agar dapat
mewujudkan suasana ceria dan menarik.
5.0 CADANGAN SUMBER PENDAPATAN

Cadangan sumber pendapatan bagi menaiktaraf Bilik Kuliah Lavender adalah seperti berikut:
BI JUMLAH RM
PIHAK YANG MEMBERI SUMBANGAN
L

1 Sumbangan ikhlas Warga SMK Adela Guru+staf+pelajar 850.00


850 X RM1.00
2 Sumbangan Bank Simpanan Nasional 6250.00

3 Sumbangan PIBG 350.00


4 Sumbangan Koperasi Sekolah 150.00
5 Sumbangan PBT Pengerang 300.00
6 Sumbangan ikhlas orang ramai 356.00

JUMLAH KESELURUHAN RM8256.00

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN & CADANGAN SUMBER PENDAPATAN


BIL KUANTITI HARGA 1 JUM
KEPRLUAN UNIT/M
(RM) (RM)
1 Meja Banquet 22 145.00 3,190.00

2 Penghawa dingin 1.5 hp + upah pemasangan 2 1,530.00 3060.00

3 Langsir 2m + upah (RM40 xRM5.00) 18 45.00 810.00

5 Alas meja (tambahan 4 meja sedia ada)+upah 26 46.00 1196.00

JUMLAH KESELURUHAN RM8256.00

4
7.0 PELAKSANAAN
Anjakan ke-9 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, memberikan
penekanan terhadap penglibatan ibu bapa, komuniti dan pihak swasta dalam memperkasakan sekolah.
Oleh yang demikian, cadangan sumber pendapatan adalah memohon sumbangan daripada komuniti
sekolah iaitu warga SMK Adela, PIBG dan Koperasi SMK Adela. Pihak sekolah juga memohon
sumbangan dari komuniti luar iaitu Bank Simpanan Nasional, PBT Pengerang dan sumbangan orang
ramai. Oleh yang demikian, bagi menampung kos menaiktaraf, sumbangan ikhlas dari warga sekolah
dan komuniti luar amatlah diperlukan dan diharapkan supaya setiap pihak mempuyai sikap
kepunyaan terhadap kemudahan yang disediakan dan memupuk tanggungjawab menjaga ia dengan
baik.

8.0 SENARAI JAWATANKUASA MENAIKTARAF BILIK KULIAH LAVENDER

PENGETUA : EN SA’AUT BIN MOHD SAID

PENOLONG KANAN : PN HJH ASLINA BINTI MOHD KHANAPI


PENTADBIRAN

YDP PIBG : EN. RADZUAN BIN YUSOF

PENOLONG KANAN :PN HJH AZIZAH BINTI AWANG


HAL EHWAL MURID

PENOLONG KANAN KO : PN HJH ASIAH BINTI MOHD UZIR


KURIKULUM

PENYELARAS BILIK : PN NOOR ZAIRIN BIN AHMAD ASRI


KULIAH LAVENDER

SETIAUSAHA : PN NORAINI BINTI SALLEH

9.0 KESIMPULAN
Kertas kerja ini disediakan sebagai mekanisme bagi mendapatkan sejumlah peruntukan yang
besar untuk menaiktaraf Bilik Kuliah Lavender SMK Adela. Justeru itu, Bilik Kuliah ini mempunyai
peranan yang amat penting khususnya menyediakan kemudahan dan ruang aktiviti yang merangsang
kepada idea dan perkongsian ilmu dan maklumat. Kemudahan yang dapat disediakan oleh pihak sekolah
membolehkan pelajar-pelajar dan guru-guru menunaikan tanggungjawab mereka menyampaikan ilmu

5
dan menuntut ilmu. Semoga setiap warga yang mengenali SMK Adela sebagai pusat penyebaran ilmu
akan bersatu dan berganding bahu dalam menjayakan usaha menaiktaraf ini.

Disediakan oleh: Disokong oleh ;

……………………………………. ……………………………………..
NORAINI BINTI SALLEH NOOR ZAIRIN BINTI AHMAD ASRI
Setiausaha Penyelaras
Bilik Kuliah Lavender Bilik Kuliah Lavender
SMK Adela SMK Adela

Disemak oleh;

…………………………………..
PN HJH ASLINA BINTI MOHD KHANAPI
Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Adela

Disahkan oleh;

……………………………………..
EN SA’AUT BIN MOHD SAID
Pengetua
SMK Adela

6
LAMPIRAN I

GAMBAR-GAMBAR BILIK KULIAH LAVENDER SEDIA ADA YANG PERLU DIGANTI

7
8
LAMPIRAN II

MINIT MESYUARAT
PROGRAM PARENTHON
SMK SULTAN IBRAHIM KULAIJAYA

9
LAMPIRAN III

MINIT MESYUARAT
PIBG SMK SULTAN IBRAHIM KULAIJAYA

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.0 PENDAHULUAN 3
2.0 RASIONAL MEMBINA BANGUNAN TAMBAHAN MUSOLLA 4
3.0 MATLAMAT 5
4.0 OBJEKTIF 6
5.0 ENROLMAN MURID DAN GURU ISLAM SEKOLAH 6
6.0 AKTIVITI YANG TERLIBAT DI MUSOLLA 7
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN & CADANGAN SUMBER PENDAPATAN 8
8.0 PELAKSANAAN 9
9.0 SENARAI JAWATANKUASA 10
10.0 JAWATANKUASA KEWANGAN 11
11.0 KESIMPULAN 11

10
LAMPIRAN I~ PELAN CADANGAN MEMBINA BANGUNAN TAMBAHAN MUSOLLA
LAMPIRAN II ~ MINIT MESYUARAT PROGRAM PARENTHON SMK SULTAN IBRAHIM KULAIJAYA
LAMPIRAN III~ MINIT MESYUARAT PIBG SMK SULTAN IBRAHIM KULAIJAYA

11

Anda mungkin juga menyukai