Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN

KEJOHANAN MERENTAS DESA KALI KE-13


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
2018

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TUN HUSSEIN ONN

NAMA AKTIVITI
Kejohanan Merentas Desa SKBTHO Kali Ke-13 2018

PELAKSANAAN
Tarikh : 9 Febuari 2018
Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Millenium, SK Bandar Tun Hussein Onn

LaporanAtiviti
Sukan memainkan peranan penting dalam pembangunan individu. Melalui kegiatan sukan,
murid-murid bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan dalam bidang tersebut, malah juga
dapat memperoleh pengalaman dalam bidang lain seperti sosial, kepimpinan serta dapat
mendisiplinkan diri. Berdasarkan kesedaran tersebut, murid yang berada di Program Pendidikan
Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn turut dilibatkan dalam acara
Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah yang telah berlangsung pada 9 Febuari 2018 yang
lalu. Seramai 26 orang murid, 7 orang guru dan 3 orang Pembantu Pengurusan Murid telah
melibatkan diri dalam acara merentas desa tersebut bersama-sama dengan murid aliran perdana
yang berada di Tahun 4, 5 dan 6.

Secara amnya, penyertaan murid PPKI dalam aktiviti ini adalah bertujuan untuk
meningkatkan kemahiran sosial murid-murid di samping menggalakkan penglibatan murid
dalam bidang sukan. Selaras dengan objektif aktiviti merentas desa tersebut, murid PPKI juga
ingin membuktikan bahawa mereka juga boleh melakukan aktiviti seperti murid di aliran
perdana. Di samping itu juga, penglibatan dalam aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan
guru PPKI dengan guru di aliran perdana melalui tugas-tugas yang telah diberikan.

Aktiviti Kejohanan Merentas Desa Kali Ke-13 telah bermula pada pukul 7.30 pagi yang
mana semua murid telah berkumpul di Dewan Millenium untuk diberi taklimat tentang
perjalanan aktiviti pada hari tersebut. Kemudian, semua murid dan guru bergerak ke dataran
sekolah untuk aktiviti memanaskan badan iaitu senaman aerobik yang mana telah diketuai oleh
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Nurnahdatul Salwa binti Muhammad Zaki.
Setelah aktiviti senaman aerobik selesai, murid diminta untuk berada di garisan
permulaan untuk memulakan larian merentas desa. Murid PPKI telah diberi keistimewaan untuk
memulakan larian terlebih dahulu berbanding murid-murid lain. Murid PPKI dengan iringan
guru PPKI dan Pembantu Pengurusan Murid telah berlari sejauh 4km mengikut trek yang telah
ditetapkan oleh ahli jawatankuasa aktiviti. Sepanjang larian tersebut, pelbagai ragam telah
ditunjukkan oleh murid PPKI seperti kepenatan di separuh trek larian dan kerap berhenti
sepanjang larian tersebut. Walaubagaimanapun, semua murid berjaya menghabiskan larian
tersebut walaupun ada yang bergerak dengan lambat.

Murid yang pertama berjaya menamatkan larian adalah Muhamad Norman Haziq bin
Mohd Norazmi dari kelas K5. Sehubungan dengan itu, seramai 15 orang murid telah
disenaraikan sebagai pemenang bagi kategori murid Pendidikan Khas seperti di dalam senarai
yang telah dilampirkan. Para pemenang telah diberikan hadiah sebagai tanda menghargai
kejayaan mereka dalam aktiviti tersebut. Aktiviti Kejohanan Merentas Desa Kali Ke-13 telah
berakhir pada pukul 12.00 tengahari setelah upacara penyampaian hadiah selesai. Aktiviti ini
telah dilaksanakan mengikut perancangan dan mendapat kerjasama yang baik dari semua pihak
yang terlibat. Semoga murid PPKI akan diberi peluang lagi oleh pihak sekolah pada masa akan
datang.

Impak
 Memberi pengalaman yang bermakna dan menyeronokkan kepada murid.
 Membantu perkembangan fizikal, pergerakan motor kasar, dan motor halus serta mental
murid-murid berkeperluan khas.
 Mengeratkan lagi hubungan antara guru-guru dan murid-murid serta menggalakkan
komunikasi murid secara tidak langsung.

Penambahbaikan
 Memberikan latihan kepada murid untuk mencapai pencapaian yang lebih baik.
 Melibatkan semua murid PPKI yang mampu bergerak atau digerakkan dengan bantuan
individu lain untuk memberi pengalaman kepada murid.

Disediakan oleh,
NURUL IMANI BINTI ABD HALIM
AJK Dokumentasi,
Kejohanan Merentas Desa Kali Ke-13

Disahkan Oleh,

...........................................
(AZIMAH BT IBRAHIM)
GURU BESAR
SK BANDAR TUN HUSSEIN ONN
GAMBAR AKTIVITI

Murid berkumpul dan telah diberikan


taklimat ringkas sebelum aktiviti
bermula.

Murid dan guru melakukan senaman


aerobik sebagai aktiviti memanaskan
badan di dataran sekolah
GAMBAR AKTIVITI

Gelagat murid sepanjang larian


sejauh 4km

Murid berada di ‘check-point’


GAMBAR AKTIVITI

Pemenang tempat pertama, Muhamad


Norman Haziq bin Mohd Norazmi
dari kelas K5.

Pemenang tempat kedua, Muhammad


Aidil bin Asmalee dari kelas K5.
GAMBAR AKTIVITI

Pemenang tempat ketiga, Muhammad


Danish bin Azra Khairis dari kelas
K5.

Guru dan murid yang terlibat dengan


Kejohanan Merentas Desa Kali Ke-13
peringkat SKBTHO.

Anda mungkin juga menyukai