Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT TERATAI

56100 AMPANG, SELANGOR

KERTAS KERJA
PROGRAM “1 HARI 1 PERKATAAN”
(A WORD A DAY)

ANJURAN
UNIT PUSAT SUMBER
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT TERATAI

TARIKH : 4 JULAI 2023- 27 JULAI 2023


TEMPAT : KELAS MASING-MASING
1.0 PENGENALAN

Program 1 Hari 1 Perkataan (A Word A Day) merupakan satu program


meningkatkan ilmu pengetahuan yang dijalankan secara mengimlak. Melalui program
ini setiap murid akan disediakan buku manakala fasilitator akan membaca satu
perkataan beserta maksud perkataan tersebut. Sambil mendengar fasilitator membaca
perkataan, setiap murid perlulah mencatatkan setiap perkataan tersebut ke dalam buku.
Sepanjang program berlangsung, guru subjek masa pertama akan memantau dan
membantu murid di setiap kelas.
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk membina tabiat mencatat dan
mendengar (mengimlak) kepada murid. Murid juga boleh mengaitkan perkataan baru
dengan konteks penggunaannya. Oleh itu, bagi mengingati sesuatu perkataan, murid
boleh memikirkan konteks penggunaannya dan perkataan akan hadir pula wujud dalam
fikirannya. Melalui program 1 Hari 1 Perkataan (A Word A Day) ini, sekolah dapat
membentuk insan yang cintakan ilmu pengetahuan sekaligus menguasai kemahiran
bahasa yang lain seperti kemahiran lisan, membaca dan menulis.
Kesimpulannya, penggunaan sesuatu perkataan sangat penting kepada murid
ketika mempelajari Bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris. Kesukaran menguasai
aspek tersebut banyak berlaku kepada murid serta murid yang berada pada tahap
pencapaian rendah. Oleh itu, program yang dicadangkan diharap akan dapat
membantu murid dalam penguasaan kemahiran berbahasa dengan lebih baik lagi.

2.0 OBJEKTIF
3.1 Menguasai kemahiran bahasa seperti kemahiran lisan, membaca dan
menulis.
3.2 Meningkatkan suasana mementingkan pencapaian akademik dengan
membudayakan ilmu kepada semua murid.
3.3 Meningkatkan kemahiran bahasa yang berterusan dalam kalangan murid.
4.0 KUMPULAN SASAR
Semua murid SK TAMAN BUKIT TERATAI

5.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

PROGRAM 1 HARI 1 PERKATAAN ”A WORD A DAY”


Tarikh : 4 Julai 2023 - 27 Julai 2023
Hari : Selasa - Rabu
Masa : 7.30 – 7.40 Pagi
Tempat : Kelas masing-masing

6.0 JAWATANKUASA PROGRAM


Rujuk Lampiran 1

7.0 TENTATIF PROGRAM


Rujuk Lampiran 2

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Rujuk Lampiran 3

9.0 JADUAL PROGRAM


Rujuk Lampiran 4
10.0 PENUTUP

Amatlah diharapkan bahawa program ini dapat memberi manfaat murid untuk
meningkatkan kemahiran bahasa dengan lisan, membaca dan menulis serta budaya
ilmu secara berterusan. Di samping itu, diharapkan program ini dapat memberikan
galakkan kepada murid untuk mengoptimumkan penguasaan mereka terhadap
perbendaharaan kata dan tatabahasa. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang
diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan
pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dilakukan berjalan dengan lancar
mengikut kehendak dan pertolongan serta hidayah Allah Taala.

Disediakan oleh

…………………………….........
(NUR FATIHAH BINTI RAMLI)
Guru Perpustakaan & Media
Sk Taman Bukit Teratai

Disemak oleh

…………………………….........
(SHAHRUL BIN MOHD SALLEH)
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Sk Taman Bukit Teratai
LAMPIRAN 1

JAWATANKUASA PROGRAM 1 HARI 1 PERKATAAN “A WORD A DAY”

Bil Tugas Nama


1. Penyelaras Program Cik Nur Fatihah Binti Ramli
2. Setiausaha Pn. Nor Asiah Binti Zaman Huri
3. Fasilitator Cik Nur Fatihah Binti Ramli
Pn. Suzana Binti Rosli
Pn. Norshila Zeti Binti Bajuri
4. Juru Fotografi Pn. Mahani Binti Mohamed

Nota :
Guru subjek waktu pertama setiap kelas akan membantu murid untuk
mencatatkan setiap perkataan di dalam kelas.

LAMPIRAN 2
TENTATIF PROGRAM 1 HARI 1 PERKATAAN (A WORD A DAY)

Masa Aktiviti
7.30 Pagi Fasilitator akan menyebut perkataan
Guru subjek masa pertama akan membantu murid di
setiap kelas
Murid mencatat perkataan
7.40 Pagi Murid berada dalam kelas masing-masing

Nota :
Mohon kerjasama guru untuk mengawal murid supaya berada di dalam kelas
masing-masing.

LAMPIRAN 3
ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM 1 HARI 1 PERKATAAN (A WORD A DAY)

1. SUMBER KEWANGAN - YURAN KHAS SEKOLAH

Ju
Bil Perkara Harga (RM) mlah

1. Buku Catatan Murid RM 3.30 X 1045 orang murid RM 3448.50

Jumlah Keseluruhan RM 3448.50


LAMPIRAN 4

JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM 1 HARI 1 PERKATAAN

M1 M2 M3 M4
MINGGU
(4 – 6 JULAI 2023) (11 – 13 JULAI 2023) (18 – 20 JULAI 2023) (25 – 27 JULAI 2023)
HARI 7.30 – 7.40 PAGI 7.30 – 7.40 PAGI
7.30 – 7.40 PAGI 7.30 – 7.40 PAGI

SEL PERKATAAN ENGLISH PERKATAAN ENGLISH


B. MELAYU WORD B. MELAYU WORD

RAB PERKATAAN ENGLISH PERKATAAN ENGLISH


B. MELAYU WORD B. MELAYU WORD

KHA PERKATAAN ENGLISH PERKATAAN ENGLISH


B. MELAYU WORD B. MELAYU WORD
KERTAS CADANGAN PROGRAM 1 HARI 1 PERKATAAN “A WORD A DAY”

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Kerja Cadangan Program 1 Hari 1 Perkataan


atau

Tidak meluluskan Kertas Kerja Cadangan Program 1 Hari 1 Perkataan

Ulasan :
--------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------

…………………………….........
(NOR HAIRUL NIZAM BIN ABU SEFIAN @ BASDZIR)
Guru Besar
SK Taman Bukit Teratai
Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai