Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PETALING

KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN SUKANEKA
PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)
SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PETALING, KUALA LUMPUR

PROJEK INTERNSHIP (BERPASANGAN)


PISMP PENDIDIKAN KHAS (MP) AMBILAN JANUARI 2013
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

1.0 PENGENALAN
Internship ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengaitkan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru permulaan.
Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek/aktiviti yang berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah.
Pertandingan sukaneka merupakan salah satu medium bagi para guru untuk
memberi kesedaran dan menanam semangat kerjasama dalam kalangan murid-murid
Pendidikan Khas. Pertandingan sukaneka ini turut memberi peluang kepada murid-murid
untuk meningkatkan kemahiran motor kasar mereka menjadi lebih baik. Pertandingan ini
akan diadakan secara mini dan tertutup bagi semua kelas yang ada di PPKI.

2.0 MATLAMAT
Matlamat aktiviti ini adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk
meningkatkan keyakinan dan keberanian murid. Selain itu, aktiviti ini juga dapat mendorong
keberanian dan semangat murid-murid serta mengurangkan rasa malu untuk berhadapan
dengan persekitaran sebenar. Di samping itu, kemahiran motor kasar dan halus serta
penerapan nilai menjaga kesihatan dengan bersenam juga dapat dilakukan. Guru juga
dapat mengenal pasti potensi murid yang mampu mengharumkan nama baik Sekolah
Kebangsaan di peringkat yang lebih tinggi misalnya pertandingan peringkat sekolah dan
zon.

3.0 OBJEKTIF
1

Menanam keyakinan dan keberanian dalam diri murid-murid PPKI

Melatih murid-murid PPKI supaya mematuhi disiplin.

Membentuk sikap bertanggungjawab dan menghormati orang lain.


murid untuk menjaga kesihatan melalui aktiviti senaman

Mencungkil bakat murid dalam bidang sukan dan mengetengahkan bakat mereka.

Meningkatkan kemahiran motor kasar murid-murid menjadi lebih baik.

4.0 KUMPULAN SASARAN DAN PENGLIBATAN


1

Semua murid PPKI

Semua guru PPKI

Semua pembantu pengurusan murid

5.0 BUTIRAN PROGRAM


Tarikh:

19 Julai 2016

Hari:

Selasa

Tempat:

Dewan Terbuka SK Desa Petaling

Masa:

7.45 pagi 9.45 pagi

6.0 AHLI JAWATANKUASA


Penaung:

En. Nadzaruddin bin Kasim

Mentor:

Pn. Suriani binti Kasim

Pengerusi:

Cik Taye Zhi Hui

Panel hakim:

Semua guru PPKI

JK Keselamatan:

Semua PPM

JK Hadiah:

Cik Chan Yuen Ning

7.0 TENTATIF PROGRAM


Masa

Aktiviti

7.45 pagi

Pendaftaran

8.15 pagi

Senamrobik

8.30 pagi

Taklimat ringkas aktiviti sukaneka

8.40 pagi

Aktiviti Sukaneka 1

9.00 pagi

Aktiviti Sukaneka 2

9.20 pagi

Majlis penutupan dan penyampaian

9.45 pagi

Bersurai

7.1 Aktiviti Sukaneka 1


Aktiviti ini akan dijalankan kumpulan demi kumpulan. Setiap kumpulan diberi masa 5 minit.
Stesen 1: Murid dikehendaki berjalan mengikut kon.
Stesen 2: 9 kotak disediakan seperti di bawah ini. Setiap kotak mempunyai nombor 1-9
yang mewakili markah. Murid akan diberi pundi kacang dan membaling ke dalam kotak
bernombor. Kumpulan yang mengumpul markah yang terbanyak dalam masa yang
ditetapkan dikira pemenang.

7.2 Aktiviti Sukaneka 2


Aktiviti ini dijalankan secara serentak.
Stesen 1: Setiap murid berlari ke dalam gelung yang disediakan.

Stesen 2: Murid pertama mengambil bola yang disediakan dan menghantar kepada kawan
yang di belakangnya. Langkah ini diulangi sehingga habis. Kumpulan yang dapat
menghantar bola dengan paling banyak dalam masa yang ditentukan dikira pemenang.

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


1. Hadiah para pemenang.
2. Sumber kewangan : Guru pelatih.
BIL

PERKARA

HARGA (RM)

KUANTITI

JUMLAH HARGA(RM)

Hadiah Pertama

15.00

15.00

Hadiah Kedua

12.00

12.00

Hadiah Ketiga

10.00

10.00

Jumlah

37.00

9.0

PERLATAN
Bil
1
2
3
4

Item

Bilangan

Gelung
Pundi kacang
Kon
Bola

10.0 PENUTUP
Diharapkan agar aktiviti ini dapat dilaksanakan bersama-sama kerjasama yang diberikan
oleh semua pihak bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Semoga aktiviti ini dapat
dimanfaatkan oleh semua individu yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak.
Saya amat mengharapkan agar kertas cadangan ini akan mendapat pertimbangan
dan kelulusan daripada pihak tuan. Kerjasama dan pertimbangan daripada pihak tuan saya
dahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh :

.
( TAYE ZHI HUI )
Pengerusi,
Pertandingan Sukaneka PPKI

SK Desa Petaling, Kuala Lumpur.

Disemak oleh:

.
(PN. SURIANI BT KASIM)
Mentor,
Pertandingan Sukaneka PPKI

SK Desa Petaling, Kuala Lumpur.

Disahkan oleh:

.
(EN. NADZARUDDIN BIN KASIM)
Penaung,
Pertandingan Sukaneka PPKI

SK Desa Petaling, Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai