Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PROGRAM BACAAN PAGI

SJK (T) LOBAK, SEREMBAN



Nama Pelajar : VEKNESWARY A/P ELANGO
(900427-06-5238)
KAVITHA A/P DEVINDARAN
(900623-05-5678)
VALARMATHY A/P KUNASEKARAN
(910126-01-5340)

Program : Internship PISMP Ambilan Januari
2014

Nama Sekolah : SJK (T) Lobak, Seremban

Nama Projek/Aktiviti : Progam Bacaan Pagi

Tempoh Pelaksanaan : 7.7.2014 hingga 8.8.2014


Program Bacaan pagi adalah antara program yang berjaya yang dilaksanakan
oleh Pusat Sumber Sekolah pada tahun ini. Program ini diadakan pada setiap hari
persekolahan bermula pada pukul 7.15 pagi hingga 7.40 pagi. Semua guru dan murid-
murid SJKT Lobak terlibat dalam program ini. Kami telah berperanan sebagai
pembimbing kepada murid. Setiap orang telah mendapat murid pemulihan tahap 1 dari
setiap kelas.
Matlamat utama program ini adalah meningkatkan kemahiran membaca dan
penguasaan murid dalam Bahasa Malaysia dan juga meningkatkan keputusan prestasi
Bahasa Tamil murid tahap 1 dan 2 dalam ujian dan peperiksaan akhir tahun.
Perlaksanaan Program ini diharap dapat menghasilkan murid boleh membaca
dan menambah perbendaharaan kata. Murid juga boleh bina ayat dengan struktur yang
betul.Disamping murid dapat berkomunikasi dalam Bahasa Tamil. Juga mencungkil
minat membaca dalam kalangan murid. Program ini bukan sahaja meningkatkan
penguasaan murid dalam bahasa, malahan dapat mengawal disiplin murid pada awal
pagi persekolahan.
Bahan bacaan untuk program ini telah disedikan oleh pihak pentadbiran sekolah
sebelum mulanya sesi persekolahan. Bahan bacaan disediakan mengikut tahap
penguasaan murid dalam bahasa samada Bahasa Melayu, Bahasa Tamil dan Bahasa
Inggeris. Setiap murid mempunyai fail perbadi. Setiap bacaan telah direkod dan diselia
oleh Guru PSS dan disemak oleh PK1 dan Guru besar sekolah.
Kami juga menyediakan hadiah bagi murid-murid yang mempunyai rekod bacaan
terbanyak dalam sesuatu tempoh masa. Dalam Internship ini, sebanyak 2 kali hadiah
diberi kepada pemenang bacaan pagi.Selain daripada itu, bagi murid yang mempunyai
bacaan terbanyak dalam tempoh setahun, diberi hadiah sebuah basikal mini. Iaitu dua
orang murid dipilih bagi tahap 1 dan 2.

Anda mungkin juga menyukai