Anda di halaman 1dari 5

Laporan Motivasi KECEMERLANGAN TAHUN 3 DAN TAHUN 4

Peringkat SK Seri Kepong / 2012




Tarikh : 20 Julai 2012
Hari : Jumaat
Masa : 10.30 pagi 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Tunku Abdul Rahman, SK Seri Kepong



Objektif:
i) Mencari dan mengenal potensi membina keyakinan diri.
ii) Menanamkan sikap mementingkan kaedah pembelajaran yang berkesan.
iii) Memberikan murid persediaan fizikal dan mental ke arah kecemerlangan potensi.
iv) Memberi pengetahuan serta memahami situasi pembelajaran di rumah.
v) Mendapatkan keberkatan ilmu sebelum menghadapi ujian formatif dan PKSR.



Sasaran : Program ini disasarkan kepada semua murid Tahun 3 dan Tahun 4.





SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KEPONG
JALAN LANG PERUT PUTIH 9
TAMAN KEPONG BARU TAMBAHAN
52100 KUALA LUMPUR

Laporan:

Pada 20 Julai 2012 ( Jumaat ), Unit Bimbingan dan Kaunseling Sk. Seri Kepong telah
menganjurkan Motivasi Kecemerlangan Tahun 3 dan Tahun 4. Program ini dibuat khusus
untuk murid-murid Tahun 3 dan Tahun 4 kerana penurunan prestasi akademik mereka dalam
PKSR 1 baru-baru ini.

Pada pukul 10.30 pagi, semua peserta Motivasi Murid Ponteng berkumpul di Dewan Tunku
Abdul Rahman dan pendaftaran dilakukan oleh urusetia yang terlibat. Dua puluh minit
kemudian Pengerusi Majlis menyampaikan taklimat ringkas berhubung perjalanan program
dan objektifnya. Guru Besar dijemput untuk memberikan sedikit ucapan.

Tepat jam 10.50 pagi, sesi Ice Breaking pun bermula. Para peserta dibahagikan kepada
beberapa buah kumpulan yang mana satu kumpulan terdiri daripada tahun yang berlainan.
Dalam aktiviti kumpulan murid-murid diberikan sehelai kertas dan pensel. Mereka perlu
menuliskan kelemahan dan kelebihan yang ada dalam diri mereka masing-masing. Kemudian,
kertas dikembalikan kepada guru. Guru pembimbing mengulas kelemahan dan kelebihan
daripada murid. Hasil mendapati, kebanyakan murid menulis mereka tidak faham mata
pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik sangat sukar dan tidak suka membuat karangan.

Pada pukul 11.30 pagi, pelajar-pelajar masuk ke dalam kumpulan masing-masing. Aktiviti
seterusnya ialah permainan Siapa Paling Panjang. Dalam aktiviti ini, murid diminta berbaris
bebas dan menggunakan apa sahaja benda yang mereka ada untuk menjadikannya lebih
panjang, kumpulan yang paling panjang dikira sebagai pemenang. Aktiviti ini menilai
kerjasama, imaginasi dan kepintaran murid.

Program motivasi tamat pada pukul 12.00 tengah hari.


Disediakan oleh,

..
(PN. HERIMAH BINTI NASIP)
Setiausaha Unit Bimbingan dan Kaunseling
Motivasi Murid Ponteng Sesi 2012
SK Seri Kepong, Kuala Lumpur.






















Gambar-gambar sepanjang
Program Motivasi Kecemerlangan Tahun 3 dan Tahun 4
2012






























SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KEPONG,
JALAN LANG PERUT PUTIH 9,
TAMAN KEPONG baru TAMBAHAN,
KUALA LUMPUR.






















ANJURAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Anda mungkin juga menyukai