Anda di halaman 1dari 10

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011



KOD & NAMA KURSUS
KRM 3073
PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

TAJUK TUGASAN 1







KUMPULAN
UPSI01(A132PJJ)

DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
HERIMAH BINTI NASIP D20121061769 0168465281

NAMA TUTOR E-LEARNING: MOHD UZI BIN DOLLAH

TARIKH SERAH: 30 MAC 2014

Satu isu yang sering diperkatakan dewasa ini dan menjadi cabaran kepada
para guru matematik adalah tentang melahirkan pelajar yang berfikiran kritis
dan kreatif. Bincangkan EMPAT (4) sebab mengapa isu ini menjadi cabaran
kepada para guru dalam pengajaran matematik. Seterusnya berilah EMPAT
(4) cadangan tindakan yang boleh diambil oleh guru dalam pengajaran
matematik bagi melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif.

1

ISI KANDUNGAN



1. PENDAHULUAN 2

2. ISU CABARAN GURU MATEMATIK 4

3. CADANGAN TINDAKAN GURU MATEMATIK 6
DALAM MENGHADAPI CABARAN

4. PENUTUP 8

6. RUJUKAN/BIBLIOGRAFI 9
















PENDAHULUAN
2


Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) :

Pendidikan Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencpai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat Negara

Dalam Faksafah Pendidikan Kebangsaan, dengan jelas menyatakan bahawa
perkembangan daya intelek individu diberi penekanan utama. Oleh itu, kemahiran
berfikir telah dijadikan satu elemen penting dalam sistem pendidikan di Malaysia bagi
mencapai hasrat Negara. Dalam usaha memastikan kemahiran berfikir dapat dikuasai
oleh pelajar, maka ia dijadikan salah satu objektif penting yang harus dicapai dalam
kurikulum sekolah sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah.
Sebagai contoh, dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), objektifnya ialah
untuk membolehkan pelajar menguasai kemahiran berfikir dan mengembangkan bakat
serta kreativitinya. Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pula,
objektifnya ialah untuk mengembangkan dan meningkatkan lagi daya intelek, serta
pemikiran yang rasional, kritis dan kreatif.

Pemikiran kritis bermaksud proses pemikiran yang bermula dengan proses
menyoal kepada masalah bagi mendapatkan serta mempertingkat pemahaman. . Beyer
(1985) berpendapat, pemikiran kritis adalah kebolehan manusia untuk membentuk
konsep, memberi sebab atau membuat penentuan. Ia melibatkan tiga jenis aktiviti mental
iaitu analisis, sintesis dan penilaian. Pemikiran kritis menggalakkan individu
menganalisis pernyataan dengan berhati-hati, mencari bukti yang sah serta kukuh
sebelum membuat kesimpulan. Pascarella dan Terenzini (1991, 2005) pula
mendefinisikan pemikiran kritis sebagai kebolehan individu untuk mengenalpasti isu-isu
3

dan membuat andaian untuk dibahaskan serta mengenal pasti hubungan penting untuk
mendapatkan rumusan yang tepat daripada maklumat yang sedia ada. Manakala Marlina
dan Shaharom (2007) mendefinisikan kemahiran berfikir kritis sebagai kecekapan atau
keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu
idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat
pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah. Oleh
itu pemikiran kritis boleh juga dikatakan sebagai proses pemikiran secara teliti demi
menjelaskan dan memperbaiki kefahaman. Pemikiran kritis boleh mendorong individu
menguji kebenaran sesuatu perkara. Seseorang pemikiran kritis tidak hanya cekap
menggunakan kemahiran dalaman (mikro) tetapi mempunyai sikap tertentu.

Menurut Kamus Webster (1976), pemikiran kreatif ialah The ability to bring
something new existence. Definisi ini menyatakan bahawa kreativiti itu adalah
kebolehan untuk mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali. Kreatif itu sendiri
bermaksud mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu
idea yang baru dan asli (Kamus Dewan, 1996). Kemahiran berfikir secara kreatif ialah
kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan,
menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea
atau gagasan. Antara contoh kemahiran berfikir secara kreatif ialah, menjana dan
menghasilkan idea yang pelbagai, mencipta analogi serta mencipta metafora.











4

ISU CABARAN GURU MATEMATIK

Matematik memainkan peranan yang penting dalam bidang pengurusan, sains dan
teknologi. Hasrat Negara yang mahu melahirkan banyak tenaga terlatih dalam bidang
teknikal dan maklumat demi meniti ambang Wawasan 2020, menyebabkan rakyat yang
berketrampilan matematik amat dikehendaki. Dalam pendidikan matematik, salah satu
matlamat utamanya ialah untuk memperkembangkan pemikiran mantik, analitis,
bersistem dan kritis. Jelasnya, Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif amat diberi
penekanan dalam proses pengajaran pembelajaran matematik.

Menyedari kepentingan kemahiran berfikir diterapkan kepada pelajar-pelajar,
maka penyelidik berpendapat suatu kajian untuk melihat sejauh mana penguasaan
Kemahiran Berfikir Kritis di kalangan pelajar di sekolah menengah dijalankan bagi
tujuan memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran pada masa kini. Kaedah
pengajaran dan pembelajaran akan dapat diperbaiki jika kita dapat melihat sejauh
manakah keupayaan pelajar untuk berfikir secara kritis dalam menyelesaikan sesuatu
masalah di peringkat sekolah menengah.

Pelajar-pelajar yang menguasai kemahiran berfikir sudah pasti akan berfikir
terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan. Bermaksud, kemahiran berfikir
ini dapat memandu pelajar menggunakan bahasa yang baik dan juga menghasilkan idea-
idea yang bernas, pendapat yang jitu dan pandangan yang kritis dan kreatif semasa
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Namun bagi mencapai dan melahirkan
pelajar yang sedemikian, guru adalah orang yang paling penting dalam memainkan
peranannya. Kejayaan dalam mempertingktkan kemahiran berfikir pelajar itu bergantung
kepada guru. Di sinilah cabaran seorang guru kerana mereka merupakan pelaksana dasar
pendidikan dan kurikulum, di mana guru harus memahami dan menghayati prinsip-
prinsip asas pendekatan KBKK ini. Memandangkan kepentingan KBKK dalam
memperkembangkan pemikiran yang antik dan analitik di kalanngan pelajar, maka adalah
amat penting ia dilaksanakan dengan berkesan dalam pengajaran pembelajaran
5

matematik. Apakah kepentingan KBKK ini diterapkan kepada pelajar-pelajar, antara
tujuannya ialah:
Mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih
praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah
Menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif
Meningkatkan aspek kognitif dan afektif seterusnya perkembangan intelek
Mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan
mampu menyelesaikan masalah dengan bijak
Mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan
sempit
Bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan
diri untuk memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti
serta berani memberi pandangan dan kritik.

Seiring dengan perkembangan era globalisasi dan keperluan semasa dalam abad
ke-21, PPPM atau Pelan Pembangunan pendidikan Malaysia telah diperkenalkan bagi
menambahbaik lagi sistem pendidikan Negara yang sedia ada. Kurikulum dikaji semula
dan digubal mengikut keperluan, kehendak dan kemahiran yang diperlukan pada masa
akan datang. Ini bagi melahirkan masyarakat yang mampu bersaing dengan negara-
negara lain. Tugas guru semakin mencabar kerana PPPM menuntut untuk melahirkan
pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif. Ini boleh dibuktikan dengan laporan Utusan
Online yang bertarikh 9 September 2013, dimana Timbalan Pengarah Bahagian
Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan, Dr Azian Tengku Syed Abdullah
berkata, demi mencapai perubahan, maka PPPM perlu dilaksanakan.
Artikel
penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130909/pe_01/PPPM-
melahirkan-murid-kritis#ixzz2xSJQGrrC
Utusan Melayu (M) Bhd


6

Demi menyahut Wawasan 2020 dan merealisasikan matlamat Koridor Raya
Multimedia, kerajaan telah memperkenalkan sekolah berkonsepkan Bestari di mana
teknologi menjadi sebahagian daripada komponen penting dalam pengajaran
pembelajaran matematik. Sekali lagi guru perlu kemahiran dan pengetahuan dalam
kecanggihan teknologi masa kini. Guru perlu berkursus dan mendapatkan sebanyak
mungkin pengetahuan dan pengalaman tentang ICT ini demi untuk menympaikan ilmu
pengajaran kepada pelajar. Tanpa kemahiran yang kukuh seorang guru pasti akan gagal
dalam menyampaikan pengajarannya apalagi untuk mencapai objektif pembelajaran
pelajar.


CADANGAN TINDAKAN GURU MATEMATIK DALAM MENGHADAPI
CABARAN


Demi menyahut cabaran pendidikan pada masa kini, guru harus bersedia dari segi
mental dan fizikal untuk bersama-sama menjayakan sistem pendidika yang mampu
berdaya saing dengan dengan globalisasi.

1. Budaya pembelajaran matematik

Pembelajaran matematik masa kini tidak lagi hanya menekankan pembinaan tingkah laku
pelajar yang mana diakibatkan daripada ransangan dan tindak balas, tetapi juga memberi
penekanan untuk melihat bahawa pendidikan adalah sebagai suatu yang kompleks yang
melibatkan interaksi dinamik antara sifat dalaman pelajar, faktor fizikal dan faktor
persekitaran sosiobudaya. Matematik sering dianggap sukar dan membosankan oleh
sebilangan besar pelajar walaupun kadangkala mereka belum lagi belajar sesuatu tajuk.
Ini merupakan halangan awal ke arah mempertingkatkan kualiti pencapaian pelajar dalam
matematik. Menurut Laporan Cockcroft (1982) telah menggambarkan suatu budaya
pembelajaran matematik yang agak mencabar. Pelajar-pelajar tidak menganggap sebagai
satu disiplin ilmu yang membekalkan strategi untuk berkomunikasi dengan berkesan.
7

Sebaliknya mereka cuba menjauhkn diri daripada matematik. Interaksi sosial memainkan
peranan penting dalam menghasilkan makna sesuatu objektif kepada individu dan artifk
budaya, contohnya, simbol matematik, kalkulator, alat pengukur dan algoritma. Oleh
sebab itu, guru hrus memupuk budaya pembelajaran matematik yang lebih terbuka dan
memberi keselesaan kepada pelajar.

2. Perspektif konstruktivis dalam pembinan pengetahuan

Guru bertanggungjawab untuk memberi pengajaran melalui aktiviti atau melalui
penjelasan bagi bahan pembelajaran di mana apliaksi bukan kejadian yang boleh berlaku
dengan segera. Setiap pelajar mempunyai pengetahuan budaya dan digunakan setiap hari
dalam matematik. Sekali lagi tugas guru untuk membantu pelajar mengenalpasti
pemahaman diri tentang matematik, memberi ruang untuk meneroka atau discovery
dan membina pengetahuan matematik. Kepercayaan merupakan suatu sintesis seperti
mana dikatakan oleh Ernest sebagai pendekatan platonist dan penyelesaian masalah
kepada pengajaran matematik. Seperti yang dikatakan oleh Kay (Thompson, halaman
115) there is no single most effective methode to teach mathematics. Oleh itu, guru harus
membimbing pelajar supaya boleh berfikir dengan lebih bijak dan sentiasa mencari jalan
penyelesaian yang logik dan boleh diterima pakai. Dalam membina pengetahuan perlu
ada panduan dan dorongan yang betul dan tepat bagi mengukuhkan lagi pengetahuan
yang akan diperolehi oleh pelajar.

3. Menggunakan pendekatan teknologi

Seperti yang telah ditekankan pada awalnya, pendekatam teknologi di sekolah-sekolah
kini menjadi trend atau amalan bgi pelajar-pelajar bagi emnrik perhatian dan minat
mereka terhadap matematik. Menurut Bialo, 1989; Roblyer, 1992) mengatakan bahawa
teknologi berupaya memainkn peranan dalam mendidik pelajar, kebanyakan pendidikan
yang berjaya adalah menggunakan teknologi dalam pengajaran pembelajaran. Di samping
membantu meningkatkan kecekapan dalam proses pengajaran pembelajaran, pelajar juga
berupaya mendapatkan sumber pelajaran yang berada jauh daripada kelas masing-masing
8

dan boleh bertukar maklumat dan pendapat. Pendekatan teknologi juga membantu
meningkatkan motivasi pelajar untuk lebih berminat pada matematik. Pelajar dapat
membuat gambaran tentang sesuatu masalaha dan mencari penyelesaian yang lebih baik
kerana adanya keupayaan pendidikan yang unik. Guru juga dapat meningkatkan
produktiviti mereka dengan mempunyai waktu yang lebih banyak untuk membantu
pelajar dalam membentuk kerja-kerja dan penyimpanan rekod.

4. Faktor yang mempengaruhi pembelajaran dan perkembangan

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pengajaran guru, iaitu:
Penguasaan guru terhadap bahasa pengantar dan bahasa matematik itu sendiri
Penguasaan guru terhadap kandungan matematik itu sendiri dari segi keluasan dan
kedalaman topik haruslah baik. Pengalaman mengajar dalam tempoh yang agak
lama boleh mengatasi masalah ini.
Penguasaan guru terhadap kemahiran menyoal, memberangsang, berjenaka dan
lain-lain ciri positif
Cara guru menyusun pelajaran termasuk penggunaan alat dan bahan
Cara guru mengelolakan latihan dan pemeriksaan latihan


PENUTUP

Guru yang inovasi dan kreatif dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab
mereka sesuai dengan misi dan visi sekolah serta mampu memenuhi matlamat pendidikan
negara ke arah meningkatkan kualiti pendidikan seiring dengan cabaran dunia
globalisasi.. Cabaran global kini memerlukan guru mempunyai keunggulan hasil inovasi
dalam pedagogi yang ditentukan oleh cara kurikulum yang dilaksanakan dan disesuaikan
dengan konteks budaya yang diwakili oleh setiap pelajar yang berlainan bangsa.



9

RUJUKAN / BIBLIOGRAFI



1. Mok Soon Sang. (1993). Siri Pendidikan Perguruan : Pengajian Matematik.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

2. Baharin Shamsudin. (1990). Siri Pendidikan Pengajaran dan Pembelajaran
Matematik Untuk Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: DBP, KPM.

3. Marzita Puteh, Chan Yook Len, Rosli Maun. (2012). DBP Buku Teks KSSR
Matematik Tahun 3 SK Jilid 2. Kuala Lumpur: DBP, KPM.

4. http://www.slideshare.net/yuvaranisubramaniam/penulisan-akademik

5. http://isusemasapendidikan.blogspot.com/

6. http://utam.net/index.php/component/k2/item/97-pendidikan-kritis-dan-kreatif-
berteraskan-kebudayaan-sendiri-dr-mohammad-alinor

7. http://www.slideshare.net/WawaHoney/pemikiran-lateral-kritis-kreatif-reflektif

8. http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130909/pe_01/PPPM-
melahirkan-murid-kritis

9.

Anda mungkin juga menyukai