Anda di halaman 1dari 3

1

Laporan Motivasi Kepimpinan Sesi 2012


Peringkat SK Seri Kepong

Tarikh : 30 Mac 2012
Hari : Jumaat
Masa Bertolak : 8.00 10.00 pagi
Tempat : Dewan Tunku Abdul Rahman, SK Seri Kepong
Bilangan Guru : 18 orang
Bilangan Murid : 35 orang
Objektif:
i) Membina daya kepimpinan yang berkualiti dan berkesan.
ii) Membina individu yang berkeyakinan dan berketrampilan dalam potensi diri.
iii) Menerapkan rasa bertanggungjawab, suka terhadap persekitaran dan dapat
melaksanakan tugas dengan jujur, amanah dan dedikasi.
iv) Meningkatkan kemahiran kepimpinan dan komunikasi berkesan.
v) Melahirkan pemimpin yang dapat dijadikan role model oleh orang lain.
vi) Membentuk semangat dan kerjasama di dalam sesuatu organisasi bagi merealisasikan
misi dan visi organisasi.

Sasaran : Program ini disasarkan kepada semua Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber,
Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah yang terdiri daripada murid arus perdana dan Program
Pendidikan Khas Integrasi.

Laporan:
Pada pukul 8.00 pagi, semua peserta Motivasi Kepimpinan berkumpul di Dewan Tunku Abdul
Rahman dan pendaftaran dilakukan oleh urusetia yang terlibat. Dua puluh minit kemudian

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KEPONG
JALAN LANG PERUT PUTIH 9
TAMAN KEPONG BARU TAMBAHAN
52100 KUALA LUMPUR
2

Pengerusi Majlis menyampaikan taklimat ringkas berhubung perjalanan program dan
objektifnya.
Tepat jam 8.30 pagi, sesi Ice Breaking pun bermula. Para peserta dibekalkan lembaran yang
mempunyai beberapa kriteria yang memerlukan mereka mengenali rakan dengan lebih dekat.
Lima minit kemudian wisel berbunyi menandakan masa yang diberi telah tamat dan para peserta
berkumpul semula dalam barisan. Urusetia program mengemukakan beberapa soalan yang
menjurus kepada rumusan aktiviti tersebut. Para peserta memberi respon yang positif.
Pada pukul 8.40 pagi, para peserta dibahagikan kepada sepuluh kumpulan. Pada masa yang
sama, ketua kumpulan dilantik oleh ahli kumpulan masing masing. Urusetia program
memberikan beberapa panduan dan arahan kepada para peserta bagi aktiviti seterusnya yang
dinamakan Kami Boleh. Aktiviti ini memerlukan setiap kumpulan membina sesuatu yang
kukuh dan tinggi dengan menggunakan bahan yang dibekalkan oleh urusetia antaranya
sebungkus penyedut minuman, loytape dan gunting serta lembaran tugasan. Apabila wisel
dibunyikan, para peserta bergerak dalam kumpulan mencari posisi yang sesuai untuk
menjalankan tugasan. Hasil pemerhatian oleh urusetia, hampir semua ketua kumpulan
membacakan arahan tugasan dan para peserta bekerjasama memberikan idea. Walau
bagaimanapun masih ada ahli kumpulan yang menyendiri kerana berbeza pendapat dengan ahli
yang lain pada awalnya. Namun diakhirnya mereka dapat bekerjasama sebagai sebuah
kumpulan.
Tepat jam 9.30 pagi, wisel dibunyikan sekali lagi menandakan masa yang diberikan untuk
menyiapkan tugasan telah tamat. Sesi penilaian dilakukan oleh urusetia dengan meletakkan hasil
kerja kumpulan yang hampir semuanya adalah binaan bangunan seperti KLCC, di atas meja dan
dipasang kipas dengan laju. Binaan asas yang kukuh tidak mudah rebah. Akhirnya kumpulan 6
menjadi juara.
Para peserta diminta memberikan tepukan pemimpin dan diikuti dengan sesi wakil peserta iaitu
Masaludin bin Selamat menceritakan pengalaman dirinya mengikuti program ini. Acara program
diteruskan dengan ucapan ringkas oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Noor
Asmah binti Shariff. Sekitar jam 10.00 pagi, acara penyampaian sijil pun bermula. Akhirnya
pada 10.10 pagi majlis pun bersurai.


3

Disediakan oleh,

..
(NAZIHAH BINTI HJ. ABDUL HALIM)
AJK Dokumentasi
Program Motivasi Kepimpinan Sesi 2012
SK Seri Kepong, Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai