Anda di halaman 1dari 5

Laporan Akhir Tahun Kelab Gimrama Kegiatan-kegiatan yang diluluskan: 1.

Ujian Kemasukan Kelab Gimrama (UKKG) dijalankan pada 15 Januari 2009 (Khamis) di dewan sekolah untuk memilih murid Tahun 3 yang berbakat. 2. Pemilihan bakat gimrama Tahun 1 yang dijalankan pada 26 Februari 2009 (Khamis) di dewan sekolah. 3. Lawatan sambil belajar dan latihan asas Gimrama di Serdang Rhythmic Angels (SRA), Serdang pada 18 hingga 21 Mac 2009. Seramai 10 orang gimnas Tahun 1 hingga Tahun 6 telah menyertainya. 4. Latihan mingguan bagi gimnas Tahun 1 telah bermula pada 4 April 2009 (Sabtu). Sebanyak 8 orang gimnas telah dipilih untuk latihan tersebut. Manakala latihan tersebut dijalankan setiap hari Sabtu, pukul 11 pagi hingga pukul 1 petang. 5. Penyertaan latihan pusat fasa I dan II Kejohanan Gimnastik P12 MSSD Johor Bahru ke MSSJ Tahun 2009 oleh gimnas Lim Yee Shing dan Lee Han Yan.

6. Penyertaan persembahan Pesta Citra Budaya 2009 SJKC Foon Yew 1. Pencapaian: Gimnas Lim Yee Shing (6K) dan Lee Han Yan (6C) terlibat dalam acara Melombol (Vault) berpasukan Kejohanan MSSJ Gimnastik Tahun 2009. Mereka mendapat Johan dalam acara tersebut. Selain itu, Lee juga mendapat Tempat ke-5 dalam acara Batang Titian (Balance Beam) individu Kejohanan MSSJ Gimnastik Tahun 2009. Sumbangan: Lawatan ke SRA, Serdang diberi sumbangan oleh pihak PIBG SJKC Foon Yew 1 sebanyak RM1,000 dan pungutan daripada 10 orang peserta sebanyak RM1,000 juga. Penambahan alatan (apparatus) baru yang diberi sumbangan oleh pihak sekolah.

Sumbangan: Ribuan terima kasih ingin diucapkan kepada pihak sekolah khasnya Guru Besar, Encik Ang Teck Yoke dan pihak PIBG sekolah kerana sudi member sokongan dan sumbangan kepada Kelab Gimrama sepanjang tahun ini terutamanya dalam urusan lawatan ke SRA dan pembelian alatan baru sebanyak 30 item.

Ulasan/Cadangan:

Aktiviti yang diljalankan sepanjang tahun ini adalah amat lancar. Gimnas telah memperoleh ilmu-ilmu dan kemahiran-kemahiran baru semasa lawatan. Kemahiran gimrama mereka juga telah diperbaiki selepas lawatan tersebut. Gimnas Tahun 1 mempunyai bakat yang lebih tinggi dibandingkan dengan gimnas sesi pagi kerana mereka dilatih oleh jurulatih bertaulih sementara dan mereka mempunyai ruang yang mencukupi untuk menjalankan latihan. Oleh demikian, harapkan pihak sekolah dapat mengupah seorang jurulatih tetap bagi meningkatkan bakat mereka. Selain itu, baju persembahan gimnas (leotard) adalah tidak mencukupi bagi bilangan gimnas pasukan ini yang seramai 30 orang (sesi pagi dan sesi petang). Manakala alatan-alatan telah pun ditambah pada tahun ini sehingga setiap orang gimnas dapat menggunakannya. Oleh itu, dharapkan baju gimnas untuk pertandingan atau persembahan boleh diperbanyakkan pada tahun yang akan datang nanti. Acara gimrama bagi Persembahan Pesta Citra Budaya 2009 telah mendapat sambutan yang begitu meriah. Penyertaan semua gimnas sesi pagi telah menjadi persembahan tersebut amat seronok.

Dilaporkan oleh:

Disahkan oleh:

______________________ (Stephanie Tan Yingshuen) Setiausaha Kelab Gimrama Kelab Gimrama Lampiran:

_____________________ (Teng Shu Ping) Guru Penasihat

Latihan pusat Kejohanan MSSJ Gimnastik Tahun 2009

Pingat emas yang diperolehi gimnas-gimnas Tahun 6

Persembahan Pesta Citra Budaya SJKC Foon Yew 1 Tahun

Lawatan dan kursus Gimrama di SRA Club yang bertapak di SJKC Serdang Baru (2)

Aktiviti memanaskan badan oleh Jurulatih Cik Chan Chin Chin

Aktiviti memanaskan badan sebelum latihan bola oleh Jurulatih Cik Elena dari

8 orang gimnas Tahun 1 yang Latihan persembahan oleh berbakat dan dipilh khas oleh bekas gimnas MSSM Cik

Anda mungkin juga menyukai