Anda di halaman 1dari 12

LAPORAN KEJOHANAN

OLAHRAGA TAHUNAN
SMECH KALI KE-29

TARIKH : 3-4 OGOS 2023

HARI : KHAMIS & JUMAAT

TEMPAT : PADANG SMK (LKTP) CHINI


KERTA
S
KERJA
KEPUTUSAN
FOTO
KEJOHANAN
Perbarisan MAT KILAU Perbarisan DATO’ MAHARAJALELA

Perbarisan DATO’ BAHAMAN Perbarisan TOK GAJAH


Antara pemenang Pemenang bersama tuan perasmi.

Petugas Keselamatan Antara pemenang


Foto-foto lain
LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA KALI -29
SMK (LKTP) CHINI
TAHUN 2023

Laporan Pelaksanaan Program


Kejohanan Olahraga SMK (LKTP) Chini kali ke-29 telah berjaya dilaksanakan pada hari
Khamis & Jumaat, 3-4 Ogos 2023 bertempat di padang SMech. Pihak sekolah berbesar hati
kerana YM Raja Ahmad Zaidi ibni Raja Sulaiman, Pengerusi PIBG SMK (LKTP) Chini telah
sudi hadir dan merasmikan kejohanan sukan pada tahun ini.

Kejohanan ini menyaksikan 4 kontigen Pasukan Rumah Sukan mengambil bahagian


dalam pertandingan perbarisan. Setiap pasukan diiringi oleh sepersalinan pahlawan melayu
negara suatu ketika dahulu yang memperjuangankan kemerdekaan. Ahli perbarisan telah
memberikan persembahan yang menarik dan berdisiplin serta menunjukkan semangat kesukanan
yang tinggi.

Acara yang dipertandingkan pada hari kejohanan ialah larian 100m, larian 200m,
4x100m, 4x400m, 400m, 800m, 1500m untuk acara balapan. Manakala untuk acara padang pula,
rejam lembing, lempar cakera, lontar peluru, lompat tinggi, dan lompat jauh telah
dipertandingkan.

Kejohanan Olahraga pada pagi ini diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada semua
pemenang. Rumah Tok Gajah telah menjadi Johan keseluruhan yang begitu dramatik aupabila
dibezakan dengan 1 mata dengan rumah Mat Kilau. Kejohanan Olahraga Kali ke-29 ini berakhir
pada pukul 12.00 tengah hari , 4 Ogos 2023
Refleksi
Kekuatan /Kelebihan:
1. Program ini melibatkan warga sekolah secara menyeluruh termasuklah guru, kakitangan,
murid-murid.
2. Acara dapat dilaksanakan seperti yang telah dirancang dan dalam tempoh masa yang
ditetapkan.
3. Semua peserta melibatkan diri secara aktif dalam semua acara yang dilaksanakan.

Kelemahan/ Kekangan/ Masalah yang dikenalpasti :


1. Tiada pertandingan hiasan rumah sukan kerana sumber kewangan yang terhad.
2. Tiada acara acara 3000m.
3. Memerlukan tempoh latihan rumah sukan lebih panjang dalam persediaan atlet rumah sukan masing-
masing

Cadangan Penambahbaikan
1. Mengadakan pertandingan hiasan rumah sukan.
2. Perancangan lebih teliti berkenanan latihan sebelum kejohanan

Kesimpulan : Keseluruhannya, Kejohanan Olahraga Tahunan SMeCh kali ke-29 berjaya dilaksanakan
dengan baik dan memberi impak yang positif kepada semua yang terlibat.

Disediakan oleh, Disemak oleh ,

………………… …………………………
(ZULAFZANIZAHRIN BIN MOHAMMAD) (EN ZAKI BIN YUSOF)
Setiausaha Sukan Penolong Kanan Kokurikulum,

Disahkan oleh,

...................................
(PN SARINA BINTI AHMAD)
Pengetua

Anda mungkin juga menyukai