Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA MENAIK TARAF BILIK BAHASA (LANGUAGE ROOM)

SMK PEKAN BARU MUAR

1.0 PENDAHULUAN

Bilik Bahasa (Language Room) diwujudkan untuk memastikan pengurusan


guru, bahan, fail dan alat bantu mengajar diatur dengan baik dan dengan ini akan
memudahkan guru melakukan proses pengajaran dan pembelajaran secara
mapan.

Selain berperanan menyimpan bahan bantu mengajar bagi kegunaan guru ,


keadaan persekitaran yang cantik dan kondusif juga menjadi faktor penting untuk
menarik murid-murid SMKPB untuk datang ke bilik Bidang Bahasa dengan lebih
kerap. Keadaan bilik yang cantik juga penting untuk menjadikan bilik tersebut
sebagai salah satu tempat santai yang berguna dan berilmiah.

Sejajar dengan misi Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu “Membangunkan


Potensi Individu melalui Pendidikan Berkualiti”, dan dasar “Memartabatkan Bahasa
Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris” maka Panitia Bahasa
memanifestasikan untuk mewujudkan dan menceriakan Bilik Bidang Bahasa. Maka
wajarlah ia dipertimbangkan dan mendapat perhatian untuk menjamin kualiti
pendidikan anak didik di SMKPB bagi menjamin kecemerlangan pelajarnya pada
masa akan datang yang semakin mencabar.
2.0 OBJEKTIF

2.1 Penggunaan yang optimum Bilik Bidang Bahasa dalam kalangan warga
SMKPB dapat membangkitkan rasa cinta akan bahasa seterusnya membantu
dalam penulisan atau lisan.
2.2 Membentuk suasana Bilik Bidang Bahasa yang lebih ceria dan selesa untuk
kemudahan warga SMKPB.
2.3 Dapat melahirkan murid yang cintakan ilmu yang dapat memartabatkan Bahasa
Kebangsaan kita dan mewujudkan suasana yang lebih menyeronokkan.
2.4 Menempatkan bahan-bahan BBM, ABM dan bahan-bahan berkaitan Bidang
Bahasa dengan tersusun dan mudah diakses.

3.0 TEMPAT DAN TARIKH

Operasi menaik taraf Bilik Bahasa akan bermula pada hujung bulan Julai 2022.

4.0 JANGKAMASA

2 bulan mulai hujung bulan Julai 2022 hingga hujung bulan September 2022.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Semua Ahli Jawatankuasa Bilik Bahasa SMK Pekan Baru Muar


6.0 AHLI JAWATANKUASA

PENASIHAT

CIKGU MOHD FARED BIN SAMIN

Pengetua SMK Pekan Baru Muar

PENGERUSI

CIKGU MUHAMMAD HISHAM BIN BASAR

Penolong Kanan Pentadbiran

PENYELARAS PROGRAM

CIKGU IDA HARYANI BINTI IDERIS

GKMP Bahasa

SETIAUSAHA

CIKGU SITI HAJAR BINTI SULAIMAN

Guru Penyelaras Bilik Bahasa

AJK

PN. SITI ZAMZARINA BINTI TUSLAN (KP BM MEN ATAS)


PN NURUL IZATI BINTI A.RAHMAN (KP BM MEN RENDAH)

PN. KUMUTHA A/P PERUMAL (KP BI MEN ATAS)


7.0 STRATEGI

7.1 Mesyuarat Perancangan

7.2 Penyediaan kertas kerja

7.3 Urusan surat menyurat

7.4 Melantik Pembekal

7.5 Penilaian

8.0 PERALATAN YANG DIPERLUKAN

Peralatan yang diperlukan dan kerja-kerja pengubahsuaian Bilik Bahasa yang perlu dijalankan.

Bil Perkara / item Anggaran Jumlah Catatan


Perbelanjaan Perbelanjaan
1.0 Pemasangan jubin (42’ x 36’) RM 2.80 (per
kaki)
=
Rm 4233.60

2.0 Meja dan kerusi


Untuk 50 orang pelajar :
Rm 300 (10)
- Meja 10 buah
Rm 15 (50)
- Kerusi 50 buah
RM 100 (2)
- Meja guru 2
RM 70 (2)
- Kerusi guru 2
=
RM 4090
3.0 TV LCD 60 inci (2 unit) RM 2700 X 2 =
RM 5400
4.0 Penghawa dingin RM 2800 X 2
(2 x 2.5hp) =
RM 5600
Jumlah RM 19323.60
9.0 PENUTUP

Ciri-ciri Bilik Bahasa akan menjadi sangat berbeza daripada sebelumnya kerana tumpuan
diberikan kepada melahirkan murid yang mempunyai produktiviti yang tinggi, komunikator
yang berkesan, pemikir kreatif, dan mahir teknologi. Pihak kami amat mengharapkan
semoga projek ini dapat diluluskan serta dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai
objektif yang diharapkan dalam melahirkan murid yang cemerlang dari semua sudut sama
ada dari segi akademik, akhlak dan sahsiah disamping memberi semangat dan menarik
minat murid dalam mata pelajaran Bahasa. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang
diberikan mendapat keberkatan daripada Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan
pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar dan
diberkati.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh: Disahkan Oleh;

……………………………… ................................ ............................

(CIKGU SITI HAJAR BINTI SULAIMAN)


Setiusaha Projek Naik Taraf Bilik Bahasa
SMK Pekan Baru Muar
10.0 LAMPIRAN BERGAMBAR

Keadaan persekitaran Bilik Bahasa (situasi semasa)

1. Pintu utama Bilik Bahasa. 2. Pintu utama Bilik Bahasa.


2. Ruang belakang Bilik Bahasa. 3. Ruang belakang Bilik Bahasa.

5. Ruang hadapan Bilik Bahasa. 6. Ruang hadapan Bilik Bahasa.

7. Ruang tepi Bilik Bahasa. 8. Ruang tepi Bilik Bahasa.


9. Keadaan keseluruhan Bilik Bahasa.

Anda mungkin juga menyukai