Anda di halaman 1dari 1

GURU KELAS

Bidang Dan Senarai Tugas Guru Kelas


1. Bidang Tugas. (a) Mentadbirkan dan menguruskan tentang hal-ehwal pelajar dalam kelas. (b) Mempastikan perjalanan darjah sentiasa lancar dan licin tanpa apa-apa masalah. (c) Mempertingkatkan prestasi pelajar dalam kelas dari segi keputusan akademik, keceriaan, disiplin dan kebersihan. (d) Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya, dan memainkan peranan positif berkaitan dengan semua pelajar di bawah jagaan dan kawalannya.

2.

Senarai Tugas.
(a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) (k) (l) (m) (n) (o)

Merekodkan kehadiran murid-murid pada hari persekolahan, taklimat, ceramah, lawatan, perhimpunan dan apa-apa aktiviti, yang mana kehadiran diwajibkan. Mempastikan disiplin pelajar dari masa ke semasa dan sekiranya sebaliknya ia akan ditangani dengan rasional untuk kebaikan murid dan sekolah. Tindakan susulan ialah kes ini akan dirujuk kepada Lembaga Disiplin Sekolah. Menguruskan borang-borang biasiswa, buku teks dan lain-lain borang yang berkaitan dengan kebajikan pelajar. Mengedar dan mengutip buku teks dan mempastikan pelajar mengganti atau membayar buku-buku teks yang hilang dan seterusnya menyerahkan kepada guru SPBT. (Guru PK HEM) Mengutip yuran sekolah, yuran peperiksaan, Insurans Takaful dan lain-lain yuran dari pelajar seperti yang diarahkan oleh Guru Besar dan seterusnya menyerahkan kepada pegawai kerani. Menguruskan tentang markah ujian bulanan, peperiksaan penggal dan lain-lain peperiksaan sekolah untuk dimasukkan ke dalam Buku Rekod Kemajuan Pelajar (Profil). Menghubungi ibubapa pelajar untuk memberitahu tentang perkembangan anak jagaan mereka dari segi prestasi pembelajaran, disiplin, kedatangan dan lain-lain perkara yang berhubungkait diri pelajar. Memberi bimbingan dan kaunseling kepada pelajar-pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran ataupun peribadi mereka, setakat kemampuan guru. Berusaha dan merancang strategi untuk meningkatkan prestasi keputusan pelajar agar mencapai matlamat sekolah. Mengurus dan mentadbirkan pelajar-pelajar dari segi organisasi kelas agar pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Menyediakan jadual bertugas untuk kerja pembersihan kelas, makmal dan memastikan ianya dipatuhi. Lain-lain tugas dan tanggungjawab yang difikirkan bermanfaat dan mendatangkan keuntungan kepada pelajar dan juga lain-lain arahan yang diberikan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa. Menyerahkan buku jadual kedatangan ke pejabat setiap hari selepas diambil tindakan. Untuk tujuan ini kedatangan pelajar hendaklah diambil sebelum pukul 7.30 pagi. Menyerahkan buku rekod mengajar ke pejabat Guru Besar pada hari Isnin/Jumaat setiap minggu. Mengemaskinikan data peribadi pelajar dan Buku Laporan dan Jadual Kedatangan pelajar setiap bulan.

Anda mungkin juga menyukai